The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pembentukan perkataan baharu dan isu kesalahan kata dari sudut morfologi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 790-3-liyana, 2023-04-04 11:32:11

TUGASAN 2 BMMB3203 PENGHASILAN PRODUK

Pembentukan perkataan baharu dan isu kesalahan kata dari sudut morfologi

Keywords: Morfologi

PRODUK Penghasilan TUGASA N 2 BMMB3203 - MORFOLOGI BAHASA MELAYU NAMA PENSYARAH: TN. HJ. ABDUL RAHIM BIN OTHMAN


AHLI KUMPULAN: 2021252340389 NUR LIYANA BINTI ABDUL GHANI NUR NAZIHAH BINTI MUHAMAD NOR FUAT NUR QURRATU' AINI BINTI MOHD SUHAIMI 2021252340395 2021252340398


PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU Bunyi asli bahasa Melayu, bunyi bahasa pinjaman dan pembentukan kata daripada imbuhan bahasa asing


BUNYI ASLI BAHASA MELAYU Bahasa Melayu mempunyai 24 bunyi bahasa asli, iaitu 18 konsonan dan enam vokal. KONSONAN VOKAL Hanya sepuluh huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan p, t, k, m, n, ng, s, h, r dan l. Konsonan b, d, g, c dan j hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataanperkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w, dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Enam vokal asli bahasa Melayu terdiri daripada tiga vokal depa, satu vokal tengah, dan dua vokal belakang. Hanya tiga vokal, iaitu i, a, dan u dapat hadir pada awal, tengah, dan akhir perkataan. Vokal e (e tailing), o dan e (e pepet) hanya hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e tailing) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbukadalam kata pinjaman seperti sate, tauge, logo dan polo. Terdapat juga tiga bunyi geluncuran yang disebut diftong iaitu ai, au, dan oi.


KONSONAN K o n s o n a n a s l i b a h a s a M e l a y u T a b u r a n k o n s o n a n a s l i b a h a s a M e l a y u


VOKAL Vokal asli bahasa Melayu Taburan vokal asli bahasa Melayu Diftong bahasa Melayu


BUNYI BAHASA PINJAMAN Akibat pertembungan dengan bahasa-bahasa yang lain, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris, maka bahasa Melayu telah mengalami proses peminjaman bunyi bahasa daripada bahasa-bahasa tersebut. Sembilan konsonan pinjaman tersebut ialah satu jenis letupan (q) dan lapan lagi daripada jenis bunyi geseran, seperti dalam jadual.


BUNYI BAHASA PINJAMAN


BUNYI BAHASA PINJAMAN


BUNYI BAHASA PINJAMAN bunyi pinjaman Bunyi-bunyi seperti th, dz, atau dh, sh dan q kini masing-masing telah ditukar menjadi s, z, atau d, sy dan k mengikut sistem ejaan Rumi baharu. ejaan Rumi baharu th s: mithal - misal dz z: dzikir - zikir dh d: Ramadhan - Ramadan sh sy: shaitan - syaitan q k: qadhi - kadi


IMBUHAN DARIPADA SANSKRIT Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit telah lama digunakan dalam bahasa Melayu. Penggunaan imbuhan ini amat produktif dan telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar dalam bahasa Melayu. awalan akhiran Dua jenis imbuhan daripada bahasa Sanskrit:


AWALAN BAHASA SANSKRIT mahasiswa maharaja maharani maha- tata- pra- swatuna- eka- dwi- tritatabahasa tatasusila tatakerja prasyarat prakata prasekolah swafoto swatenaga swalayan tunaanggota tunakarya tunawisma ekabahasa ekafungsi ekanada dwibahasa dwifungsi dwibulanan tribulan trigonometri tribahasa pancapancaindera pancanegara pancalogam


AKHIRAN BAHASA SANSKRIT -wan agamawan angkasawan rupawan -wati seniwati peragawati olahragawati -nita biduanita karyawanita -man seniman budiman


IMBUHAN DARIPADA ARAB-PARSI ARAB-PARSI Pengaruh bahasa Arab-Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak kedatangan Islam ke alam Melayu sebagai bahasa rasmi agama Islam. Imbuhan; - Awalan - Akhiran


Terdapat satu awalan, iaitu bi- (bahasa Parsi) bererti tidak dan digunakan untuk menerbitkan bentuk kata adjektif, tetapi penggunaannya amatlah terbatas. AWALAN ARAB-PARSI bi + lazim (1) (3) bi + adab biadab bilazim (2) bi + normal binormal


Terdapat enam imbuhan akhiran daripada bahasa Arab yang dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu, iaitu -wi, -i, -iah, -in, -at, dan -ah. AKHIRAN ARAB-PARSI azali duniawi manusiawi (i) Akhiran -wi, -i (ii) Akhiran -iah ilmiah lahiriah alamiah (iii) Akhiran -in, -at, ah hadirin muslimat qariah


IMBUHAN DARIPADA YUNANI-LATIN INGGERIS Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris.


Terdapat beberapa awalan yang dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu yang bersifat awalan yang produktif. Bentuk-bentuk ini produktif dalam pembentukan kata untuk peristilahan. Awalan-awalan tersebut ialah: pro-, anti-, poli-, auto-, sub- dan supraAWALAN YUNANI-LATIN-INGGERIS probarat prokerajaan prokomunis (1) pro- (2) antiantipenjajah antikerajaan antisosial (3) polipoliklinik polifasa policakera (4) autoautomatik autograf automorf (5) sub- (6) suprasubkelas substandard subbidang suprakelas supranasional suprakategori


Selain bentuk-bentuk awalan produktif, terdapat juga bentuk awalan yang lain yang terserap ke dalam bahasa Melayu bukan sebagai imbuhan tetapi sebagai sebahagian daripada kata pinjaman. Bentuk-bentuk ini berpotensi menjadi awalan dalam pembentukan kata bahasa Melayu. AWALAN YUNANI-LATIN-INGGERIS heterograf heterogen heterogamet (1) hetero- (2) heksaheksahedron heksabes heksagon (3) hidrohidrograf hidrologi hidrodinamik (4) homohomogen homotopi homodon (5) hiper- (6) infrahipersonik hiperbola hiperopia inframerah infrasonik infraspesies isobar isobutanol isomorf (7) iso- (8) kilokilogram kilometer kilovolt


(9) makromakromolekul makronukleus makroiklim (10) metametabahasa metasejarah metapusat (11) mikro- (12) milimikrokimia mikrosel mikrokitar milimeter miligram mililiter televisyen telegraf telefon (13) tele- (14) multimultisel multimod multiaras neotip neogen neomagna (15) neo- (16) neuroneuroderia neurootot neurohormon (17) ortoortografi ortokubah ortonormal (18) oksioksisfera oksiketon oksitosin (19) paleopaleogen paleotanih paleolitik (20) paraparatip paralinguistik parapadat


(29) interinterkom intervokal interdental (21) pentapentahidrat pentaprisma pentaklorida (22) periperiklas peridot perinatal (23) petro- (24) fenopetrokimia petrologi petrografik fenotip fenosalinan fenokrist (25) fotofotokimia fotosintesis fotometri (26) fitofitoiklim fitotoksin fitokrom (27) pleo- (28) superpleomor pleoarus pleoarus superfosfat superset superlarut (30) intraintrablok intrasel intrajabatan


AKHIRAN YUNANI-LATIN-INGGERIS sosialisme realisme idealisme logistik fonetik fonemik revolusi potensi klasifikasi Bentuk-bentuk akhiran daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris belum lagi terserap sebagai imbuhan pembentukan kata bahasa Melayu. Antara contohnya ialah -isme, -ik, -si, -al, dan -is. (1) -isme (2) -ik (3) -si praktikal kritikal empirikal (4) -al (5) -is magis kritis ekonomis


ISU KESALAHAN KATA DARIPADA MEDIA CETAK DAN MEDIA ELEKTRONIK


MEDIA CETAK KESALAHAN EJAAN Tamanan Mangkok Tanaman Mangkuk Paparan berikut jelas menunjukkan kesalahan yang digunakan dari segi ejaan perkataan itu. Perkataan 'mangkok' sepatutnya dieja sebagai 'mangkuk' dengan benar seperti yang dinyatakan dalam Kamus Dewan Bahasa. Begitu juga pada perkataan 'tamanan' yang memiliki kesilapan ejaan sehingga tidak mendatangkan maksudnya dalam bahasa Melayu. Maka, perkataan tersebut perlu dibaiki iaitu dimaksudkan dengan 'tanaman'.


MEDIA CETAK KESALAHAN TATABAHASA (PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA) Kesalahan: disini *Pembetulan: di sini Situasi berikut melibatkan kesalahan penggunaan kata sendi iaitu pada perkataan 'disini' yang dieja rapat. Ejaan yang sepatutnya adalah dieja dengan jarak antara perkataan 'di' dan 'sini'. Hal ini dikatakan demikian kerana perkataan yang menunjukkan tempat dan masa selepas kata sendi ‘di’ hendaklah dijarakkan melainkan selepas kata sendi berikut ialah perbuatan atau yang lain, maka, mestilah dirapatkan antara kedua-duanya.


MEDIA CETAK dimasukkan dalam berada dalam dimasukkan ke dalam berada di dalam Perkataan 'dalam' merujuk kepada lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak fizikal seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya. Manakala, perkataan 'di dalam' pula merupakan tempat yang mempunyai ruang ataupun jarak fizikal. Begitu juga dengan konsep 'dalam' dan 'ke dalam'. Dalam konteks kesalahan berikut, bilik menunjukkan suatu tempat yang memiliki ruang khusus. Maka, penggunaan perkataan 'dalam' adalah salah mengikut penggunaannya pada ayat tersebut. KESALAHAN TATABAHASA (PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA)


MEDIA CETAK "Mung dok soh isak rokok sining!" "Loh ar benor... Aku tapor kang!" "Kau jangan berani hisap rokok sini!" "Cubalah buat. Aku tampar nanti!" Gambar tersebut menunjukkan penggunaan dialek Terengganu pada sebuah lembaran yang digantung pada sebuah dinding. Penggunaan dialek tersebut sepatutnya dinyatakan dalam bahasa Melayu yang betul, iaitu mengikut aturan bahasa Melayu baku. Justeru, pembetulan ayat tersebut adalah merujuk seperti di atas. PENGGUNAAN DIALEK


MEDIA ELEKTRONIK DIALEK + PENCAMPURAN KOD ayaq lani clean air sekarang bersih Perkataan 'ayaq' bermaksud 'air'. Manakala, perkataan 'lani' membawa maksud 'sekarang'. Perkataan 'ayaq' dan 'lani' merupakan dialek Kedah yang digunakan dalam aplikasi facebook. Sepatutnya, penggunaan yang betul ialah 'air' dan 'sekarang'. Seterusnya, percampuran kod juga dapat dilihat apabila perkataan bahasa Inggeris dicampuradukkan dengan penggunaan bahasa Melayu seperti 'clean'. Penggunaan yang sepatutnya digunakan ialah 'bersih'.


MEDIA ELEKTRONIK KESALAHAN TATABAHASA (BAHASA MELAYU BAKU) penjarakkan penjarakan Rajah berikut menunjukkan seorang pengguna Twitter yang melakukan kesalahan dalam penulisan bahasa Melayu baku. Hal ini jelas dilihat pada penggunaan perkataan penjarakkan yang sepatutnya ditulis sebagai penjarakan kerana imbuhan yang digunakan ialah imbuhan apitan peN-...-an. Dengan itu, jelaslah bahawa pengguna tersebut telah melanggar peraturan bahasa Melayu baku, iaitu bahasa yang teratur dan mantap dari aspek ejaan, bentuk kata dan tatabahasa.


MEDIA ELEKTRONIK KESALAHAN EJAAN (KATA PINJAMAN ASING) Ramadhan Ramadan Rajah di sebelah memaparkan kesalahan penggunaan kata pinjaman asing oleh seorang pengguna Twitter. Hal ini dapat dilihat pada penggunaan perkataan pinjaman bahasa Arab, iaitu Ramadhan yang sepatutnya dieja sebagai Ramadan kerana mengikut sistem ejaan Rumi baharu bunyi "dh" ditukar menjadi "d". Justeru, perkataan yang sebetulnya ialah Ramadan.


Rujukan Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Januri Aiyub. (2022). Mencanai Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.


SEKIAN, TERIMA KASIH S E M OGA BER M A N FAAT !


Click to View FlipBook Version