The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rohanalahamin, 2023-03-12 03:48:12

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH (3) A

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH (3) A

TAKWIM DAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUANG 2023/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUANG 09200 KUPANG KEDAH DARUL AMAN NO.TEL : 011-65735699


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PRAKATA Maklumat Peribadi 6 Surat Pelantikan 7 Kata Alu-Aluan Guru Besar 8 BAB 1: PENGENALA 1.1 Pentadbiran Am 10 1.2 Maklumat Lencana Sekolah 19 1.3 Warna dan Takrif Lencana 20 1.4 Lagu Sekolah 21 1.5 Pelan Sekolah 22 1.6 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 23 1.7 Visi dan Misi KPM 24 1.8 Ikrar Perkhidmatan Awam 25 1.9 Piagam Pelanggan 26 1.10 7 Teras Utama KPM 27 1.11 ABC (Hala Tuju KPPM) 28 1.12 Takwim Persekolahan 29 1.13 Cuti Perayaan Sesi 2023/2024 30 1.14 Cuti Umum Kedah 2023 31 1.15 Senarai Nama Guru dan AKP 32 BAB 2: TAKWIM SEKOLAH 35 - 58 BAB 3: PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 3.1 Carta Organisasi Sk Kuala Kuang 60 3.2 Jadual Bertugas Mingguan 61 3.4 Senarai Semak Maklumat Bilik Darjah 68 3.5 Jadual Agihan Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran 69 3.6 Jadual Pemantauan Buku Nota dan Latihan Murid 70 3.7 Jawatan Kuasa Pengurusan dan Pentadbiran 71 - 90 ➢ Jawatankuasa Pengurusan Sekolah ➢ Jawatankuasa Perancangan Strategik ➢ Jawatankuasa Program Kecemerlangan & Kejayaan Sekolah ➢ Jawatankuasa Pengurusan Bilik Khas ➢ Jawatankuasa Pengurusan Laman Sesawang Sekolah ➢ Jawatankuasa Pengurusan Majlis dan Program ➢ Jawatankuasa Dokumentasi / Laporan ➢ Jawatankuasa Belanja Mengurus(ABM) Perjawatan ➢ Jawatankuasa Latihan Personal / Profesion (Guru & Bukan Guru) ➢ Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun (JKPAK) ➢ Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPKA) ➢ Jawatankuasa SKPM Kualiti@Sekolah ➢ Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) ➢ Jawatankuasa Prasekolah


➢ Jawatankuasa Bencana Sekolah ➢ Jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru & Kakitangan BAB 4: PENGURUSAN KURIKULUM 4.1 Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum 92 4.2 Pakej Mata Pelajaran Tahap 1 & 2 93 4.3 Guru Kelas / Penyelaras Aliran 94 4.4 Guru Mata Pelajaran 95 4.4 Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum 96 - 102 ➢ Jawatankuasa Jadual Waktu /Ganti ➢ Jawatankuasa Pembelajaran Maya ➢ Jawatankuasa Bimbingan dan Pemulihan ➢ Jawatankuasa Program Transisi ➢ Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBD/PAJSK/Psikometrik/SEGAK) ➢ Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah BAB 5: PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 5.1 Carta Organisasi Jawatankuasa Induk Unit HEM 104 5.2 Carta Organisasi Jawatankuasa Pengurusan HEM 105 5.3 Dasar Pengurusan HEM 106 - 124 5.4 Jawatankuasa Induk Pengurusan HEM 125 - 134 ➢ Jawatankuasa Pengurusan Kelas / Pendaftaran / Pertukaran ➢ Jawatankuasa Lembaga Disiplin dan Pengawas Sekolah ➢ Jawatankuasa Pengawas Sekolah ➢ Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Jenayah ➢ Jawatankuasa 3 K(Kebersihan,Kesihatan,Keselamatan) ➢ Jawatankuasa Kantin ➢ Jawatankuasa Bantuan / Kebajikan ➢ Jawatankuasa KWAPM ➢ Jawatankuasa SPBT ➢ Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling ➢ Jawatankuasa PPDa ➢ Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan & Sekolah Penyayang ➢ Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Denggi BAB 6: PENGURUSAN KOKURIKULUM 6.1 Dasar Pengurusan Kokurikulum 136 - 139 6.2 Carta Organisasi Jawatankuasa Induk Perancangan Kokurikulum 140 6.3 Carta Organisasi Induk Pengurusan Kokurikulum 141 6.4 Jawatankuasa Induk Pengurusan Kokurikulum 142 ➢ Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah Rendah ➢ Senarai Jawatankuasa Unit Kokurikulum 143 ➢ Program Induk Kokurikulum 144 ➢ Jawatankuasa pasukan Badan Uniform 145 ➢ Jawatankuasa Kelab dan Persatuan 146 ➢ Jawatankuasa Majlis Sukan Sekolah 147


➢ Jawatankuasa Sukan Permainan /1 Murid 1 Sukan ➢ Jawatankuasa Pasukan Kecemerlangan Sukan 148 ➢ Jawatankuasa Pembsngunan Sukan Sekolah 149 6.5 Carta Organisasi Jawatankuasa Pemantauan Kokurikulum 150 6.6 Struktur Jawatankuasa Pentaksiran/Penilaian PAJSK 6.7 Carta Organisasi RIMUP 151 6.8 Spesifikasi Tugas Unit Kokurikulum 152 - 155 ➢ Jawatankuasa Unit Kokurikulum ➢ Majlis Sukan Sekolah ➢ Penyelaras Sukan dan Permainan ➢ Ketua Guru Rumah Sukan ➢ Guru Rumah Sukan ➢ Guru Permainan ➢ Penyelaras Persatuan /Kelab / Unit Uniform ➢ Guru Penasihat Persatuan /Kelab/Pasukan Badan Beruniform ➢ Guru Pengiring Pertandingan 6.9 Tempat Perjumpaan dan Latihan 156 - 159 ➢ Jadual Aktiviti /Perjumpaan Kokurikulum ➢ Jadual Latihan Pasukan Kecemerlangan Sukan ➢ Jadual Perhimpunan Bulanan Kokurikulum ➢ Atur Cara Perhimpunan Bulanan ➢ Surat Pekeliling Berkaitan 7.0 Jadual Pemantauan Aktiviti Perjumpaan Kokurikulum dan Sukan 160 - 163


Prakata


AKUAN PERIBADI Nama Penuh Nombor Jabatan Nombor Mykad Jawatan Alamat Rumah No. Telefon Bimbit Senarai Tugas Tahun Semasa Tugas-Tugas Pentadbiran Tugas-Tugas Kurikulum Tugas-Tugas HEM Tugas-Tugas Kokurikulum Bahawasanya saya menerima Manual Pengurusan Sekolah 2023/2024 telah meneliti semua maklumat dan bersetuju menerima pelantikan yang terkandung di dalam dan akan melaksanakan dengan penuh tanggungjawab,amanah,iltizam dan istiqamah bagi melonjakkan kualiti kerja yang cemerlang untukmencapai visi dan misi sekolah. …………………….. Tarikh:.......................... ( )


SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUANG 09200 KUPANG KEDAH Tel : 011-65735699 e-mail:[email protected] ____________________________________________________________________________ Tarikh : 12 Mac 2023 SEMUA GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA SK KUALA KUANG Tuan, PELANTIKAN MENJALANKAN TUGAS TAMBAHAN Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Saya sebagai Guru Besar dengan ini melantik secara rasminya tuan menjalankan tugastugas tambahan selain pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti yang tercatat dalam Buku Manual Pengurusan Sekolah 2023/2024 mengikut bidang tugas masing-masing. 3. Tugas ini merupakan tanggungjawab tuan yang wajib dilaksana seperti yang diamanahkan dalam arahan tugas-tugas guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga tuan dapat menjalankan amanah ini dengan baik dan berkesan. Selamat menjalankan tugas. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, …………………………. (ROHANA BINTI LAHAMIN@YAACOB) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Kuang 09200 Kupang Kedah Darul Aman.


KATA ALU-ALUAN GURU BESAR SK KUALA KUANG ____________________________________________________________________________ Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh Segala puji bagi Allah s.w.t serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana Manual Pengurusan Sekolah Kebangsaan Kuala Kuang 2023/2024 telah berjaya dihasilkan.Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Manual Pengurusan 2023/2024 yang telah berusaha dan bekerjasama merancang dan menyusun manual pengurusan ini untuk dijadikan panduan kepada semua warga SKKK dalam melaksanakan amanah mendidik anak bangsa. Manual Pengurusan ini merupakan satu dokumentasi yang sangat penting bagi sesebuah sekolah sebagai rujukan dan juga panduan kepada seluruh warganya dalam melaksana dan menyempurnakan amanah yang digalas.Saya sangat berharap manual ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga sekolah ini khususnya bagi merujuk senarai tugas yang disediakan agar segala amanah dapat diuruskan dengan lebih terancang dan teratur sekali gus meningkatkan kualiti tugasan masing-masing. Marilah kita sama sama melaksanakan amanah yang diberi dengan sempurna serta mendidik anak bangsa dan mengurus organisasi dengan penuh ikhlas kerana dengan keikhlasan bekerja akan menyerlahkan lagi kemuliaan diri kita sebagai guru dan ahli kumpulan sokongan yang dedikasi,dihormati,diteladani masyarakat dan seterusnya akan memartabatkan profesion yang kita cintai. Harapan saya semoga dengan adanya kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua,kita dapat menjadikan sekolah ini sekolah yang cemerlang dari pelbagai aspek dan sekali gus dapat melahirkan anak didik yang baik lagi cerdik,cemerlang dunia akhirat. Mudah-mudahan usaha murni kita mendapat keredhaan Allah S.W.T. Sekian. Wassalam. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH Saya yang menjalankan amanah, ………………………… ROHANA BINTI LAHAMIN @ YAACOB Guru Besar SK KUALA KUANG


PENGENALAN


PENTADBIRAN AM UNTUK GURU DAN AHLI KUMPULAN PELAKSANA SK KUALA KUANG 1. ARAHAN AM ● Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi Perintah Am tersebut. ● Guru dan kumpulan pelaksana sekolah dinasihati supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandunganPerintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain. ● Guru hendaklah menghayati tatasusila profesional keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata. ● Semua guru dan kumpulan pelaksana hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang. ● Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Moto,Visi,Misi KPM dan sekolah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ● Semua guru dan kumpulan pelaksana dikehendaki meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri ketika bertugas. ● Semua guru dan kumpulan pelaksana dikehendaki bertanggungjawab menjaga dan menjaminkeselamatan murid ketika belajar di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 2. WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN ● Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam jadual waktu persekolahan. ● Semua guru wajib berada dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali menjalankan tugas rasmi di luar. 3. MASA TIBA SEKOLAH ● Semua guru hendaklah sampai dan berada di sekolah sebelum jam 7.40 pagi. ● Guru bertugas harian dikehendaki berada di sekolah jam 7.00 pagi dan berada di tapak perhimpunan untuk mengendalikan perhimpunan mingguan dan menyambut kehadiran murid di pintu pagar sekolah. ● Semua guru dan kumpulan pelaksana WAJIB mengetik kad perakam masa tiba ke sekolah dan masa balik.


4. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH ● Semua guru WAJIB menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan. ● Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher. Semua guru digalakkan memakai kot. ● Guru-guru akan bersama-sama murid menyanyikan lagu Negaraku,Lagu Negeri. ● Pentadbir dan guru bertugas akan mengetuai Ikrar Rukun Negara. ● Guru bertugas harian hendaklah merekod, melapor dan mencatatsemua aktiviti yang berlaku sepanjang hari bertugas di dalam buku laporan harian. 5. MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH WAKTU BERTUGAS ● Guru dan kumpulan pelaksana tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu persekolahan kecuali mendapat kebenaran daripada Guru Besar. ● Guru yang mendapat arahan PPD/JPN/KPM dan lain-lain mesti memaklumkan kepada Guru Besar terlebih dahulu. ● Guru dan kumpulan Pelaksana dikehendaki mengisi Borang Kebenaran Keluar dan dapatkan tandatangan Guru besar/Penolong kanan. ● Guru yang mendapat kebenaran Guru Besar hendaklah mengetik perakam waktu keluar dan waktu kembali semula ke sekolah. ● Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta mendapatkan guru ganti untuk kelas yang ditinggalkan dan hendaklah memaklumkan kepada Guru Besar/Penolong Kanan. ● Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. 6. PAKAIAN GURU SEMASA BERTUGAS ● Guru wajib mematuhi Surat Pekeliling Bil.6/1995 (rujuk salinan surat yang dilampirkan) 7. KAD PERAKAM WAKTU ● Rakaman kehadiran guru/catatan kehadiran guru adalah dokumen yang membantu Guru Besar untuk membuat penilaian Prestasi Tahunan. ● Guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum juga dikehendaki menandatagani buku kehadiran kokurikulum. ● Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi kenyataan atau sebab-sebab yang munasabah dan mendapatkan tandatangan guru besar dengan segera.


8. KEHADIRAN MESYUARAT / PROGRAM RASMI SEKOLAH /KURSUS DALAMAN ● Guru wajib menghadiri semua mesyuarat dan program rasmi sekolah. ● Guru yang tidak hadir hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar dengan permohonan secara rasmi. Bukti ketidakhadiran hendaklah disertakan. ● Semua mesyuarat mesti mempunyai agenda dan minit. Keputusan mesyuarat mesti disampaikan kepada pihak berkenaan dan diambil tindakan. ● Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian rasmi. 9. KEGIATAN KOKURIKULUM ● Semua guru akan ditugaskan menjadi Penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap. ● Semua guru wajib menghadiri kegiatan kokurikulum dan menulis nama dalam buku kehadirankokurikulum yang disediakan di pejabat sekolah. ● Guru hendaklah memastikan buku laporan aktiviti kokurikulum diisi oleh murid dan mengesahkan laporan tersebut. ● Buku laporan tersebut hendaklah dihantar kepada Penyelaras setiap minggu untuk disemak dan dihantar sebulan sekali kepada Guru Besar/PK Kokurikulum untuk disahkan. 10. MELAKUKAN KERJA LUAR ● Penjawat awam tidak dibenarkan melakukan kerja luar kecuali dengan mematuhi Perintah Am Bab ‘D’ seperti berikut: ● Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan. ● Tidak dilakukan semasa waktu pejabat. ● Tidak menjejaskan kredibiliti sebagai penjawat awam. ● Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggahdengan kepentingan jabatan. ● Berhubung dengan menjalankan tuisyen di luar, guru-guru diingatkan bahawa tindakan tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 79(e) dan subseksyen 132(g) di mana boleh didenga tidak melebihi RM 50,000 (Ringgit Malaysia :Lima Puluh Ribu )atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali. 11. CUTI 11.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal ● Mengikut Surat Pekeliling kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Namun guru boleh dipanggil


bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar. 11.2 Cuti Rehat Khas (CRK) ● Cuti Rehat Khas(CRK) tidak melebihi lima belas (15)hari diperuntukkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Ceraian SR 5.1.5 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun. ● Guru-guru perlu memaklumkan permohonan cuti kepada Guru Besar atau kepada Penolong Kanan dan seterusnya mengisi borang permohonan dalam HRMIS..Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 11.3 Cuti Sakit ● Guru-guru yang tidak dapat hadir berugas kerana sakit hendaklah memaklumkan kepada Guru Besar atau Penolong Kanan Pentadbiran/ Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum mengikut tatacara berikut: - Menelefon segera kepada Guru Besar. ● Sijil Perakuan Doktor mesti diserahkan segera kepada Guru Besar atau Penolong Kanan Pentadbiran apabila datang bertugas kembali (tidak melebihi 2 hari). 11.4 Cuti Keluar Negara ● Guru-guru mesti mengisi borang kebenaran ke luar negara sama ada semasa cutisekolah atau semasa penggal persekolahan. Sila isi borang permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh tersebut. 11.5 Cuti tanpa Rekod ● Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela menghadapi latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan,syarikat kerjasama,menduduki peperiksaan,mesyuarat persatuan ikhtisas , mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan. 11.6 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat ● Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli terdekat selama tiga(3) hari sebagaicuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah


suami,isteri,anak-anak,ibu dan bapa kandung,ibu dan bapa mertua, anak angkat,anak pelihara, adik beradik,datuk dan nenek.Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. 11.7 Cuti Khas - Isteri Bersalin ● Diberikan selama tujuk(7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5)kali bersalin. 11.8 Cuti Tanpa Gaji ● Cuti ini tidak digalakkan kecuali tidak dapat dielakkan. 12. REKOD PENGAJARAN HARIAN (e-RPH) 12.1 ● Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. ● la haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. ● e-RPH ini hendaklah diupload sebelum sesi pengajaran & pembelajaran.Guru Besar / Penolong Kanan akan membuat semakan setiap minggu mengikut jadual (rujuk jadual). 13. WAKTU MENGAJAR 13.1 ● Memastikan kehadiran dan disiplin murid di dalam kelas. ● Melengkapkan Buku Kawalan Kelas.(BKK) ● Memastikan kelas teratur, bersih dan kondusif. 14. GURU GANTI (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1981) ● Sila lihat Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai Masa Luang (Free Period).Guru-guru hendaklah mematuhi jadual guru ganti yang ditetapkan. 15. BUKU LATIHAN /NOTA MURID / BUKU KERJA / BUKU REKOD KOKURIKULUM ● Buku-buku tersebut hendaklah sentiasa diperiksa dengan teliti. ● Buku yang telah diperiksa hendaklah segera dikembalikan kepada murid. ● Guru Besar / Penolong Kanan akan menyemak buku-buku tersebut mengikut jadual.


16. GURU SEBAGAI GURU DISIPLIN(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001) ● Semua guru SK Kuala Kuang adalah guru disiplin dan guru bimbingan. Guru-guru hendaklah sentiasa memberi bimbingan kepada muriddan mengamalkan budaya ‘Sekolah Penyayang’. Buku Peraturan Sekolah menjadi panduan untuk mengurus disiplin murid-murid. 17. KESELAMATAN MURID ● Semua guru bertanggungjawab menjaga keselamatan murid sepanjang waktu berada di dalam kawasan sekolah. ● Jika berlaku kemalangan atau kecederaan guru diminta segera memaklumkan kepada Guru Besar atau Penolong Kanan . Ibu bapa atau penjaga kepada murid berkenaan mesti dimaklumkan segera. ● Peraturan keselamatan yang disediakan mestilah dipatuhi. ● Latihan kebakaran wajib diadakan dua kali setahun. 18. BILIK GURU ● Kebersihan ,keceriaan dan keselamatan ‘Bilik Guru’ adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Jadikan bilik guru sebagai contoh kepada murid. ● Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap ‘non teaching period’ dan bukannya’ree period’. Oleh itu guru hendaklahmenggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja. Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik guru. ● Murid tidak dibenarkan berada di bilik guru. ● Pelawat tidak dibenarkan menggunakan bilik guru untuk berbincang sesuatu dengan guru. ● Sebarang pertemuan (tetamu luar)hendaklah diadakan di luar bilik guru /kantin. 19. TUGAS ● Guru akan diberi tugas-tugas dalam bidang kurikulum, hal ehwal murd,kokurikulum dan pentadbiran. Tugas tersebut mesti dilaksanakan dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. ● Guru hendaklah melaksanakan sesuatu tugas / arahan misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke JPN,PPD atau sekolah lain dengan penuh tanggungjawab. Guru yang ditugaskan tidak bolehmengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Guru Besar. ● Guru yang mewakili sekolahdalam mana-mana mesyuarat atau taklimat dimluar , minit curai hendaklah dikemukakan kepada Guru Besar dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di Pejabat Sekolah.


● Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminaratau seumpamanya apabila balik ke sekolah hendaklah menjalankan ‘Kursus Dalaman ‘ kepada guru dan dimaklumkan kepada Penolong Kanan / Guru besar tarikh dan masa pelaksanaannya. ● Guru yang melakukan tugas rasmi di luar hendaklah menyediakan bahan tugasan untuk murid dan mengisi maklumat tugasan dan diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran. 20. JADUAL WAKTU ● Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran. ● Guru Kelas dan Guru Bilik Khas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan di dalam kelas/bilik khas masing-masing. 21. JADUAL KEDATANGAN ● Guru kelas hendaklah mengisi kehadiran murid dalam APDM sebelum pukul 12.00 tengah hari pada setiap hari persekolahan. ● Pada setiap akhir bulan guru kelas perlu membuat pengesahan analisis kehadiran murid. ● Guru kelas perlu mencetak analisis kehadiran sebanyak dua (2 ) salinan.Satu salinan diserahkan kepada PK Hem dan satu simpanan guru kelas. 22. KESELAMATAN DAN PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH ● Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah disampaikan ke pengetahuan pihak sekolah. ● Ketua Panitia hndaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lainlain. ● Alat-alat dan harta sekolah adalah harta kerajaan. Penggunaan untuk peribadi adalah dilarang. Sesuatu alat yang dipinjam hendaklah mendapat kebenaran guru yang bertanggungjawab dengan mengisi borang pinjaman.Alat yang digunakan hendaklah dikembalikan semula dan menandatangani buku pinjaman. 23. KEBERSIHAN ● Semua guru bertanggungjawabmenjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas murid hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan yang digunakan untuk membersihkan kelas hendaklah disimpandengan rapi dan selamat. ● Guru-guru lain yang mengurus bilik khas bertanggungjawab untuk


menjaga kebersihan dan keselamatan bilik tersebut. 24. SURAT RASMI ● Semua surat rasmi berkaitan dengan perjawatan atau sekolah hendaklah dihantar melalui Guru Besar. 25. SURAT YANG DITERIMA ● Semua surat masuk yang telah diminitkan oleh Guru Besar perlu diambil tindakan segera. ● Semua surat keluar hendaklah menggunakan kepala surat sekolah yang ditandatangani oleh Guru Besar. ● Sekiranya guru perlu menghantar sebarang maklumat kepada pihak-pihak berkaitan, maka maklumat tersebut hendaklah ditaip dan menyerahkan ke pejabat. Pihak pejabat akan menyediakan surat iringan yang ditandatangani oleh Guru Besar. 26. PELAWAT ● Semua pelawat , penjual dan pengedar WAJIB berjumpa dengan Guru Besar / Penolong Kanan terlebih dahulu sebelum berurusan dengan guru-guru. Promosiatau mengiklan sesuatu barangan di sekolah untuk murid adalah dilarang kecuali mendapat kebenaran Guru Besar. 27. PEMBELIAN ● Guru /Akp perlu menyediakan kertas kerja sebelum membuat pembelian sesuatu barangan. ● Guru /Akp yang hendak membeli barang daripada syarikat-syarikat perlu memohon kebenaran dengan mengemukakan nota minta yang terdapat di pejabat untuk ditandatangani oleh Ketua Panitia/Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar. ● Pembelian barangan untuk melaksanakan aktiviti/program perlu disertakan dengan kertas kerja dan nota minta. 28. BUKU STOK / INVENTORI ● Ketua Panitia atau ketua unit bertanggungjawab menguruskan buku stok /inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. (Setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklahdirekodkan dengan serta merta). ● Pembantu tadbir akan menyemak buku stok /inventori ini dari semasa ke semasa dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh PK / Guru


Besar. 29. TANDA NAMA ● Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah. 30. KEAHLIAN KELAB GURU /PIBG ● Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah. ● Semua guru hendaklah membayar yuran kelab guru dan mematuhi perlembagaan kelab. 31. PENGGUNAAN ALATAN ● Penggunaan alatan sekolah hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan. ● Guru /Akp perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Unit atau Penjaga Stok dan perlu direkodkan. ● Alatan hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera dalam berkeadaan baik. ● Alatan yang rosak hendaklah dilaporkan dengan segera. 32. ARAHAN DAN PEKELILING ● Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya. ● Sekiranya arahan pekeliling itu diberi terus,guru hendaklahmenyimpannya di dalam fail khas. 33. TELEFON ● Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan direkodkan dalam buku yang disediakan. ● Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. 34. KUNCI ● Semua kunci mesti disimpan di pejabat , guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi Buku Rekod Peminjaman di pejabat. ● Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada Guru Besar dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.


MAKLUMAT LENCANA SEKOLAH Lencana Sekolah Kebangsaan Kuala Kuang terdiri daripada beberapa unsur seperti bentuk, warna, simbol dan tulisan. Bentuk Burung di tengah lambing menunjukkan sejenis burung iaitu Burung Kuang yang terdapat di kawasan kampung di mana terletaknya sekolah ini. Nama kamung ini juga mengambil sempena nama burung kuang ini. BURUNG ini melambangkan cita-cita dan harapan yang tinggi kepada sekolah ini untuk mendidik dan membimbing murid-murid ke arah Pendidikan dan Pembelajaran yang lebih baik dan sempurna. TANGKAI PADI yang melingkari burung itu melambangkan sekolah ini terletak dalam negeri Kedah yang terkenal sebagai Negeri “Jelapang Padi”. PADI juga melambangkan hampir keseluruhan penduduk kawasan ini ialah petani. BUKU di bahagian atas lambang menunjukkan sekolah ini sebuah institusi pendidikan yang terbilang.


WARNA DAN TAKRIF Warna biru Semangat kerjasama, muafakat dan kasih saying Warna merah Semangat persaingan yang sihat, iltizam ke arah kecemerlangan Warna kuning Keikhlasan serta pekerti yang baik asas kecemerlangan diri Warna putih Melambangkan kesucian hati, keikhlasan, dan kejujuran dalam melaksanakan tugasan bagi memajukan pendidikan. Tangkai padi Melambangkan ketinggian ilmu dan keperibadian yang tinggi Buku Menjana pengetahuan


LAGU SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUANG SEKOLAH YANG KITA BANGGAKAN BERILMU BERJASA BERBAKTI SENTIASA ITULAH IKRAR KITA KAMI MURID YANG SETIA BELAJAR DENGAN RIANG RIA GURU MENDIDIK KITA SEHINGGA KITA JAYA


PELAN SEKOLAH


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


MISI


VISI SEKOLAH Ikrar Perkhidmatan Awam Malaysia IKRAR PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA KAMI YANG TELAH DILANTIK BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYSIA, MEMBUAT IKRAR DI SINI, BAHAWA SEMASA DAN SELAGI KAMI BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYISA, KAMI PATUH DAN MENGAMALKAN TERAS-TERAS PERKHIDMATAN SEMASA MENJALANKAN TUGAS-TUGAS KE ARAH INI, KAMI: BERAZAM MENINGGIKAN MUTU PERKHIDMATAN BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI BERKHIDMAT DENGAN MUHIBBAH DAN KEMESRAAN BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN RAKYAT DAN PEMBANGUNAN NEGARA BEKERJASAMA DALAM MEMBANTERAS KELEMAHAN DAN MUSUHMUSUH NEGARA BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA


PIAGAM PELANGGAN KAMI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUANG DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK : • Merealisasikan Visi KPM Pendidikan Berkualiti,Insan Terdidik (ABC) dan Negara Sejahtera. • Memastikan semua murid diberi pendidikan yang sempurna dan pembelajaran berkesan. • Mengajar dengan penuh dedikasi agar dapat menguasai kemahiran asas ke tahap optima. • Merealisasikan wawasan pendidikan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. • Sentiasa peka dan responsif terhadap kehendak murid. • Memastikan setiap murid diberi peluang menggiatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. • Membantu menyelesaikan masalah persekolahan secara cepat, tepat dan berkesan. • Mewujudkan suasana muhibbah di kalangan warga sekolah, murid dan masyarakat setempat. • Sentiasa menerima pendapat dan pandangan secara terbuka ke arah kejayaan sekolah.


7 TERAS UTAMA KPM


HASRAT KPPM - ABC ( ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK )


TAKWIM PERSEKOLAHAN


Cuti Umum Kedah 2023 Tarikh Hari Cuti 22 Jan Ahad Tahun Baru Cina 23 Jan Isnin Tahun Baru Cina Hari Kedua 18 Feb Sabtu Israk dan Mikraj 23 Mac Khamis Awal Ramadan 22 Apr Sabtu Hari Raya Aidilfitri 23 Apr Ahad Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua 1 Mei Isnin Hari Pekerja 4 Mei Khamis Hari Wesak 5 Jun Isnin Hari Keputeraan YDP Agong 18 Jun Ahad Hari Keputeraan Sultan Kedah 29 Jun Khamis Hari Raya Haji 30 Jun Jumaat Hari Raya Haji Hari Kedua 19 Jul Rabu Awal Muharram


31 Ogos Khamis Hari Kebangsaan 16 Sep Sabtu Hari Malaysia 28 Sep Khamis Maulidur Rasul 12 Nov Ahad Hari Deepavali 25 Dis Isnin Hari Krismas


SENARAI NAMA GURU DAN AKP BIL NAMA GURU NO.KP GRED NO TEL BIMBIT 1 HJH ROHANA BT LAHAMIN @ YAACOB 640403-02-5858 DG44 019-4181052 2 ZAITON BT ABDULLAH 680429-02-5780 DG44 019-5774369 3 RODZIAH BT ABD RAHMAN 720524-02-5598 DG44 019-4742762 4 KHAIRIL ANWAR BIN HANAFI 780826-02-6013 DG44 019-4239037 5 AZMAN BIN HARUN 700412-02-5165 DG42 013-7447679 6 MOHD.KHAIRUDDIN BIN ABD WAHAB 770905-02-5829 DG48 013-4382622 7 MOHD SHUKRI BIN ABD AZIZ 810809-02-5005 DG44 013-4609003 8 SAIFURAIN BIN ABDULLAH 710824-02-5021 DG48 019-8272332 9 AMINAH BT MOHD ISHAK 800215-02-5156 DG44 013-4643266 10 MARIAM BT GHAZALI 780213-08-6718 DG44 013-5967477 11 SALSIAH BT SAMSUDIN 731003-08-6014 DG42 019-5661517 12 MAZLINA BT MANAN 781016-02-5072 DG48 019-5597050 13 NORMADIANA BT IBRAHIM 741108-05-5336 DG42 019-4666206 14 ROSLIDA BT JAAFAR 770329-02-5766 DG42 013-7447679 15 RUSHASNI BT HJ.HUSSAIN 670221-02-5256 DG48 019-4195272 16 WAN NORFADHILAH BT WAN ABD RAHMAN 810924-03-5436 DG44 019-9611633 17 MOHAMAD RASHID BIN ADAM 781208-08-5889 DG42 012-3585438 18 NORIAH BT TAIB 800815-02-5432 DG44 019-5634232 19 MOHAMAD FARIZOL BIN HASSIM 801204-02-5657 DG44 019-6328327 20 FADZILAH BT KHALID 840824-02-5326 DG41 011-20963931 21 MOHD AMINULLAH BIN OTHMAN 880110-08-5091 DG44 019-4559846 22 MOHAMAD AMINUDDIN BIN ABDUL WAHAB 860706-26-5167 DG44 0134906229 23 UMMU UBAIDA BT ABU SEMAN 850414-02-5808 DG44 017-5702524 24 SITI SARA BT HASSAN 800801-02-5546 DG44 013-3995546 25 SITI NORHIDAYAH BT MAHD NAYAI 861214-03-5036 DG44 013-2318547 BIL NAMA STAF SOKONGAN 1 INTAN FADZLIANA BINTI ABDUL RAZAK 891005-02-5488 N19 019-4499630 2 NOR HAZWANI BINTI OTHMAN 900901-07-5100 N19 013-4147809 3 AZHAN BIN AHMAD 731013-02-6023 N14 013-4596948


TAKWIM SEKOLAH SEKOLAH


Click to View FlipBook Version