The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SYARAT & PERATURAN MINI KARNIVAL PRASEKOLAH DAERAH SEREMBAN 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azreenjack646, 2023-07-30 06:55:37

MINI KARNIVAL PRASEKOLAH DAERAH SEREMBAN TAHUN 2023

SYARAT & PERATURAN MINI KARNIVAL PRASEKOLAH DAERAH SEREMBAN 2023

MINI KARNIVAL PRASEKOLAH DAERAH SEREMBAN 2023 SYARAT PERTANDINGAN Microsoft Surface 654


SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN HAFAZAN KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 2023 A. Syarat Pertandingan 1. Pertandingan ini berbentuk individu yang dianggotai 1 orang murid prasekolah. 2. Penyertaan terbuka kepada semua murid beragama Islam di prasekolah KPM. 3. Setiap peserta perlu membaca Surah Al-Fatihah sebagai surah wajib serta DUA pilihan surah daripada 9 surah lazim yang disediakan berdasarkan cabutan undian pada hari pertandingan. 4. Tidak dibenarkan menukar surah dan markah tidak diambil jika tersalah surah yang dibaca. 5. Markah akan diambil kira berdasarkan SATU surah wajib dan DUA surah pilihan. 6. Pengundian surah pilihan dibuat sebelum peserta membaca surah wajib. Peserta perlu meletakkan kertas cabutan dihadapan hakim sebelum ke tempat duduk di pentas pertandingan. 7. Peserta tidak boleh menukar no giliran serta surah pilihan yang dipilih. 8. Peruntukan masa bagi setiap peserta membaca surah wajib dan surah pilihan adalah tidak melebihi 10 minit. Bacaan yang melebihi 10 minit tidak akan diberi markah. 9. Aturan pembacaan surah bermula dengan surah wajib dan diikuti surah pilihan. 10.Hakim menyebut nama surah, murid perlu membaca surah tersebut. Jika murid tidak tahu nama surah, hakim akan membaca ayat pertama surah dan markah akan dipotong. 11.Peserta lelaki hendaklah memakai pakaian kebangsaan yang lengkap bersamping, bersongkok dan berkasut. (Baju kurta tidak dibenarkan) 12.Peserta perempuan hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat dengan berbaju kurung serta bertudung sempurna dan hiasan yang tidak keterlaluan. 13.Di peringkat saringan dan final pertandingan hafazan, peserta perlu hadir ke Sekolah Kebangsaan Labu Ulu. Tarikh saringan hafazan adalah pada 5 September 2023 (Selasa). Di Sekolah Kebangsaan Labu Ulu, terdapat dua bilik untuk saringan hafazan (6 hakim). 5 murid yang terbaik daripada bilik 1 dan 5 murid yang terbaik daripada bilik 2 akan bertanding final pada yang hari sama (tengah hari). 14.Pada 12 September 2023 (Selasa), 5 pemenang tersebut hanya datang ke Kipmall Senawang untuk mengambil hadiah sahaja. Peserta yang mendapat johan di peringkat saringan akan terus mewakili daerah Seremban ke peringkat negeri.


B. Pemarkahan 1. Hafaz dan kelancaran – 30 markah 2. Fasohah – 20 markah 3. Tajwid – 20 markah 4. Makhraj huruf- 10 markah 5. Intonasi suara dan gaya - 10 markah 6. Keyakinan diri – 5 markah 7. Pakaian dan Penampilan – 5 markah Surah Wajib : a. Surah Al-Fatihah Surah Pilihan : a) Surah Al-Ikhlas b) Surah Al-Masad c) Surah Al-Falaq d) Surah Quraisy e) Surah Al-Asr f) Surah Al-Kafirun g) Surah Al-Nasr h) Surah An-Nas i) Surah Al-Kauthar


ACARA 2: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK MINI KARNIVAL PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 2023 Penyertaan 1. Setiap sekolah diwakili oleh 1 atau 2 orang peserta sahaja yang terdiri daripada murid prasekolah yang berumur 5 atau 6 tahun. Syarat Pertandingan 1. Pertandingan ini berbentuk individu yang dianggotai 1 atau 2 orang murid prasekolah. 2. Penampilan peserta semasa pertandingan hendaklah sesuai dari sudut pakaian, solekan dan hiasan. 3. Peruntukan masa adalah tidak kurang 3 minit dan tidak melebihi 5 minit persembahan. 4. Loceng akan dibunyikan sebanyak dua (2) kali menunjukkan masa telah melebihi 5 minit persembahan dan markah tidak akan diambil kira. 5. Peserta dibenarkan untuk mendeklamasikan sajak dalam Bahasa Malaysia sahaja dan tema adalah berdasarkan kepada nilai kasih sayang, keluarga, masyarakat dan alam sekitar. 6. Bait-bait sajak boleh dicipta atau di ambil dari mana-mana sumber. 7. Sajak yang berunsur cinta sesama manusia tidak dibenarkan. Setiap isi kandungan sajak tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif atau menyentuh sensitiviti mana-mana kaum dalam negara ini. 8. Konsep persembahan adalah mendeklamasikan sajak secara individu/solo. 9. Sebarang pengunaan props ringan di atas pentas dibenarkan. Walaubagaimana pun, markah tidak akan dikira pada bantuan props tersebut. 10. Memakai pakaian yang bersesuaian dan sopan.


Pemarkahan (100%) 1. Gaya ucapan dan vokal – 30 markah 2. Intonasi dan Nada – 30 markah 3. Penghayatan dan Kelancaran – 25 markah 4. Memek dan Bahasa Tubuh – 10 markah 5. Penampilan dan Keyakinan – 5 markah Penghakiman 1. Dihakimi oleh 3 orang termasuk seorang ketua hakim. 2. Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim. 3. Keputusan hakim adalah muktamad. 4. Hadiah akan diberi kepada :- 1. Johan 2. Naib Johan 3 . Ketiga 4. Tempat ke 4 5. Tempat ke 5 Peraturan Am 1. Setiap sekolah diwakili oleh 1 atau 2 orang peserta. 2. Pertandingan akan dijalankan secara 2 peringkat. Iaitu saringan awal dan akhir. Untuk saringan awal, pihak sekolah perlu menyediakan satu rakaman video deklamasi sajak berdurasi tidak kurang 3 minit dan tidak melebihi 5 minit persembahan. Rakaman video adalah dalam bentuk landskap (melintang). Rakaman video tersebut TIDAK BOLEH disunting (edit). Rakaman video itu perlu dimuat naik ke link yang akan dimaklumkan kemudian. Tarikh hantar rakaman video: Sebelum atau pada 21 Ogos 2023. 3. Sediakan tiga salinan teks sajak untuk kegunaan semasa pertandingan dan hendaklah diserah kepada urusetia seperti tarikh berikut: Sebelum atau pada 21 Ogos 2023.


Salinan teks sajak (3 salinan hardcopy) boleh dihantar ke: a). Pengerusi Teknik Pertandingan Deklamasi Sajak, Mini Karnival Prasekolah Daerah Seremban. u/p : NURDIANA BINTI MD MOHIDIN SK TAMAN SERI PAGI. ATAU b). Pigeonhole: SK TAMAN SERI PAGI di PPD SEREMBAN. Mohon maklumkan kepada PT (NURDIANA BINTI MD MOHIDIN) sekiranya sudah hantar (012-6787135). 4. Format teks sajak adalah seperti berikut : Font : Arial Font Size : 12 Line spacing : 1.5 Teks sajak perlu mengandungi perkara seperti di bawah : NAMA PESERTA : NO.GILIRAN : (KOSONGKAN) TAJUK SAJAK :


PERTANDINGAN PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK STEM SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK STEM KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 2023 A. Penyertaan 1. Setiap sekolah diwakili oleh 1 pasukan peserta sahaja yang terdiri daripada murid prasekolah yang berumur 5 atau 6 tahun. 2. Pertandingan ini berbentuk kumpulan yang dianggotai 2 orang murid prasekolah. (guru pengiring hanya bantu untuk susunan alatan) 3. Setiap pasukan perlu menyediakan 5 salinan Penulisan Sinopsis Projek berdasarkan format yang diberikan (tidak melebihi 3 muka surat) untuk diserahkan kepada jawatankuasa. 4. Peserta dikehendaki membentangkan hasil amalan terbaik STEM kepada hakim pertandingan. 5. Hakim akan menyoal peserta yang membuat pembentangan. 6. Bahan pembentangan ( penulisan ) perlu diserahkan kepada urusetia untuk diserahkan kepada pihak Hakim sebelum hari pembentangan perkongsian pintar dijalankan. 7. Bahan/peralatan untuk pembentangan dan pameran perlu disediakan di dewan pameran Sebelum pertandingan bermula. 8. Guru Prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid dibenarkan untuk membuat penyediaan di atas pentas sebelum pertandingan bermula. 9. Guru pengiring atau PPM dikehendaki berada di ruang khas ( bahagian tepi) yang disediakan. B. Masa 1. Masa yang diperuntukan untuk pembentangan ialah 6 minit hingga 8 minit. C. Tatacara persembahan 1. Murid bebas menyampaikan hasil kerja (projek) dalam pelbagai cara yang berunsurkan STEM (Science, Technology, Engineering, and Mathematics). 2. Peserta perlu menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. 3. Hakim akan bersoal jawab dengan peserta semasa pembentangan berlangsung. 4. Guru Prasekolah, PPM atau Ibubapa/ penjaga tidak dibenarkan berada bersama


sama pembentang semasa pembentangan dijalankan. D. Tema Perkongsian Pintar: 1. Bebas dan perlu mengikut KSPK Semakan 2017 dan mestilah berunsurkan maklumat yang diambil daripada PDPc, media masa serta tidak menyentuh mana mana isu sensatif, agama, ras dan keturunan mana-mana kaum di negara ini. E. Pemarkahan 1. Kelancaran & Sebutan - 25 markah 2. Isi Pembentangan/ Kefahaman - 25 markah 3. Kreativiti Persembahan - 20 markah 4. Sesi soal jawab - 15 markah 5. Penulisan Sinopsis Projek - 15 markah F. Penghakiman 1. Dihakimi oleh 3 orang termasuk seorang ketua hakim. 2. Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim. 3. Keputusan hakim adalah muktamad. 4. Hadiah akan diberi kepada: 1. Johan 2. Naib Johan 3. Ketiga 4. Tempat ke 4 5. Tempat ke 5 G. Peraturan Am 1. Setiap sekolah akan diwakili oleh 1 kumpulan sahaja terdiri daripada 2 orang peserta. 2. Pertandingan akan dijalankan secara 2 peringkat. Iaitu Saringan awal dan akhir. Untuk saringan awal : • pihak sekolah perlu menyediakan satu rakaman video penyampaian hasil kerja (Projek) berdurasi diantara 6 hingga 8 minit. • Rakaman video adalah dalam bentuk landskap ( melintang). • Rakaman video tersebut TIDAK BOLEH diedit. 3. 5 pasukan terbaik akan bertanding 12 September 2023 di Kipmall Senawang kerana ada sesi soal jawab Bersama hakim.


4. Semua peserta dikehendaki berkongsi maklumat semasa pembentangan dijalankan. 5. Hakim akan menyoal peserta yang membuat pembentangan. 6. Bahan pembentangan ( penulisan) perlu diserahkan kepada urusetia sebelum 14 hingga 21 Ogos 2023 untuk diserahkan Kepada pihak Hakim sebelum hari pembentangan perkongsian pintar dijalankan. 6. Tempat penghantaran: U/p : Pn Rajeswary a/p Pommalai SJKT Bandar Sri Sendayan atau Pigeonhole: SJKT Bandar Sri Sendayan (U/P: Pn Rajeswary a/p Pommalai) 7. Bahan/peralatan untuk pembentangan dan pameran perlu disediakan di dewan Pameran Sebelum pertandingan bermula. 8. Guru Prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid dibenarkan untuk membuat Penyediaan di atas pentas sebelum peserta memulakan pertandingan. 9. Peserta hendaklah memakai Uniform Prasekolah. ( Kemeja -T berwarna putih dan seluar track panjang berwarna hitam/biru gelap. 10. Peserta dibenarkan menggunakan mikrofon sendiri.


BORANG PEMARKAHAN PERTANDINAGAN AMALAN TERBAIK STEM PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK STEM KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 2023 NOMBOR JURI: ________________________________ NAMA JURI : ________________________________ TANDATANGAN JURI ------------------------------------------ BI L NAMA KUMPUL AN KELANC ARAN & SEBUTA N (25 M) ISI PEMBENTAN GAN/ KEFAHAMAN (25 M) KREATIVITI PERSEMBA HAN (20 M) SESI SOA L JAW AB (15 M) PENULIS AN SINOPSI S PROJEK (15 M) JUML AH 1. Nama Kum PESERTA 1 PESERTA 2 2 Nama Kum PESERTA 1 PESERTA 2 3 Nama Kum PESERTA 1 PESERTA 2 4 Nama Kum PESERTA 1 PESERTA 2 5 Nama Kum PESERTA 1 PESERTA 2


ACARA 4 : PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO MINI KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 2023 A. Penyertaan 1. Setiap sekolah diwakili oleh 1 orang atau 2 orang peserta sahaja yang terdiri daripada murid prasekolah yang berumur 5 atau 6 tahun. B. Syarat Pertandingan 1. Pertandingan ini berbentuk individu yang dianggotai 1 atau 2 orang murid Prasekolah. 2. Penampilan peserta semasa pertandingan hendaklah sesuai dari sudut pakaian, solekan dan hiasan. 3. Persembahan hendaklah diiringi oleh muzik “minus one” (tanpa sebarang vokal). 4. Penghantaran video rakaman perlu di muat turun di link url/youtube dan hantar ke link google form yang akan diberikan selewat-lewatnya atau pada 21 Ogos 2023. 5. Rakaman video yang dihantar perlu dalam bentuk (landscape) yang berdurasi peruntukan masa tidak kurang daripada 3 minit dan tidak melebihi 7 minit persembahan. 6. Peserta DIBENARKAN untuk memilih dan menyanyikan lagu semasa dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja. (90’an hingga terkini) 7. Pemilihan lagu Bahasa Malaysia dari negara Indonesia, Singapura dan Brunei adalah TIDAK DIBENARKAN. 8. Setiap lagu TIDAK BOLEH mengandungi unsur-unsur negatif atau menyentuh sensitiviti mana-mana kaum dalam negara ini. 9. Lagu-lagu dialek tempatan, lagu rakyat, serta lagu kanak-kanak juga TIDAK DIBENARKAN. 10.Konsep persembahan adalah nyanyian solo dan bantuan INSTRUMEN muzik yang dimainkan sendiri oleh peserta adalah DIBENARKAN. Walaubagaimanapun, markah TIDAK AKAN DIKIRA pada bantuan instrumen muzik tersebut. 11.Sebarang penggunaan props berat TIDAK DIBENARKAN.


12 Sila hantar DUA SALINAN LIRIK dalam bentuk hardcopy kepada Pengerusi Teknikal-Pn. Hazwani Bt Othman (SK AMPANGAN) selewat-lewatnya atau pada 21 Ogos 2023 13 .Saringan Nyanyian Solo akan dijalankan pada 22 dan 23 Ogos 2023 . 14. Pertandingan Akhir akan dijalankan pada 26 dan 27 OGOS 2023 di KIPMALL,Senawang . Hanya 5 peserta sahaja yang akan bertanding ke peringkat Akhir. 15.Semasa pertandingan Akhir, jika berlaku masalah teknikal (audio,muzik,mikrofon), peserta dibenarkan untuk mengulangi semula persembahan dan permarkahan akan dikira semula. C. Pemarkahan (100%) 1. Pic – 20 markah 2. Tempo – 15 markah 3. Sebutan – 15 markah 4. Ton – 15 markah 5. Dinamik – 10 markah 6. Attack/Release – 10 markah 7. Ekspresi – 10 markah 8. Keterampilan – 5 markah D. Penghakiman 1. Dihakimi oleh 3 orang termasuk seorang ketua hakim (Peringkat Daerah) 2. Dihakimi oleh 4 orang termasuk seorang ketua hakim. (Peringkat Negeri) 3.. Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim. 4. Keputusan hakim adalah muktamad. 5. Hadiah akan diberi kepada :- 1. Johan 2. Naib Johan 3. Ketiga 4. Tempat ke 4 5. Tempat ke 5


Peraturan Am di peringkat Negeri /Kebangsaan 1. Setiap JPN diwakili oleh 1 orang peserta sahaja. 2. Pertandingan akan dijalankan dalam satu pusingan (akhir). 3. Sediakan dua salinan cd audio minus one atau cd karaoke 4. Lagu untuk kegunaan semasa pertandingan hendaklah diserah kepada urusetia semasa pendaftaran kontijen. Contoh Borang Permakahan :


Format Penghantaran Lirik : Font Arial / saiz 12 Nyanyian Solo Mini Karnival Prasekolah Tahun 2023 Nama Murid : ………………………………………………………… Tajuk Lagu : ………………………………................ Giliran Peserta : ………… (tinggalkan kosong) Lirik Lagu:


ACARA 5: PERTANDINGAN FASHION SHOW (BEST COSTUME) SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN FASHION SHOW (BEST COSTUME) MINI KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAERAH SEREMBAN TAHUN 2023 Penyertaan 1. Setiap SEKOLAH diwakili oleh 1 orang peserta sahaja (yang terdiri daripada murid Prasekolah yang berumur 5 atau 6 tahun). 2. Peserta (Model) dikehendaki memperagakan costume yang direka. 3. Rekaan kostum adalah berdasarkan pilihan tema-tema yang terdapat di Prasekolah. 4. Rekaan kostum wajib menggunakan tiga (3) jenis BAHAN peralatan atau alat bantu mengajar yang terdapat di kelas prasekolah serta menggunakan bahan terbuang atau tumbuh-tumbuhan atau kedua-duanya sekali. 5. Aksesori tambahan dibenarkan namun tidak boleh menganggu keseluruhan konsep utama. 6. Bahan-bahan yang digunakan adalah bebas. Syarat Pertandingan 1. Juruacara akan menerangkan syarat-syarat dan peraturan kepada peserta atau pengiring. 2. Masa persembahan tidak melebihi 5 minit. 3. Pakaian / prop disediakan oleh pasukan masing-masing. Strategi pelaksanaan 1. Model memperagakan kostum masing-masing di atas pentas. 2. Muzik latar yang disediakan oleh urusetia akan mengiringi peserta model sepanjang persembahan. 3. Masa yang diperuntukkan bagi setiap persembahan ialah 1 minit hingga 3 minit. 4. Pihak urusetia tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perbelanjaan peserta atau pasukan di dalam pertandingan ini. 5. Pihak sekolah perlu sediakan teks berkenaan pakaian yang diperagakan TIDAK LEBIH 100 PATAH PERKATAAN.


TEKS perlu dihantar ke pigeonhole SK TEMIANG (U.P.: CIKGU CHERRISH LIM) ATAU hantar ke SK TEMIANG (SILA MAKLUM SECARA PERIBADI KEPADA PT JIKA SUDAH HANTAR) 6.Contoh format (Arial size 12, jarak 1.5) NO. GILIRAN : (kosongkan) NAMA MURID : ALI BIN AHMAD NAMA SEKOLAH: SK TEMIANG TEKS PAKAIAN (tidak boleh mengandungi nama murid dan nama sekolah dalam teks yang perlu dibaca oleh MC) ----------------------------------------------------------------------------------------------------------- ----------------------------------------------------------------------------------------------------------- ----------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------(< 100 patah perkataan) 4.


Panduan membuat teks: Pakaian yang diperagakan oleh murid ini bertemakan_______________________. (tema-tema dalam Prasekolah) Rekaan kostum ini menggunakan 3 peralatan/ alat bantu mengajar di kelas Prasekolah seperti_________________________________ (3 jenis peralatan/alat bantu mengajar dalam kelas Prasekolah) serta menggunakan bahan terbuang seperti__________________________________ bersama/atau tumbuh-tumbuhan seperti----------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------- (< 100 patah perkataan) Catatan: 1. Ttulisan berwarna kuning adalah panduan yang boleh digunakan sebagai kata kunci membuat teks 2. Cara penghasilan teks adalah bebas. 3. Teks digalakkan mengandungi info-info yang diperlukan agar pakaian yang diperagakan oleh peserta dapat diterangkan dan dikongsi bersama dengan lebih mudah. CONTOH TEKS: Pakaian yang diperagakan oleh murid ini bertemakan alam hidupan tumbuhtumbuhan yang merangkumi sayur-sayuran, buah-buahan, dan bunga-bungaan. Rekaan kostum ini menggunakan 3 peralatan/ alat bantu mengajar di kelas Prasekolah seperti mainan simulasi buah dan sayur, batang ais krim serta manik. Pakaian pada murid ini turut menggunakan bahan terbuang seperti plastik, cawan minum bersama bunga kebangsaan, bunga Raya dan daun nipah. (59 patah perkataan) *TIDAK LEBIH 100 PATAH PERKATAAN


Pemarkahan 1. Kreativiti (rekaan kostum) 50 % 2. Gaya 15 % 3. Keyakinan 15 % 4. Kekemasan 10 % 5. Keaslian Pakaian 10 % Penghakiman 1. Dihakimi oleh 3 orang termasuk seorang ketua hakim. 2. Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim. 3. Keputusan hakim adalah muktamad. 4. Hadiah akan diberi kepada :- 1. Johan 2. Naib Johan 3. Ketiga 4. Tempat ke 4 5. Tempat ke 5


SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN BERCERITA 1. TEMA 1.1 Tema : Kasih sayang, keluarga, masyarakat dan alam sekitar 2. PENYERTAAN 2.1Setiap sekolah diwakili 1 atau 2 orang peserta yang terdiri daripada murid prasekolah yang berumur 5 tahun atau 6 tahun. 2.2Bayaran tambahan dikenakan sebanyak RM20 atas penyertaan lebih daripada 1 orang. 3. SYARAT DAN PERATURAN PEMILIHAN CERITA 3.1Pemilihan cerita perlulah menepati tema yang ditetapkan dan di dalam BAHASA MELAYU 3.2Mesej cerita perlulah bersesuaian dengan tahap umur peserta. 3.3Mesej cerita perlu mempunyai unsur-unsur pengajaran, nilai-nilai murni sejagat bersesuaian dengan tema. 3.3.1 Cerita tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif mengenai agama, ras atau keturunan mana-mana kaum di negara ini. 3.3.2 Sumber bahan cerita boleh terdiri daripada :- i. Buku-buku cerita kanak-kanak yang terdapat dalam pasaran ii. Cerita-cerita dari majalah-majalah atau media massa lain iii. Hasil karya sendiri 3.4Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan (Tidak melebihi 1 minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut). 3.5Peserta dibenarkan memakai kostum dan menggunakan prop tetapi tiada sebarang peruntukan markah. Pakaian seragam yang mempunyai tanda nama sekolah tidak dibenarkan. 3.6Pendahuluan semasa bercerita tidak perlu menyebut nama sekolah, sebaliknya hanya menyebut nama peserta sahaja. 3.7Pihak penganjur akan menyediakan mikrofon berkaki, jika peserta ingin menggunakan mikrofon tanpa wayar sendiri adalah dibenarkan. 3.8Muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.


3.9Teks cerita hendaklah dihantar kepada pihak Pengerusi Teknikal Pertandingan Bercerita, SK Taman Dusun Nyior pada atau sebelum 21 Ogos 2023 sebanyak (3 salinan). 3.10 Rakaman video bercerita perlu dihantar untuk saringan kelayakan pada atau sebelum pada 21 Ogos 2023 (Link akan diberikan). Rakaman video dalam bentuk melintang dan durasi di antara 4 hingga 5 minit sahaja. 4. MASA 4.1Masa persembahan bagi setiap peserta ialah antara 4 – 5 minit. 4.2Loceng akan dibunyikan pada minit ke-5 menandakan masa telah tamat 4.3Markah tidak akan diberikan bagi peserta yang melebihi masa yang ditetapkan. 4.4Masa akan dikira bermula daripada perkataan pertama yang disebut oleh peserta. 5. PEMARKAHAN 5.1Kriteria permarkahan seperti berikut: Bahasa dan gaya : 20 markah Sebutan jelas dan tatabahasa yang betul : 20 markah Pengajaran dalam cerita : 15 markah Petah/kelancaran : 15 markah Variasi dan kreativiti : 10 markah Intonasi suara : 10 markah Penghayatan (mimik muka dan bahasa) : 10 markah • Pengiraan markah : Jumlah markah ketiga-tiga hakim X 100 300 5.2 Sekiranya berlaku seri, kriteria berikut harus diambil kira untuk menentukan pemenang : i. Bahasa dan gaya ii. Sebutan jelas dan tatabahasa yang betul iii. Pengajaran dalam cerita


6. PENGHAKIMAN 6.1 Bilangan panel hakim sekurang-kurangnya tiga orang. 6.2 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah tidak akan diumumkan. Sebarang bantahan tidak akan dilayan. 6.3 Hadiah akan diberikan kepada: i. Johan ii. Naib Johan iii. Ketiga iv. Tempat Ke 4 v. Tempat ke 5


BORANG PENJURIAN PERTANDINGAN BERCERITA MINI KARNIVAL PRASEKOLAH DAERAH SEREMBAN 2023 NAMA PESERTA NAMA SEKOLAH TAJUK CERITA KRITERIA MARKAH PENILAIAN Bahasa dan gaya 20 Sebutan jelas dan tatabahasa yang betul 20 Pengajaran dalam cerita 15 Petah/kelancaran 15 Variasi dan kreativiti 10 Intonasi suara 10 Penghayatan ( mimik muka dan Bahasa) 10 JUMLAH 100 Jumlah Markah Nama Juri Tandatangan


BORANG PENJURIAN PERTANDINGAN BERCERITA MINI KARNIVAL PRASEKOLAH DAERAH SEREMBAN 2023 BIL NAMA PESERTA BAHASA DAN GAYA SEBUTAN JELAS DAN TATABAHASA YANG BETUL PENGAJARAN DALAM CERITA PETAH/ KELANCARAN VARIASI DAN KREATIVITI INTONASI SUARA PENGHAYATAN ( MIMIK MUKA DAN BAHASA) JUMLAH MARKAH 20 20 15 15 10 10 10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


PERTANDINGAN MEWARNA KHAS 1. Pengenalan Kemahiran mewarna harus diajar ketika di peringkat prasekolah lagi kerana ia akan membantu murid melatih daya membuat banding beza antara warna panas sejuk, harmonis dan gabungan warna. Tambahan pula, aktiviti ini akan membantu kanak-kanak aktif dalam kemahiran motor halus mereka serta menghargai alam sekitar mereka. 2. Objektif 2.1 Membentuk kemahiran memilih warna yang sesuai dengan gambar yang diberi. 2.2 Mengasah dan membentuk bakat dan potensi murid dalam bidang senilukis. 2.3 Menanam sikap cintakan alam sekitar. 2.4 Membina minda yang cergas dan cerdas. 3. Penyertaan Pertandingan ini terbuka hanya kepada murid prasekolah PPKI Daerah Seremban sahaja berumur 4+ atau 5+. 4. Tema Pertandingan “ALAM SEKITAR” 5. Syarat Pertandingan 5.1 Penyertaan 5.1.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid prasekolah PPKI yang berumur 4+ atau 5+ (setiap sekolah boleh menghantar 2 orang wakil atau lebih). 5.1.2 Pertandingan adalah berbentuk individu. 5.1.3 Peserta diwajibkan memakai uniform prasekolah semasa pertandingan dilaksanakan. 5.1.4 Penyertaan murid akan dibatalkan secara automatik sekiranya melanggar syarat- syarat pertandingan. 5.2 Bahan 5.2.1 Peserta dibekalkan oleh penganjur dengan satu kertas bersaiz A4. 5.2.2 Peralatan mewarna hendaklah dibawa sendiri oleh murid/sekolah (Contoh peralatan: meja kecil/ warna / alas tempat mewarna, alas tempat duduk sekiranya alah kepada karpet) 5.2.3 Peserta dibenarkan menggunakan pensil warna SAHAJA. 5.2.4 Kertas mewarna akan diletakkan nombor peserta berdasarkan nombor pada pendaftaran. 5.2.5 Ibu bapa dan guru pengiring adalah DILARANG memasuki kawasan pertandingan.


5.2.6 Semua hasil mewarna adalah hak milik penganjur. 5.2.7 Keputusan pengadil adalah muktamad. 5.3 Masa 5.3.1 Masa pertandingan adalah selama 1 jam . 5.3.2 Penjaga masa akan membunyikan loceng menandakan pertandingan dimulakan. 5.3.3 Loceng kedua akan dibunyikan menandakan masa akan berakhir dalam tempoh 30 minit 5.3.4 Loceng tamat tempoh akan dibunyikan sebanyak 3 kali menandakan pertandingan telah tamat. 5.4 Skema Pemarkahan 5.4.1 Warna menepati objek - 30 markah 5.4.2 Warna Harmoni - 30 markah 5.4.3 Kekemasan - 20 markah 5.4.4 Ton Warna - 10 markah 5.4.5 Kreativiti - 10 markah


Click to View FlipBook Version