KERTAS KONSEP KARNIVAL FUTSAL PRASEKOLAH __________________________________________________________________ 1. Pengenalan 1.1. Pertandingan Futsal Prasekolah diharap dapat memupuk semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan murid-murid prasekolah. 1.2. Kejohanan ini merupakan kesinambungan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan modal insan yang cergas dan cerdas dan mampu berdaya saing dalam persada dunia global. 2. Objektif 2.1 Mencungkil potensi murid-murid prasekolah dalam sukan futsal seterusnya memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk memperkembangkan potensi tersebut ke peringkat yang lebih tinggi. 2.2 Mewujudkan semangat kesukanan, setiakawan dan persaingan secara sihat antara murid-murid prasekolah. 2.3 Membudayakan sukan dalam kalangan murid prasekolah. 3. Syarat Pertandingan 3.1 Hanya satu kategori sahaja akan dipertandingkan iaitu untuk murid-murid prasekolah yang berumur dalam lingkungan lima dan enam tahun yang berdaftar di dalam SMPK. 3.2 Setiap pasukan perlu mempunyai lima (5) pemain di dalam gelanggang tidak termasuk pemain simpanan. 3.3 Pertandingan akan dilaksanakan dalam bentuk liga Kumpulan, pusingan suku akhir, separuh akhir dan pusingan akhir. 3.4 Jika terdapat persamaan mata bagi liga dalam kumpulan maka perbezaan jaringan akan diambil kira untuk menentukan pemenang. 3.5 Johan dan Naib Johan bagi setiap kumpulan akan ke pusingan suku akhir. 3.6 Pusingan suku akhir dan separuh akhir akan dijalankan secara kalah mati.
3.7 Sekiranya keputusan seri dalam pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir maka sepakan penalti sebanyak 3 kali akan dijalankan bagi menentukan pemenang. 3.8 Sekiranya masih seri maka sepakan penalti akan diambil sehingga ada pemenang. 3.9 Sebarang bantahan berkaitan teknikal sahaja boleh dibuat dan hendaklah secara bertulis dalam masa 15 minit selepas tamat perlawanan kepada Jawatan Kuasa Penganjur beserta wang bantahan sebanyak RM100. Wang bantahan akan dikembalikan sekiranya pihak juri mendapati ia mempunyai asas bantahan yang kukuh dan boleh diterima. Sekiranya bantahan tersebut ditolak oleh pihak juri maka wang bantahan tersebut tidak akan dikembalikan. 3.10 Juri rayuan adalah terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan dua pengurus pasukan berkecuali. 3.11 Pihak Jawatankuasa Penganjur berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak dinyatakan secara jelas dalam peraturan-peraturan yang digunapakai untuk pertandingan ini dan keputusannya adalah muktamad. 4. Pengurusan Pasukan 4.1. Setiap pasukan mesti bersedia di tepi gelanggang 5 minit sebelum perlawanan bermula. 4.2. Pasukan yang gagal melapor diri selepas 3 minit waktu perlawanan dianggap tewas dalam perlawanan tersebut dan kemenangan diberikan pada pasukan lawan dengan jaringan 3-0 dengan 3 mata. 5. Bilangan Pegawai dan Peserta 5.1 Setiap pasukan terdiri daripada: Pengurus Pasukan : 1 orang Jurulatih : 1 orang Peserta : 10 orang 5.2 Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini. 5.3 Borang pendaftaran yang disediakan oleh pihak penganjur hendaklah diisi
dengan lengkap dan diserahkan kepada jawatankuasa pengelola bersama-sama dengan salinan Sijil Kelahiran / MyKid yang telah disahkan. 6 Ukuran Padang Dan Alatan 6.1. Saiz padang : 15m x 25m 6.2. Tiang Gol : Gol Bola Baling (2m tinggi x 3m lebar) 6.3. Saiz Bola : 4 6.4. Jenis Bola : Bola Futsal 7 Pakaian Pemain 7.1. Setiap pasukan mestilah memakai jersi yang seragam dan bernombor. 7.2. Penjaga gol hendaklah memakai pakaian yang berbeza dengan kedua-dua pasukan. 7.3. Setiap pasukan hendaklah membawa dua set jersi atau bip bernombor yang berlainan warna.
7.4. Sekiranya terdapat persamaan jersi, maka pasukan PELAWAT (yang disebut dahulu) hendaklah menukarkannya. 8 Memulakan Permainan 8.1. Semua pemulaan permainan termasuk selepas jaringan gol dan selepas separuh masa dimulakan di bahagian tengah padang. 8.2. Jaringan gol secara terus boleh dibuat selepas sepak mula dilakukan. 8.3. Semua pemain lawan hendaklah berada di luar bulatan semasa sepak mula dilakukan. 8.4 Pasukan yang hadir lewat (5) lima minit ke gelanggang pertandingan Sebelum perlawanan dimulakan tanpa alasan yang munasabah tidak dibenarkan untuk bertanding. Kemenangan percuma diberikan kepada pihak lawan dengan jaringan. Futsal 3 - 0 9 Semasa Permainan 9.1 Penjaga gol hanya dibenarkan membuat lontaran sahaja ketika berada dalam kawasan gol. 9.2 Bola perlu diletakkan di atas garisan ketika sepakan ke dalam dilakukan. 9.3 Jaringan gol secara terus tidak dikira jika tiada sentuhan dari mana-mana pemain ketika sepakan ke dalam dilakukan. 10 Syarat Pertandingan Futsal 10.1 Hanya murid prasekolah LELAKI sahaja yang layak menyertai pertandingan ini. 10.2 Setiap pasukan perlu mempunyai lima (5) pemain dalam gelanggang dan Hrna (5) pemain simpanan. 10.3 Masa untuk seliap permainan adalah (7 minit), 10.4 Pusingan kedua perlawanan sehingga separuh akhir adalah 5:1:5 (11 minit) dan perlawanan akhir 7 : 3 : 7 (17 minit).
10.5 Jika terdapat persamaan mata bagi liga dalam kumpulan maka perbezaan jaringan akan diambil kira. (PERKARA 5.1 peraturan am akan diguna pakai) 10.6 Johan dan Naib Johan bagi setiap kumpulan akan ke pusingan kedua (suku akhir, separuh akhir dan akhir) 10.7 Pusingan kedua akan dijalankan secara kalah singkir. 10.8 Sekiranya keputusan seri dalam pusingan kedua, sepakan penalti sebanyak 3 kali akan dijalankan bagi menentukan pemenang. Sekiranya masih seri maka sepakan penalti akan diambil sehingga ada pemenang. 10.9 Penggunaan kad kuning dan kad merah tertakluk seperti undang-undang Bola Sepak FAM. 11 Pakaian Pemain 11.1 Setiap pasukan mestilah memakai jersi yang seragam dan bernombor. 11.2 Penjaga gol hendaklah memakai pakaian yang berbeza dengan kedua-dua pasukan. 11.3 Setiap pasukan hendaklah membawa dua set jersi yang berlainan warna. 11.4 Sekiranya terdapat persamaan jersi, maka pasukan pelawat (yang nama kedua) hendaklah menukarkannya. 11.5 Penjaga gol wajib memakai sarung tangan (glove). 12 Memulakan Permainan 12.1 Semua pemulaan permainan termasuk selepas jaringan gol dan selepas separuh masa dimulakan di bahagian tengah padang. 12.2 Jaringan gol secara terus boleh dibuat dari sepak mula. 12.3 Semua pemain lawan hendaklah berada di luar bulatan. 13 Sepakan Ke Dalam 13.1 Sepakan ke dalam dilaksanakan mengikut undang-undang futsal. 13.2 Jaringan gol secara terus tidak dikira jika tiada sentuhan dari mana-mana pemain.
14 Sistem Pertandingan 14.1 Secara Liga Empat Kumpulan (A, B, C dan D) 14.1.1Pusingan Pertama 14.1.1.1 Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu A, B, C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga. 14.1.1.2 Kedudukan setiap pasukan dalam kumpulan-kumpulan tersebul akan ditentukan secara undian. 14.1.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir) 14.1.2.1 Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan (A, B, C & D) akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingannya akan dijalankan secara kalah mati. 14.1.2.2 Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut: 14.1.2.2.1 Johan Kumpulan A - Naib Johan Kumpulan C 14.1.2.2.2 Johan Kumpulan B - Naib Johan Kumpulan D 14.1.2.2.3 Johan Kumpulan C - Naib Johan Kumpulan A 14.1.2.2.4 Johan Kumpulan D - Naib Johan Kumpulan B 14.1.2.3 Pasukan-pasukan yang menang pada Perlawanan Separuh Akhir akan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat KETIGA dan KEEMPAT. 15 Cara membuat Keputusan 15.1 Cara Liga Cara memberi mata : ►► Menang 3 mata ►► Seri 1 mata ►► Kalah 0 mata *Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, pemenang akan ditentukan seperti berikut :
15.1.1 Secara PURATA GOL, iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena. 15.1.2 Jika Purata Gol masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara PERBEZAAN GOL iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol yang kena. 15.1.3 Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaringkan gol terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang a) Keputusan akan ditentukan secara PERBEZAAN GOL iaitu jumlah gal yang dijaringkan tolak jumlah gal yang kena; b) Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaringkan gal terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang; c) Sekiranya kedudukan masih seri, pasukan yang dibolosi paling sedikit akan diisytiharkan sebagai pemenang; d) Pasukan yang pernah mengalahkan pasukan lawan; 15.2 Cara Kalah Mati 15.2.1 Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAH MATI, jika keputusan pertandingan berakhir dengan seri, maka keputusan pertandingan akan dilentukan seperti berikut : a) Penentuan kemenangan adalah secara perlawanan tambahan iaitu secara 3 center pass, kumpulan yang mendapat 2 goal dikira pemenang. b) Penentuan center pass perlulah dibuat undian semula. 16 Masa Bermain 16.1 Masa bermain bagi PUSINGAN AWAL adalah selama tujuh (7) minit. 16.2 Bagi Pusingan kedua masa bermain adalah selama lima (5) minit masa rehat selama dua (2) minit dan perlawanan AKHIR adalah selama tujuh (7) minit bagi setiap separuh masa dengan masa rehat selama tiga (3) minit.
16.2 Pasukan akan bertukar Kawasan Gol pada akhir separuh masa untuk Perlawanan Pusingan kedua hingga perlawanan akhir. Masa rehat boleh dilanjutkan oleh Pengadil untuk menguruskan sesuatu keadaan luar jangkaan atau kecemasan.
LAMPIRAN BOLA FUTSAL BERSAIZ 4 JERSI BERNOMBOR UKURAN KELUASAN GELANGGANG FUTSAL 25 METER