The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azreenjack646, 2024-06-24 08:50:52

KERTAS KONSEP BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH SEREMBAN

KERTAS KONSEP DAN PERATURAN PERTANDINGAN

KERTAS KONSEP KARNIVAL BOLA JARING PRASEKOLAH 1. Pengenalan Permainan Bola Jaring disertai oleh murid Prasekolah berumur 5 dan 6 tahun. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial ( JERIS ). 2. Matlamat 1.1. Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan kasar. 1.2. Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas. 3. Objektif 3.1 Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai. 3.2 Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan. 3.3 Membina insan yang aktif dan kreatif. 3.4 Meningkatkan disiplin dalam diri murid. 4. Kumpulan Sasaran 4.1 Murid Prasekolah berumur 5 dan 6 tahun di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar di dalam SMPK. 4.2 10 orang murid perempuan dari setiap pasukan termasuk pemain simpanan. 5. Syarat-Syarat Dan Peraturan Pertandingan Bola Jaring Prasekolah 5.1 Setiap pasukan terdiri daripada 10 orang pemain, 7 orang pemain utama dan 3 orang pemain simpanan. 5.2 Peraturan-peraturan semasa pertandingan adalah berdasarkan peraturan am MSSM mengikut kesesuaian murid prasekolah. 5.3 Semua keputusan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik adalah muktamad.


6. Bilangan Pegawai dan Peserta 6.1 Setiap pasukan terdiri daripada: Pengurus Pasukan : 1 orang Jurulatih : 1 orang Peserta : 10 orang 6.2 Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini. 6.3 Borang pendaftaran yang disediakan oleh pihak penganjur hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada jawatankuasa pengelola bersamasama dengan salinan Sijil Kelahiran / MyKid yang telah disahkan. 6.4 Pengurus pasukan perlu menyerahkan borang penyertaan yang lengkap serta disahkan oleh Ketua Jabatan beserta satu salinan sijil lahir yang disahkan oleh pentadbir sekolah masing-masing kepada urus setia pada hari pendaftaran. 7. Tempoh Perlawanan 7.1 Masa bermain bagi PUSINGAN AWAL adalah selama lima (5) minit bagi setiap separuh masa dengan masa rehat selama dua (2) minit dan perlawanan AKHIR adalah selama tujuh (7) minit bagi setiap separuh masa dengan masa rehat selama tiga (3) minit. 7.2 Pasukan akan bertukar Kawasan Gol pada akhir separuh masa. Masa rehat boleh dilanjutkan oleh Pengadil untuk menguruskan sesuatu keadaan luar jangkaan atau kecemasan. 8. Sistem Pertandingan 8.1 Liga dalam kumpulan 8.2 Pusingan Suku Akhir 8.3 Pusingan Separuh Akhir 8.4 Perlawanan Akhir 9. Penentuan Kemenangan 9.1 Sistem pemberian mata secara liga diberikan :Menang - 3 mata, Seri - 1 mata Kalah - 0 mata 9.2 Sekiranya ada pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja


daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya. 9.3 Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, pemenang akan ditentukan dengan perbezaan jaringan gol. 9.4 Sekiranya keputusan seri semasa perlawanan di peringkat Suku Akhir, Separuh Akhirdan Akhir. 9.4.1 Penentuan jaringan penalti akan diberikan sebanyak 3 kali lontaran. 9.4.2 Sekiranya keputusan masih seri selepas 3 kali lontaran, lontaran tambahan sehingga pemenang dapat ditentukan. 10. Pertukaran Pemain 10.1 Setiap pasukan boleh melakukan pertukaran pemain sebanyak 3 kali pada setiapperlawanan. 10.2 Setiap pemain yang telah ditukarkan, dibenarkan bermain semula dan pertukarannyaakan diambil kira. 10.3 Setiap pasukan boleh membuat pertukaran posisi semasa rehat atau permainan diberhentikan atas sebab kecederaan atau sakit. 11. Pakaian 11.1 Setiap pasukan hendaklah memakai ‘bib’ seragam bagi setiap pasukan. 11.2 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua set ‘bib’ yang berbeza warna. 11.3 Saiz ‘bib’ dicadangkan huruf bercetak berketinggian 6 inci. (Rujuk lampiran) 11.4 Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkukupendek. 11.5 Setiap pemain diwajibkan memakai kasut sepanjang permainan dan tidak dibenarkanmemakai kasut yang mempunyai tapak berpaku.


12. Gelanggang Dan Peralatan ( DIUBAH SUAI MENGIKUT KESUAIAN MURID PRASEKOLAH ) 1. Cadangan luas padang bola jaring ialah 25 m X 12.5 m ( panjang(p) X lebar(l) 25 m 12.5m 12.1 Tiang Gol : Tinggi tiang 1.52 meter atau 5 kaki * Tiang hendaklah dibalut bagi mengelakkan kecederaan kepada pemain 12.2 Bulatan tiang gol mengikut ukuran diameter 380mm. 12.3 Panjang jaring secara horizontal dari tiang berukuran 150mm. 12.4 Jenis bola ‘rubber’ dan bersaiz 4. 13. Bilangan Pemain 13.1 Setiap pasukan terdiri daripada 7 pemain di dalam gelanggang dengan posisi: C, WD, WA, GA, GD, GK dan GS 14. Peraturan Permainan (Kesesuaian di peringkat murid prasekolah) 14.1 Semua pemain berada di posisi masing-masing sewaktu memulakan permainan. Pemain mestilah menerima bola di kawasan tengah bagi memulakan permainan. Setelah bola diterima, hantaran seterusnya boleh dibuat terus ke dalam bulatan gol. 8m 9m 8m 3.05M 0.6M


14.2 Hantaran tengah diambil secara bergilir-gilir. 14.3 Seorang pemain TIDAK dibenarkan bergerak dengan bola. Dibenarkan mengerakkan kaki untuk mendapatkan imbangan dan bukan bergerak ke arah rakanatau bulatan gol. Pemain dibenarkan ‘pivot’ (berpusing dengan 2 kaki) untuk menghantar bola. Pemain dibenarkan melangkah untuk menjaringkan gol dengan ‘menggantung’ salah satu kaki. 14.4 Semua pemain bebas bergerak di dalam kawasan permainan kecuali di dalam bulatan gol. Hanya 2 orang pemain dari setiap pasukan dibenarkan berada dalam bulatan gol. 14.5 Seorang pemain TIDAK dibenarkan memegang bola terlalu lama sebelum membuat hantaran. Bola tidak dibenarkan dihantar dari tangan ke tangan. 14.6 Halangan dan sentuhan tidak keterlaluan. 14.7 Jaringan hanya boleh dibuat dalam bulatan gol. 15. Pematuhan Masa 15.1. Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang 30 minit sebelum perlawanan dimulakan. 15.2. Pasukan yang lewat 15 minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan yang munasabah dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan denganjaringan 5 - 0. 12. Bantahan Dan Rayuan 12.1 Bantahan atau rayuan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklahdiserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat dari 1 jam selepastamat perlawanan. Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan Wang Pertaruhan sebanyak RM100.00. Wang pertaruhan akan luput jika bantahan atau rayuan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar. 12.2 Juri Rayuan terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Pengerusi Jawatankuasa Teknik Pertandingan dan 3 orang wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri yang berkecuali. 12.3 Keputusan juri adalah muktamad.


13. Keselamatan 13.1 Sebarang kecederaan atau kemalangan adalah di bawah tanggungan setiap pasukanmasing-masing. 13.2 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan First Aid Kit masing-masing. 14. Penangguhan Perlawanan 14.1 Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan seperti hujanlebat, petir dan kilat, keadaan padang becak dan licin, cuaca gelap dan sebagainya, maka pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik berhak menangguhkan perlawanan. Penangguhan ditentukan seperti berikut : 14.1.1 Sekiranya perlawanan pada hari yang sama, maka perlawanan disambungmengikut baki masa yang tinggal. 14.1.2 Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang lain, maka perlawananhendaklah dimainkan semula. 14.1.3 Sekiranya perlawanan masih tidak dapat dijalankan dan perlawanan telah melebihi separuh dari masa sebenar maka jaringan semasa akan diambil kira untuk menentukan pemenang. 14.1.4 Andaikan kaedah di atas gagal untuk menentukan kedudukan pasukan makakaedah jaringan penalti akan dilakukan untuk menentukan pemenang. - Penentuan jaringan penalti akan diberikan sebanyak 3 kali lontaran. - Sekiranya keputusan masih seri selepas 3 kali lontaran, lontarantambahan akan dilakukan sehingga pemenang dapat ditentukan. 14.2 Jawatankuasa pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah sesuatu jadual dengan terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan secara serta merta. 15. Menarik Diri Dan Menyerah Kalah 15.1 Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, maka semua keputusan pertandingan yang


dijalankan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan tidak dibenarkan memasuki sebarangpertandingan seterusnya. Mata akan diperolehi oleh pasukan lain yang terlibat dalam perlawanan yangterdahulu dengannya tidak diambil kira untuk menentukan keputusan kumpulan. 16. Lain-lain 16.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Permainan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusanadalah muktamad. 17. Undang-Undang Dan Peraturan Permainan (Ada kelonggaran mengikut kesesuaian di peringkat murid prasekolah) 17.1 Semua pemain bebas berada di mana-mana kawasan kecuali kawasan tengah sewaktu memulakan permainan. Pemain mestilah menerima bola di kawasan tengah bagi memulakan permainan. Setelah bola diterima, hantaran seterusnya boleh dibuat terus ke dalam bulatan gol. 17.2 Hantaran tengah diambil secara bergilir-gilir. 17.3 Pemain TIDAK dibenarkan berlari dengan bola. Dibenarkan mengerakkan kaki untuk mendapatkan imbangan dan bukan bergerak ke arah rakan atau bulatan gol. 17.4 Pemain dibenarkan 'pivot' (berpusing dengan 2 kaki) untuk menghantar bola. 17.5 Pemain dibenarkan melangkah untuk menjaringkan gol dengan 'menggantung' salah satu kaki. 17.6 Semua pemain bebas bergerak di dalam kawasan permainan kecuali di dalam bulatan gol. 17.7 Hanya 2 orang pemain dari setiap pasukan dibenarkan berada dalam bulatan gol. 17.8 Seorang pemain tidak dibenarkan memegang bola terlalu lama sebelum membuat hantaran. 17.9 Bola tidak dibenarkan dihantar dari tangan ke tangan. 17.10 Halangan dan sentuhan tidak keterlaluan. 17.11 Jaringan hanya boleh dibuat dalam bulatan gol.


18. Sistem Pertandingan 18.1 Secara Liga Empat Kumpulan (A, B, C dan D) 18.1.1Pusingan Pertama 18.1.1.1 Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu A, B, C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga. 18.1.1.2 Kedudukan setiap pasukan dalam kumpulan-kumpulan tersebul akan ditentukan secara undian. 18.1.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir) 18.1.2.1 Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan (A, B, C & D) akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingannya akan dijalankan secara kalah mati. 18.1.2.2 Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut: 18.1.2.2.1 Johan Kumpulan A - Naib Johan Kumpulan C 18.1.2.2.2 Johan Kumpulan B - Naib Johan Kumpulan D 18.1.2.2.3 Johan Kumpulan C - Naib Johan Kumpulan A 18.1.2.2.4 Johan Kumpulan D - Naib Johan Kumpulan B 18.1.2.3 Pasukan-pasukan yang menang pada Perlawanan Separuh Akhir akan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat KETIGA dan KEEMPAT. 19 Cara membuat Keputusan 19.1 Cara Liga Cara memberi mata : ►► Menang 3 mata ►► Seri 1 mata ►► Kalah 0 mata *Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, pemenang akan ditentukan seperti berikut : 19.1.1 Secara PURATA GOL, iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena. 19.1.2 Jika Purata Gol masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara PERBEZAAN GOL iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol yang kena. 19.1.3 Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaringkan gol terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang a) Keputusan akan ditentukan secara PERBEZAAN GOL iaitu jumlah gal yang dijaringkan tolak jumlah gal yang kena; b) Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaringkan gal terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang;


c) Sekiranya kedudukan masih seri, pasukan yang dibolosi paling sedikit akan diisytiharkan sebagai pemenang; d) Pasukan yang pernah mengalahkan pasukan lawan; e) Lambungan duit syiling. 19.2 Cara Kalah Mati 19.2.1 Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAH MATI, jika keputusan pertandingan berakhir dengan seri, maka keputusan pertandingan akan dilentukan seperti berikut : a) Penentuan kemenangan adalah secara perlawanan tambahan iaitu secara 3 center pass, kumpulan yang mendapat 2 goal dikira pemenang. b) Penentuan center pass perlulah dibuat undian semula.


JADUAL PERTANDINGAN PUSINGAN LIGA KUMPULAN A A1 A2 A3 A4 JARINGAN KENA MATA A1 A2 A3 A4 KUMPULAN B B1 B2 B3 B4 JARINGAN KENA MATA B1 B2 B3 B4 KUMPULAN C C1 C2 C3 C4 JARINGAN KENA MATA C1 C2 C3 C4


KUMPULAN D Johan dan Naib Johan Kumpulan akan bertanding pada peringkat suku akhir. JADUAL PERTANDINGAN KALAH MATI SUKU AKHIR SEPARUH AKHIR AKHIR JOHAN D1 D2 D3 D4 JARINGAN KENA MATA D1 D2 D3 D4


JADUAL PERTANDINGAN BIL MASA PERLAWANAN GELANGGANG CATATAN PUSINGAN LIGA 1 8.30 A1 vs A2 A 2 B1 vs B2 B – 3 C1 vs C2 C 8.43 4 D1 vs D2 D 5 8.46 A3 vs A4 A 6 B3 vs B4 B – 7 C3 vs C4 C 8.59 8 D3 vs D4 D 9 9.02 A1 vs A3 A 10 B1 vs B3 B – 11 C1 vs C3 C 9.15 12 D1 vs D3 D 13 9.18 A2 vs A4 A 14 B2 vs B4 B – 15 C2 vs C4 C 9.31 16 D2 vs D4 D 17 9.34 A1 vs A4 A 18 B1 vs B4 B


19 – C1 vs C4 C 9.47 20 D1 vs D4 D 21 9.50 A2 vs A3 A 22 B2 vs B3 B – 23 C2 vs C3 C 10.03 24 D2 vs D3 D PUSINGAN SUKU AKHIR 25 10.30 JA vs NJB A 26 JC vs NJD B – 27 JB vs NJA C 10.43 28 JD vs NJC D PUSINGAN SEPARUH AKHIR 29 11.00 JX vs NJY A – 30 11.13 JY vs NJX B PUSINGAN AKHIR 11.30 31 – NJPA vs NJPB A 11.43 11.50 32 – JPA vs JPB A 12.03


121 LAMPIRAN “BIB” TIANG GOL BERBALUT KETINGGIAN MURID DAN TIANG GOL 5”


12 SAIZ BOLA JARING (SAIZ 4) YANG DITETAPKAN


Click to View FlipBook Version