The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CHUANG CI EN EUNICE
PISMP TESL C JUN 2021-2026
KOMPENI ALPHA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CHUANG CI EN IPG-Pelajar, 2024-03-10 10:58:42

Buku Log Bulan Sabit Merah Malaysia

CHUANG CI EN EUNICE
PISMP TESL C JUN 2021-2026
KOMPENI ALPHA

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA MALAYSIAN RED CRESENT BUKU LOG UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA NAMA: CHUANG CI EN EUNICE UNIT: TESL C PROGRAM: PISMP AMBILAN JUN 2021-2026 1


1 Biodata Guru Pelatih 4 2 Perlembagaan Pertubuhan Bulan Sabit Merah Prinsip-prinsip Perlembagaan Pertubuhan Lambang/ Emblem, Logo dan Cogan kata Ikrar Lagu 5-15 3 Sejarah Pendidikan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah Sejarah ringkas peringkat antarabangsa Ringkasan penubuhan BSMM di Malaysia Tujuan penubuhan BSMM Istiadat-istiadat rasmi BSMM 16-24 4 Struktur dan Organisasi Pertubuhan BSMM Pengurusan dan struktur organisasi Pertubuhan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah Antarabangsa dan Kebangsaan Pengurusan dan struktur organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat Cawangan Pengurusan dan struktur organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat IPG Pengurusan da struktur organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat Sekolah 25-42 ISI KANDUNGAN 2 BIL KANDUNGAN MUKA SURAT


5 Pengurusan dan Pentadbiran Pendaftaran Ahli dan Kumpulan Kuasa Penganjur Struktur Unit Tanggungjawab pemimpin Pakaian seragam ahli dan pemimpin 43-84 6 Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di sekolah rendah Perancangan tahunan program Unit Uniform Bulan Sabit Merah Malaysia ( BSMM) di sekolah rendah 85-88 7 Rujukan 89 ISI KANDUNGAN 3 BIL KANDUNGAN MUKA SURAT


NAMA: CHUANG CI EN EUNICE NO. KAD PENGENALAN: 030505-04-0372 KURSUS: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN: JUN 2021-2026 KELAS: TESL C KOMPENI BSMM: ALPHA NAMA PENSYARAH: CIK IKHA NADIA BINTI MD IDRIS TARIKH LAHIR: 05 MEI 2003 ALAMAT RUMAH: 160, JALAN ASEAN 10, TAMAN ASEAN, 75250 MELAKA. NO. TELEFON: 011-16131234 EMAIL: [email protected] BIODATA GURU PELATIH 4


1.0 Perlembagaan Pertubuhan Bulan Sabit Merah 5


NOTA-NOTA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT BERUNIFORM 1.0 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN 1.1 PRINSIP-PRINSIP ASAS Kemanusiaan Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengseraan di mana jua ianya wujud. Tujuan adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat menghormati sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia Kesaksamaan Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asalnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi kutamaan kepada kes-kes kecemasan yang serius. Keberkecualian Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya. Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi. 6


Kebebasan Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negara, pergerakan tetap menjaga kebebasan dalam segala kegiatan supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan. Khidmat Sukarela Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung. Ketunggalan Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara. Kesejagatan Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah meliputi seluruh dunia. Semua mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama untuk saling bantu-membantu di antara satu sama lain. 7


1.2 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN Objektif Perlembagaan Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau undang-undang. Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar intitusi pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan perti politik dan persatuan belia. Hanya beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah akta perlimen seperti Persatuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans. Antara fungsi perlembagaan atau undang-undang ialah sebagai panduan menggerakkan persatuan, melicinkan perjalanan persatuan kerana ia menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta menjadi rujukan apabila timbul sebarang masalah dalam menjalankan aktiviti persatuan. Pasukan beruniform telah mempunyai peraturan atau undang-undang tersendiri yang ditetapkan oleh badan induk. Objektif Perlembagaan Bulan Sabit Merah Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang dan orang awam yang telah menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan wad-wad Konvensyen oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva. 8


Kandungan Perlembagaan BSMM Subperaturan 5 (1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peratuan-peraturan (perlembagaan) Bulan Sabit Merah Malaysia: Peraturan 1 : Nama dan alamat Peraturan 2 : Matlamat Peraturan 3 : Objektif Peraturan 4 : Keahlian Peraturan 5 : Guru Penasihat Peraturan 6 : Ahli jawatankuasa Peraturan 7 : Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa Peraturan 8 : Kewangan Peraturan 9 : Penyertaan Peraturan 10 : Aktiviti Peraturan 11 : Peraturan-peraturan Peraturan 12 : Pindaan perlembagaan Peraturan 13 : Perbubaran persatuan Peraturan 14 : Tindakan disiplin Peraturan 15 : Hal-hal lain Perkara-perkara lain yang ditambah ke dalam perlembagaan ialah: I. Lencana / logo persatuan II. Cogan kata/ moto III. Tugas persatuan di peringkat institusi pendidikan, cawangan, daerah, negeri dan cawangan IV. Pendaftaran persatuan V. Jawatankuasa kecil 9


9 Visi Untuk mencapai hasrat memberikan perkhidmatan kemanusiaan yang unggul diperingkat negeri dan negara. Misi Untuk berkhidmat setiap masa bila diperlukan kepada semua. Moto Cekal, gigih dan rela berkhidmat.


1.3 LAMBANG/EMBLEM, LOGO DAN COGAN KATA Rajah 1: Lambang Bulan Sabit Merah Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepadaa Switzerland (Palang Merah yang berlatar belakangkang putih sepertimana warna bendera Kebangsaan Swiss yang diterbalikkan). Ia wujud untuk menentukan perlindungan bagi mereka yang tercerdera di masa perang dan anggota yang menjaga dan merawat mereka. Pada November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Russia mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen Geneva, bahawa lambang Palang Merah menghina kepercayaan agama anggota tenteranya dan mereka menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk perkhidmatan ambulans mereka. Langkah tersebut diikuti oleh banyak negara Arab dan negara yang banyak penduduk Muslim. Sebanyak 29 buah negara sekarang menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk menandakan orang dan barang yang dilindungi oleh Konvensyen Geneva. 10


Negara yang menandatangai Konvensyen Geneva mestilah mengawal penggunaan lambang tersebut. Ia hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan, kapal terbang, kapal laut, bangunan, pembinaan dan juga orang yang ditugaskan untuk menjaga dan mengangkut mereka yang tercerdera akibat perang. Dilarang menggunakan lambang bagi tujuan peperangan, perniagaan dan publisiti. Bendera BSMM Rajah 2: Bendera BSSM Ukuran Piawai Bendera BSMM Rajah 3: Ukuran Piawai Bendera BSSM 11


Rajah 4: Lambang BSMM Persatuan kebangsaan di Malaysia menggunakan lambang Bulan Sabit Merah sebagai mengikut ACT # 162, Malaysia Red Cross Society (change of name) ACT 1975. Kegunaan Lambang - Kegunaan lambang yang asal adalah untuk perlindungan, yang lebih terpakai semasa peperangan. - Kegunaan yang lebih baru pulai iaitu semasa aman ialah untuk pengenalan, iaitu sesiapa yang memakai lambang tersebut dikenali mempunyai pertalian dengan Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah. Lambang BSMM Cogan Kata BSMM “Cergas pada masa aman dan Perang” 12


LOGO RASMI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 13


Bahawa kami Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar Taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan AgongDan pemerintah-pemerintah di negara kami Berdasarkan prinsip-prinsip Rukunegara Bahawa kami berikrar Akan sentiasa patuh kepada perlembagaan dan undang-undangSerta arahan persatuan walau di mana kami berada Bahawa kami berikrar Akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami Kepada mereka yang sakit dan menderita Di waktu aman atau bencana Berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut: KEMANUSIAAN KESAKSAMAAN KEBERKECUALIAN KEBEBASAN KHIDMAT SUKARELA KETUNGGALAN KESEJAGATAN IKRAR BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 14


Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 15


2.0 SEJARAH PENDIDIKAN PALANG MERAH/ BULAN SABIT MERAH 16


2.0 SEJARAH 2.1 SEJARAH RINGKAS PERINGKAT ANTARABANGSA 2.1.1 Pengasas Pergerakan Palang Merah Rajah 5: Sir Henry Dunant Diasaskan oleh: Sir Henry Dunant (May 8, 1828 – October 30, 1910), nama sebenar beliau ialah Jean Henri Dunant Pengasas Pergerakan Palang Merah ialah seorang ahli perniagaan bernama Henry Dunant (1828-1910) yang sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria di Solferino, Itali Utara pada 24 Jun 1959. Lebih 40, 000 tentera dan orang awal cedera dan terkorban, Henru Dunant dalam perjalanan ke Algeria, Afrika telah membantu mangsa yang merintih dan nyawa-nyawa ikan ke sebuah gereja berdekatan. Belaiu mencatatkan segala peristiwa peperangan tersebut dan dikenali sebagai Kenangan di Solferino atau “A Memory of Soleferino” dan dihadiahkan kepada semua ketua negara Eropah. Disebabkan oleh bahasa dan penceritaan yang baik, buku itu telah menyedarkan ketua-ketia kerajaan di Eropah. Buku itu telah mencadangkan: Pertama: Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang telah cedera dan menderita semasa peperangan Kedua: Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan hendaklah dibantu, hasulnya pada 1864 jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dibentuk tanpa kehadiran beliau sendiri 17


2.1.2 Siapakah Jean Henry Dunant? 8 Mei 1828 Dilahirkan di Geneva, Switzerland. Terkenal dgn gelaran ‘Bapa Palang Merah’. Ayahnya seorang peniaga terkenal dan berharta manakala ibunya pula seorang penyayang dan patuh pada arahan agama. 1849 Bekerja sebagai perantis dalam sebuah syarikat bank di Geneva untuk mempelajari perniagaan perbankan 1853 Disebabkan ketekunannya, beliau telah diberi tugas sementara sebagai Pengurus Besar dalam sebuah syarikat subsidiari di Algeria dan Sicily yang juga dikenali sebagai Swiss Colony of Setif. Beliau berminat kepada sekumpulan organisasi di Switzerland, France & Belgium yang terkenal dgn nama Young Mens Christian Union (YMCU) manakala di England pula dikenali sbg Young Men’s Christian Association (YMCA). Dalam tahun ini, satu pergerakan untuk menyatukan beberapa kumpulan di Eropah dimulakan. Dunant menentang dan mencadangkan agar satu gagasan sedunia termasuk YMCA di England patut diwujudkan dan tidak terhad di Eropah sahaja. 1855 Aktif dalam pelbagai kegiatan agama dan amal. Sentiasa berusaha dalam menyatukan orang kristian dan yahudi sebagai ahli LEAGUE OF ALMS di Geneva dengan objektif untuk membantu penduduk miskin dan melarat serta melawat banduan di penjara. Desakan cadangan agar “World Union” diwujudkan bagi YMCA akhirnya berhasil apabila satu persidangan YMCA sedunia telah diadakan di Paris. 1858 Menerbitkan buku pertamanya bertajuk “An Account of the Regency in Tunis”; menubuhkan syarikatnya sendiri, Syarikat Kewangan & Industri Gandum di Algeria 25 Jun 1859 Bertolak ke Solferino di utara Italy yang sedang dalam peperangan pada ketika itu untuk mendapatkan sokongan Maharaja Perancis, Napolean III dalam mendapatkan konsesi tanah bagi pembinaan kilang gandumnya di Algeria. Apabila sampai di Castiglione, didapatinya ramai manusia yang menerima bahana peperangan. Beliau cuba membantu meringankan kesakitan dan penderitaan mangsa perang yang tercedera. Pengalaman ini telah menyebabkan beliau melupakan sementara hal-hal perniagaan. Beliau mula menumpukan pemikirannya tentang bagaimana penderitaan dapat diringankan dan peperangan dapat dielakkan. 18


Oktober 1862 Menerbitkan buku kecil bertajuk “A Memory of Solferino” (Un Souvenir de Solferino) lalu diposkannya kepada orang-orang berpengaruh di seluruh Eropah. Di samping menceritakan pengalamnnya, buku itu juga menyarankan agar pasukan yang mempunyai sukarelawan terlatih ditubuhkan untuk menolong anggota yang tercedera di semua negara. Saranan konsep trinity antarabangsa di antara negara untuk memastikan orang yang sakit dapat dijaga ini telah mendapat sambutan yang amat luar biasa. 1863 Menerbitkan sebuah buku bertajuk “Slavery among the Mohammedans and in the United States of America” 7 Februari 1863 Geneva Society for Public Welfare melantik Jawatankuasa Berlima (committee of five) bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar; Beliau telah dilantik sebagai Setiausaha. 1866 Menulis sebuah risalah yang dipanggil Universal and International Society for the Revival of the Orient, merancang untuk membina koloni neutral di Palestine. 1867 Mengemukakan rancangan The International and Universal Library. Pada masa yang sama, perniagaannya mula merosot disebabkan telah terlalu lama mengabaikan perniagaannya. Beliau mula menyerahkan segala yang menjadi kepunyaannya bagi melunaskan segala hutang. Tekanan yang dihadapi menyebabkan beliau merancang untuk meletakkan jawatan. 8 September 1867 Jawatankuasa Berlima (committee of five) menerima peletakan jawatannya bukan sahaja sebagai Setiausaha tetapi juga sebagai ahli. Beliau kemudiannya mula meninggalkan Geneva dan pergi ke Paris. 1870 Melawat dan mententeramkan mangsa-mangsa yang tercedera yang dibawa ke Paris sewaktu Peperangan Franco-Prussian; memperkenalkan pemakaian kain pembalut (bandage). 1872 Mengatur sebuah mesyuarat bagi menubuhkan the Alliance universelle de l’ordre et de la civilisation untuk menimbangkan keperluan konvensyen antarabangsa dalam mengendalikan banduan perang dan untuk menyelesaikan masalah persengketaan antarabangsa melalui mahkamah timbangtara, bukan lagi melalui peperangan. 1 Februari 1875 Merintis satu kongres antarabangsa bagi menghapuskan perdagangan hamba dari kalangan orang-orang negro yang dilakukan secara terbuka di London. 19


2.1.3 Ringkasan penubuhan BSMM di Malaysia BSMM bermula pada tahun 1948 sebagai salah satu cawangan Palang Merah British di bawah kawasan jajahan British Borneo Utara (kini negeri Malaysia Sabah) dan Sarawak. Pada tahun 1950, Palang Merah Inggeris telah menubuhkan cawangan pertama di Pulau Pinang di Persekutuan Tanah Melayu yang mana ia berkembang pesat di negeri-negeri lain. Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan tersebut mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963. Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965. Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 1975 oleh Parlimen Malaysia. 20


Ringkasan Penubuhan Cawangan Sabah Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan April 1948. Cawangan Sarawak Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April/ Mei tahun 1948. Walaupun mengikut rekod satu permohonan rasmi mewujudkan cawangan palang Merah di Sarawak ialah dibuat lebih awal iaitu pada bulan Februari 1948. Cawangan Semenanjung Malaysia Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1950 yang kemudiannya menjadi satu cawangan dalam bulan Februrai 1951, Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johson serta dua orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang Merah Pahang telah dutubuhkan pada tahun 1952. Persatuan Bulan Sabit Merah di Malaysia 1948 - Persatuan Palang Merah ditubuhkan di Tanah Melayu sebagi satu Cawangan Palang Merah British 1950- Ditubuhkan di Pulau Pinang 1951- Ditubuhkan di Perak, Terengganu dan Selangor 1952 - Ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang 1961 - Pada 1 Mei 1961, Rang Undang-undang Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (perbadanan) telah dibaca di parlimen 1962 - 16 April 1962 Akta Persatuan Palang Merah Malaysia Persekutuan Tanah Melayu (perbadanan ) AKTA 1961 (No. 4 tahun 1962) telah berkuatkuasa. 1963- Pada 4 Julai 1963 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menerima pengiktirafan dengan rasmi sebagai satu Persekutuan Palang Merah 1965 - Apabila Malaysia ditubuhkan, parlimen telah meluluskan akta Parsatuan palang merah Malaysia (Akta No. 47 tahun 1965) 1975- 21 Ogos 1975 di atas persetujuan DI Raja, nama Palang Merah ditukarkan kepada Bulan Sabit Merah dan diwartakan pada 4 September 1975 (Akta 162- Membenarkan pertukaran nama dan lambing) 21


2.1.4 Tujuan Penubuhan BSMM Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan kemanusiaan sukarela yang bertugas untuk mempromosi nilai kemanusiaan serta menyediakan perkhidmatan dan pendidikan awam dalam pengurusan bencana, serta penjagaan kesihatan dalam masyarakat. Ia adalah sebahagian daripada Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa. Pertubuhan terbuka tanpa membezakan agama, bangsa atau politik kepada semua orang untuk melakukan segala hal yang ditakrifkan oleh pertubuhan atau majlisnya berfaedah untuk mencapai tujuan tersebut. 1. 2. Menjalankan usaha memperbaiki taraf kesihatan, mencegah penyakit dan meringankan penderitaan-penderitaan di seluruh dunia dalam masa aman atau perang. 3. Memberikan bantuan sukarela kepada orang cedera sama ada daripada angkatan tentera atau pihak yang menderita akibat peperangan. 4. Menjalankan segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu persatuan kebangsaan oleh tiap-tiap negara yang telah satu pihak kepada konvensyen tersebut. 5. Mengesan perkembangan dan penguasaan ahli-ahli secara menyeluruh dalam aspek-aspek pengetahuan intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, dan sosial selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. 22


2.1.5 Istiadat-istiadat rasmi BSMM Istiadat-istiadat rasmi pertubuhan Istiadat perhimpunan Ketua pasukan melaporkan keahlian kepada komander I. Bacaan doa oleh ahli bertugas II. Nyanyian tiga buah lagu - Lagu sekolah - Lagu negeri - Negaraku III. Laporan dari komander kepada guru penasihat IV. Arahan komander supaya membuka barisan V. Pemeriksaan barisan oleh guru besar diiringi oleh guru penasihat dan komander VI. Guru penasihat menjamput guru besar memberikan ucapan VII. Arahan komander supaya menutup barisan Keluar baris Istiadat meningkat naik I. Ketua pasukan dan ketua kumpulan berdiri dalam bentuk bulatan II. Guru penasihat memberi arahan dan menerangkan dengan ringkas tujuan istiadat ini diadakan. III. Ahli BSMM yang akan meningkat naik dipanggil ke hadapan guru penasihat yang akan mengucapkan terima kasih semasa berada di dalam keahlian IV. Berjabat tangan dengan kawan-kawan V. Ahli lain memberi satu sorakan VI. Guru penasihat memberi arahan menutup bulatan dan bersurai 23


Istiadat melantik Apabila seorang pelajar telah bersedia menjadi ahli BSMM, dia patut disahkan menjadi seorang ahli melalui satu istiadat. Isitiadat itu amat bermakna kepada ahli baru yang akan menjadi kenangan seumur hidup mereka dan kepada semua ahli kumpulan akan mendapat seorang ahli baru. Istiadat diadakan secara: - Perkataan dan upacara ringkas dan mudah - Dengan ikhlas - Dengan khusyuk dan syahdu Prosedur - Diadakan di tempat lapang - Diadakan diperingkat awal tahun - Semua ahli yang terlibat harus daham peranan masing-masing - Guru penasihat dan ketua pasukan hendaklah menghebahkan istiadat ini pada perhimpunan sebelumnya - Semua keperluan disediakan Upacara perlantikan ahli baru BSMM - Ahli yang mengambil bahagian perlu membuat satu bulatan besar - Ketua pasuka berada dalam bulatan - Guru penasihat berdiri di tengah bulatan - Ketua pasukan dalam keadaan sedia - Ahli baru yang berada di luar bulatan di panggil masuk ke dalam bulatan - Wakil ahli membawa ahli baru berdiri di depan guru penasihat - Selepas itu, wakil ahli balik ke tempatnya - Penolong guru penasihat masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah guru penasihat dengan membawa lencana, tanda negeri dan lambang di lengan - Guru penasihat melafazkan ikrar diikut oleh ahli baru - Guru penasihat menyematkan lencana keahlian, tanda negeri dan lambang di lengan ahli baru - Ahli baru memberi hormat kepada guru penasihat dan berpusing - Wakil ahli memperkenalkan kepada ahli-ahli yang lain 24


3.0 Struktur dan Organisasi Pertubuhan Unit BSMM 25


3.0 Struktur dan Organisasi Pertubuhan Unit BSMM 3.1 Struktur dan Organisasi Pertubuhan Unit BSMM Peringkat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada 3 badan yang berasingan iaitu: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) Persatuan-persatuan Paalang Merah/ Bulan Sabit Merah Kebangsaan Rajah 6: International Committee Of the Red Cross (ICRC) Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) Ditubuhkan pada tahun 1863, institusi berkecuali yang dianggotai oleh rakyat Switzerland dan telah diberi status pemerhati oleh Perhimpunan Agong Bangsa-bangsa Bersatu pada 16 Oktober 1990. Peranan a. Penjaga Prinsip-prinsip Asas Palang merah b. Pembangunan Konvensyen Kemanusiaan Antarabangsa c. Mengiktiraf Penubuhan Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah d. Menghantar berkalan bantuan bencana e. Agensi Pengesahan Pusat 26


Rajah 7: International Federation of Red Cross (IFRC) Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah (IFRC) Dahulu dikenali sebagai liga Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Ditubuhkan pada tahun 1919 selepas perang Dunia Pertama. Peranan a. Menggalakkan dan mempromosikan penubuhan dan pembangunan Persatuan Kebangsaan b. Merupakan badan tetap perhubungan antara Persatuan Kebangsaan serta penyelarasan dan peneyelidikan c. Bekerjasama dan Persatuan Kebangsaan khususnya untuk tujuan membaiki taraf d. Bertanggungjawab mengelola dan menyelaras bantuan kecemasan kepada mangsa bencana atau pelarian 27


Peranan: a) Memberi bantuan kepada mangsa bencana alam, pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan b) Melantik anggota-anggota pertolongan cemas c) Menjaga tentera yang sakit dalam peperangan d) Membantu orang-orang tawanan perang menghantar perutusan orang awam Rajah 8: Persatuan-persatuan Palang Merah Kebangsaan 28


Stuktur dan Organisasi Pertubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa 29


3.2 Pengurusan dan struktur organisasi Bulan Sabit Merah Peringkat Kebangsaan Penaung Persatuan: Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Presiden Persatuan: Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Timbalan Presiden: Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Naib Presiden dipegang oleh: YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Menteri Kesihatan, YB Menteri Luar Negeri, YB Menteri Belia dan Sukan dan YB Menteri Pendidikan Carta Organisasi BSMM 30


Majlis Kebangsaan Merupakan badan yang membuat polisi dan dasar BSMM Mesyarat: Sekurang-kurangnya 3 kali dalam setahun Memerlukan 1/3 kehadiran ahli untuk membentuk forum Dianggotai oleh: Pengerusi Kebangsaan Timbalan Pengerusi Kebangsaan 4 orang Naib Pengerusi Kebangsan Bendahari Kehormat Kebangsaan 8 orang ahli yang dipilih 2 orang wakil setiap Cawangan Wakil-wakil agensi kerajaan Kementerian Setiausaha Agong 31


3.3 Pengurusan dan struktur organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat Cawangan 32 PENGERUSI PENASIHAT KEHORMAT TIMBALAN PENGERUSI NAIB PENGERUSI PENGARAH PEGAWAI PERUBATAN KEHORMAT SETIAUSAHA CAWANGAN BENDAHARI KEHORMAT


32 PENOLONG PENGARAH LATIHAN PENOLONG PENGARAH BELIA & KANAK-KANAK KUARTER MASTER AJK KECIL WAKIL DARI JABATAN KERAJAAN CABANG PENOLONG PENGARAH PBS DAERAH KECIL PASUKAN BERUNIFORM


3.3 Pengurusan dan struktur organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat Cawangan Cawangan (Negeri) Kesemua jawatan dalam struktur organisasi tersebut berada di Ibu Pejabat Kebangsaan ( IPK) Kuala Lumpur. BSMM terdapat 15 cawangan di Malaysia ( setiap negeri, Wilayah Persekutuan dan Labuan) Struktur Organisasi hampir serupa dengan NEB. Cabang (Daerah) Setiap cawangan terdiri daripada beberapa cabang: Daerah Daerah kecil Unit-unit Contoh unit-unit: 1.Pasukan Bantuan Sukarela/ PBS ( Volunteer Aid Detachment/ VAD) 2.Pasukan Kumpulan Kebajikan ( Welfare Service Group) 3.Belia (Youth) 4.Kanak-kanak (Link) Komposisi Keahlian kanak-kanak ( pelajar sekolah rendah) ahli-ahli belia ( pelajar sekolah menengah) pasukan bantuan sukarela ( orang dewasa) Ahli Seumur Hidup Ahli Kehormat Seumur Hidup Bentuk latihan yang diberikan kepada ahli Pertolongan cemas Rawatan rumah Bantuan Bencana Alam Memberi perkhidmatan masyarakat Pendidikan Kesihatan 32


3.3 Pengurusan dan struktur organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat IPG 33


Pengerusi ( ketua jabatan) Mengurus persatuan mengikut perlembagaan atau melaksanakan keputusan. Merancang, melaksanan dan menyelia aktiviti persatuan. Mencari inisiatif untuk memantapkan lagi persatuan. Penasihat Memberi panduan, nasihat dan tunjuk ajar serta bimbingan untuk melaksanakan aktiviti dan mentadbir persatuan. Pengerusi Mempengerusikan setiap mesyuarat Meneliti minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan mesyuarat adalah wajar dan mengikut agenda yang ditetapkan. Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari semasa ke semasa. Naib Pengerusi Membantu pengerusi mengurus dan mentadbir persatuan. Menjadi pengerusi mesyuarat atau menjalankan tugas pengerusi apabila ketiadaan pengerusi. Menjalankan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan . Setiausaha Membuat urusan surat-menyurat dengan pihak luar, pentadbir institusi pendidikan atau ahli persatuan. Menjemput dan mengedar surat panggilan untuk semua jenis mesyuarat. Bekerjasama dengan pengerusi untuk mentadbir pembelian dan kewangan persatuan. Menyediakan minit mesyuarat AJK, minit mesyuarat am, laporan aktiviti serta membentangkannya semasa mesyuarat. Membuat laporan tahunan untuk rekod sekolah. Menyimpan fail atau dokumen berkaitan dengan persatuan seperti rekod tugas ahli, pendaftaran ahli. Mengemaskini rekod aktiviti kokurikulum sekolah setiap minggu. Mengeluarkan notis untuk aktiviti. Menjaga buku Rekod kehadiran dan memastikan semua aktiviti dicatatkan dengan jelas dan tepat. 34


Penolong Setiausaha Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya. Menjalankan tugas setiausaha semasa ketiadaan setiausaha. Menjalankan tugas yang diarah oleh penasihat dari masa ke masa. Bendahari Menyimpan buku kewangan Membentangkan laporan kewangan setiap mesyuarat Memastikan pengeluaran resit BSMM adalah benar dan betul. Menyimpan rekod dan stik harta persatuan. Memungut dan menyimpan kenyataan pembayaran yuran ahli. Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan persatuan. Menyimpan dan menyiapkan penyata kira-kira persatuan. Penolong Bendahari Menjalankan tugas bendahari semasa ketiadaan bendahari Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari semasa ke semasa. Komandan Bertanggungjawab memastikan disiplin, latihan, kecekapan, pakaian seragam, rekod dan kewangan pasukan di dalam keadaan baik. Menerima dan melaksana arahan yang diterima daripada Cabang/ Cawangan dari semasa ke semasa. Mengatur kursus dan latihan untuk ahli-ahli pasukan seperti mana peruntukan Buku Panduan Latihan. Mengatur program aktiviti tahunan Mengagihkan tugas rasmi BSMM dalam kalangan anggota pasukannya dan memastikan kehadiran anggota pasukannya dalam setiap tugas yang telah diberikan. Bertanggungjawan menghantar laporan pasukan kepada Cabang setaip tahun. 35


Kuartermaster Mengendalikan penerimaan peralatan-peralatan pasukan atau peralatan yang dipinjam daripada Cabang/Cawangan/IPK atau organisasi lain agar sentiasa dipelihara. Mengetuai pasukan semasa ketiadaan Komandan dan Penolong Komondan. Memeriksa dan mengesahkan rekod penggunaan ubat di dalam bilik PC setiap minggu. Mengadakan rekod-rekod mengenai alatan serta harta pasukan dan memastikan boleh digunakan pada bila-bila masa diperlukan. Memastikan alatan dan ubat-ubat dalma peti pertolongan cemas sentiasa mencukupi Melaporkan kekurangan alatan atau ubat-ubatan kepada guru penasihat dengan segera. Ketua Patrol atau Ketua Biro Mengetuai satu kumpulan kecil bagi melaksanakan sesuatu tugas yang ditetapkan mengikut biro, bahagian atau patrol. Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang telah ditetapkan mengikut perlembagaan persatuan. 36


3.4 Pengurusan dan struktur organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat Sekolah 37


3.4 Pengurusan dan struktur organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat Sekolah Guru Besar 1.Pemimpin Utama: Menjadi pemimpin utama dalam menyokong dan menggalakkan kepelbagaian aktiviti PBSM di sekolah rendah. Membentuk visi dan misi PBSM sekolah mengikut matlamat dan nilai-nilai pendidikan. 2.Penyelia dan Pembantu Pengurusan: Menyelia dan membantu pengurusan keseluruhan PBSM di sekolah, termasuk penjadualan aktiviti, pendaftaran ahli, dan penyelenggaraan program. Memastikan semua peraturan dan garis panduan PBSM dipatuhi. 3.Pengawasan Program Kemanusiaan: Mengawasi dan menyokong program-program kemanusiaan dan amal PBSM, termasuk kempen derma darah, bantuan kepada masyarakat, dan projek-projek kemanusiaan lain. Memastikan program-program ini menyokong nilai-nilai kemanusiaan dan pendidikan moral. 4.Koordinasi Bersama Pihak Berkuasa Tempatan: Berkongsi dan berkoordinasi dengan pihak berkuasa tempatan, PBSM cawangan peringkat negeri, dan badan kemanusiaan lain bagi meningkatkan penyelenggaraan dan impak aktiviti PBSM di sekolah. Guru Pembimbing 1.Pembimbing Aktiviti: Menggubal dan membimbing pelaksanaan aktiviti PBSM di sekolah rendah. Memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sejajar dengan matlamat dan nilai-nilai kemanusiaan PBSM. 2.Pendaftaran Ahli: Menguruskan pendaftaran ahli PBSM di kalangan pelajar. Memastikan rekod keahlian diperbaharui dan dikemaskini secara berkala. 3.Mengatur Mesyuarat dan Latihan: Menjadualkan dan mengendalikan mesyuarat berkala dengan AJK PBSM untuk membincangkan program-program, aktiviti, dan isu-isu semasa. Mengendalikan latihan dan bengkel untuk ahli PBSM dalam membangunkan kemahiran kemanusiaan, kepimpinan, dan kemahiran lain yang berkaitan. 4.Pengurusan Program Kemanusiaan: Menguruskan dan menyelia program-program kemanusiaan seperti kempen derma darah, projek amal, dan bantuan kemanusiaan. Melibatkan pelajar secara aktif dalam projek-projek ini. 38


3.4 Pengurusan dan struktur organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat Sekolah Pengerusi 1.Pengurusan Mesyuarat: Mengetuai mesyuarat AJK PBSM dan memastikan mesyuarat dijalankan dengan teratur. Membuat persiapan agenda mesyuarat dan memastikan semua perkara yang perlu dibincangkan telah disediakan. 2.Perancangan dan Penjadualan Aktiviti: Merancang dan menjadualkan aktiviti-aktiviti PBSM sepanjang tahun akademik. Berkoordinasi dengan AJK PBSM untuk melaksanakan aktivitiaktiviti kemanusiaan, kecemerlangan pelajar, dan kesedaran sosial. 3.Koordinasi dengan Guru Penasihat: Berkongsi maklumat dan berkoordinasi dengan Guru Penasihat PBSM untuk memastikan program dan aktiviti berjalan lancar. Berkomunikasi secara teratur untuk mendapatkan sokongan dan pandangan. 4.Pembinaan Hubungan Luar: Mewakili PBSM dalam berhubung dengan pihak berkuasa sekolah, guru-guru, ahli PBSM, dan komuniti sekitar. Membina hubungan dengan badan kemanusiaan atau NGO tempatan untuk kerjasama dalam projek-projek kemanusiaan. Naib Pengerusi 1.Menggantikan Pengerusi: Melaksanakan tugas Pengerusi apabila Pengerusi tidak hadir atau tidak dapat menjalankan tugasnya. Bertindak sebagai wakil Pengerusi dalam mesyuarat atau acaraacara tertentu. 2.Pengurusan Mesyuarat: Membantu Pengerusi dalam menyusun dan memandu mesyuarat AJK PBSM. Memimpin mesyuarat jika Pengerusi tidak hadir. 3.Koordinasi Aktiviti: Berkongsi tanggungjawab dengan Pengerusi dalam perancangan dan pengurusan aktiviti PBSM. Mengkoordinasikan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan oleh AJK PB 39


3.4 Pengurusan dan struktur organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat Sekolah Setiausaha Pengurusan Rekod dan Dokumen: Menjaga dan mengemaskini rekod keahlian PBSM, termasuk senarai ahli dan maklumat perhubungan. Menyelenggara rekod mesyuarat dan aktiviti untuk rujukan masa depan. Penyediaan Agenda Mesyuarat: Mempersiapkan agenda mesyuarat AJK PBSM dan memastikan semua perkara yang perlu dibincangkan telah dimasukkan. Mengedarkan agenda kepada semua ahli AJK sebelum mesyuarat. Mengendalikan Korespondensi: Menyediakan surat-menyurat rasmi atau memo berkaitan dengan aktiviti PBSM. Membantu dalam menyusun dan menyampaikan surat-menyurat kepada pihak luar seperti pihak berkuasa sekolah, ibu bapa, atau pihak berkuasa tempatan. Koordinasi dan Komunikasi: Menyelaraskan komunikasi di antara ahli AJK PBSM dan ahli PBSM. Berkomunikasi dengan Guru Penasihat dan naib pengerusi untuk memastikan maklumat disampaikan dengan berkesan. Penolong Setiausaha 1.Membantu Menyusun Agenda Mesyuarat: Bekerjasama dengan Setiausaha dalam menyusun agenda mesyuarat AJK PBSM. Memastikan semua perkara yang perlu dibincangkan telah dimasukkan ke dalam agenda. 2.Merekodkan dan Mengedarkan Minit Mesyuarat: Membantu Setiausaha dalam merekodkan minit mesyuarat AJK PBSM. Memastikan minit mesyuarat disusun dan disahkan dengan betul sebelum diedarkan kepada ahli AJK. 3.Pengurusan Dokumen: Membantu dalam pengurusan rekod dan dokumen PBSM seperti senarai ahli, maklumat perhubungan, dan dokumen berkaitan aktiviti. Memastikan rekod keahlian dikemaskini dan disimpan dengan teratur. 40


3.4 Pengurusan dan struktur organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat Sekolah Bendahari 1.Pengurusan Bajet: Menyediakan dan menguruskan bajet PBSM untuk aktiviti-aktiviti sepanjang tahun akademik. Memastikan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk setiap program dan projek. 2.Merekod dan Pelaporan Kewangan: Merekod semua transaksi kewangan dan perbelanjaan yang berkaitan dengan PBSM. Menyediakan laporan kewangan berkala dan menyampaikannya kepada AJK PBSM serta pihak berkuasa yang berkaitan. 3.Penyelenggaraan Rekod Keahlian: Menyelenggara rekod keahlian PBSM yang melibatkan pembayaran yuran keahlian dan maklumat berkaitan dengan keahlian ahli PBSM. Membantu dalam pendaftaran ahli baru dan memastikan yuran dibayar secara berkala. 4.Pemprosesan Bayaran dan Penerimaan: Memproses pembayaran yang diperlukan untuk membiayai aktiviti dan program PBSM. Menerima sumbangan atau derma kewangan dari pihak luar dan menyelenggara rekodnya. Penolong Bendahari 1.Pemprosesan Transaksi Kewangan: Membantu dalam merekodkan transaksi kewangan dan perbelanjaan PBSM. Memastikan semua bayaran dan penerimaan dicatat dengan betul. 2.Pemeliharaan Rekod Keahlian: Membantu dalam pemeliharaan rekod keahlian PBSM, termasuk maklumat pembayaran yuran keahlian dan keadaan keahlian ahli PBSM. Menyokong dalam pendaftaran ahli baru dan pengemaskinian rekod keahlian. 3.Pengurusan Dokumen Kewangan: Membantu dalam penyelenggaraan dokumen kewangan seperti invois, resit, dan dokumen lain yang berkaitan. Menyimpan dan mengemaskini fail kewangan PBSM. 41


3.4 Pengurusan dan struktur organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat Sekolah AJK 1.Penyelaras Program Kemanusiaan: Menyelaras dan memastikan pelaksanaan program kemanusiaan seperti kempen derma darah, bantuan kemanusiaan, dan lain-lain. Bertanggungjawab terhadap logistik dan pelaksanaan programprogram tersebut. 2.Penyelaras Aktiviti Amal: Menangani program amal dan aktiviti kebajikan sosial PBSM. Menggandengkan kerjasama dengan komuniti dan badan amal tempatan. 3.Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan: Menangani aspek keselamatan dan kesihatan semasa aktiviti PBSM. Menyediakan panduan keselamatan dan memastikan pematuhan dengan peraturan keselamatan. 4.Penyelaras Hubungan Luar: Menjalin dan menyelenggara hubungan dengan pihak berkuasa sekolah, pihak media, dan badan-badan lain. Mewakili PBSM dalam majlis-majlis dan acara-acara luar. 5.Penyelaras Kesenian dan Kebudayaan: Menangani program-program seni dan kebudayaan yang melibatkan ahli PBSM. Mempromosikan nilai-nilai seni dan kebudayaan dalam aktiviti PBSM. 6.Penyelaras Kesukanan: Menangani aspek kesukanan di dalam PBSM, termasuk pengurusan uniform dan lambang PBSM. Mempromosikan semangat kesukanan di kalangan ahli PBSM. 7.Penyelaras Kesihatan dan Sukan: Menangani program-program kesihatan dan sukan dalam PBSM. Membantu dalam pengurusan aktiviti-aktiviti sukan dan kesihatan. 8.Penyelaras Teknologi Maklumat (IT): Menangani aspek teknologi maklumat seperti pengurusan laman web atau media sosial PBSM. Membantu dalam penggunaan teknologi untuk penyampaian maklumat dan koordinasi. 42


4.0 Pengurusan dan Pentadbiran 43


4.1 Pendaftaran Ahli dan Kumpulan Keahlian persatuan terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan politik Ahli dan sukarelawan datang daripada pelbagai golongan, memberi sumbangan perkhidmatan bagi menwujudkan hasrat dan prinsip persatuan. Komposisi ahli adalah seperti berikut: 1. Ahli kanak-kanak (9-12 tahun) • Yuran tahunan RM2 setahun • Bayaran dibuat kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang • Resit pembayaran akan dibuat oleh Setiausaha Cawangan atau Cabang 2. Ahli Belia (13-18 tahun), Ahli Belia Terbuka (13-17 tahun) • Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di bahagian unit sebagai Bulan Sabit Kanak-Kanak • Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit sebagai Bulan Sabit Muda • Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di unit Pasukan Sukarela (Volutary Aid Detachment-VAD) 3. Ahli Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam/Tidak Berpakaian Seragam (18 tahun ke atas) • Yuran RM2 sethaunn tetapi digalakkan untuk bayar 5 tahun sekaligus 4. Ahli seumur hidup • Permohonan adalah di atas budibicara dan kelulusan cawangan. • Yuran Rm500. 5. Ahli Kehormat Seumur Hidup (Anugerah kepada individu yang memberi sumbangan) • Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan. • Anugerah Ahli Kehormat tidak lebih 4 orang setiap tahun. 44


Pendaftaran Ahli Penyelarasan Pendaftaran Ahli Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di Ibu Pejabat Kebangsaan Setiap Cabang Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod kehalian masing-masing. Bagi Cawangan yang tiada Unit di bawah pentadbiran rekod boleh disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif Cawangan. Kad kehalian telah diberi nombor beriri dan diperoleh dari Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Cawangan, Pengeluaran kad kepada ahli perlu didaftarkan Kad yang lama perlu digantikan dengan yang baru melalui Sekretariat Cawangan atau Cabang Borang keahlian haruslah lengkap dengan gambar Apabila permohonan telah diluluskan oleh pihak Cawangan maka borang berkenaan hendaklah diserahkan kepada: - Salinan asal kepada Ibu Pajabat Kebangsaan - Salinan kedua disimpan oleh Cawangan - Salinan ketiga diserahkan kembali kepada Cabang atau Unit - Kad keahlian kepada Ahli biasa atau ahli seumur hidup 45


Pendaftaran bagi pasukan kanak-kanak/belia Setiap sekolah hanya diberikan menubuhkan 1 pasukan SMM. Setiap pasukan- minimum 15 ahli Pihak sekolah menghantar borang pendaftaran kepada Setiausaha Cabang dan disemak oleh pihak Cabang barulah permohonan dimajukan kepada Setiausaha Cawangan. Pendaftaran Pasukan Belia Terbuka Ditubuhkan di kawasan yang diluluskan oleh belia Cabang sahaja. Ahli-minimum 15 orang Hantar borang pendaftaran kepada Cabang sebelum dihantar ke IPK untuk disemak dan dikeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan. Pendaftaran Pasukan Bantuan Sukarela Boleh ditubuhkan di kawasan yang disyorkan oleh Cabang Ahli-minimum 15 orang Langkah pendaftaran adalah sama seperti pendaftaran belia dan kanak-kanak. 46


4.2 Kuasa Penganjur Tanggungjawab kuasa penganjur Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit PBSM di mana perlu Meluluskan permohonan untuk aktiviti luaran (seperti rombongan, kembara, perkhemahan, dan sebagainya) untuk ahli. Menyelia dan mengawal kemajuan unit PBSM di sekolahnya. 47


Click to View FlipBook Version