BANGUNAN WARISAN
DI MALAYSIA
NAMA : ANG ZI JIE
KELAS : 4STA1
GURU : CIKGU NURUL
AKMAL
Kota A Famosa
Memang banyak bangunan warisan di Malaysia tetapi Kota A Famosa boleh
dikatakan yang selalu menjadi sebutan ramai. Kota A Famosa adalah sebuah kota
yang telah dibina pada tahun 1511 menggunakan buruh-buruh paksaan sewaktu
dibawah taklukan Portugis.
Namun begitu, kini, bukan keseluruhan kota ini dalam keadaan yang sempurna,
kerana satu-satunya struktur yang masih dalam bentuk asal hanyalah pintu
gerbang kota ini iaitu Pintu Gerbang Santiago. Dikatakan bahawa pintu gerbang
ini adalah struktur Eropah yang tertua di rantau Asia.

Bangunan yang telah pun berusia lebih daripada 500 tahun ini masih teguh berdiri
kerana menggunakan antara jenis batuan yang paling kukuh iaitu Batu Lada
ataupun Batu Letrik yang agak sukar untuk dicari.
Kota Kuala Kedah
Kota Kuala Kedah juga dikenali sebagai Kota Kuala Bahang merupakan salah
sebuah daripada kota bersejarah yang dibina oleh orang-orang Melayu yang
terletak dalam negeri Kedah, Malaysia. Kota Kuala Kedah yang terletak di Alor
Setar merupakan satu kompleks sejarah popular di Kedah.
Kota Kuala Kedah menjadi salah satu tumpuan para pelancong untuk melawat
bangunan peninggalan sejarah yang berkaitan dengan negeri Kedah .
Kota Kuala Kedah memiliki pelbagai peninggalan artifak sejarah, antara
lain termasuk peninggalan bekas kota, meriam dan paparan maklumat
Kota Kuala Kedah
Kota Kuala Kedah memiliki pelbagai peninggalan artifak sejarah, antara
lain termasuk peninggalan bekas kota, meriam dan paparan maklumat
mengenai sejarah Kota Kuala Kedah yang terkenal itu.
Rumah Penghulu Abu Seman
Rumah Penghulu Abu Seman ini adalah sebuah rumah Melayu tradisional yang
mempunyai seni bina tradisi yang menakjubkan dan merupakan rumah yang telah
dibaikpulih. Pada asalnya, rumah ini dibina secara berperingkat-peringkat dan ia
telah diubaisuai dan diperbesarkan.
Rumah ini adalah kepunyaan Tuan Abu Seman bin Nayan iaitu penghulu Mukim
Bagan Semak dan lokasi rumah ini sebenarnya adalah di Daerah Bandar Baharu,
Kedah namun setelah beliau membeli dan memiliki rumah ini, beliau telah
memindahkan rumah ini ke kampungnya.
Contoh Gambar Rumah Penghulu Abu Seman
SEKIAN
TERIMA
KASIH