The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aufafasihaa, 2022-04-03 09:52:14

TUGASAN 2 BMMB1144 AUFA FASIHA BINTI FAZLI

TUGASAN 2 BMMB1144 (4)

TUGASAN 2
BMMB1144

NAMA PELAJAR: AUFA FASIHA BINTI FAZLI
KELAS: H3

ANGKA GILIRAN: 2021192310055
NAMA PENSYARAH: ENCIK MUHAMAD AUFA BIN MOHAMMED SANUSI

TAJUK CERITA:
RAJIN BERUSAHA TANGGA KEJAYAAN

WATAK WATAK WATAK WATAK
UTAMA SAMPINGAN SAMPINGAN
SAMPINGAN
AHMAD ABDULLAH PAK HAMID SI BURUNG
SI KANCIL

Terdapat sebuah perkampungan di negeri Kedah iaitu di daerah
Pokok Sena. Perkampungan ini dinamakan sebagai Kampung Paya
yang terletak di kawasan yang paling hujung dan dipadati dengan
pohon hijau-hijauan yang besar serta tumbuhan tradisional yang
dapat dijadikan sebagai ubat-ubatan. Seterusnya, terdapat seorang
remaja dalam lingkungan 16 tahun yang menetap di kampung
tersebut. Dia bernama Ahmad Abdullah malah lebih dikenali sebagai
Ahmad. Ahmad merupakan seorang anak yatim piatu kerana dia
kehilangan ibunya akibat menghidap penyakit jantung pada dua
tahun lepas manakala bapanya meninggal dunia akibat sakit kronik
pada bulan lepas. Dia merupakan anak tunggal dalam keluarga
serta dia juga telah berhenti sekolah ketika berumur 15 tahun
kerana kurang berminat terhadap pelajaran dan bertekad untuk
bekerja bagi menyara keluarga.

Sebelum ini, mereka sememangnya hidup dalam kemiskinan
kerana mereka hanya menetap di sebuah rumah usang yang
disewa daripada penghulu kampung sejak beberapa tahun yang
lalu. Ahmad menyara keluarga dengan hanya bekerja sebagai
pembantu para petani di kampung tersebut untuk memperolehi
pendapatan bulanan. Di samping itu, dia juga mendapat bantuan
daripada masyarakat untuk merawat penyakit ibu bapanya. Malah,
sejak ibu bapa meninggal dunia, dia berasa semakin sunyi dan
hanya tinggal keseorangan di rumah usang kerana saudara
maranya juga tinggal berjauhan dari negeri Kedah dan tidak
mengambil peduli akan keadaan hidupnya.

Ahmad selalu berasa sayu dengan kehidupannya serta
merasakan bahawa dirinya bagaikan embun telah pergi di pagi
hari, basah hujan semalam pun telah mengering. Namun ketika dia
melihat dirinya di sebalik cermin, segalanya telah tersemat
sebagai kenangan. Perasaan hiba yang tersimpan dalam hati tidak
dapat digantikan dengan mana-mana sinaran pelangi kerana
segalanya telah tercipta sebagai kenangan. Dia semakin hilang
semangat untuk bekerja kerana dia merasakan bahawa hidupnya
tidak lagi mempunyai matlamat untuk dicapai. Hidupnya juga
hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun,
setelah beberapa minggu selepas kehilangan bapanya, dia mula
untuk mendapatkan kembali semangat untuk meneruskan
kehidupannya.

Harta yang dia miliki hanyalah sebuah rumah usang, beberapa
helai baju buruk, sebilah parang dan lastik. Dia seringkali termenung
memikirkan nasibnya yang malang. "Jika aku menjadi kaya,
kalaulah aku menjadi kaya, kalaulah aku dikurniakan emas yang
banyak", ini merupakan perkara yang berlegar-legar di minda
Ahmad sepanjang hari. Namun, kehidupannya masih dalam
keadaan kemiskinan. Pada suatu hari, dia mendapat idea untuk
berkunjung ke rumah tok penghulu pada hujung minggu ini yang
terletak di tengah kampung bersebelahan dengan surau. Tok
penghulu lebih dikenali sebagai Pak Hamid. Dia sememangnya akrab
dengan Pak Hamid sejak pertama kali dia menjejakkan kaki di
kampung tersebut. Pak Hamid merupakan seorang yang amat
bertanggungjawab dengan kehidupan para penduduk di kawasan
tersebut serta memberikan komitmen yang amat jitu.

Bukan itu sahaja, Pak Hamid juga merupakan individu yang
paling berharta di kampung tersebut. Pak Hamid selalu
membantunya serta telah menganggap bahawa dirinya sebagai
anak angkat dalam keluarga tersebut. Sikapnya yang pemurah
menyebabkan Pak Hamid sentiasa dihormati dan disayangi oleh
para penduduk. Justeru, ini yang menyebabkan dia berasa ingin
ke rumah Pak Hamid tambahannya dia sudah lama tidak melawat
keluarga tersebut sejak daripada bapanya meninggal dunia.
Hajat ke sana adalah untuk mendapatkan ilmu mengenai cara-
cara untuk menjadi kaya kerana dia berasa amat kesal dengan
kehidupannya kini serta mempunyai keinginan untuk berubah
kepada kehidupan yang lebik baik dan selesa.

Pada hujung minggu, dia bersiap sedia dengan beberapa
barang yang dimilikinya seperti sebilah parang dan lastik sebagai
alat pertahanan diri ketika perjalanannya untuk ke rumah Pak
Hamid. Hal ini demikian kerana, kedudukan rumahnya yang agak
jauh dengan rumah-rumah yang lain menyebabkan dia perlu
melalui hutan dan menyeberangi sungai terlebih dahulu untuk ke
rumah tersebut. Perjalanan ini mengambil masa yang lama iaitu
hampir satu jam. Tiba-tiba, ketika dalam perjalanan, dia
terdengar bunyi "cip cip, cip cip" secara bertalu-talu yang
menyebabkan dia tergerak hati untuk mencari kewujudan bunyi
tersebut. Namun, apabila dilihat ke atas, rupanya ada seekor
burung sedang bertenggek di atas dahan pokok rambutan.

"Kalaulah aku jual burung ini, mesti dapat duit. Burung ini cantik pula
tu. Mesti jadi perhatian ramai." bisik Ahmad seorang diri. Lalu, Ahmad
mengeluarkan lastiknya dan mengambil batu lalu terus melastik ke arah
burung yang cantik itu. "Tushhhh, tushhhh". Malah, batu itu terkena pula
pada bahagian dahan pokok rambutan tersebut. Justeru, dia
memerhatikan bahawa lastiknya telah putus. Burung yang menawan itu
terus terbang tinggi untuk menyelamatkan diri. Kecewa sungguh Ahmad
kerana keinginannya tidak tercapai dan hanya bagaikan menghitung bulu
kambing. Namun, Ahmad sering berkata pada dirinya bahawa, "mesti Allah
telah aturkan jalan dan rezeki yang lebih terbaik untukku". Lalu, kata-kata
ini sering menjadi pegangan dalam hidup Ahmad untuk terus bersemangat.
Justeru, Ahmad meneruskan perjalanannya untuk ke rumah Pak Hamid.

Tiba-tiba, langkah Ahmad terhenti lagi. Dia terdengar bunyi sesuatu
yang perlahan berhampiran dengannya. Lalu, dia memberanikan diri
untuk menuju ke arah bunyi tersebut lalu tibanya di semak samun, dia
menyelak di kawasan tersebut lalu ternampak seekor kancil. Ahmad
dengan terujanya lalu berbisik kepada dirinya bahawa, "wah, kancil lah!"
lalu mempunyai hajat untuk menangkap kancil itu dan menjualnya. "Mesti
boleh dapat keuntungan yang lumayan kerana haiwan seperti kancil ini
jarang untuk ditemui pada waktu kini". Kata Ahmad bersendirian. Justeru,
Ahmad mengeluarkan sebilah parang lalu membaling ke arah kancil
tersebut. "Toink, toink" bahkan parang tersebut terkena lagi pada
sebatang pokok lalu termasuk ke dalam sungai. Lalu, sebilah parang yang
dimilikinya itu terus hanyut dibawa arus.

Ini sememangnya tidak lagi menjatuhkan semangat Ahmad untuk
memperolehi perkara yang diingini. Lalu, Ahmad mendapat idea baru
untuk menangkap seekor kancil itu. Ahmad menanggalkan baju buruknya
dan merentangkan pada kawasan yang berlubang kecil. Bagi Ahmad,
apabila kancil keluar dari kawasan semak samun, kancil akan terus masuk
ke dalam lubang kecil lalu dapatlah dia mengetuk kaki kancil dengan
sebatang ranting kayu untuk mengelakkan kancil itu terus bergerak aktif.
Lalu, dia pun "tuk,tuk,tuk,tuk" pada bahagian kaki kancil tersebut. Malah,
apa yang difikirkannya seringkali tidak menjadi. Kancil itu berlari pantas
untuk menyelamatkan diri lalu terus masuk ke dalam hutan. Ahmad
sangat sedih kerana bukan setakad lastiknya telah putus, parangnya
sudah dibawa arus, malah bajunya juga sudah koyak rabak. Nasib malang
Ahmad bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga.

Ahmad tetap bangkit lalu meneruskan perjalanannya ke rumah Pak
Hamid. Selepas 30 minit kemudian, dia tiba di rumah Pak Hamid lalu terus
memberikan salam dan bertanyakan khabar. " Assalamualaikum Pak
Hamid. Sudah lama kita tidak ketemu. Pak Hamid dan keluarga apa
khabar?". Justeru, Pak Hamid terkejut dengan kedatangannya lalu
menjawab, "waalaikumussalam Ahmad. Eh lamanya kamu tidak datang ke
rumah pakcik. Alhamdulillah pakcik dan keluarga sihat walafiat.
Bagaimana dengan kehidupan kamu sekarang? Kamu sihat?". "Ya, saya
sihat walafiat malah mengenai kehidupan, insyaallah saya cuba untuk
mengubah nasib ke arah yang lebih baik" ujar Ahmad dengan sedikit
keluhan. Lalu, Pak Hamid dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang
berlaku disebalikkan kata-kata tersebut. Pak Hamid terus meminta Ahmad
untuk menceritakan segala masalah kepadanya.

"Ahmad, pakcik rasa lebih baik kamu menceritakan segala masalah
kepada pakcik kerana pakcik tahu bagaimana raut wajah kamu jika kamu
ketika gembira mahupun sedih." Ujar Pak Hamid dengan perasaan yang
penuh ingin tahu akan masalah tersebut. Kemudian, Ahmad menceritakan
segala masalah yang dipendam dalam dirinya lalu memberitahu
tujuannya datang ke rumah Pak Hamid itu. Justeru, Pak Hamid hanya
tersenyum lalu memeluk bahu Ahmad sambil memberikan kata-kata
semangat lalu menyatakan bahawa Ahmad boleh menjadi kaya raya
seperti orang lain. "Ahmad, dengarlah kata-kata pakcik. Setiap individu
mempunyai hak untuk menjadi kaya raya kerana kita semua dikurniakan
anggota badan iaitu dua tangan dan dua kaki yang sama sahaja. Pakcik
mencadangkan kepada kamu untuk menggunakan tanah di belakang

rumah pakcik. Pakcik boleh memberikan sebatang cangkul, sebilah
parang dan beberapa biji benih jagung. Ini kerana pakcik lihat bahawa
kamu ini sangat bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib

kehidupanmu. Adakah kamu bersetuju Ahmad?" ujar Pak Hamid kepada
Ahmad. Ahmad sangatlah gembira dengan kata-kata paling bermakna
yang diujarkan oleh Pak Hamid tersebut. "Ya Allah Pak Hamid. Benarkah
dengan kata-kata ini? Ini bukanlah mimpi? Saya setuju dengan kata-kata
Pak Hamid dan berjanji bahawa saya akan memanfaatkan nikmat
pinjaman tanah ini dengan sebaiknya. Saya akan berusaha untuk
menggunakan tanah ini dengan sewajarnya Pak Hamid. Terima kasih
yang tidak terhingga saya ucapkan ya." Ujar Ahmad dengan perasaan
yang penuh terharu bagaikan wujudnya pelita untuk menerangi
kehidupannya yang gelap gelita. Lalu, Pak Hamid berkata, "sama sama
Ahmad. Saya mengharapkan usaha yang paling terbaik daripada kamu
ya". Selepas selesai berbual, Ahmad pulang ke rumah dengan hati yang
penuh berbunga-bunga.

Setibanya di rumah, Ahmad masih lagi mengenangkan kata-kata
Pak Hamid lalu bertekad untuk bersungguh-sungguh dalam
memanfaatkan peluang yang diberikan ini dengan sebaiknya. Pada
keesokkan hari, Ahmad bangun dari tidur dengan semangat yang
baru. Selepas membersihkan diri, Ahmad terus menuju ke rumah Pak
Hamid untuk melaksanakan misinya pada hari pertama. Setelah tiba
di rumah Pak Hamid, Ahmad terus memulakan aktivitinya dengan
menebas, membakar dan membuat batas. Lalu, Ahmad mula untuk
menanam jagung buat pertama kali kerana menurut Pak Hamid,
tanah di kawasan ini sangatlah subur dan sesuai untuk ditanam
sayuran seperti pokok jagung. Ahmad akan menjaga kebun ini pada
setiap hari dari waktu pagi sehingga petang. Akhirnya, setelah
beberapa bulan, pokok jagung yang ditanam itu bertambah subur
dan membuahkan hasil yang amat sihat.

Ahmad memberikan hasil tersebut kepada Pak Hamid sebagai
tanda penghargaan dan selebihnya Pak Hamid memintanya untuk
menjual di pasar tani yang berhampiran dengan kawasan kampung
mereka. Ahmad sangat gembira kerana hasil jualan jagungnya telah
habis djual dan mendapat keuntungan yang tinggi. Ini merupakan suatu
pencapaian yang sangat memuaskan hati kerana hasil titik peluhnya
berjaya. Seterusnya, Ahmad terus berusaha untuk menanam biji benih
jagung pada kuantiti yang lebih banyak dan bertekad untuk
memberikan sebahagian daripada keuntungannya kepada Pak Hamid
sebagai bayaran sewa tanah tersebut. Selepas itu, Ahmad mampu
untuk membeli biji benih yang lain iaitu biji benih sawi dan cili untuk
ditanam di tanah tersebut. Kemudian, setelah dua hingga tiga bulan,
pokok sawi dan cili juga membuahkan hasil yang sangat subur.

Ahmad berasa sangat teruja dan sentiasa mengumpul duit
untuk mengubah kehidupannya ke arah yang lebih baik. Bukan itu
sahaja, Ahmad mula mendapat idea untuk menyertai seminar

berkaitan dengan pertanian kerana dia mula meminati untuk
menjadi seorang petani yang berjaya. Kemudian, apabila dia
mempunyai wang lebihan, dia mula mendaftar diri untuk menyertai
seminar lalu mengaplikasikan ilmu-ilmu tersebut dalam
perusahaannya untuk ke arah yang lebih maju. Namun, selepas
setahun setengah dia meneroka dalam bidang pertanian, dia berjaya
untuk menghasilkan sayur-sayuran yang pelbagai dan semuanya
dalam keadaan yang subur. Dia telah menjadi salah seorang petani
yang berjaya di kampung tersebut dan dijadikan sebagai contoh
teladan oleh orang sekeliling. Disamping itu, dia juga telah mampu
untuk mengambil beberapa orang pekerja untuk bekerja dengannya.

Keuntungan yang berlipat ganda pada setiap bulan
membolehkannya untuk membina sebuah rumah yang lebih selesa.
Pak Hamid merupakan individu yang paling bangga dengan usaha
gigihnya kerana dia telah berjaya membuktikan bahawa setiap
individu mampu untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.
Situasi ini dapat dikaitkan dengan peribahasa Melayu iaitu berakit-
rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian sangatlah penting untuk dijadikan
sebagai satu pegangan hidup untuk kita terus berusaha sehingga
berjaya kerana rajin berusaha tangga kejayaan. Oleh itu, dapatlah
kita mengambil iktibar daripada cerita ini bahawa setiap individu
tidak boleh mengalah dalam apa jua rintangan yang dihadapi dan
sentiasa sabar untuk memperolehi suatu kejayaan.

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version