AL MASYAQQAH TAJLIB AT TAISIR : KONSEP ASAS DAN APLIKASINYA USTAZAH AS NUURIEN NAJMA BINTI AHMAD MPU23052 - SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
Ahli Kumpulan 8 MUHAMMAD KHAIDIR NASUTION BIN AHMAD DAHLAN 333DFO22F1081 SITI NOR SHAHIRAH BINTI AMAT KAMSIN 33DFO22F1023 NUR ALIAH DIYANA BINTI BADRULISHAM 33DFO22F1001
1 PENDAHULUAN 2 4 3 5 ISI KANDUNGAN DALIL-DALIL YANG BERKAITAN DENGAN KAEDAH MASYAQQAH TAJLIBU AL-TAISIR SEBAB- SEBAB KERINGANAN JENIS-JENIS KERINGANAN SYARAK 6 PEMBAHAGIAN MASYAQQAH 8 7 DEFINISI MASYAQQAH TAJLIBU AL-TAISIR KESIMPULAN RUJUKAN
Syariat Islam tidak mentaklifkan kepada manusia sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh mereka dan sesuatu yang boleh menjatuhkan mereka ke dalam kesusahan atau dengan sesuatu yang tidak bertepatan dan serasi dengan naluri serta tabiat mereka. Masyaqqah atau kesukaran yang akan menjadi sebab kepada keringanan dan dipermudahkan berdasarkan kaedah ini (masyaqqah tajlibu al-taisir) ialah masyaqqah yang melampaui had biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya, bahkan boleh memudaratkan diri seseorang dan menghalangnya dari melakukan kerja amal yang berguna. Mempermudah, meringan, dan mengambil kira segala keadaan tersebut adalah menjadi matlamat dan tujuan syarak daripada Allah yang Maha Bijaksana. Kesukaran (musyaqqah) yang diperolehi oleh seseorang mukallaf adalah menjadi sebab yang syar’ie lagi sahih untuk meringankannya dengan mana-mana cara sekalipun. PENDAHULUAN
DEFINISI MASYAQQAH TAJLIBU AL-TAISIR Dari segi bahasa masyaqqah bermaksud sesuatu yang meletihkan. Manakala dari sudut istilah pula masyaqqah digunakan khusus bagi merujuk kepada sesuatu yang pada kebiasaannya mampu dilakukan, tetapi dalam kes tertentu ia telah terkeluar dari batas-batas kebiasaan dan menyebabkan seseorang mukallaf mengalami kesukaran untuk melaksanakannya. Kaedah ini bermaksud kesukaran itu menarik adanya kemudahan/kesukaran membawa kepada keringanan. Selain itu juga, kaedah ini bermaksud, apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah s.w.t, perintah itu diringankan, tidak seperti asalnya. Berdasarkan kaedah tersebut terbentuknya semua hukum rukhsah atau keringanan dalam syariat Islam.
Berikut merupakan dalil-dalil atau nas-nas syarak yang berkaitan dengan kaedah ini antaranya ialah : 1. Al-Quran Berdasarkan kepada firman Allah s.w.t : Maksudnya : “Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran”. Firman Allah s.w.t lagi : Maksudnya : “Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya”. Kesimpulan berdasarkan kepada firman Allah s.w.t di atas ialah Allah s.w.t tidak menginginkan kesukaran kepada umat ini, sebaliknya mereka disuruh melaksanakan sesuatu tanggungjawab sekadar termampu atau mengikut kemampuan seseorang itu untuk melaksanakan sesuatu perkara. DALIL-DALIL YANG BERKAITAN DENGAN KAEDAH MASYAQQAH TAJLIBU AL-TAISIR
2. Sunnah al-Nabawiyyah Berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w : “Ditanya Nabi s.a.w, tentang agama (cara hidup) manakah yang paling dikasihi (disukai) oleh Allah, maka berkata Nabi s.a.w : Agama Nabi Ibrahim a.s (Islam) yang bertolak ansur”. “Nabi s.a.w bersabda, permudahkanlah dan jangan menyusahkan”. Hadis di atas menjelaskan bahawa syariat Islam adalah mudah dan ringan, ia juga adalah sebahagian daripada tujuan syarak.
Terdapat tujuh sebab keringanan yang diberikan oleh syarak dalam ibadat, iaitu : i. Musafir : syarak memberikan keringanan seperti qasar dan jamak solat serta berbuka puasa. ii. Sakit : syarak memberikan keringanan seperti meninggalkan puasa dan tayammum. iii. Paksaan : syarak mengharuskan seseorang yang dipaksa untuk melafazkan perkataan kufur. iv. Lupa : seseorang yang makan dalam keadaan terlupa semasa berpuasa, tidak terbatal puasanya. v. Kejahilan : tidak batal solat orang yang bercakap semasa solat dalam keadaan jahil. vi. Kepayahan : tanaman yang terkena najis binatang yang membajaknya dimaafkan. vii. Kekurangan: orang gila dan bayi tidak diberikan tanggungjawab oleh syarak. SEBAB- SEBAB KERINGANAN
JENIS-JENIS KERINGANAN SYARAK a) keringanan dengan menggugurkan kewajipan Contohnya : i. Tidak wajib atau gugur sembahyang Jumaat kerana ada halangan tertentu. ii. Digugurkan daripada menyertai jihad sebab uzur. iii. Digugurkan kewajipan haji dan umrah disebabkan keuzuran. b) keringanan dengan mengurangkan bebanan Contohnya : i. Memendekkan atau qasar sembahyang zohor atau asar menjadi dua rakaat.
c) keringanan dengan gantian atau penukaran. Contohnya : i. Ditukarkan berwuduk dan mandi dengan bertayammum. ii. Menukarkan kedudukan sembahyang bagi orang sakit yang tidak berdiri kepada duduk atau baring atau isyarat. iii. Menukarkan bagi orang tua yang uzur yang tidak dapat berpuasa dengan membayar fidyah. d) keringanan dengan mendahulukan Contohnya : i. Menyegerakan membayar zakat sebelum waktu atau haulnya. ii. Sembahyang jama’ taqdim
e) keringanan dengan mengakhirkan Contohnya : i. Menangguhkan puasa Ramadhan kerana musafir. ii. Sembahyang jama’ ta’khir. iii. Menangguhkan sembahyang demi menyelamatkan orang mati lemas dan terbakar. f) keringanan mendapat rukhsah kerana terdesak atau terpaksa Contohnya : i. Minum arak kerana terlalu dahaga dan ketiadaan air. ii. Diharuskan makan bangkai kerana terdesak. g) keringanan mengubah atau menukar Contohnya : i. Menukar dan mengubah kedudukan serta cara mendirikan sembahyang ketika dalam keadaan ketakutan dan menghadapi musuh.
PEMBAHAGIAN MASYAQQAH Iaitu kesulitan biasa yang boleh dihadapi tanpa mengalami sebarang kemudaratan seperti kesulitan dalam menjalankan ibadahibadah fardu, kesulitan mencari nafkah, kesulitan dalam jihad menentang musuh dan seumpamanya. Kesulitan- kesulitan ini tidak membawa kepada keringanan hukum. Kerana ia bertujuan untuk menjaga maslahah manusia di dunia dan akhirat. 01 02 Iaitu kesulitan yang menyebabkan kesengsaraan yang biasanya tidak mampu ditanggung oleh manusia biasa dan membawa kepada kemudaratan, mencacatkan sistem hidup dan membantut usaha melakukan sesuatu yang bermanfaat. Masyaqqah biasa Masyaqqah luar biasa Menurut al-Syatibi masyaqqah terbahagi kepada dua :
KESIMPULAN Kesimpulannya, prinsip kaedah masyaqqah tajlibul al-taisir banyak didasarkan hukum-hukum Islam dan terbit daripadanya segala hukum kemudahan, kesenangan dan keringanan asas atau dalil kaedah ini bahawa meletakkan bebanan dengan perkara yang susah menjadi kesukaran dan masyaqqah ke atas hamba-hamba mukallifin dan ianya hendaklah dihindarkan daripada mukallaf. Dalil-dalil yang menunjukkan perkara di atas memang banyak terdapat di dalam ayat-ayat al-Qur’an dan hadis Rasulullah s.a.w yang membuktikan kepada kita unsur kemudahan, kesenangan dan keringanan syariat Islam sebaliknya syariat itu tidak dikuatkuasakan untuk kesusahan dan kepayahan.
RUJUKAN Al-Quran Al-Hanafi, Zain al-Din Ibn Ibrahim al-Ma’ruf Ibn Nujaym. 1999. Al-Ashbah wa al-Nazair. Cetakan kedua. Damsyiq : Dar al-Fikr. Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zain. 2000. Perbahasan Kaedah-kaedah Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Al-Suyuti, Jalal al-Din ’Abd Al-Rahman. t.th. Al-Ashbah wa al-Nazair fi Qawaid wa Furu’ Fiqh alSyafie.t.tp : t.tpt. Muhammad Uthman Bashir. 2006M/1426H. Al-Qawaid al-Kuliyyah wa al-Dhawabit al- Fiqhiyyah fi al-Syariah al-Islamiyyah. Oman al-Ardan: Dar al-Nafais. Saadan Man.1994. Doktrin Masyaqqah dan Hukum Keringanan Menurut Prinsip Islam. Jilid 2.
TERIMA KASIH MPU23052 - SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM daripada kami kumpulan 8