NAMA: Lee Jia Yan
Hang Hui Fen
Yew Xin Rou
Koik Jin Yu
KELAS: C36
SEKOLAH: SMJK Sin Min
GURU: Pn. Chuang Sha Chu
TAJUK: 4.4 Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Tumbuh-
tumbuhan Semula Jadi di Malaysia
Manusia menggunakan tumbuh-tumbuhan untuk kepentingan sendiri
tanpa memikirkan masa hadapan generasi akan dating.
Kegiatan manusia yang berleluasan secara tidak langsung akan
memberikan kesan positif dan negative terhadap tumbuh-tumbuhan
semula jadi di Malaysia.
Pembangunan Hutan
Penanaman semula hutan bertujuan mencari sumber bahan mentah
gantian terhadap sumber bahan mentah asli.
Terdapat spesies pokok yang dikaji dan menyediakan penjagaan pokok.
Contoh spesis ialah jati , sentang , getah ,khaya , akasia , batai ,
kelempayan dan binuang.Namun , pokok getah dan pokok akasia diberi
tumpuan.
Pokok Jati Pokok Sentang Pokok Khaya
Pokok Akasia Pokok Batai Pokok Kelempayan
Penghutanan Semula
Penghutanan semula bertujuan menjaga tumbuh-tumbuhan yang
bermutu dan tahan penyakit.
Antara pihak yang terlibat ialah Institusi Penyelidikan Hutan Malaysia
(FRIM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara
(PERHILITAN).
Logo FRIM Logo
PERHILITAN
Taman Negara
Tumbuh-tumbuhan di taman negara dijaga dengan baik dan dikekalkan dari
segi biodiversitinya.
Taman negara dijadikan kawasan pelancongan kerana menyediakan pelbagai
prasarana.
Terdapat 30 taman negara di Sarawak dan tiga taman terrestrial dan enam
taman marin di Sabah.
Contoh taman negara di Sarawak ialah Taman Negara Mulu , Taman Negara
Batang Ai dan Taman Negara Loagan Bunut.
Taman terrestrial yang terletak di Sabah ialah Taman Kinabalu , Taman
Banjaran Crocker dan Taman Bukit Tawar.
Taman marin di Sabah ialah Taman Laut Tunku Abdul Rahman , Taman
Pulau Tiga , Taman Laut Pulau Penyu , Taman Marin Tun Sakaran , Taman
Pulau Sipadan dan Taman Tun Mustapha.
Ia diuruskan oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak dan Lembaga Pemegang
Amanah Taman-taman Sabah.
Taman Negara Mulu Taman Negara Batang Ai
Taman Negara Loagan
Bunut
Taman Kinabalu Taman Banjaran Taman Bukit
Crocker Tawar
Taman Laut Tunku Taman Laut Pulau Tiga Taman Laut Pulau Penyu
Abdul Rahman
Taman Marin Tun Taman Pulau Sipadan Taman Tun Mustapha
Sakaran
Hutan Simpan Kekal
Hutan simpan mempunyai nilai tinggi kerana kepelbagaian biologinya.
Sumber hutan digunakan secara maksimum bagi meningkatkan industi
negara seterusnya ekonomi negara.
Contoh , Hutan Simpan Kuala Langat Utara.
Ketidakseimbangan Ekosistem
Penyahutanan menggangu ekosistem hutan.
Kawasan hutan dimusnahkan untuk tujuan pembinaan dan pembukaan
kawasan lading , pembalakan dan pembinaan infrastuktur.
Ekosistem hutan terganggu dan berlaku ketidakseimbangan dalam
siratan makanan.
Kepupusan Flora dan Fauna
Kemusnahan hutan menyebabkan flora dan fauna kehilangan habitat
dan sumber makanan turut berkurangan.
Hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan diancam kepupusan.
Contoh tumbuh-tumbuhan yang diancam kepupusan ialah pokok bakau
dan pokok cengal.
Conyoh haiwan liar yang diancam kepupusan pula ialah tapir , harimau
Malaya , kancil dan kambing gurun.
Pokok Bakau Pokok Cengal
Tapir Harimau Malaya Kancil Kambing Gurun
Hakisan Tanih , Tanah Runtuh dan Banjir
Apabila permukaan tanah terdedah kepada air hujan , butir-butir tanih
akan terhakis dengan lebih mudah.
Kawasan yang bercerun mengalami hakisan yang lebih tinggi dan ini
mendorong kepada kajadian tanah runtuh atau aliran lumpur.
Tanih yang menjadi larian air hujan pula akan mendap di dasar sungai
dan seterusnya menyebabkan banjir berlaku semasa musim tengkujuh.
Kawasan Tadahan Hujan Terganggu
Kemusnahan hutan menyebabkan kawasan tadahan hujan terganggu.
Empangan menjadi cetek dan kelodak lumpur masuk ke dalam
empangan.
Kekurangan Sumber Hutan
Kemusnahan hutan menyebabkan sumber hutan kekurangan.
Sumber kayu keras seperti kayu meranti , jelutong , cengal dan
sebagainya akan berkurangan.
Hasil hutan seperti damar dan herba juga akan berkurangan.
Kayu Meranti Kayu Jelutong Kayu Cengal
Kemerosotan Sumber Air
Kegiatan manusia akan menyumbang kepada kemerosotan saiz
kawasan tadahan air.
Keadaan ini akan menyebabkan simpanan air bawah tanah berkurangan
dan hal ini bakal menyebabkan krisis bekalan air berlaku.
Penggondolan kawasan hutan juga menyebabkan hakisan tanih sekali
gus dapat menjejaskan kualiti air harian.
Peningkatan Suhu dan Perubahan Cuaca Setempat
Tumbuh-tumbuhan akan menyerap air , karbon dioksida dan cahaya
matahari serta membebaskan oksigen melalui proses fotosintesis.
Apabila penebangan hutan dilakukan , tumbuh-tumbuhan hijau akan
berkurang lalu menyebabkan kandungan karbon dioksida di udara
bertambah.
Apabila bertambahan kandungan karbon dioksida di udara akan
menyebabkan suhu kawasan meningkat.
Kekurangan tumbuh-tumbuhan semula jadi akan menjejaskan proses
perleluhan (transpirasi) kerana tidak banyak wap air yang dibebaskan ke
udara.
Kesannya , udara menjadi panas dan mengganggu keselesaan hidupan
di bumi.
Menjejaskan Ekopelancongan
Kepupusan tumbuh-tumbuhan semula jadi menyebabkan kurang
tarikan untuk ekopelancongan.Hal ini akan menyebabkan kekurangan
peluang pekerjaan berkaitan industri ekopelancongan.
Contohpeuang pekerjaan ialah ahli sains (menjalankan penyelidikan
tumbuhan semula jadi , tanih , kanopi , mikroorganisme Hutan Hujan
Tropika) , ahli zoology , renjer hutan , pekerja pusat konservasi ,
industry pelancongan (pekerja chalet , pemandu pelancong) dan R&D.
Pencemaran
Udara
Pembakaran hutan secara besar-besaran akan menyebabkan pencemaran
hutan.
Contohnya , Sumatra dan Kalimantan , Indonesia pada tahun 1997.
Sungai
Penebangan hutan di hulu sungai telah menyebabkan pencemaran sungai.
Hutan ditebang , air hujan akan menghakis tanah yang terdedah,
Bahan yang terhakis akan dibawa ke sungai lalu termendap di dasar sungai.
Akhirnya , air sungai menjadi keruh dan berkeladak.
Pihak kerajaan dan pihak swasta harus bekerjasama untuk
melindungi tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia supaya
tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar tidak akan
pupus.
Oleh itu generasi yang akan datang dapat kenal tumbuh-
tumbuhan semula jadi dan haiwan dengan mudah.