#ikmspu http://spu.ikm.edu.my +6 04-5732136 BUKU PROGRAM MINGGU HALUAN SISWA MHS SESI JAN-JUN 2024 26 - 29 DISEMBER 2023 SESI JAN-JUN 2024 26 - 29 DISEMBER 2023 T V E T M A R A BUKU PROGRAM
Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama dalam Minggu Haluan Siswa bagi Sesi Januari - Jun 2024. Seluruh warga Institut Kemahiran Seberang Perai Utara saya merakamkan ucapan Tahniah dan Selamat Datang kepada pelajar baharu yang terpilih untuk melanjutkan pengajian di sini. Diharapkan semua pelajar yang berpeluang melanjutkan pengajian di IKM SPU ini dapat menyesuaikan diri dengan suasana kampus dan sistem pembelajaran yang telah direka bagi memenuhi keperluan pasaran industri. Warga IKM SPU sentiasa bersedia memikul amanah untuk melahirkan generasi muda yang seimbang dari segi mental, jasmani dan teguh rohani. Semoga melalui proses pembelajaran di IKM SPU ini, saudara/ saudari dapat manfaat dan menggunakan dengan sepenuhnya ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bakal diperolehi untuk pembangunan bangsa, agama dan negara. Sepanjang berada di kampus IKM SPU ini, gunakan kesempatan yang ada untuk berkongsi ilmu dan kemahiran selari dengan hasrat MARA untuk melahirkan insan yang berintergriti, kompeten dan berinovasi yang menyumbang kepada pembangunan negara serta berpendapatan tinggi. Sebagai warga baru marilah sama-sama memahami, menghayati dan bergerak seiring dengan Visi dan Misi MARA serta anda hendaklah sentiasa menjaga nama baik MARA amnya. Akhir kata, selamat maju jaya kepada semua pelajar serta didoakan saudara dan saudari menjadi kebanggaan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Sekian, Terima Kasih. Ir. Ts. RAHIM BIN SELAMAT KATA - KATA ALUAN PENGARAH INSTITUT KEMAHIRAN MARA SEBERANG PERAI UTARA 2
KATA - KATA ALUAN TIMBALAN PENGARAH KHIDMAT PENGURUSAN & HAL EHWAL PELAJAR INSTITUT KEMAHIRAN MARA SEBERANG PERAI UTARA Assalamualikum wbt dan Salam Sejahtera Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada saudara saudari kerana telah terpilih bagi menempatkan diri sebagai mahasiswa mahasiswi di Institut Kemahiran MARA Seberang Perai Utara (IKM SPU) bagi sesi Januari 2024 kali ini. Gunakanlah peluang ini untuk mencipta sejarah yang baru bagi diri saudara saudari untuk membentuk modal insan dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang holistik dan berteraskan nilai nilai keusahawanan. Semoga IKM SPU menjadi titik tolak kepada saudara saudari untuk melangkah ke masa hadapan dengan cemerlang samada untuk diri sendiri, keluarga, agama mahupun negara. IKM SPU memberi sumbangan besar kepada negara dalam melahirkan modal insan yang berkompetensi berasaskan industri dan teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan industri negara. Adalah diharapkan saudara saudari akan sentiasa tingkatkan usaha dan menumpukan tanggungjawab sebagai mahasiswa mahasiswi untuk mencapai kecemerlangan di masa hadapan. Jagalah diri saudara saudari dengan akhlak yang baik dan beretika agar membawa kepada imej modal insan yang diingini di luar sana bukan sahaja dari segi akademik malah dari segi akhlak dan moralnya. Saya berharap dengan kedatangan saudara saudari ke IKM SPU ini sebagai satu suntikan untuk membentuk modal insan TVET yang holistik dan seimbang berteraskan R.I.S.E. iaitu Agama (Religious), Inovasi (Innovative), Kemahiran (Skills) dan Keusahawanan (Entreprenuership) Sekian, terima kasih ISWADY BIN ISMAIL 3
4 Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat datang dan syabas kepada semua pelajar baharu kerana memilih untuk meneruskan pengajian dan berjaya melanjutkan pengajian di IKM Seberang Perai Utara. Para pelajar perlu menyedari bahawa situasi mutakhir ini, persaingan di luar amat kompetitif dan penuh dengan pelbagai cabaran. Justeru, keputusan untuk menyambung pengajian adalah keputusan yang terbaik dalam mempersiapkan diri dengan ilmu, kemahiran, pengalaman, kekuatan mental dan emosi serta keyakinan bagi menghadapi cabaran yang mendatang. Para pelajar perlu memberikan komitmen yang padu bagi memastikan prestasi akademik, ko-kurikulum dan pembangunan diri berada di tahap yang cemerlang untuk membuahkan kejayaan. . Semoga Minggu Haluan Siswa ini menjadi penyuntik semangat untuk pelajar memulakan langkah meraih kejayaan dan kecemerlangan. Bulatkan tekad dan tanamkan keazaman yang tinggi untuk berusaha lebih gigih dan bersedia menghadapi cabaran dan dugaan yang bakal ditempuhi sepanjang pengajian. Akhir kata, saya mendoakan agar para pelajar dapat mengharungi segala cabaran dalam usaha menjadi insan yang berjaya untuk negara, agama dan keluarga. Sentiasalah hargai ibubapa, para pensyarah dan insan di sekeliling kerana kejayaan yang bakal dikecapai adalah hasil pengorbanan dan penglibatan mereka ini. SELAMAT MAJU JAYA. Sekian, terima kasih. Ir. Ts. HIZAL BIN ABU BAKAR KATA - KATA ALUAN TIMBALAN PENGARAH HAL EHWAL AKADEMIK INSTITUT KEMAHIRAN MARA SEBERANG PERAI UTARA
KATA - KATA ALUAN PENYELARAS MHS INSTITUT KEMAHIRAN MARA SEBERANG PERAI UTARA 5 Assalamualaikum dan salam sejahtera warga IKM SPU. Syukur Alhamdulillah kehadrat illahi dengan limpah kurniaNYA Jawatankuasa Program Pendaftaran Pelajar Baru dan Minggu Haluan Siswa bagi Semester Januari - Jun 2024 dengan gabungan terbaik tenaga pengajar Pengajian Am, Teknikal, Kakitangan Pentadbiran serta barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Ikm SPU yang sama-sama menyumbang tenaga & buah fikiran bagi menjayakan program besar ini seperti sebuah keluarga yang harmoni. Kepimpinan dan ketrampilan pelajar dapat diketengahkan dan diasah melalui penganjuran dan pelaksanaan program ini. Pendedahan berkaitan pengurusan majlis dan program berkaitan diharapkan dapat memberi pengalaman serta ilmu yang bermaanfaat kepada para pelajar bagi mendepani alam pekerjaan akan datang. Sekian, Terima Kasih. Ir. REGAR BIN AFFENDI
6 VISI Menjadi Institusi Pendidikan Tinggi TVET MARA yang unggul berteraskan industri dan teknousahawan. Membentuk modal insan TVET yang holistik dan seimbang berteraskan R.I.S.E (Religious, Innovative, Skills and Entrepreneurship). Pemangkin dalam revolusi teknologi industri bagi meningkatkan daya saing. Membentuk tadbir urus korporat TVET MARA yang mampan dan dinamik. Menjadi institusi pendidikan TVET yang di iktiraf di peringkat antarabangsa "BUILDING TALENT, GENERATING FUTURE" Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa Membentuk modal insan TVET yang holistik dan berteraskan nilai-nilai keusahawanan. MISI OBJEKTIF BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL
7 OBJEKTIF MHS OBJEKTIF & MATLAMAT MHS Beriman, Beramal, Bertaqwa Mampu mewujudkan misi dan visi yang optimum Memperkenalkan Institut Kemahiran MARA Seberang Perai Utara Membentuk sahsiah diri dan disiplin pelajar Mewujudkan semangat kerjasama dan persefahaman antara pelajar dengan warga IKM SPU Menyesuaikan pelajar dengan suasana kehidupan dan pembelajaran di IKM SPU. Melahirkan sifat bertatatertib dan bertanggungjawab kepada peraturan Institut Kemahiran MARA Seberang Perai Utara MATLAMAT MHS Semangat jatidiri
8 MINGGU HALUAN SISWA Tentatif Program SELASA (26.12.2023) Pendaftaran Pelajar & Penempatan Asrama Taklimat Pengarah Bersama Pelajar & Ibubapa Aktiviti Bebas Pelajar Bersama Keluarga Taklimat MHS Taklimat JKKP Solat Asar Berjemaah Riadah/ Sukan Makan Malam/ Solat Maghrib/ Kuliah Taklimat Asrama LDK 1 - Ice Breaking Minum Malam/ Rehat RABU (27.12.2023) 8.30 - 9.30 pagi 9.30 - 10.30 pagi 10.30 - 11.00 pagi 11.00 - 12.00 tgh 12.00 tgh - 1.00 ptg 1.00 - 2.30 ptg 2.30 - 4.30 ptg 4.30 - 5.15 ptg 5.15 - 6.16 ptg 6.15 - 9.00 mlm 9.00 - 11.00 mlm 11.00 mlm Dokumentasi HEP Technopreneur Minum Pagi/ Rehat Taklimat PdP (HEA) Taklimat Tatatertib Makan Tengahari/ Solat Zohor We Are One (E.R.1) Solat Asar Berjemaah Riadah/ Sukan Makan Malam/ Solat Maghrib/ Kuliah LDK 2 - Lots of Love (LOL) Minum Malam/ Rehat 8.30 - 9.30 pagi 9.30 - 10.30 pagi 10.30 - 11.00 pagi 11.00 - 1.00 tgh 1.00 - 2.30 ptg 2.30 - 4.30 ptg 4.30 - 5.15 ptg 5.15 - 6.16 ptg 6.15 - 9.00 mlm 9.00 - 11.00 mlm 11.00 mlm Taklimat ICT Social Platform (SOP) Minum Pagi/ Rehat You and Me (U.N.Me) Makan Tengahari/ Solat Zohor LDK 3 : Treasure Hunt Solat Asar Berjemaah Riadah/ Sukan Makan Malam/ Solat Maghrib/ Kuliah LDK 4 - Sleeping Beauty Minum Malam/ Rehat 8.30 - 11.00 pg 11.00 - 12.00 tgh 12.00 - 2.30 ptg 2,30 - 3.30 ptg 3.30 - 4.30 ptg 4.30 - 5.15 ptg 5.15 - 6.15 ptg 6.15 - 9.00 mlm 9.00 - 10.00 mlm 10.00 - 11.00 mlm 11.00 mlm KHAMIS (28.12.2023) JUMAAT(28.12.2023) 8.30 - 10.30 pagi 10.30 - 11.00 pagi 11.00 - 1.00 tgh 1.00 tgh Persediaan Majlis Penutup MHS Minum Pagi/ Rehat Perasmian Majlis Penutup MHS Majlis Tamat
9 Bahawasanya Kami Pelajar-pelajar Institut Kemahiran MARA Seberang Perai Utara Pulau Pinang Berikrar Untuk Menjunjung Nilai-nilai Murni Sejagat Dan Mematuhi Segala Peraturan Institut Demi Kebaikan Semua Pihak Kami Juga Sedar Akan Tanggungjawab Kami Dalam Mempertingkatkan Ilmu Kemahiran Dan Tidak Akan Mempersiakan Peluang Yang Diberi IKRAR PELAJAR
1 0 LIRIK LAGU Negaraku Tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup Bersatu dan maju Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertakhta Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertakhta. NEGARAKU Selamat Tuhan Kurniakan Selamat Pulau Pinang Negeriku yang mulia Kutaat dan setia Aman dan bahagia Majulah jayalah Negeriku yang kucinta Bersatu dan bersama Untuk negeri kita PULAU PINANG
11 AMANAH RAKYAT IKM Demi satu keunggulan Bangsa yang berdaulat Sebuah lambang menawan puncak jaya Perkasa di persada dunia Obor para cendekia Merentas masa hadapan Usahawan jaya tercipta bahagia Maju mara maju jaya Mara perkasa, menjunjung amanah rakyat Memayungi bangsa dan negara Bersemangat perintis penuh yakin Demi satu amanah mulia Mara Perkasa, Menjunjung Amanah Rakyat Memayungi Bangsa Dan Negara Penuh Keyakinan Demi Satu Amanah Mulia… LIRIK LAGU IKM tercipta namanya Ilham pemimpin negara Memaju rakyat bumiputra Membimbing dalam kerjaya Aneka bidang diusahakan Kemahiran diutamakan Menempuh cabaran Meninggikan nilai kerja Kami Pelajar Bercita tinggi Bina Negara Hidup berdikari IKM diseluruh Malaysia Indah harum sentiasa Namamu dipelihara Lambang cinta bumiputera Namamu dipelihara Lambang cinta bumiputera
Pendaftaran Pelajar dan Asrama Penerimaan kunci bilik 1 2 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU IKM SEBERANG PERAI UTARA Pelajar bergerak ke kaunter koperasi untuk membuat pembayaran saham. Pelajar bergerak ke asrama dan menuju ke bilik masing-masing. Kenderaan ibubapa/penjaga pelajar masuk melalui PINTU UTAMA. Proses pendaftaran di Dewan Seri Pinang Utama. MULA KE DEWAN SERI PINANG UTAMA Proses pendaftaran di Dewan Seri Pinang Utama Pelajar bergerak ke kaunter semakan dan pengesahan dokumen untuk tujuan semakan dokumen. Pelajar bergerak ke Kaunter Asrama Pendaftaran selesai Pelajar bergerak ke kaunter kewangan untuk tujuan semakan bayaran (jika perlu) Pelajar mendaftar di kaunter pendaftaran.
1 3 SUSUNATUR DEWAN SEMPENA HARI PENDAFTARAN IKM SEBERANG PERAI UTARA
1 4 PELAN DAN LOKASI TEMPAT SEMASA HARI PENDAFTARAN IKM SEBERANG PERAI UTARA
Ir. Ts. Rahim bin Selamat Pengarah Tn. Hj. Iswady bin Ismail Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar Ir. Ts. Hizal bin Abu Bakar Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik Ts. Nik Hasmadi bin Nik Ketua Jabatan Elektrik (DEP & DCB) Ts. Mohamad Habil bin Abdul Majid Ketua Jabatan Elektrik (DED & DCA) En. Muhamad Azpin bin Azmi Warden Tc. Mohd Amirul Mukminin bin Mohd Fadzil Warden Tc. Muhammad Farhan bin Ahmad Fauzi Warden En. Mohd Saiful bin Che Seman @ Nordin Warden En. Saiful Muzeini Bin Mariduan Warden Cik Nurul Fadhilah Binti Al Hasom Warden Pejabat Pentadbiran PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI 013-6161818 013-4893676 019-4111567 012-4052803 019-4004023 019-2310102 010-3690706 018-8726376 013-9181995 019-4001655 011-12307033 04-5732136 15
JAWATANKUASA MINGGU HALUAN SISWA Pengerusi Tn. Hj. Iswady bin Ismail Penyelaras Ir. Regar bin Efendi Penolong Penyelaras Ts. Mohd Azam Shah bin Abdul Majid Setiausaha Cik Nurul Fadhilah binti Al Hasom Bendahari En. Daniel Anas bin Zulkefley Ir. Ts. Mohd Azam Shah bin Abdul Majid Ir.Ts. Mohd Zikril Hakim bin Ismail Ir. Ts. Rose Azree bin Roseli Pn. Norashiqin binti Abd Majid Pn. Idarni binti Ibrahim Pn. Fazidah binti Osman En. Muhamad Azpin bin Azmi En. Nor Hisham bin Dali En. Ajis bin Ahmad En. Azpin bin Azmi Pn. Zuhaira Nasreen binti Iskandar Shah En. Mansor bin Basirah Tc. Mohd Amirul Mukminin bin Mohd Fadzil En. Mohd Saiful bin Che Seman @ Nordin En. Saiful Muzeini bin Mariduan Tc. Muhammad Farhan bin Ahmad Fauzi En. Muhammad Al-Hakim bin Mohd Noordin En. Nurfahim Adli bin Jaimat En. Mansor bin Basirah Cik Gracecia Anak Jimmy Kana Ustaz Abdussamad bin Abu Hamad Ustaz Saiful Anuar bin Mohamed Nor En. Mohd Zaki bin Ibrahim & Unit Media Pn. Siti Shuhaidah binti Abdul Khadir 16
Pengerusi dan AJK Minggu Haluan Siswa serta Majlis Perwakilan Pelajar dengan bangga dan sukacitanya merakamkan ucapan ribuan terima Kasih dan sepenuh penghargaan KEPADA : Pentadbiran IKM SPU Penceramah-penceramah Jemputan Pelajar-pelajar baharu, ibubapa pelajar dan semua pihak yang terlibat yang telah menyumbangkan tenaga dan idea Secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan PROGRAM MHS SESI JANUARI - JUN 2024 UCAPAN TAHNIAH & PENGHARGAAN 17
Sertai Kami ! 18
BORANG KEPUASAN PELANGGAN https://bit.ly/surveyaduanikmspu 19
TERIMA KASIH KERANA MEMILIH IKM SEBERANG PERAI UTARA SEBAGAI PEMACU KECEMERLANGAN KEMAHIRAN ANDA.... TERIMA KASIH KERANA MEMILIH IKM SEBERANG PERAI UTARA SEBAGAI PEMACU KECEMERLANGAN KEMAHIRAN ANDA.... Institut Kemahiran MARA Seberang Perai Utara Lot 398, Jalan Ara Kuda 14000 Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Tel : 04-5732120 / 2136 Faks : 04-5732379 Laman Web : http://spu.ikm.edu.my/