1 SK PETRA JAYA TAMAN MATANG JAYA,JALAN MATANG, 93050 KUCHING SARAWAK. NO TEL/FAX : 082-645418/645428 BUKU PERATURAN SEKOLAH
2 KANDUNGAN BAHAGIAN A 1. Falsafah Sekolah BAHAGIAN B 2. Disiplin dan Peraturan Sekolah BAHAGIAN C 3. Kehadiran 4. Perhimpnan 5. Pakaian seragam sekolah 6. Rambut dan kuku BAHAGIAN D Tatatertib,Tatasusila,Kesopanan 7. Bilik Darjah 8. Bilik Guru Bersar / Guru 9. Perpustakan / Pusat APD 10. Pendidikan Jasmani 11. Surau 12. Kantin 13. Waktu rehat 14. Kebersihan sekolah BAHAGIAN E Peraturan dan Langkah-Langkah Keselamatan 15. Kebakaran dan kecemasan lalulintas 16. Lalulintas 17. Lawatan – keluar masuk 18. Surat menyurat penerbitan BAHAGIAN F 19. Budaya sekolah
3 BAHAGIAN A A. VISI SEKOLAH PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA B. MISI SEKOLAH MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA C. MATLAMAT SEKOLAH 1. Melahirkan murid seimbang dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani dengan patuh kepada Tuhan. 2. Melahirkan murid yang berilmu,berhemah tinggi dan berjasa kepada agama,bangsa dan negara. 3. Melahirkan insan berminat belajar yang tinggi dan berkekalan. D. OBJEKTIF SEKOLAH 1. Meningkatkan kuantiti dan kualiti pelajar di smua peringkat. 2. Meningkatkan kuantiti dan kualiti kokurikulum pelajar di semua peringkat. 3. Mewujudkan rasa cintakan sekolah di kalangan pelajar. 4. Menanam sikap positif,prihatin dan berusaha kearah : i. Kecemerlangan akademik ii. Kecemerlangan disiplin iii. Kecemerlangan kokurikulum BAHAGIAN B DISIPLIN DAN PERATURAN SEKOLAH 1. MAKSUD DISIPLIN Laporan Jawatankuasa Kabinet Pelaksanaan Dasar Pelajar Kebangsaan menengaskan maksud disiplin ialah : • Kesanggupan seseorang itu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaaan sendiri. • Kesanggupan menghormati hak individu orang lain. • Kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain.
4 • Kesanggupan hormat-menghormati di antara satu sama lain dan mepunyai semangat tolong menolong. • Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat. 2. PENTINGNYA DISIPLIN Setiap sekolah mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi oleh murid-murid dengan tujuan memberikan orientasi supaya menjadi manusia seimbang serta patuh kepada Tuhan. Peraturan-peraturan ini perlu disampaikan dan diterangkan kepada murid-murid dan kemudian murid-murid mestilah menghayati dan mengamalkan sama peraturan dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran. 3. MATLAMAT DISIPLIN Matlamat disiplin ialah untuk melahirkan individu yang sedar akan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga,institusi dalam masyarakat dan negara. Disiplin diri adalah faktor penting dalam usaha kita hendak mewujudkan masyarakat yang bertatasusila,bersatu padu, harmoni,demokratik,adil,liberal dan progresif serta patuh kepada Tuhan. BAHAGIAN C : KEHADIRAN 1. PERKARA 1 : KEHADIRAN 1.1. Semua murid dimestikan hadir pada hari-hari persekolahan seperti berikut : Hari Kelas Waktu Mula Rehat Balik Isnin hingga Khamis Tahap 1 0700 pagi 0930-0950 pagi 1250 tengah hari Tahap 2 0700 pagi 1000-1020 pagi 1320 petang Jumaat Tahap 1 0700 pagi 0930-0950 pagi 1120 pagi Tahap 2 0700 pagi 1000-1020 pagi
5 1.2. Semua murid tidak dibenarkan datang lewat ke sekolah. 1.3. Murid hendaklah sampai di sekolah 10 minit sebelum loceng pertama dibunyikan. 1.4. Murid yang bertugas hendaklah sampai lebih awal menjalankan tugasnya. 1.5. Tindakan disiplin akan dikenakan kepada murid yang datang lambat tanpa sebab-sebab yang munasabah. 1.6. Hanya dengan kebenaran guru yang mengajar sahaja murid boleh meninggalkan kelas. 1.7. Hanya dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya sahaja murid meninggalkan sekolah dalam waktu belajar. 1.8. Pengajaran dan pembelajaran bermula seperti berikut : 1.8.1. 0700 pagi loceng pertama dibunyikan dan murid bersedia untuk memulakan pembelajaran. 1.9. Seseorang murid yang sakit dan tidak dapat hadir, ibu/bapa/penjaga mestilah memaklumkan kepada Guru Besar atau guru kelas secara lisan atau bersurat dengan mengemukakan surat akuan doktor. 1.10 Surat hendaklah ditandatangani oleh ibu/bapa atau penjaga sahaja. 1.11 Seseorang yang murid tidak hadir ke sekolah atas sebab selain daripada sakit,ibu / bapa / penjaga hendaklah datang sendiri berjumpa dengan Guru Besar atau menelefon untuk memaklumkannya. 1.12. Murid yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut atau tiga hari dalam sebulan tanpa sebab yang munasabah,pihak sekolah akan menghantar surat peringatan kepada ibu / bapa / penjaga.Sekiranya pelajar tidak dapat hadir dan pihak sekolah tidak mendapat maklum balas daripada ibu / bapa / penjaga,surat peringatan kedua dan ketiga akan menyusul. Selepas peringatan ketiga tanpa mendapat apa-apa jawapan daripada ibu / bapa / penjaga,pelajar akan ditahan daripada datang ke sekolah sehinggalah ibu / bapa / penjaga datang ke sekolah berjumpa dengan Guru Besar. 1.13. Semua murid tahun 4,5dan 6 wajib hadir menjalankan aktiviti ko kurikulum sekolah. 2. PERKARA 2 : PERHIMPUNAN Murid-murid dikehendaki : 2.1. Hadir dalam perhimpunan sekolah dengan berada di Dewan Utama SK Petra Jaya dengan senyap dan mengikuti peraturan dan arahan pengawas dan guru bertugas. 2.2. Berbaris mengikut kelas pada tempat yang ditetapkan. 2.3. Pelajar Islam berdiri tegak dan mengaminkan doa dan pelajar bukan Islam bertafakur semasa doa dibacakan. 2.4. Bersama-sama menyanyikan lagu-lagu Negaraku,Ibu Pertiwiku dan Lagu Sekolah. 2.5. Mendengar ucapan / pengumuman oleh guru / Guru Besar dengan senyap,membalas salam dan ucap selamat.
6 2.6. Bersurai dan menuju ke kelas masing-masing dengan teratur dan senyap. 3. PERKARA KE 3 : PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH 3.1. Pakaian seragam sekolah hendaklah dipakai semasa berada di sekolah pada waktu persekolahan. 3.2. Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam seperti berikut : 3.3. Kasut kanvas berwarna putih dan bersih. 3.4. Kasut kanvas berwarna hitam hanya untuk Pengawas Sekolah SAHAJA. 3.5. Kasut kanvas hitam atau yang telah ditetapkan oleh guru bagi pasukan beruniform,kelab dan persatuan waktu latihan dijalankan sahaja. 3.6. Stoking pendek berwarna hitam sahaja. 3.7. Pakaian seragam wajib dipakai dengan kemas dari rumah dan sewaktu berada di sekolah sehingga balik ke rumah. 3.8. Murid-murid lelaki adalah digalakkan memakai tali leher rasmi sekolah yang boleh dibeli daripada kiosk sekolah. 3.9. Murid-murid mestilah memakai pakaian seragam di semua acara sekolah kecuali dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya. 3.10. Murid-murid mestilah memakai pakaian yang sesuai iaitu baju T dan seluar panjang sukan rasmi sekolah untuk Pendidikan Jasmani.Baju T dan seluar panjang sukan rasmi sekolah HENDAKLAH dibeli dari Kiosk Sekolah SAHAJA. 3.11.Pada hari Rabu murid-murid digalakkan memakai pakaian seragam khas mengikut Unit Beruniform masing-masing seperti yang telah ditetapkan. 3.12. Lencana dan Tanda Nama 3.12.1 Semua murid DIWAJIBKAN memakai Lencana Sekolah dan Tanda Nama. 3.12.2 Lencana sekolah dipakai jarak 5cm di atas pelipis saku baju sebelah kiri. 3.12.3 Tanda Nama dipakai selari dengan pelipis baju sebelah kiri. 3.12.4 Lencana Sekolah danTanda Nama boleh dibeli daripada Koperasi Sekolah. 3.12.5 Lencana Sekolah dan Tanda Nama sekolah hendaklah sentiasa dipakai bersama pakaian seragam sekolah. 3.13. Pakaian Seragam Sekolah 3.13.1 Murid Lelaki 3.13.1.1 Baju kemeja putih dan bersih lengan pendek. 3.13.1.2 Baju dalam singlet / baju T hanya berwarna putih kosong sahaja. 3.13.1.3 Seluar panjang potongan biasa ( tidak berfesyen ) warna biru tua. 3.13.1.4 Stokin berwarna hitam sahaja. 3.13.1.5 Kasut kanvas hitam dan bersih sahaja. 3.13.1.6 Lencana sekolah ( atas poket baju kiri ) 3.13.1.7 Tanda nama 3.13.1.8 Tali leher sekolah
7 3.13.2 Murid Perempuan 3.13.2.1 Murid Perempuan Islam 3.13.2.2 Baju kurung potongan teluk belanga warna putih dan bersih sahaja. 3.14.2.3 Kain warna biru tua-labuh di bawah buku lali. 3.13.2.4 Kain tudung warna putih kosong dan bersih (digalakkan pelajar memakai tudung untuk menutup aurat ) 3.13.2.5 Stoking hitam dan brsih. 3.13.2.6 Kasut kanvas berwarna hitam dan bersih. 3.13.2.7 Murid Perempuan Bukan Islam “Pinafore” warna biru tua dan “blouse”warna putih.”Pinafore” labuh di bawah kepala lutut. 3.13.2.8 Stoking hitam dan bersih. 3.13.2.9 Kasut kanvas warna hitam dan bersih. 3.13.2.10 Rambut panjang hendaklah diikat dengan reben berwarna gelap. 4. PERKARA 4 : RAMBUT DAN KUKU Bagi murid lelaki : 4.1. Rambut hendaklah disikat rapi dan sentiasa pendek. 4.2. Nipis di bahagian belakang dan panjangnya tidak mencecah kolar baju. 4.3. Bahagian pelipisnya nipis dan panjangnya tidak melebihi daripada telinga tengah. Bagi murid perempuan : 4.4. Rambut sentiasa disikat kemas dan tidak menutupi dahi. 4.5. Rambut tidak diwarnakan. 4.6. Dilarang membuat fesyen rambut. 4.7. Mempunyai rambut yang agak pendek dan jika rambut panjang hendaklah diikat. 4.8. Kuku hendaklah sentiasa pendek dan tidak diwarnakan dengan apa jua jenis kosmetik. 4.10 Murid tidak dibenarkan memakai sebarang perhiasan seperti cincin,gelang,anting-anting semasa berada di sekolah. 4.11.Barang kemas yang dirampas oleh pihak sekolah hendaklah dituntut oleh ibu / bapa / penjaga pelajar. 4.12. Pemakaian barang kemas berkaitan dengan upacara keagamaan mestilah mendapat kebenaran Guru Besar atau wakilnya. BAHAGIAN D PERATURAN-PERATURAN KHAS Peraturan-peraturan berikut hendaklah dipatuhi oleh murid apabila berada di tempat-tempat yang dinyatakan di bawah:
8 5. PERKARA 5 : BILIK DARJAH 5.1. Murid hendaklah menggunakan bilik darjah di luar waktu sekolah hendaklah mendapat kebenaran Guru Besar / wakilnya. 5.2. Setiap murid diperuntukkan sebuah meja dan sebuah kerusi dan pelajar bertanggungjawab ke atasnya.Sebarang salah guna dan kerosakan pelajar berkenaan dikehendaki menggantikannya dalam bentuk wang / perabot yang sama.Harga sebuah meja adalah RM60 dan sebuah kerusi RM40. 5.3. Semua murid bertanggungjawab kepada semua harta benda dalam bilik darjah itu.Jika rosak,harta benda tersebut hendaklah diganti oleh murid-murid di dalam kelas tersebut. 5.4. Ketua Kelas hendaklah memberitahu guru kelas serta merta apabila berlaku sebarang apabila berlaku sebarang kerosakan di dalam kelas. 5.5. Murid hendaklah memberitahu guru kelas serta merta apabila berlaku sebarang kerosakan di dalam kelas. 5.6. Murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan kecuali mendapat kebenaran daripada guru yang berada di kelas pada waktu itu atau menggunakan pas keluar. 5.7. Murid hendaklah menjaga keselamatan dan kebersihan serta patuh kepada peraturanperaturan setiap kelas yang mereka digunakan. 5.8. Tidak dibenarkan mengubah,mengalih dan memindah semula alat yang ada di dalam setiap bilik darjah tanpa kebenaran Guru Besar / guru. 5.9. Semua jenis makanan / minuman yang ditafsirkan haram mengikut Islam adalah dilarang di bawa masuk ke kawasan sekolah. 5.10. Makanan dan minuman di bilik darjah atau bilik-bilik khas tidak dibenarkan. 5.11. Murid dilarang menconteng,melukis,menulis dan mengukir pada meja / kerusi dan lain- lain di bilik darjah. 5.12. Murid dilarang membawa telefon bimbit ,radio,walkman,permainan komputer (computer game ),dam,catur,katrij komputer dan permainan video(video game) ke sekolah. 5.13. Guru Besar / wakilnya boleh memeriksa beg / kocek/saku pakaian murid pada bila-bila masa. 6. PERKARA 6 : BILIK GURU BESAR / BILIK GURU 6.1. Bilik Gru Besar,Penolong Kanan,Bilik Guru adalah kawasan larangan bagi semua pelajar kecuali mendapat izin atau arahan daripada Guru Besar / wakilnya. 6.2. Murid-murid hendaklah masuk dengan hormat dan bersopan santun,ketuk pintu dan memberi ucap selamat sebelum masuk ke dalam Bilik Guru Besar,Penolong Kanan dan Bilik Guru apabila diberi izin. 6.3. Untuk tujuan perbincangan dengan guru atau mengambil buku latihan / alatan lain,pelajar-pelajar cuma dibenarkan berbuat demikian dengan arahan guru.
9 7. PERKARA 7 : PERPUSTAKAAN DAN PUSAT ALAT PANDANG DENGAR (APD) 7.1. Perpustakaan dibuka pada setiap hari persekolahan. 7.2. Murid-murid hendaklahh memakai pakaian seragam sekolah semasa berada di dalam perpustakaan. 7.3. Semua murid adalah secara automatik ahli perpustakaan dan memiliki sekeping Kad Perpustakaan.Kad ini tidak boleh dipindah milik. 7.4. Tempoh pinjaman buku adalah satu minggu sahaja.Kegagalan memulangkan buku dalam tempoh tersebut,peminjam akan didenda sebanyak 10 sen sehari. 7.5. Peminjam-peminjam buku adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut : 7.5.1 Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap buku yang dipinjam. 7.5.2 Memulangkan buku pada tarikh yang ditetapkan. 7.5.3 Membaiki sebarang kerosakan atau menggantikannya. 7.5.4 Menggantikan buku pinjaman yang dihilangkan. 7.6. Kemudahan bilik dan Pusat APD boleh digunakan dengan membuat tempahan dari guru APD. 7.7. Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik APD melainkan dengan iringan guru. 7.8. Sekiranya menghadapi sebarang kesulitan atau kerosakan kepada alat/alat,bahanbahan,sila berhubung dengan guru APD / Perpustakaan serta merta. 7.9. Murid-murid dilarang menconteng,mengoyak buku, majalah,akhbar,merosakkanbuku,majalah,akhbar,merosakkan perabot dan lain-lain di perpustakaan. 8. PERKARA 8 : PERATURAN-PERATURAN MAKMAL (BILIK KEMAHIRAN HIDUP DAN MAKMAL SAINS ) 8.1. Bilik Sains 8.1.1.Bilik Sains adalah bilik khas untuk menjalankaneksperimen sains serta pengajaran dan pembelajaran sains. 8.1.2 Peraturan-peraturan Bilik Sains yang mesti dipatuhi termasuklah: 8.1.2.1 Tidak dibenarkan masuk ke dalam Bilik Sains tanpa kebenaran guru. 8.1.2.2 Mesti beratur sebelum masuk dan keluar makmal. 8.1.2.3 Tidak dibenarkan menukar tempat duduk semasa berada di dalam Bilik Sains. 8.1.2.4 Makan dan minum adalah dilarang di Bilik Sains. 8.1.2.5 Jangan bermain-main dengan peralatan di Bilik Sains. 8.1.2.6 Jangan cuba merasa sebarang bahan kimia tanpa kebenaran guru. 8.1.2.7 Simpan barang atau peralatan sains ke tempat asal selepas menggunakannya. 8.1.2.8 Bahan kimia yang telah digunakan TIDAK boleh di tuang semula ke bekas asal. 8.1.2.9 Semua bahan pepejal tidak boleh dibuang ke dalam sinki tetapi harus dikumpulkan ke dalam bekas yang disediakan. 8.1.2.10 Sebarang kerosakan atau kemalangan haruslah dilaporkan kepada guru
10 dengan segera. 8.1.2.11 Selepas ekseprimen,bersihkan semua peralatan,kemaskan meja dan bangku makmal. 8.1.2.12 Alat radas sains serta bahan kimia dalam bilik sains tidak dibenarkan dibawa keluar dari bilik sains tanpa kebenaran guru. 8.2. Bilik Kemahiran Hidup 8.2.1 Sentiasa mematuhi arahan guru. 8.2.2 Jangan keluar dan masuk ke dalam Bilik Kemahiran Hidup tanpa kebenaran guru. 8.2.3 Letakkan beg di luar Bilik Kemahiran Hidup. 8.2.4 Jangan memakai apa-apa barang kemas semasa bekerja di dalam Bilik Kemahiran Hidup. 8.2.5 Pelajar hendaklah berpakaian kemas dan sesuai semasa bekerja di dalam Bilik Kemahiran Hidup. 8.2.6 Pelajar hendaklah melaporkan dengan segera kepada guru sekiranya ada kemalangan atau kecederaan. 8.2.7 Jangan bermain ketika berada di dalam Bilik Kemahiran Hidup. 8.2.8 Murid hendaklah membersihkan segala peralatan selepas digunakan dan di simpan semula di dalam almari. 8.8.9 Murid mesti mengikuti jadual tugasan yang telah disediakan. 9. PERKARA 9 : PENDIDIKAN JASMANI Semua murid hendaklah : 9.1. Wajib mengikuti Pendidikan Jasmani. 9.2. Berpakaian sesuai seperti yang ditentukan oleh Guru Pendidikan Jasmani. 9.3. Memakai trek bottom berlogo sekolah berwarna gelap dan T Shirt sekolah atau baju sukan sekolah. 9.4. Menggunakan alat-alat Pendidikan Jasmani dengan cermat. 9.5. Mematuhi sepeuhnya arahan guru sebelum,semasa dan selepas sesuatu aktiviti. 9.6. Bersungguh-sungguh dalam melakukan aktiviti. NOTA : Pelajar-pelajar yang tidak dapat mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani mesti ada surat akuan doktor / mendapat kebenaran guru. 10. PERKARA 10 : KO KURIKULUM (KOKU) Murid-murid mestilah menganggotai sekurang-kurangnya ketiga-tiga bidang Ko Kurikulum iaitu PERSATUAN, KELAB,UNIT PAKAIAN SERAGAM DAN SUKAN. 10.1. Wajib menghadiri aktiviti sperti yang dijadualkan dalam KOKU. 10.2. Bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan. 10.3. Mematuhi peraturan KOKU seperti ditentukan oleh guru penasihat. 10.4. Hadir menepati masa.
11 10.5. Mengamalkan semangat kerja sama yang tinggi. 10.6. Memakai pakaian yang sesuai semasa aktiviti dijalankan : 10.1.1.1. Uniform sekolah. 10.1.1.2. Baju T shirt putih. 10.1.1.3. Baju T shirt rumah sukan. 11. PERKARA 11 : SURAU 11.1. Semua guru dan murid Islam adalah digalakkan menggunakan surau sesuai dengan fungsinya sebagai tempat bersembahyang dan melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan. 11.2. Pengguna-pengguna diminta sentiasa memelihara kebersihan dan kesucian surau sesuai dengan fungsinya sebagai tempat beribadat. 11.3. Guru Penasihat Persatuan Agama Islam hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Mengurus Surau dan mengadakan Peraturan Surau. 11.4. Semua yang menggunakan surau mesti patuh dengan Peraturan Surau. 11.5. Peraturan Menggunakan Surau 11.5. Buka kasut semasa hendak memasuki surau. 11.5.1. Tinggalkan beg dan susun kasut di luar surau dengan kemas. 11.5.2 Tutup semua kipas dan lampu semasa meninggalkan surau. 19 12. PERKARA 12 : KANTIN 12.1. Murid-murid hendaklah membeli makanan di kantin atau koperasi sekolah sahaja. 12.2. Murid-murid adalah dilarang membeli makanan di luar sekolah dan dibawa masuk ke dalam kawasan sekolah. 12.3. Murid-murid hendaklah membeli makanan dengan tertib,beratur dan tidak berebut-rebut. 12.4. Sewaktu makan,hendaklah duduk di bangku-bangku yang telah disediakan. 12.5. Kebersihan kantin hendaklah sentiasa dipelihara.Semua bekas makanan yang telah digunakan hendaklah diamsukkan ke dalam bekas yang telah disediakan.Jangan tinggalkan sisa makanan di atas meja. 12.6. Murid-murid boleh menggunakan bangku dan meja di kantin sekolah untuk makan dan minum tanpa mengambil kira makanan tersebut di beli dari kantin atau koperasi sekolah. 13. PERKARA : 13 : WAKTU REHAT Pada waktu rehat,pelajar-pelajar mestilah : 13.1. Tidak berada dalam bilik darjah sewaktu rehat.Petugas dibenarkan membersihkan kelas selama 10 minit semasa rehat. 13.2. Tidak keluar daripada kawasan sekolah. 13.3. Keluar dan masuk kelas pada waktu rehat dengan tertib dan tidak bising.
12 13.4. Semasa loceng dibunyikan ,murid hendaklah naik mengikut tangga yang ditentukan dengan cepat,senyap dan teratur. 14. PERKARA 14 : KEBERSIHAN KELAS Sekitar kawasan kelas dan sekolah hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih,kemas dan indah.(ceria).Kawasan sekolah hendaklah : 14.1. KELAS 14.1.1 Setiap masa dalam keadaan bersih,kemas dan teratur. 14.1.2 Dihias dengan barang-barang maujud,model,gambar,gambarajah,bunga atau perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. 14.1.3 Diuruskan oleh ketua kelas dan ahli jawatan kuasanya atau nasihat guru kelas. 14.1.4 Setiap kelas mestilah menubuhkan jawatan kuasa kelas. 14.2. KANTIN 14.2.1 Sentiasa berada dalam keadaan bersih,kemas dan teratur. 14.2.2 Sampah pembungkus dan pembalut makanan atau sisa-sisa makanan tidak dibuang merata-rata kecuali ke dalam tong sampah. 14.2.3 Lantai kantin dimop/dibasuh setiap hari persekolahan. 14.2.4 Dibasuh dengan air bercampur dettol/klorin sekurang-kurangnya seminggu sekali. 14.2.5 Diawasi oleh Jawatan Kuasa Kantin khasnya mengenai kebersihan dan mutu makanan yang dijual di kantin. 14.2.6 Semua alat di kantin seperti kerusi dan meja kantin tidak boleh diubah tanpa kebenaran pihak sekolah atau kantin. 14.2.7 Perabot kantin seperti kerusi dan meja tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran Guru Besar. 14.2.8 Perabot kantin adalah hak kerajaan / sekolah.Semua murid boleh menggunakannya. 14.3. TANDAS 14.3.1. Sentiasa berada dalam keadaan bersih,tidak berbau busuk atau hancing. 14.3.2 Pelajar-pelajar dikehendaki menjaga kebersihan tandas / bilik air. 14.3.3 Menggunakan mangkuk tandas dengan baik.Buang air besar / kecil pada mangkuk tandas atau tempat yang disediakan. 14.3.4 Menggunakan air dengan cermat tanpa membazir.Jangan memasukkan sebarang benda ke dalam lubang tandas. 14.3.5 Sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
13 BAHAGIAN E PERATURAN DAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN Sekolah ialah sebuah institusi yang dimiliki oleh kerajaan.Oleh itu,sesiapa yang didiapati menceroboh sekolah / kawasan sekolah,ia boleh di dakwa.Langkah-langkah keselamatan berikut perlu diambil : 15. PERKARA 15 : KEBAKARAN / KECEMASAN 15.1. Jika berlaku sebarang kebakaran / kecemasan pihak- pihak tertentu mestilah dihubungi segera untuk mendapatkan bantuan / tindakan selanjutnya. 15.2. Latihan untuk menghadapi kebakaran / kecemasan mestilah diadakan dari masa ke semasa. 15.3. Semua alat pemadam api mestilah dalam keadaan baik dan sentiasa diperiksa. 15.4. Semua murid hendaklah mematuhi arahan guru apabila berlaku kebakaran / kecemasan. 16. PERKARA 16 : LALU LINTAS 16.1. Peraturan lalu lintas jalan raya seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan,Majlis Keselamatan Jalan Raya dan Polis Diraja Malaysia hendaklah dipatuhi oleh semua pelajar. 16.2. Murid-murid yang berjalan kaki hendaklah sentiasa berjalan di sebelah kanan jalan semasa datang dan balik dari sekolah. 16.3. Murid yang berbasikal hendaklah menentukan alat basikalnya lengkap.Tidak dibenarkan menunggang basikal dikawasan sekolah bila-bila masa.Gunakan tepian jalan sebelah kiri untuk menolak basikal keluar atau masuk sekolah. 16.4. Basikal hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan dalam kawasan sekolah dan hendaklah sentiasa dikunci. 16.5. Bagi murid-murid yang menaiki bas atau van mestilah beratur sewaktu menaiki atau turun daripada van dan bas. 16.6. Semasa murid berada di dalam kenderaan seperti bas,van dan sebagainya mestlah tertib dan bersopan santun serta tidak mengotorkannya. 17. PERKARA 17 : LAWATAN MASUK / KELUAR 17.1. Murid-murid hendaklah memberi layanan yang sewajarnya dan sesuai kepada semua pelawat rasmi dan tidak rasmi yang datang ke sekolah sesuai dengan ajaran agama yang menuntut menghormati tetamu. 24 17.2. Guru pengawas hendaklah ada mengiringi pelajar-pelajar yang membuat lawatan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 17.3. Murid hendaklah patuh kepada arahan dan peraturan guru pengiring setiap masa semasa lawatan. 17.4. Guru Besar atau wakilnya hendaklah dirujuk untuk semua lawatan keluar / masuk. 18. PERKARA 18 : SURAT MENYURAT 18.1. Surat menyurat mestilah melalui Guru Besar.
14 18.2. Murid-murid dilarang sama sekali membuat kenyataan mengenai sekolah kepada umum. 18.3. Semua murid tidak dibenarkan sama sekali membuat kenyataan lisan atau bertulis kepada semua media massa berkaitan dengan sekolah. 18.4. Kebenaran daripada Guru Besar hendaklah diperolehi jika hendak menerbitkan sebarang penerbitan dalaman ( dalam sekolah). 19. PERKARA 19 : KESALAHAN BERAT 19.1. Menjadi ahli dalam pertubuhan haram. 19.2. Membawa senjata bahaya dengan tujuan jahat. 19.3. Memukul guru. 19.4. Mengancam Guru Besar / guru. 19.5. Melanggar peraturan dan undang-undang sekolah,Pejabat Pelajaran / Kementerian Pelajaran. 19.5. Menulis kepada akhbar tanpa memberitahu pihak berkuasa. 19.7. Sengaja merosakkan harta benda persendirian guru / pelajar lain. 19.8. Sengaja merosakkan harta benda sekolah / kerajaan. 19.9. Mencuri / memeras ugut / bergaduh. 19.10 Mengancam pelajar lain dengan ancaman serius dan merbahaya. 19.11 Membawa / menghisap rokok dan mengambil dadah. 19.12 Berjudi / lain-lain bentuk pertaruhan. 19.13. Minum minuman keras dan memabukkan di dalam atau di luar kawasan sekolah. 19.14. Membawa buku-buku / gambar lucah. 19.15. Masih membantah hukuman Guru Besar / guru sekalipun telah diberi amaran. 19.16. Menunjukkan sikap bongkak dan membuat penghinaan kepada Guru Besar. 19.17. Sengaja menimbulkan perkara-perkara yang sensitif untuk tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum. 19.18. Melanggar peraturan tatatertib / menangkis peraturan yang menurut budi bicara Guru Besar sebagai tatatertib yang berat. 19.19. Pergi ke kelab malam / disko/ bar dan tempat-tempat lain dan seumpamanya ( gantung sekolah satu minggu ). 19.20. Dilarang mengeluarkan kata-kata tidak manis terhadap sesiapa. HUKUMAN-HUKUMAN KERANA MELANGGAR PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH. Amaran atau memberitahu ibu bapa / penjaga Dirujuk ke Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah Kelas tahanan Denda Digantung persekolahan Dibuang sekolah Tindakan undang-undang oleh polis atau mahkamah.
15 PERINGATAN Peraturan-peraturan di atas adalah tertakluk kepada pindaan jika difikirkan perlu oleh Lembaga Disiplin Sekolah. GURU BESAR GURU-GURU PENOLONG KANAN GURU DISIPLIN GURU PENGAWAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
16 NEGARAKU Negaraku, Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan, Raja kita, Selamat bertakhta. Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta IBU PERTIWIKU Sarawak tanahairku, Negeriku tanahair ku Sarawak, Engkaulah tanah pusakaku, Tanah tumpah darahku, Ibu pertiwiku. Rakyat hidup mesra dan bahagia, Damai muhibbah sentiasa, Bersatu,berusaha berbakti, Untuk Sarawak kucintai. Sarawak dalam Malaysia, Aman makmur rahmat Tuhan Maha Esa, Kekallah Sarawak bertuah, Teras perjuangan rakyat, Berjaya berdaulat.
17 CEMERLANG SK PETRA JAYA Kami warga SK Petra Jaya, Namamu kusanjung tinggi, Menjadi kebangaanku, Cemerlang di persada jaya. Kami warga SK Petra Jaya, Sekolahku yang tercinta, Kau tonggak masa depan kami, Menjunjung harapan suci. Berilmu,berdisiplin serta berakhlak, Kita amalkan sebagai pegangan, Mencapai kecemerlangan, Menuju kegemilangan. Berbekalkan kewibawaannya, Dan keazaman yang jitu, Kita junjung cita-cita luhur, Demi agama, bangsa dan negara. RUKUN NEGARA KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELURUHAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
18 CONTOH PAKAIAN SERAGAM
19 REF. K.P. (BS) 8543 /VOL II (58) SURAT PEKELILING IKHTISAS NO 2/1976 PIAGAM PELANGGAN Kami guru-guru,staf dan murid-murid sekolah ini,berikrar untuk : 1. Membimbing pelajar-pelajar membentuk sahsiah dan akhlak yang mulia. 2. Mewujudkansuasana sekolah yang indah,bersih dan menarik. 3. Mempertingkatkan prestasi akedemik dan kokurikulum untuk menjadikan sekolah ini dikenali. 4. Menanamkan sifat kepunyaan dan penyayang. 5. Melayan ,membantu dan bekerjasama dengan ibubapa dan tetamu dengan kemesraan dan kesopanan. 6. Membina “muafakat pendidikan” di antara sekolah,PIBG dan penduduk setempat. 7. Membina budaya sains dan teknologi. 8. Melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia,beretika,positif,kreatif,inovatif dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. PERINGATAN UNTUK IBU BAPA Sebarang masalah berkaitan dengan disiplin, sila rujuk peraturan-peraturan yang tercatat di dalam buku ini.