The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lotfiahAR, 2021-03-06 09:48:22

_Pameran Israk Mikraj

_Pameran Israk Mikraj

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum
Hijrah Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬dari Mekkah ke Madinah. Apabila
bercerita tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan
akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah ‫ ﷺ‬bersama malaikat
Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa:

1. Israk yakni perjalanan Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬menaiki
binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke
Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.

2. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil
Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan Nabi
Muhammad‫ ﷺ‬ini telah diabadikan oleh Allah ‫ﺳﺒﺤﺎﻧﮫ‬
‫ وﺗﻌﺎﻟﻰ‬di dalam Al-Quran:

Firman Allah ‫ﺳﺒﺤﺎﻧﮫ وﺗﻌﺎﻟﻰ‬:

‫ُﺳ ْﺒ َﺤﺎ َن اﻟﱠ ِﺬي أَ ْﺳ َﺮ ٰى ﺑِ َﻌ ْﺒ ِﺪ ِه ﻟَ ْﯿ ًﻼ ﱢﻣ َﻦ ا ْﻟ َﻤ ْﺴ ِﺠ ِﺪ ا ْﻟ َﺤ َﺮا ِم إِﻟَﻰ ا ْﻟ َﻤ ْﺴ ِﺠ ِﺪ‬
‫ا ْﻷَ ْﻗ َﺼﻰ اﻟﱠ ِﺬي ﺑَﺎ َر ْﻛﻨَﺎ َﺣ ْﻮﻟَﮫُ ﻟِﻨُ ِﺮﯾَﮫُ ِﻣ ْﻦ آﯾَﺎﺗِﻨَ ۚﺎ إِﻧﱠﮫُ ُھ َﻮ اﻟ ﱠﺴ ِﻤﯿ ُﻊ ا ْﻟﺒَ ِﺼﯿ ُﺮ‬

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari
Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami
perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya
Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).

Sebelum Israk Mikraj

Sebelum melalui kejadian Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad‫ﷺ‬
mengalami pembedahan dada yang dilakukan oleh malaikat Jibrail
dan Mika’il. Hati Baginda ‫ ﷺ‬dicuci dengan air zam-zam serta
dibuang ketulan hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan
was²nya. Kemudian dituangkan hikmah, ilmu dan iman ke dalam dada
Rasulullah ‫ﷺ‬. Setelah itu, dada Baginda ‫ ﷺ‬dijahit dan
dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”.
Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama “Buraq” untuk
ditunggangi oleh Rasulullah ‫ ﷺ‬dalam perjalanan luar biasa yang
dinamakan “Israk” itu

Semasa Israk

(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (Israk) itu Nabi Muhammad ‫ﷺ‬diiringi (ditemani)
oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat² tertentu (tempat² yang

mulia
dan bersejarah), Rasulullah ‫ ﷺ‬telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti

dan bersolat sebanyak dua rakaat. Di antara tempat² berkenaan adalah:
1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah ‫ ﷺ‬akan

melakukan hijrah.
2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada

Allah ‫;ﺳﺑﺣﺎﻧﮫ وﺗﻌﺎﻟﻰ‬
3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung . .
Di antara peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah)
yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah
‫ ﷺ‬dibertahu oleh Jibrail : “Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala
kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”

2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah ‫ ﷺ‬diberitahu oleh Jibrail : “Itulah bau kubur Masyitah
(tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak²nya (termasuk bayi yang dapat
bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman
kepada Allah ‫( ﺳﺒﺤﺎﻧﮫ وﺗﻌﺎﻟﻰ‬tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).”

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka
sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu
Rasulullah ‫ﷺ‬: “Itulah orang² yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).”



Selepas Mikraj

.
.

Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬turun ke langit dunia semula.
Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq
perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam
perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa
yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan
Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu
berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan
sebelum hijrah).

Penutup

Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan
peristiwa tersebut). Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan
kudrat atau kekuasaan Allah ‫ﺳﺒﺤﺎﻧﮫ وﺗﻌﺎﻟﻰ‬. Allah ‫ ﺳﺒﺤﺎﻧﮫ وﺗﻌﺎﻟﻰ‬telah menunjukkan bukti² kekuasaan dan
kebesaran-Nya kepada Baginda ‫ﷺ‬.

.
Firman Allah ‫ﺳﺒﺤﺎﻧﮫ وﺗﻌﺎﻟﻰ‬:

‫ُﺳ ْﺑ َﺣﺎ َن ا ﱠﻟ ِذي أَ ْﺳ َر ٰى ِﺑ َﻌ ْﺑ ِد ِه َﻟ ْﯾ ًﻼ ﱢﻣ َن ا ْﻟ َﻣ ْﺳ ِﺟ ِد ا ْﻟ َﺣ َرا ِم إِ َﻟﻰ ا ْﻟ َﻣ ْﺳ ِﺟ ِد ا ْﻷَ ْﻗ َﺻﻰ ا ﱠﻟ ِذي َﺑﺎ َر ْﻛ َﻧﺎ‬
١﴿ ‫َﺣ ْو َﻟ ُﮫ ﻟِ ُﻧ ِر َﯾ ُﮫ ِﻣ ْن آ َﯾﺎ ِﺗ َﻧ ۚﺎ إِ ﱠﻧ ُﮫ ُھ َو اﻟ ﱠﺳ ِﻣﯾ ُﻊ ا ْﻟ َﺑ ِﺻﯾ ُر‬

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari
Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami
perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya
Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).


Click to View FlipBook Version