MARI
BERMAIN
Oleh : Lotfiah bt Abdul Rahman
Saya Anis. Umur saya 6 tahun. Saya
mempunyai 4 orang abang dan 4
orang kakak. Abang dan kakak sangat
sayang pada saya.
Suatu petang, Anis berasa bosan lalu keluar mencari
abangnya. "Wah, seronoknya abang bermain." kata Anis.
"Abang, bolehkah Anis ikut main bersama?"
"Tidak boleh, Anis belum pandai
bermain teng-teng" jawab abang.
Lalu Anis pergi mencari kakak Hana pula.
"Haa.. kakak Hana sedang bermain di sana." kata Anis
"Kakak Hana, bolehkah Anis ikut main bersama?"
"Tidak boleh, Anis tidak pandai
bermain kejar-kejar." jawab kakak Hana.
Anis berasa sedih, lalu pergi mencari Kak Murni pula.
"Haa, di sini pun Kak Murni.
Kak Murni, bolehkah Anis main bersama?"
"Tidak boleh, Anis belum pandai
bermain lompat tali." jawab kak Murni pula.
Anis pergi mencari Abang Kamal pula. Tentu
Abang Kamal mahu bermain dengan Anis, fikirnya.
"Abang Kamal, bolehkah Anis main bersama?."
"Tidak boleh, Anis belum pandai
bermain Yo-Yo." kata Abang Kamal.
Anis bertambah sedih, lalu berlari kepada
Abang Murad pula.
"Abang Murad, bolehkah Anis main
bersama?." kata Anis.
"Tidak boleh, Anis belum pandai
bermain bola tampar." jawab abangnya.
Anis berasa sangat sedih. Kenapa Abang tidak mahu
bermain bersama. Bukankah Abang selalu bermain
kereta sorong dengannya. Fikir Anis sambil
menangis.
Anis bertambah sedih, bila teringat kakak Hana pula.
Kakak Hana selalu bermain pondok-pondok
dengannya.
"Kenapa Abang Kamal tidak mahu bermain
dengannya." fikir Anis. Bukankah Abang Kamal
selalu bermain susun-susun kotak dengannya.
Anis bertambah sedih lagi bila teringat pada Kak
Murni. Bukankah Kak Murni selalu menjaganya
ketika bermain di taman permainan.
Tiba-tiba Anis terdengar ibu dan ayah memanggilnya.
"Anis, mari kita bermain lego." kata ayahnya.
Anis segera mengesat airmata dan bermain lego
bersama ibu dan ayahnya. "Anis, hari ini
abang dan kakak tidak boleh bermain dengan kamu
kerana permainan itu tidak sesuai dengan umur Anis."
"Oh, terima kasih ibu dan ayah. Saya gembira
bermain lego ."
SEKIAN
Bahan e book ini dihasilkan oleh Pusat Sumber Al-Ghazali SK Sungai Buaya