The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lotfiahAR, 2021-02-06 22:37:49

e pameran tahun baru cina -feb

e pameran tahun baru cina -feb

e- Pameran
Pusat Sumber Al Ghazali
SK Sungai Buaya, 42700 Banting, Selangor

Selamat Tahun Baru Cina

Tahun
Baru Cina

Assalamualaikum dan salam PKP.
Tahun 2021, aktiviti pameran Pusat Sumber Al Ghazali,
SK Sungai Buaya akan diterbitkan dalam bentuk digital

e-Pameran
1/Feb 2021

e-Pameran PSS AlGhazali

Pengenalan

Tahun Baru Cina merupakan perayaan
terpenting orang Cina bagi menyambut
tahun baru dalam kalendar qamari Cina.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang
dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar
dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai,
sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda
pula akan melawat golongan tua dan menerima wang
angpau dalam sampul merah bagi melambangkan
nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga
kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan
tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta
berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari
selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun
Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Cap Goh Mei.

e-Pameran PSS Al Ghazali

Sejarah

Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan
permulaan sesuatu tahun adalah tidak
jelas. Barangkalinya, awal tahun ini
bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti
Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan
bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China.

Namun, adalah diketahui bahawa
"bulan lompat" yang dipakai untuk
memastikan kalendar qamari selari
dengan matahari, sentiasa ditambah
selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang
(menurut catatan tulang orakel yang
masih wujud) dan Zhou (menurut Sima
Qian). Maharaja pertama China Qin Shi
Huang menukar dan menetapkan awal
tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama
ada Tahun Baru diraikan pada awal
bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-
duanya, itu tidak diketahui.
Pada 104 SM, Maharaja Wu yang
memerintah sewaktu Dinasti Han
menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun,
yang masih kekal sampai masa ini.

e- Pameran PSS Al Ghazali

Persiapan sebelum Tahun
Baru Cina

Pada hari-hari sebelum Tahun
Baru Cina, keluarga-keluarga
Cina membersihkan rumah
mereka secara menyeluruh,
kerana mereka percaya bahawa
pembersihan ini menghalau
nasib malang dan musibah yang
menimpa pada tahun yang
berlalu serta menyediakan
rumah mereka untuk
menjemput nasib baik

e-Pameran PssAl Ghazali

Makan Malam Besar

Acara terbesar pada malam
Tahun Baru Cina ialah makan
besar. Hidangan yang terdiri
daripada ikan terdapat di atas

meja makan untuk tujuan
paparan sempena jamuan ini.

Di China utara, adalah juga
menjadi adat untuk memakan

ladu untuk jamuan ini. Ladu
melambangkan kemewahan

kerana bentuknya berupa
jongkong emas Cina.

Angpau bagi ahli terdekat dalam
keluarga kadang-kadang diberi

sewaktu jamuan pertemuan
semula. Sampul merah ini sering
mengandungi duit dalam bilangan

nombor tertentu yang
mencerminkan tuah dan

kehormatan.


Click to View FlipBook Version