INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI , KUALA LUMPUR
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 1)
(GKB 1053)
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA PELAJAR NURIN HANANIN BINTI ANUAR
ANGKA GILIRAN 2020192310137
NOMBOR KAD PENGENALAN 020211030874
KUMPULAN PPISMP JUN 2020 (G7)
NAMA KURSUS KEMAHIRAN BELAJAR
KOD KURSUS GKB 1053
NAMA PENSYARAH CIK HASLINDA MOHAMAD SAAD
TARIKH HANTAR 1 OKTOBER 2020
TARIKH MENERIMA MAKLUM
BALAS DARIPADA PENSYARAH
PENGHARGAAN
ASSALAMUALAIKUM WBT. DAN SALAM SEJAHTERA ,
Alhamdullilah, pertama sekali saya memanjatkan kesyukuran dan setinggi-tinggi
penghargaan serta terima kasih kepada Allah SWT kerana dengan segala limpah rahmat dan
kurniaan-Nya , saya telah diberikan keselamatan dan kesihatan sehingga Berjaya
menyiapkan tugasan ini. Seterusnya , ingin saya mengucapkan selawat dan salam keatas
junjungan yang mulia , nabi kita Muhammad SAW dan para sahabat .
Di samping itu, saya juga ingin mendedikasikan beribu-ribu penghargaan dan terima
kasih ini khususnya kepada pensyarah saya yang saya hormati Cik Haskinda Mohamad Saad
kerana dengan penuh kesabaran memberikan tunjuk ajar kepada saya dengan penuh
amanah dan dedikasi. Hasil daripada tunjuk ajarnya , dapatlah sedikit sebanyak membuka
ruang untuk saya menyiapkan kerja kursus ini tepat pada waktu dengan jayanya .
Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini , terima kasih yang tidak terhingga juga saya
ucapkan kepada kedua ibu bapa yang saya cintai iaitu , En Anuar bin Ismail dan Pn Jelita binti
Jaafar serta keluarga kena telah memberikan saya semangat dan dorongan untuk
menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan
sokongan moral yang tidak terhingga saya berjaya menyelesaikan kerja kursus ini.
Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga ini juga saya tujukan
kepada rakan rakan yang banyak memberi peringatan dan bimbingan yang tulus dan jitu
terhadap setiap perkara yang telah saya lakukan. Mereka membantu saya dengan menjawab
setiap pertanyaan dan persoalan yang telah saya tujukan kepada mereka dengan hati yang
terbuka dan ikhlas. Semoga Allah membalas jasa baik mereka kepada diri saya.
Akhirulkalam , saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau secara tidak langsung ketika proses pembuatan kerja kursus ini. Sekian
, Terima Kasih.
ISI KANDUNGAN
PERKARA
Penghargaan
Isi Kandungan
1.0 Pengenalan
2.0 Kemahiran Belajar CoRT 1
3.0 Komponen CoRT 1
3.1 PMI
3.2 CAF
3.3 C&S
3.4 AGO
3.5 FIP
3.6 APC
3.7 OPV
4.0 Rumusan
5.0 Rujukan
1.0 Pengenalan
Dalam era globalisasi kini, proses pengajaran dan pembelajaran perlu kepada pelbagai pembaharuan
dan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Para guru perlu berani melakukan perubahan dalam
proses pembelajaran abad ini. Teknik dan kaedah pedagogi perlu dikuasai dan dikembangkan oleh
para guru bagi memenuhi keperluan dan tuntutan cabaran yang mendatang dalam dunia Pendidikan
terkini. Lantaran itu , para pendidik perlu menambil langkah kehadapan dengan mengetengahkan
panduan pengajaran dengan menggunakan alat kemahiran berfikir.
Kemahiran berfikir ini menggunakan Alat CoRT 1 diperkenalkan oleh Eward De Bono. CoRT
adalah singkatan bagi perkataan “Cognitive Research Trust”. CoRT ini menggalakkan individu untuk
berfikiran luas. Edward de Bono dilahirkan di Malta , sebuah negara di kepulauan di Laut
Mediterrenean. Beliau berkelulusan D.Phill. Perubatan dari Universiti Oxford serta Ph.D dari
Universiti Cambridge. Beliau telah mencuba kaedah cort di sekolah sekolah yang berada di barat.
Alat alat CoRT 1 merupakan kaedah yang melibatkan guru dan pelajar di dalam kelas. Kaedah ini
telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan di sekolah sekolah barat. Oleh itu , pihak
Kementerian Pembelajaran Malaysia telah mengambil pendekatan terhadap kaedah ini. Alat cort
merupakan instrument yang digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang dalam
menghadapi situasi yang memerlukan jalan penyelesaian.
Program CoRT juga dikenali sebagai Cognitive Research Trust mengandungi 6
bahagian CoRT, iaitu CoRT 1 ialah keluasan persepsi. CoRT 2 ialah organisasi proses berfikir
, seterusnya CoRT 3 ialah interaksi , argument , perspektif. Seterusnya CoRT 4 ialah
pemikiran kreatif , CoRT 5 ialah maklumat dan perasaan dan akhir sekali iaitu CoRT 6 ialah
tindakan. Kaedah yang sering diaplikasikan oleh guru dalam pengajarn mereka di sekolah
ialah CoRT 1. Terdapat tujuh komponen asas dalam CoRT 1 iaitu PMI , CAF , C&s , AGO ,
FIP, APC, dan OPV.
3.1 PMI
Komponen CoRT 1 yang pertama ialah PMI. PMI merujuk kepada Plus , Minus , Interesting ( baik ,
buruk , menarik ). Tujuan penggunaan PMI ialah di sekolah adalah untuk melatih pelajar berfikir
untuk melihat gambaran keseluruhan tentang sesuatu situasi. Ia juga melatih untuk meluaskan
pemikiran tentang sesuatu situasi , mengelakkan daripada beremosi dengan tujuan untuk
mengembangkan idea. contoh penggunaan PMI : -
Tajuk Perbincangan : Penggunaan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Wajib di Sekolah.
Pelajar hendaklah ,
• Plus (P) : menyenaraikan semua yang baik
• Minus (M) : menyenaraikan semua yang buruk
• Interesting (I) : menyenaraikan semua yang menarik
Contohnya ,
• Plus / baik : para pelajar lebih fasih berbahasa inggeris
• Minus / buruk : penggunaan bahasa melayu dalam kalangan pelajar semakin berkurang
• Interesting / menarik : pelajar Malaysia dapat menandingi pelajar daripada luar negara
dalam berbahasa inggeris .
Pada akhir perbincangan tersebut , para pelajar dan guru dapat membuat keputusan yang terbaik
berdasarkan situasi tersebut sama ada penggunaan bahasa inggeris boleh dijadikan sebagai bahasa
wajib di sekolah ataupun tidak.
3.2 CAF
Komponen CoRT 1 yang kedua ialah CAF. CAF merujuk kepada consider all factor (mengambil kira
semua factor ). Tujuan kaedah CAF adalah agar pelajar dapat membuat keputusan berdasarkan
pelbagai aspek begi keseluruhan situasi. Kaedah ini juga mengelakkan mereka daripada terlupa
factor penting bagi tajuk yang sedang dibincangkan.
Contoh penggunaan CAF,
Tajuk perbincangan : Apakah hadiah hari jadi yang sesuai bagi rakan anda
Pelajar hendaklah :
• Menyenaraikan semua factor
• Mempertimbangkan setiap factor
• Apakah keputusan selepas pertimbangkan sewajarnya dibuat ?
Contohnya ,
Menyenaraikan semua hadiah yang sesuai . Selain itu , pertimbangkan semua hadiah dari setiap
aspek seperti harga fungsi , kualiti dan sebagainya. Seterusnya ,membuat keputusan hadiah mana
yang terbaik berdasarkan setiap pertimbangan yang dilakukan. Melalui kaedah CAF ( consider all
factor) , para pelajar dapat membuat keputusan yang baik dalam menentukan keputusan. Selain itu ,
hal ini dapat mengelakkan pelajar daripada terlupa factor yang penting bagi tajuk yang dibincangkan.
3.3 C & S
Komponen CoRT 1 yang ketiga ialah C & S . C&S merujuk kepada consequence and sequence (kesan
dan akibat daripada kesan). Kedah C&S ini melatih pelajar untuk membuat jangkaan terhadap
sesuatu perkara sebelum membuat seseuatu keputusan. Selain itu , kaedah ini penting kerana dapat
membantu pelajar untuk meramal kesan dan akibat daripada keputusan yang telah dibuat. Selain itu
, para pelajar dapat risiko yang mungkin dihadapi serta dapat mengenal pasti kesan serta merta ,
jangka Panjang dan jangka pendek daripada keputusan yang telah dibuat.
Contoh penggunaan C&S ,
Tajuk perbincangan : Muzik membantu perkembangan bahasa inggeris
Pendapat pelajar mestilah mengandungi beberapa aspek ini iaitu yang pertama adakah
cadangan berkenaan berjaya ?. Seterusnya , apakah risiko yang mungkin dihadapi selepas itu?.
Seterusnya , apakah kesan serta merta , jangka Panjang , jangka pendek selepas keputusan dilakukan
? dan akhir sekali adakah cadangan tersebut baik?.
Contoh yang dapat dibuat ialah pelajar berjaya dari segi menambah kosa kata melalui nyanyian lagu
bahasa inggeris tersebut. Kemudian para pelajar juga berisiko menyalahgunakan tatabahasa dalam
bahasa inggeris kerana sesetengah lagu inggeris menggunakan bahasa yang ringkas dan tidak
menepati tatabahas yang tepat. Jika pelajar tidak melakukan kajian atau ulangkaji di sebalik lirik
inggeris tersebut , kemungkinan pelajar akan menggunakan bahasa tersebut dengan tatabahasa
yang salah. Selain itu , para pelajar juga dapat mengetahui dan belajar perbendaharaan kata yang
luas dalam bahasa inggeris seterusnya pelajar akan menilai keputusan yang dibuat adalah baik atau
tidak. Dengan ini , sesuatu cadangan atau pendapat dapat dipertimbangkan dengan lebih baik dan
berupaya untuk mengelakkan pelajar mengambil keputusan yang kurang memuaskan. C&S juga
melatih pelajar berfikir dan mengjangkakan apa yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan
dijalankan.
3.4 AGO
Komponen CoRT 1 yang keempat ialah AGO. AGO merujuk kepada aims , goals , objective (tujuan ,
matlamat , objektif). Kaedah penggunaan AFGO dalam pembelajaran bertujuan untuk melatih
pelajar berfikir dengan lebih focus kea rah tujuan asal dalam misi mencapai matlamat sesuatu
perkara. Selain itu , kaedah ini juga membantu para pelajar untuk membiasakan diri menyenaraikan
objektif sesuatu perkara sebelum melaksanakannya. Selain itu , sentiasa menumpukan perhatian
terhadap sesuatu tujuan asal supaya matlamat tercapai.
Contoh penggunaan AGO,
Tajuk perbincangan : Apakah AGO memilih pekerjaan dalam sektor kerajaan ?
Seterusnya , pelajar dikendaki menyenaraikan apakah AGO rancangan?. Selain itu ,adakah tindakan
terkeluar daripada AGO?. Dan seterusnya , bagaimana untuk memastikan AGO dapat dicapai?.
Contohnya , pelajar menyenaraikan tujuan , matlamat , objektif dalam pemilihan pekerjaan.
Seterusnya , memastikan sama ada tindakan yang ingin diambil terkeluar ataupun tidak daripada
AGO. Dan para pelajar menyenaraikan perkara perkara yang harus dilakukan untuk memastikan AGO
tercapai. Ini membantu pelajar untuk mengetahui tujuan mengenai perkara yang ingin dilakukan.
Seterusnya , membantu pelajar dalam penetapan objektif terhadap sesuatu perkara agar matlamat
yang diinginkan tercapai.
3.5 FIP
Komponen CoRT 1 yang kelima ialah FIP iaitu first important priority ( perkara paling penting akan
diutamakan). Melalui kaedah ini , pelajar dapat berfikir dengan mendahulukan sesuatu perkara
mengikut kepentingan atau keutamaan. Para pelajar dapat mengetahui mano satu yang lebih
priority dan mana satu yang tidak perlu diutamakan. Melalui konsep FIP juga , pelajar dapat
mengelakkan melakukan perkara yang tidak patut diutamakan serta menbuang masa mereka
sebagai seorang pelajar.
Contoh penggunaan FIP ,
Tajuk perbincangan : pemilihan tempat untuk melanjutkan pelajaran
Pelajar dikehendaki memberi pendapat berdasarkan beberapa aspek ini. Yang pertama ialah
apakah perkara perkara yang penting?. Seterusnya , antara perkara perkara ini yang mana paling
penting?. Dan apakah priority yang memerlukan tindakan segera?. Dengan ini perkara penting akan
diutamakan terlebih dahulu . contoh soalan lain yang boleh disoal menggunakan kaedah FIP ialah ,
gaji bulanan Salmah adalah 1000 sebulan. Salmah dikendaki menyenaraikan perbelanjaan hariannya
mengikut keutamaan dan nyatakan kepentingan perbelanjaan yang telah salmah pilih. Antaranta
ialah membayar bil air dan eletrik. Air dan eletrik sangat penting kerana Salmah memrlukannya
untuk menjalani kehidupan hariannya di rumah. Seterusnya , salmah memilih menonton wayang
Bersama rakan kerana dia dapat menghilangkan stress atau tekanan jika keluar Bersama rakannya.
Seterusnya , membeli barangan dapur untuk keprluan rumah dan keluarganya. Seterusnya membaiki
kerosakan di rumah. Kaedah FIP ini melatih pelajar agar dapat mendahulukan sesuatu perkara
mengikut kepentingan dan keutamaan.
3.6 APC
Komponen CoRT 1 yang keenam ialah APC iaitu alternatives , possibilities , choices ( alternative ,
kemungkinan , pilihan). Kaedah APC ini melatih pelajar untuk memikirkan beberapa perkara secara
serentak dan membuat pilihan yang terbaik berdasarkan pertimbangan yang telah dilakukan, kaedah
ini juga membantu pelajar agar tidak berfikiran secara sehala sahaja. Pelajar juga dapat mengetahui
car acara yang berlainan untuk menyelesaikan masalah dan mengenal pasti cadangan yang paling
baik.
Contoh penggunaan APC ,
Tajuk perbincangan: banjir kilat yang berlaku semkain berleluasa
Pelajar dikehendaki memberikan pendapat berdasarkan aspek ini. Pertama apakah cara cara
yang berlainan untuk menyelesaikan masalah ini?. Seterusnya apakah baik buruk cadangan tersebut
dan manakah cadangan yang paling baik. Contohnya , mana mana pihak yang terlibat perlu
membaiki sistem perparitan atau memperdalamkan sungai. Seterusnya baik buruk daripada
cadangan tersebut ialah kos tinggi dan mengambil masa yang lama tetapi langakh tersebut lebih
efektif. Dan cadangan yang paling baik adalah dengan memperbaiki sistem perparitan agar masalah
banjr kilat dapat diselesaikan. Menurut kaedah ini , ia dapat merangsang para pelajar untuk
memikirkan pelbagai cara untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan dan APC ini mengelakkan
pelajar berfikiran sehala sahaja.
3.7 OPV
Kaedah kemahiran belajar CoRT 1 yang ketujuh ialah other people’s view ( pandangan orang lain).
Kaedah ini melibatkan pandangan atau pendapat orang lain. Para pelajar dilatih untuk bertanya
mengenai pendapat orang lain sebelum membuat sesuatu keputusan. Ini untuk mengelakkan pelajar
daripada terlalu menfokuskan kepada diri. Dan memikirkan kesan idea diri sendiri terhadap orang
lain.
Contoh penggunaan OPV ,
Tajuk perbincangan : membawa telefon pintar ke sekolah hendaklah terus dilarang.
Pelajar hendaklah memberi pendapat dan mempertimbangkan dari segi apakah idea sendiri akan
mempengaruhi orang lain?. Seterusnya bagaimanakah orang lain memandang idea anda?. Dan
adakah idea pelajar bernas dan harud dijadikan tindakan?. Para pelajar perlu memberikan pendapat
yang melibatkan pandangan ibu bapa , guru dan para pelajar. Dengan kaedah OPV ini , ia melatih
pelajar berfikir dan mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat keputusan. Sebenarnya
apa yang difikirkan oleh kita juga akan difikirkan oleh orang lain namun pendapatnya berbeza.
4.0 Rumusan
Rumusannya ialah penguasaan murid dalam kemahiran berfikir (KB) menjadi lebih berkesan melalui
penggunaan alat berfikir yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran. Alat berfikir yang biasa
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penyusunan grafik, soalan , penyoalan
serta peta minda. Penggunaan alat berfikir CoRT 1 dalam pembelajaran membantu pelajar untuk
cemerlang kerana para pelajar mudah mengaplikasikan kaedah cort1 ini dalam pelajaran mereka.
Cadangan penggunaan alat berfikir CoRT 1 dalam pembelajran dan pengajaran dapat diaplikasikan
sebagai salah satu alternative untuk memprtingkatkan keberkesanan pembelajaran para murid di
sekolah. Alat berfikir CoRT 1 juga membantu para pendidik dalam menyampaikan ilmu kepada
pelajar dengan lebih mudah dan berkesan .
References
https://bridgetleo.wordpress.com/2018/09/15/kredit/. (n.d.).
https://guabama.files.wordpress.com/2012/02/2-panduan-alat-berfikir-cort1.pdf. (n.d.).
https://guabama.wordpress.com/2009/05/29/alat-kemahiran-berfikir-cort-1/. (n.d.).
https://naz199.wordpress.com/teknik-menyoal-aras-tinggi/. (n.d.).
https://wsllcp.wordpress.com/alat-alat-cort-1/. (n.d.).
https://www.academia.edu/25198183/Pemikiran_Edward_de_Bono. (n.d.).
https://www.researchgate.net/publication/319178509_STRATEGI_EFEKTIF_PERANTI_BERFIKIR_CoRT
_COGNITIVE_RESEARCH_TRUST_DALAM_PENDIDIKAN_BAHASA_MELAYU. (n.d.).