AKHLAK MAHMUDAH MEDAN BERDAKWAH Kumpulan cute
Berdakwah dengan hikmah ● Firman Allah di dalam Surah Al-Nahl ayat 125: Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. ● Tidak memaksa dalam mengajak ke arah kebaikan,
Berdakwah dengan akhlak ● Menjadi contoh teladan kepada orang lain ● Seperti mana firman Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 110 yang bermaksud: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).
Berdakwah dengan bahasa lemah lembut ● Selamat dari kata-kata kesat atau kata-kata yang menyakitkan. ● Firman Allah di dalam Surah Al-Imran ayat 159: Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.