PROGRAM
2
TRANSFORMASI0
2
SEKOLAH5
SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN
KWANG HUA
I KOHORT 6 TAHUN 2021 I TS25 6.0 I
SMJK KWANG HUA EDISI 2021
TAMAN ENG ANN
41150 KLANG, SELANGOR
03-33416713
KANDUNGAN
Visi dan Misi SMJK Kwang Hua
Lencana dan Lagu SMJK Kwang Hua
Prakata
Pengetua SMJK Kwang Hua
Jawatankuasa Program Transformasi Sekolah 2025
Pengenalan Program Transformasi Sekolah 2025
Matlamat Program Transformasi Sekolah 2025
Objektif Program Transformasi Sekolah 2025
Hala Tuju Program Transformasi Sekolah 2025
Rakan ELIT Program Transformasi Sekolah 2025
Konsep Program Transformasi Sekolah 2025
Elemen Sekolah Berkualiti
Elemen Kemenjadian Murid
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik,
Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk
Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara
logo & lagu sekolah
Warna lencana terdiri daripada warna merah dan
kuning yang merupakan warna-warna utama
bendera Negeri Selangor Darul Ehsan dan warna
biru, kuning, merah dan putih merupakan warna-
warna bendera negara Malaysia.
Empat gelang yang bertindih di antara satu sama
lain melambangkan moto sekolah iaitu KEJUJURAN,
KETEKUNAN, JIMAT CERMAT dan KEAZAMAN.
Obor melambangkan masa depan yang gemilang.
Cahaya yang dipancarkan mewakili negeri-negeri di
Malaysia yang membawa makna bahawa murid-
murid lepasan sekolah ini akan menjadi rakyat yang
berguna.
Enam perkataan “SMJK KWANG HUA, KLANG” dalam
Bahasa Cina di puncak obor menunjukkan masa
depan sekolah yang cerah.
lagu sekolah
PRAKATA
PENGETUA SMJK KWANG HUA
Terlebih dahulu marilah kita menzahirkan rasa penuh kesyukuran kerana risalah kecil ini
berjaya dihasilkan dan diterbitkan untuk rujukan awal kepada semua pihak yang terlibat
dalam Program Transformasi Sekolah 2025 atau ringkasnya TS25 di sekolah ini.
Sekolah Menengah Jenis kebangsaan Kwang Hua secara rasminya telah pun melangkaui
usia 67 tahun pada tahun 2021. Maka pemilihan sekolah ini sebagai satu daripada sekolah
di Daerah Klang bagi Kohort 6 amatlah bertepatan dalam mengubah landskap pendidikan
selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dalam
meningkatkan KEMENJADIAN MURID dan SEKOLAH BERKUALITI.
Sekolah Berkualiti dapat dihasilkan apabila sekolah mempunyai barisan pemimpin yang
mampu mengurus sekolah dengan berkesan dengan dibantu oleh barisan guru yang
komited dan kompeten dalam bidang kepakaran masing-masing serta disokong oleh
Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru , Alumni serta komuniti
sekitarnya secara holistik. Ianya akan dapat membentuk persekitaran pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan serta mempunyai impak kepada pembentukan
kemenjadian murid.
Pembentukan kemenjadian murid pula ditentukan oleh satu dokumen standard kurikulum
yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian melalui pendekatan pedagogi yang
bersesuaian dan sudah pasti ia perlu dinilai melalui beberapa pentaksiran dalam
mengukur sejauh mana kemenjadian murid berlaku sepanjang persekolahan rendah.
Sehubungan dengan itu, semua warga pendidikan dituntut untuk melakukan perubahan
minda dan cara bekerja ke arah memastikan hasrat dan tujuan PPPM 2013-2025 tercapai.
Penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua Rakan ELIT TS25 pelbagai
peringkat atas bimbingan, nasihat, tunjuk ajar serta segala sumbangan yang telah dan
akan diberikan kepada kami.
Kejujuran, Ketekunan, Jimat Cermat, Keazaman
LOW BEE HON
Pengetua
SMJK Kwang Hua, Klang
JAWATANKUASA
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
PENGENALAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan
sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan
Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan
sekolah berkualiti.
Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan
pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam
pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat
yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan
modal insan unggul melalui :
PUNCA KUASA
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
19 Jun 2015
Mesyuarat Majlis Ekonomi pada 16 Jun 2014 telah
mencadangkan pelaksanaan Program Sekolah
Transformasi dan diluluskan semasa Mesyuarat
Majlis Ekonomi Bil. 2/2015.
7 April 2017
Mesyuarat Profesional KPM Bil. 14 :
penjenamaan semula kepada Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
OBJEKTIF
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
Mengaplikasi konsep dan
amalan PdP terbaik
Membangunkan kepakaran
dalaman melalui latihan yang
komprehensif dan berstruktur
kepada pembimbing pedagogi
serta pembimbing kepimpinan
Membangunkan persekitaran
pembelajaran yang berkesan
dengan mengutamakan
kemenjadian murid
MATLAMAT
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
Memantapkan kepimpinan sekolah
Memaksimumkan potensi guru dan
murid menerusi peningkatan kualiti
pembelajaran dan pengajaran
Mengukuhkan penglibatan ibu bapa,
komuniti dan pihak berkepentingan
demi kejayaan murid
KONSEP
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
HALA TUJU
TS25 digerakkan mulai tahun 2016 dengan 100 buah
sekolah di seluruh negara, diikuti tahun 2017
sebanyak 100 buah sekolah, tahun 2018 sebanyak 400
buah sekolah dan tahun 2019 sebanyak 600 buah
sekolah dan menjelang tahun 2025, semua sekolah di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia berada di
dalam Program Transformasi 2025.
Pengurusan dan pemantauan pelaksanaan TS25 akan
diurus sepenuhnya di bawah Jabatan Pendidikan
Negeri mulai tahun 2020 hingga 2025.
PELAKSANAAN PROGRAM
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
Program TS25 diterajui oleh beberapa Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia dengan
pelaksanaan pelbagai aktiviti berdasarkan fungsi masing-masing.
Antara aktiviti utama Program TS25 ialah:
Latihan kepada Pemimpin Sekolah dan Guru (bersemuka dan secara dalam talian)
Pembangunan Kapasiti kepada Pembimbing Instruksional dan Pembimbing Pedagogi
Perkongsian Amalan Terbaik dari Sekolah Program TS25 (Konvensyen, Seminar, Kolokium,
Karnival dan Showcase)
Kajian Impak dan Keberkesanan Program TS25
Sokongan Profesional (Bimbingan dan Kunjung Bantu secara berpusat atau berkelompok oleh
Rakan ELIT (RE) sama ada dengan kaedah bersemuka atau secara dalam talian)
Pemeriksaan (SKPMg2) dan Penilaian Program
LOGO
rakan elite
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
Rakan Educational Leadership and Instructional
Team atau ringkasnya Rakan ELIT kepada TS25
terdiri daripada
elemen sekolah berkualiti
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
Ke arah menjadikan SEKOLAH BERKUALITI, ia memerlukan
satu pendekatan pengurusan yang berasaskan sekolah dan
memiliki autonomi tersendiri dengan diterajui oleh
PEMIMPIN BERKESAN di kalangan Pengetua dan Penolong
Kanan dibantu oleh GURU BERKUALITI serta disokong oleh
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU serta KOMUNITI dalam
usaha membentuk PERSEKITARAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BERMAKNA.
Instrumen dalam mengukur SEKOLAH BERKUALITI pula
adalah menggunakan instrumen sedia ada iaitu Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) yang
dikeluarkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
elemen kemenjadian murid
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
Ke arah membentuk KEMENJADIAN MURID, ia memerlukan gabungan
beberapa perkara seperti kurikulum terkini yang dikeluarkan oleh
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam bentuk DOKUMEN STANDARD, pendekatan
PEDAGOGI yang sesuai terutama Pembelajaran Abad Ke-21,
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, penggunaan i-Think dan sebagainya
serta PENTAKSIRAN dalam mengukur sejauh mana kemenjadian
murid berlaku.
Instrumen dalam mengukur KEMENJADIAN MURID pula adalah
menggunakan instrumen sedia ada iaitu PENTAKSIRAN BERASASKAN
SEKOLAH (PBS) yang merangkumi 4 pentaksiran iaitu Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD) yang dinilai oleh guru semasa proses PdP
sepanjang 5 tahun persekolahan, Pentaksiran Pusat iaitu Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK) dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 serta
Pentaksiran Psikometrik iaitu berkaitan kecenderungan dan sahsiah
murid.
诚KEJUJURAN
勤KETEKUNAN
俭JIMAT CERMAT
毅KEAZAMAN
TS25 I 6 I 2021