KETIDAKSTABILAN
EMOSI
3.0 : Pengurusan Mental dan Emosi
Pn Majidah bt Mat Saman
STANDARD PEMBELAJARAN
❑ Menjelaskan situasi yang mempengaruhi
ketidakstabilan emosi.
❑ Menjelaskan kepentingan mengurus ketidakstabilan
emosi.
❑ Mengaplikasikan kemahiran mengurus
ketidakstabilan emosi
Pn Majidah bt Mat Saman
ISI PELAJARAN 01 PENGENALAN
02 Situasi yang mempengaruhi
ketidakstabilan emosi.
03 Kepentingan mengurus
ketidakstabilan emosi.
04 Kemahiran mengurus ketidakstabilan
emosi.
Pn Majidah bt Mat Saman
PENGENALAN
✓ Emosi yang tidak stabil boleh mengakibatkan kemudaratan
kepada fungsi tubuh badan dan mental seseorang.
✓ Ketidakstabilan emosi individu menyebabkan kegelisahan,
murung, sedih, tiada menaruh sebarang harapan yang tinggi
dalam hidup, tidak mampu bergembira seperti orang lain,
sering berasa lesu dan pesimistik terhadap kebolehan diri.
✓ Kehidupan seharian akan turut terjejas serta menimbulkan
masalah kepada keluarga, rakan serta masyarakat. Prestasi
pelajaran akan merosot dan boleh menyumbang kepada
masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat hari ini
Pn Majidah bt Mat Saman
Situasi yang
Mempengaruhi
Ketidakstabilan
Emosi.
Pn Majidah bt Mat Saman
Situasi yang mempengaruhi ketidakstabilan emosi.
❑ Gangguan emosi tidak mengenal usia, malah boleh
berlaku kepada setiap individu seawal usia kanak-
kanak.
❑ Remaja akan mengalami perubahan perkembangan
dari segi fizikal, kognitif, sosial dan emosi.
❑ Selain itu, perubahan dari segi peranan dan
tanggungjawab sama ada di rumah atau di sekolah
boleh menyebabkan remaja mengalami tekanan dalam
menyesuaikan diri dengan perubahan salah satu
daripada ketidakstabilan emosi pada peringkat ini.
Pn Majidah bt Mat Saman
Situasi yang Mempengaruhi
Ketidakstabilan Emosi
❑ Kegagalan dalam Peperiksaan
o Stres atau tekanan semasa belajar dan bekerja merupakan salah satu
tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila
tuntutannya tidak dapat dipenuhi.
o Kegagalan dalam peperiksaan akan menyebabkan murid berada dalam
keadaan stres atau tertekan. Tambahan pula, tekanan daripada ibu bapa
yang mengharapkan anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang.
Tekanan yang dirasai merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental.
Stres atau tekanan ini akan menyumbang kepada ketidakstabilan emosi
yang berterusan.
o Stres dan tekanan yang berterusan boleh menjejaskan waktu tidur, hilang
selera makan dan mengelakkan diri daripada aktiviti sosial. Senario ini
merupakan petanda masalah kesihatan mental yang lebih serius dan
membawa kepada ketidakstabilan emosi.
Pn Majidah bt Mat Saman
Situasi yang Mempengaruhi
Ketidakstabilan Emosi
❑ Perpecahan dalam Keluarga
➢ Keluarga yang tidak harmoni akan menyebabkan
kestabilan emosi anak-anak terganggu.
➢ Apabila berlaku perceraian, anak-anak akan tertekan
kerana terpaksa berpisah dengan ibu bapa dan adik-
beradik.
➢ Keadaan ini menyebabkan ketidakstabilan emosi yang
menyebabkan berlakunya kes seperti lari dari rumah,
terlibat dalam gejala sosial seperti penagihan dadah dan
masalah sosial yang lain.
Pn Majidah bt Mat Saman
Situasi yang Mempengaruhi
Ketidakstabilan Emosi
❑ Masalah dalam Persahabatan
▪ Perbuatan mengejek dan menghina keadaan fizikal
rakan antara perkara yang mengundang kepada
perselisihan faham dan pergaduhan.
▪ Pergaduhan atau perselisihan faham dengan rakan
sebaya yang tidak ditangani dengan baik dan
bertoleransi boleh menyebabkan berlakunya
ketidakstabilan emosi.
Pn Majidah bt Mat Saman
Kepentingan
Mengurus
Ketidakstabilan
Emosi
Pn Majidah bt Mat Saman
Kepentingan Mengurus Ketidakstabilan Emosi
❑ Ketidakstabilan emosi akan berlaku apabila emosi tidak
stabil.
❑ Emosi yang tidak stabil akan mendatangkan kemudaratan
kepada fungsi tubuh badan dan mental seseorang.
❑ Setiap perubahan yang berlaku dalam kehidupan boleh
menyebabkan remaja mengalami kemurungan serta tidak
meletakkan harapan yang tinggi dalam kehidupan mereka.
❑ Namun, jika masalah ketidakstabilan emosi dibiarkan,
berkemungkinan akan menimbulkan masalah kesihatan
yang lebih serius.
Pn Majidah bt Mat Saman
Kepentingan Mengurus Ketidakstabilan Emosi
● Membuat Keputusan
❑ Kestabilan emosi penting dalam membuat
sesuatu keputusan.
❑ Apabila emosi tidak stabil, remaja tidak
dapat berfikir secara rasional dan tidak
berupaya membuat keputusan walaupun
keputusan yang mudah.
Pn Majidah bt Mat Saman
Kepentingan Mengurus Ketidakstabilan Emosi
● Merasa Gembira
❑ Pengurusan emosi penting supaya
remaja sentiasa gembira dan ceria.
❑ Perasaan gembira akan membuatkan
remaja akan berasa tenang dan fikiran
menjadi stabil.
Pn Majidah bt Mat Saman
Kepentingan Mengurus Ketidakstabilan Emosi
● Penyatuan Masyarakat
◆ Emosi yang stabil akan melahirkan perasaan
empati, kerjasama, bertolak ansur dan
memaafkan. Perasaan ini akan mengeratkan
hubungan dalam masyarakat.
◆ Emosi yang stabil akan melahirkan
masyarakat yang positif.
Pn Majidah bt Mat Saman
Kepentingan Mengurus Ketidakstabilan Emosi
● Badan dan Minda Sihat
◆ Emosi yang stabil dapat membantu remaja
untuk mengamalkan hidup yang sihat seperti
bersenam, tidur yang cukup dan diet yang
betul.
◆ Senaman dapat mengurangkan tahap
kebimbangan dan stres menerusi penghasilan
hormon endorfin.
Pn Majidah bt Mat Saman
Kepentingan Mengurus Ketidakstabilan Emosi
● Berkomunikasi
❖ Emosi yang stabil membantu kita
berkomunikasi secara rasional.
❖ Berkomunikasi dalam kalangan ahli
keluarga dan rakan dapat
mengurangkan tekanan sekali gus
menyihatkan dan menstabilkan emosi.
Pn Majidah bt Mat Saman
Kemahiran
Mengurus
Ketidakstabilan
Emosi
Pn Majidah bt Mat Saman
Kemahiran Mengurus Ketidakstabilan Emosi
❑ Kemahiran mengurus ketidakstabilan emosi perlu
ada dalam diri remaja. Tujuannya adalah untuk
menambah baik mutu serta kualiti kehidupan.
❑ Pengurusan emosi yang baik akan berjaya
mengawal perasaan marah dan tindak balas
negatif serta bijak memilih tindakan yang tepat
semasa menghadapi sebarang masalah.
Pn Majidah bt Mat Saman
❑ Aktiviti Kerohanian Kemahiran Mengurus Ketidakstabilan Emosi
✓ Mendekatkan diri dengan aktiviti ❑ Mengakui Kesalahan Diri
keagamaan seperti ceramah
agama dapat membuatkan hati ✓ Mengakui kesalahan diri ialah
menjadi tenang. suatu tindakan yang penting
supaya kesalahan dapat
✓ Emosi yang stabil dapat dimaafkan dan perasaan
membantu menyelesaikan menjadi lebih tenang.
masalah yang dihadapi.
✓ Ketenangan akan membantu
kita menjalani kehidupan yang
lebih baik..
Pn Majidah bt Mat Saman
Kemahiran Mengurus Ketidakstabilan Emosi
❑ Bersikap Empati ❑ Berkomunikasi Secara Berkesan
✓ Sikap empati yang dimiliki dapat ✓ Komunikasi antara dua hala penting
menjadikan seseorang individu agar remaja dapat menceritakan
lebih peka akan perasaan orang masalah yang dihadapi terutama
lain. kepada ibu bapa, kaunselor dan
rakan rapat yang dipercayai.
✓ Remaja yang empati dapat
mengurangkan tekanan emosi ✓ Ibu bapa dapat mengetahui masalah
orang lain. anak mereka dan berusaha mencari
jalan penyelesaian terbaik.
Pn Majidah bt Mat Saman
Kemahiran Mengurus Ketidakstabilan Emosi
❑ Menjauhi Sikap Agresif
✓ Sikap agresif akan membuatkan remaja tidak
dapat berfikir secara rasional terutamanya
apabila sedang marah.
✓ Berupaya mengawal emosi ketika marah akan
dapat menenangkan diri dan berfikir dengan
rasional.
Pn Majidah bt Mat Saman