The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mbms7806, 2021-10-03 08:29:07

TINGKATAN 5 : PEMAKANAN

TING 5 PEMAKANAN

TINGKATAN 5

PDPR PJPK

DALAM TALIAN

@ GOOGLE MEET

Cikgu Majidah bt Mat Saman

Minggu 31 : 20- 24.09.2021

UNIT 2

PEMAKANAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

PJPK Tingkatan 5 | Majidah 2021

STANDARD PEMBELAJARAN

Menjelaskan maksud pengurusan diet seimbang
dan sihat sepanjang hayat.
Mengaplikasikan kemahiran pengurusan diet
seimbang dan sihat mengikut keperluan diri.
Menilai kepentingan pemilihan diet seimbang dan
sihat sepanjang hayat.

PJPK Tingkatan 5 | Majidah 2021

PENGENALAN Sejauh manakah kebenaran seseorang yang kurus
memiliki metabolisme yang tinggi, manakala
UNIT 2 :PEMAKANAN seseorang yang obes memiliki metabolisme yang
rendah?

Walaupun dua individu mempunyai berat badan yang
sama, individu yang berotot mempunyai metabolisme
yang tinggi berbanding individu yang mempunyai
lemak.

Kebiasaannya, kurus atau gemuk seseorang individu
itu diukur dengan menggunakan Indeks Jisim Tubuh.

Berat badan bergantung kepada keseimbangan kalori
yang diambil dengan kalori yang dibakar.

PJPK Tingkatan 5 | Majidah 2021

PENGENALAN Metabolisme ialah proses tubuh menukar makanan kepada
tenaga.
UNIT 2 :PEMAKANAN
Ketika proses ini berlaku, kalori daripada karbohidrat, lemak
dan protein bergabung dengan oksigen untuk membebaskan
tenaga yang diperlukan untuk tubuh berfungsi.

Remaja memerlukan makanan dan vitamin secukupnya
untuk tumbesaran dan kesihatan berterusan.

Antara inisiatif telah diambil Kementerian Kesihatan
Malaysia seperti Program Pinggan Sihat Malaysia. Program
ini bertujuan menyedarkan masyarakat agar mengambil
makanan dalam kuantiti yang sewajarnya.

PJPK Tingkatan 5 | Majidah 2021

PEMAKANAN

PENGURUSAN DIET
SEIMBANG DAN SIHAT

SEPANJANG HAYAT




PJPK Tingkatan 5 | Majidah 2021

PENGURUSAN DIET SEIMBANG DAN
SIHAT SEPANJANG HAYAT

Pengurusan diet seimbang bermaksud
amalan pemakanan yang bersesuaian
dengan keperluan diri seperti dalam
Piramid Makanan Malaysia.

Diet seimbang memerlukan pengambilan makanan
yang cukup untuk keperluan tubuh yang mengandungi
nutrien yang lengkap seperti karbohidrat, vitamin,
mineral dan air untuk tubuh badan.

Nutrien yang diperlukan juga berbeza mengikut usia,
jantina, tahap kesihatan dan jenis aktiviti

PJPK Tingkatan 5 | Majidah 2021

PENGURUSAN DIET SEIMBANG DAN SIHAT
SEPANJANG HAYAT

PEMAKANAN SIHAT MERUJUK PENGAMBILAN
PELBAGAI JENIS MAKANAN MENGIKUT
SARANAN INTENVENSI PENGURUSAN BERAT
BADAN 2018.

Bagi memudahkan masyarakat mengamalkan pemakanan
secara sihat, Pinggan Sihat Malaysia telah dihasilkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai infografik untuk
merancang pengambilan makanan dalam setiap hidangan.

Pinggan Sihat Malaysia menunjukkan jumlah keperluan
makanan yang dimakan bagi setiap kumpulan makanan untuk
hidangan utama seperti dalam rajah Pinggan Sihat Malaysia.

PJPK Tingkatan 5 | Majidah 2021

TUJUAN PENGURUSAN DIET SEIMBANG
DAN SIHAT SEPANJANG HAYAT

TUMBESARAN YANG SETARA

Tubuh badan menerima semua zat makanan yang
diperlukan untuk membina tubuh yang sihat dan
kuat.

Tubuh badan yang sihat dan kuat membolehkan
para remaja membesar mengikut kesesuaian umur
mereka (WHO, 2018).

PJPK Tingkatan 5 | Majidah 2021

TUJUAN PENGURUSAN DIET SEIMBANG
DAN SIHAT SEPANJANG HAYAT

MENGELAKKAN MASALAH OBESITI

Peratusan remaja obes kian meningkat saban
hari.

Pengambilan makanan segera dan tinggi lemak
semakin popular dalam kalangan remaja.

Diet seimbang serta pengambilan makanan dalam
kuantiti yang diperlukan boleh membantu
mengawal obesiti.

PJPK Tingkatan 5 | Majidah 2021

TUJUAN PENGURUSAN DIET SEIMBANG
DAN SIHAT SEPANJANG HAYAT

MENDAPAT SUMBER VITAMIN
YANG MENCUKUPI

Vitamin mampu menangkis daripada sebarang
penyakit.

Vitamin yang mencukupi juga akan menjadikan
remaja lebih cergas dan sihat

PJPK Tingkatan 5 | Majidah 2021

TUJUAN PENGURUSAN DIET SEIMBANG
DAN SIHAT SEPANJANG HAYAT

MEMPUNYAI MENTAL CERDAS

Pengambilan makanan kurang zat boleh
mengganggu kecerdasan minda seorang remaja.

Seorang remaja yang tidak mengamalkan diet
seimbang akan kelihatan lesu dan kurang
memberikan tumpuan terhadap pelajaran serta
tidak dapat berfikir dengan efektif.

PJPK Tingkatan 5 | Majidah 2021

Kemahiran Pengurusan

Diet Seimbang dan Sihat

PJPK Tingkatan 5 | Majidah 2021

KEMAHIRAN Kepentingan pengambilan makanan
PENGURUSAN yang sesuai dengan keperluan diri
DIET amat penting dalam kehidupan
SEIMBANG kita.
DAN SIHAT
Tabiat makan dalam kuantiti yang
berlebihan boleh membawa kepada
masalah obesiti.

Berikut contoh pengambilan makanan yang
sesuai berdasarkan keperluan dan aktiviti
harian serta umur bagi remaja lelaki dan
perempuan:

PJPK Tingkatan 5 | Majidah 2021

CONTOH PENGAMBILAN
MAKANAN YANG SESUAI

PJPK Tingkatan 5 | Majidah 2021

JADUAL

TAHAP AKTIVITI

PJPK Tingkatan 5 | Majidah 2021

PEMAKANAN

KEMAHIRAN
MEMILIH DIET
SEIMBANG DAN
SIHAT SEPANJANG

HAYAT




PJPK Tingkatan 5 | Majidah 2021

BAYANGKAN 3 BAHAGIAN
PADA PINGGAN.

Rujuk gambar rajah pinggan dan bayangkan
ada garisan di bahagian tengah pinggan.

Bahagikan satu bahagian pinggan tersebut
kepada dua bahagian kecil supaya terdapat
jumlah 3 ruang pada pinggan itu (suku,
suku dan separuh).

ISI BAHAGIAN SUKU PERTAMA PINGGAN
ANDA SAMA ADA DENGAN NASI, MI, ROTI,
BIJIRIN, HASIL BIJIRIN ATAU UBI-UBIAN,
CADANGAN BIJIRIN PENUH.

Suku bahagian pertama diisi dengan makanan
tinggi karbohidrat sama ada daripada kumpulan
makanan ruji, bijirin atau ubi-ubian.

Mengambil bijirin penuh boleh membantu dalam
pengurusan berat badan serta mengurangkan risiko
penyakit jantung dan diabetes.

Contoh bijirin penuh ialah beras perang, roti bijirin
penuh, mi bijirin penuh, capati bijirin penuh dan oat

ISI BAHAGIAN SUKU KEDUA PINGGAN ANDA
SAMA ADA IKAN, AYAM, DAGING ATAU
KEKACANG.

Suku bahagian kedua diisi dengan protein sumber
haiwan (ikan, daging, ayam atau telur) atau protein
sumber tumbuhan (tauhu, legum, soya, badam, pistasio
dan biji bunga matahari).
Protein penting untuk membina dan memulihkan tisu
badan.
• Pengambilan ikan disarankan lebih kerap berbanding
daging ayam, lembu dan kambing yang tinggi kandungan
lemak.
• Diet yang tinggi kandungan lemak tepu meningkatkan
risiko penyakit jantung koronari.

ISI SEPARUH PINGGAN LAGI DENGAN SAYUR
DAN TAMBAH 1 SAJIAN BUAH

BAGI MELENGKAPKAN HIDANGAN, MINUM
AIR KOSONG ATAU MINUMAN TANPA GULA

PEMAKANAN

KEPENTINGAN
PEMILIHAN DIET
SEIMBANG DAN SIHAT
SEPANJANG HAYAT

PJPK Tingkatan 5 | Majidah 2021

PEMILIHAN DIET SEIMBANG
PENTING DEMI MENINGKATKAN

DAYA IMUNITI BADAN.

Diet tidak seimbang boleh mengakibatkan sistem imunisasi badan anda
menjadi lemah dan seterusnya terdedah kepada pelbagai penyakit.

Proses penyediaan makanan yang betul boleh menyelamatkan diri dan
membuatkan kita kekal sihat dan cergas sepanjang masa.

Kepentingan MENINGKATKAN IMUNITI TUBUH BADAN
pemilihan
diet Malnutrisi boleh menyebabkan masalah penurunan tahap imunisasi
seimbang individu.
Pengambilan diet rendah protein mengakibatkan malnutrisi.
PJPK Tingkatan 5 | Majidah 2021 Individu akan menjadi kurus dan perut kembung atau buncit.
Pengambilan nutrien seperti zink, selenium, zat besi, kuprum,
vitamin A,C,E, B6 dan asid folik boleh membantu meningkatkan
imuniti tubuh.
Kegagalan mengambil kumpulan diet ini boleh membantutkan
pertumbuhan remaja.

Kepentingan MENGAWAL BERAT BADAN
pemilihan
diet ✔ Makan makanan yang berkhasiat dalam kuantiti yang sedikit tetapi
seimbang kerap.
✔ Pengambilan makanan yang sedikit tetapi kerap dapat mengawal
PJPK Tingkatan 5 | Majidah 2021 berat badan.
✔ Berat badan yang ideal akan memudahkan remaja bergerak aktif dan
melakukan aktiviti seharian.
✔ Obesiti boleh diatasi jika seseorang itu mengamalkan diet
pemakanan yang seimbang.

Kepentingan PERKEMBANGAN MENTAL
pemilihan
diet ✔ Kekurangan zat makanan boleh menyebabkan mental
seimbang seseorang itu tidak cukup cerdas dan mudah letih.

✔ Keadaan ini akan membuatkan remaja tidak dapat berfikir
dengan rasional.

PJPK Tingkatan 5 | Majidah 2021 ✔ Pemakanan seimbang mempengaruhi aspek mental
manusia.

PEMAKANAN

KESELAMATAN




PJPK Tingkatan 5 | Majidah 2021

Kita digalakkan untuk mengamalkan diet secara sihat Keselamatan
dan bersenam dalam proses penurunan berat badan.



Namun, terdapat individu yang mengambil jalan singkat

dengan mengamalkan diet secara ekstrem.



Amalan diet secara ekstrem menyebabkan penyakit
anoreksia dan bulimia nervosa. Penyakit ini mempunyai
kesan fisiologi yang boleh menjejaskan kehidupan dan

emosi seseorang.



Kurus dengan cara mendera emosi dan fizikal akan
menyebabkan masalah lain, iaitu kemurungan.

PJPK Tingkatan 5 | Majidah 2021

TERIMA KASIH

DI ATAS PERHATIAN DAN
KERJASAMA SEPANJANG SESI PDPR

Pn Majidah bt Mat Saman

PJPK Tingkatan 5 | Majidah 2021

Creating a Masterpiece

Presentations are communication tools that can be
demonstrations, lectures, speeches, reports, and more.


Click to View FlipBook Version