The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-82005793, 2021-03-04 02:32:24

SEJARAH TINGKATAN 1 BAB 1 1,pdf

PPT BAB 1 1ALPHA 1,pdf

BAB 1 :
MENGENALI SEJARAH

1.1 PENGERTIAN SEJARAH

 Secara umum – peristiwa yang berlaku pada masa lalu.

 Dari aspek Bahasa,

 Dalam Bahasa Melayu – berasal dari perkataan ‘Syajaratun’ yang
bermaksud pokok. Ia juga dikaitkan dengan salasilah, Riwayat,
keturunan dan asal-usul.

 Kamus Dewan – asal-usul/keturunan, salasilah, peristiwa yang benar
berlaku pada waktu lampau, kisah/riwayat./tambo, kajian atau
pengetahuan tentang peristiwa yang telah lalu

 Dalam Bahasa Inggeris – history bererti cerita tentang seseorang. History
berasal dari perkataan Bahasa Yunani, historia yang bererti penyelidikan.



1.2 PENGERTIAN SEJARAH
MENGIKUT PANDANGAN SEJARAWAN

 Herodotus – penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan
mengagumkan serta sebab berlakunyaa sesuatu peristiwa.

 E. H. Carr – suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan
fakta2nya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan
masa lampau.

 Ibn Khaldun – sejarah membiucarakan tentang masyarakat manusia,
peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat
masyarakat itu.

 Khoo Kay Kim – sejarah merujuk kepada apa-apa yang sudah berlaku, ia
mendorong kita lebih memahami apa yang berlaku pada masa kini.
Menjamin kesilapan yang sama tidak berulang. Sejarah adalah ibu kepada
semua bidang,

 Muhd. Yusof Ibrahim – Sejarah ialah masa lalu itu sendiri. Sejarah adalah
catatan atau rekod tentang peristiwa yang berlaku pada masa lalu.

1.3 MASA SILAM DAN RUANG DALAM SEJARAH

 Masa silam ialah rentetan peristiwa yang telah berlaku dan dikaji mengikut
kronologi.

 Kronologi ialah rentetan peristiwa yang teratur mengikut urutan masa dari awal
hingga akhir, dan bergerak mengikut satu garisan lurus.

 Ruang masa pula dibahagikan kepada :
 Dekad (10 tahun)
 Abad (100 tahun)
 Alaf (1000 tahun)

 Konsep masa diukur mengikut zaman, iaitu Zaman Sebelum Masihi (SM) dan
zaman Masihi (M).
 Sebelum Masihi (SM) – zaman sebelum kelahiran Nabi Isa A.S
 Masihi (M) – zaman selepas kelahiran Nabi Isa A.S

1.4 SUMBER SEJARAH

CONTOH SUMBER PRIMER

 ARTIFAK – Peralatan ciptaan manusia yang digunakan untuk perburuan, pertanian dan
perdagangan.

 BUKAN ARTIFAK – data arkeologi berkaitan dengan budaya manusia yang terdapat di bawah tanah,
atas tanah, dinding gua, dinding kota dan struktur binaan.

 FOSIL – Tinggalan haiwan atau tumbuhan yang wujud pada zaman lampau.
 MANUSKRIP – Bahan yang disediakan oleh penulis untuk dicetak atau diterbitkan.

CONTOH SUMBER SEKUNDER

 ENSIKLOPEDIA
 AKHBAR
 MAJALAH

** Sumber sejarah penting dalam
penyelidikan dan penulisan sejarah.

 SUMBER PRIMER perlu dikaji untuk mendapatkan
maklumat dan bukti sahih tentang sesuatu
peristiwa.

 SUMBER SEKUNDER diperlukan untuk mencari
maklumat dan membuat perbandingan dapatan
penyelidikan sejarah yang telah diterbitkan.

1.5 PENYELIDIKAN DALAM SEJARAH













ARKEOLOGI BAWAH AIR

 Kajian saintifik tentang sejarah peninggalan manusia yang
terdampar di dasar laut, sungai atau tasik.

 Contohnya, kapal dagang yang tenggelam. Khazanah
warisan kapal karam ini perlu dikaji dan direkod.

1.6 TAFSIRAN DALAM SEJARAH

Mengapakah wujud perbezaan tafsiran
dalam sejarah ?

 Tafsiran tentang sesuatu peristiwa sejarah yang sama mungkin
berbeza antara sejarawan.

 Perbezaan ini wujud disebabkan oleh :
Pemilihan sumber yang pelbagai
Perbezaan pandangan
Perbezaan ideologi
Tujuan penulisan

KEPENTINGAN TAFSIRAN DALAM
SEJARAH

 Menggalakkan kita menggunakan pelbagai sumber dalam
penulisan bagi menghasilkan kajian yang mempunyai
bukti yang kukuh.

 Mengajak kita menilai sesuatu peristiwa yang sama
tetapi dilihat dari sudut yang berbeza.

 Mendorong kita berfikiran terbuka dan kritis dalam
mengkaji sesuatu peristiwa dengan menggunakan
pelbagai sumber sejarah.

CONTOH
TAFSIRAN DALAM SEJARAH

1.7 KEPENTINGAN MEMPELAJARI SEJARAH

Ada saat kita harus berhenti
sejenak, menoleh ke belakang,
lalu bersyukur…

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version