The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penggunaan bahasa kurang santun serta cara mengatasinya.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirahrazak69, 2022-04-12 04:04:10

KESANTUNAN BERBAHASA

Penggunaan bahasa kurang santun serta cara mengatasinya.

Pkeunrgangmguennsaagananttuabnsaihndayasnaacyaarang

BMMB1144 Kesantunan Berbahasa
Pensyarah: Datin Dr. Hjh. Wan Roslina binti Wan Ismail

Biodata

Nama: Nurul Amirah Sofiyah binti
Abdul Razak

Angka Giliran: 2021252310184

Kelas: F2J

Isi kandungan.

1.Bukti- bukti ketidaksantunan berbahasa.
2.Justifikasi daripada bukti yang diperoleh.
3.Langkah-langkah mengatasi.

Pengenalan

Menurut Mat Hassan & Ahmad Fuad (2014) perbuatan yang
menunjukkan ketidaksantunan berbahasa dilihat kepada perbuatan atau
tindakan individu yang menggunakan bahasa yang kasar, kesat dan tidak
sopan terhadap individu lain. Perilaku ketidaksantunan dalam berbahasa
ini pada kebiasaannya sering terjadi dalam kalangan pelajar sekolah.
Perkara ini sekaligus dapat menggugat usaha pihak sekolah dalam
menyemaikan amalan berbudi bahasa dan bersopan santun dalam
kalangan remaja sekolah. Menurut Hetti Waluati Triana dan Idris Aman
(2011) berpendapat bahawa generasi zaman kini tidak gemar dalam
mengamalkan nilai-nilai kesantunan serta mencerminkan lakuan tutur
yang meninggalkan nilai luhur dalam budaya.

Bukti-bukti

Justifikasi 1

Justifikasi yang boleh dibuat melalui bukti-bukti yang telah dikumpulkan, terdapat
sebanyak 288 komen yang merupakan jumlah bilangan komen tertinggi daripada
netizen yang tidak santun dalam berbahasa. Terdapat beberapa contoh
perkataan ketidaksantunan yang boleh dijadikan sebagai bukti.Antaranya ialah
penggunaan panggilan ‘sekor’ dan ‘dia’. Contoh ayat ialah “Sebenarnya bukan lah
disbbkan politik sngat, Cuma yang sekor tu dah banyak sangt dosa yang dilakukan
& taka da jalan lain melainkan pertahanan perbuatannya. Klau tak dia akan
duduk dlm kendang besi seumur hidup’. Melalui teks ayat ini kita dapat mengetahui
bahawa bahasa yang digunakan adalah amat tidak sopan. Sepatutnya,
penggunaan istilah bagi ‘seorang’ menggantikan dengan istilah ‘sekor’ kemudian,
istilah bagi ‘dia’ digantikan pula dengan istilah ‘beliau’. Hal ini supaya menujukkan
rasa tanda hormat kepada orang yang lebih berjawatan. Sebagai contoh,
individu yang memegang jawatan sebagai ahli politik seperti Tan Sri Muhyiddin.

Bukti-bukti

Justifikasi 2

Justifikasi kedua yang dapat dibuat melalui bukti yang dikumpulkan ialah,
penggunaan ayat yang kasar dilontarkan kepada pelajar merupakan bukti tidak
kesantunan dalam berbahasa. Hal ini dapat dibuktikan lagi apabila seseorang
pensyarah yang merupakan pensyarah kontrak di UiTM cawangan Seri Iskandar,
Perak menggunakan struktur ayat yang tidak sopan serta memarahi pelajarnya
kerana sebab yang tidak munasabah. Hal ini kerana beliau telah menggunakan
istilah ‘B40’ dan menghina pelajar tersebut oleh sebab tidak mempunyai komputer
riba. Selain itu juga, pensyarah berkenaan dikatakan membuat andaian sendiri
bahawa golongan B40 ini tidak mementingkan pelajaran. Perkara ini sudah tentu
akan memberikan impak yang besar kepada warga atau individu yang berada
dalam golongan B40. Oleh itu, jelaslah bahawa pernyataan ini boleh diambil
sebagai bukti bahawa terdapat masyarakat yang menggunakan bahasa yang
kurang santun.

Bukti-bukti

Justifikasi 3

Justifikasi ketiga yang boleh dirumuskan melalui bukti yang telah dikumpulkan ialah penggunaan
istilah yang kasar ketika memuji sesuatu. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan kepada
masyarakat Malaysia terutamanya dalam kalangan remaja. Hal ini lebih-lebih lagi jelas dilihat
melalui perbuatan serta percakapan pelajar sekolah. Hal ini terjadi disebabkan oleh pengaruh
rakan sebaya yang tinggi. Antaranya, mereka memuji sesuatu sekaligus menambah perkataan
yang kurang sopan. Sehubungan dengan itu perkataan ‘sial’ juga sering digunakan dalam sesuatu
ayat pujian tersebut. Contohnya, ‘cantik sial’, ‘baik sial’ dan sebagainya. Perkataan ‘sial’ itu
sepatutnya digantikan dengan istilah ‘amat’ atau ‘sangat’. Hal ini sekaligus akan menjadikan
struktur ayat pujian itu lebih sopan dan santun untuk digunakan. Selain itu, pelajar sekolah juga
sering menggunakan perkataan carutan kepada rakan mereka tersendiri. Perkara ini juga
merupakan perbuatan yang tidak mempunyai kesantunan. Seterusnya, perkara ini akan menjadi
kebiasaan kepada murid-murid tersebut, malah boleh menyebabkan generasi yang akan datang
turut mengamalkan budaya ini. Hal ini apabila ianya sudah menjadi kebiasaan, sudah tentu pelajar
yang mempunyai adik-adik kecil akan menggunakannya di rumah sekaligus akan menyebabkan
perbuatan tersebut dijadikan sebagai contoh kepada mereka. Oleh itu, jelaslah bahawa
pernyataan ini boleh diambil sebagai salah satu daripada bukti bahawa terdapat masyarakat
yang tidak mempunyai kesantunan berbahasa.

Bukti-bukti

Justifikasi 4

Justifikasi yang terakhir ialah, penggunaan bahasa yang tidak santun ketika memarahi seseorang
yang melakukan jenayah. Perkara ini dapat dilihat apabila kes seorang kanak-kanak kurang upaya
yang didera seperti dipukul, disimbah air panas dan sebagainya sudah tular di laman-laman sosial
dan media massa menjadi isu hangat kepada warga net. Perkara ini sekaligus menimbulkan
kemarahan kepada rakyat Malaysia terhadap pelaku tersebut. Sehubungan dengan itu, terdapat
banyak makian dan cacian yang telah dilontarkan kepada pelaku daripada rakyat Malaysia. Hal ini
tekah menujukkan bahawa ketidaksantunan dalam berbahasa telah berlaku. Melalui keterangan
gambar dalam laman sosial ‘Twitter’ boleh dijadikan sebagai salah satu bukti. Sebagai contoh,
terdapat individu yang memuat naik sebuah kapsyen iaitu ‘This case went viral last year and now.
We finally know how inhumane that Bainun fat fuck is. I don't care about bodyshaming her,
inhumane act by Bainun gemuk babi and Syed Azmi. The authorities must take an immediate
action/respond to this matter.” Kapsyen ini merupakan kapsyen yang tidak menujukkan kesantunan
dalam berbahasa kerana ianya lebih kepada cacian terhadap pelaku tersebut. Walaupun pelaku itu
melakukan perkara yang keji, tetapi tidak sepatutnya segala cacian dan makian tersebut
dilontarkan kepada pelaku tersebut. Hal ini menyebabkan setiap individu perlulah lebih sabar supaya
tidak melakukan perbuatan yang kurang santun seperti pernyataan di atas. Oleh itu, jelaslah
bahawa terdapat hujah yang menyokong pernyataan bukti ini.

Langkah-langkah

Peranan Peranan Peranan
ibu bapa pihak pihak

sekolah kerajaan

Langkah 1

Langkah utama yang perlu dilakukan bagi mengurangkan serta mengatasi masalah ketidaksantunan ialah ibu
bapa perlulah menjalankan tanggungjawab mereka dengan mendidik anak-anak mereka dengan baik sejak
kecil lagi. Ibu bapa merupakan suri teladan kepada anak-anak. Hal ini boleh disamakan dengan pepatah Melayu
iaitu ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya.’ Maksudnya, anak-anak perlulah dididik sejak kecil lagi kerana
segala perbuatan dan tingkah laku mudah untuk ditegur dan diperbaiki oleh para ibu bapa. Sehubungan
dengan itu, terdapat pelbagai perbuatan baik yang boleh dijadikan contoh. Sebagai contoh, ibu bapa perlu
menghormati orang yang lebih tua di hadapan anak-anak. Perkara ini sekaligus akan menyebabkan anak-anak
mengikuti perbuatan tersebut. Selain itu, ibu bapa juga boleh menasihati anak-anak mereka supaya beradab
sopan serta santun dengan orang yang lebih tua daripada mereka seperti abang, kakak, nenek, datuk dan
sebagainya. Jika perkara ini telah menjadi suatu kebiasaan, maka ianya tidak perlu diajar ketika anak-anak
sudah menjadi seorang dewasa. Selain itu, ibu bapa juga perlulah mengajar anak-anak supaya menggunakan
panggilan yang betul semasa berada dirumah. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu memainkan peranan
penting dalam mengatasi masalah ketidaksantunan dalam berbahasa kerana sesuatu pembelajaran itu
bermula daripada ibu bapa.

Langkah 2

Langkah kedua ialah pihak sekolah perlu memainkan peranan yang baik dalam menangani masalah
ketidaksantunan berbahasa. Pihak sekolah seperti kelab bimbingan dan kaunseling boleh memberi
nasihat kepada pelajar untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Sebagai contoh,
nilai tanggungjawab, bersopan-santun dan sebagainya. Nilai-nilai ini perlu diterapkan dalam diri
mereka dengan diaplikasikan dalam rutin sehari-sehari mereka. Perkara ini sekaligus akan
menjadikan pelajar menjadi pelajar yang cemerlang. Tun Dr. Mahathir pernah berkata bahawa
kita perlulah mengamalkan gaya hidup seperti orang Jepun. Hal ini kerana teknologi dan kemajuan
mereka setara dengan amalan nilai murni yang mereka amalkan serta budaya dan adat resam
yang diamalkan. Mereka percaya bahawa dengan mengenali asal usul bangsa serta keindahan
bahasa dan budaya mereka, mereka dapat melahirkan rakyat yang tinggi semangat cinta akan
negaranya. Oleh itu, semangat ini yang akan menjadikan semua rakyat di negara mereka sanggup
berkorban jiwa dan raga demi negara yang tercinta dengan menjaga adab serta kesantunan.

Langkah 3

Langkah terakhir ialah peranan pihak kerajaan juga merupakan elemen yang penting bagi mengatasi
masalah ketidaksantunan berbahasa. Kita sudah mengetahui bahawa di negara Malaysia mempunyai pelbagai
etnik bangsa serta agama. Sebagai contoh, bangsa Melayu, Cina, India dan sebagainya. Pihak kerajaan boleh
menganjurkan kempen-kempen yang mampu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan
mengamalkan kesantunan dalam berbahasa. Sebagai contoh, Kempen Berbudi Bahasa, Kempen Marilah
Berbudi Bahasa dan sebagainya. Hal ini akan menyebabkan individu yang menyertai kempen tersebut akan
mempraktikkan amalan budi bahasa dalam kehidupan seharian mereka. Pihak kerajaan perlulah menganjurkan
kempen-kempen ini secara berterusan. Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah melancarkan Kempen
Rukun Negara yang merupakan anjuran Kementerian Penerangan Malaysia pada 27 Januari 2006. Kempen
ini tidak akan dianjurkan jika kesantunan berbahasa yang telah ditunjukkan oleh semua lapisan masyarakat
sudah berada dalam keadaan yang baik. Oleh itu,diharapkan kempen yang bersungguh-sungguh ini dapat
menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam jiwa setiap rakyat Malaysia
serta meletakkan budi pekerti sebagai satu asas dan tunjang dalam kehidupan seharian kita.

Kesimpulan.

Kesimpulannya, terdapat banyak bukti yang telah
diperoleh bahawa kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak
mengamalkan amalan kesantunan dalam berbahasa ini.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa kesantunan berbahasa
ini merupakan elemen penting bagi membentuk negara yang
damai dan harmoni. Jika kita gagal menjadi seseorang
yang beradab, sudah semestinya perselisihan faham dan
pergaduhan akan berlaku. Oleh itu, jelaslah bahawa
kesantunan berbahasa merupakan perkara yang penting.

Rujukan.

Mat Hassan, Ahmad Fuad. (2014). Ketidaksantunan berbahasa
dalam kalangan remaja. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Zaitul Azma Zainon Hamzah & Ahmad Fuad Mat Hassan.
(2012).Penggunaan Strategi Ketidaksantunan Dalam
Kalangan Remaja di Sekolah. Jurnal Linguistik.(2-14).

Ainal Akmar AHmad, Maizatul Azura Yahya, Nasihah Hashim &
Noor Aida Mahmor. (2016). Kesantunan Bahasa
Semasa Berkomunikasi Di Laman Sosial. Proceeding of
the International Conference on Government & Public Affair.

terSimekaiakna,sih


Click to View FlipBook Version