Kotobian Tadau Sinakagon Yasin 29 Mei 2024 PERKARA TEKS UCAPAN CATATAN UCAPAN PEMBUKAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera Pembuka kata lidah bicara Izinkan saya mulakan acara Semoga majlis disambut ceria Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua. Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. UCAPAN PEMBUKAAN Hadirin dan hadirat yang dihormati, Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan Kasih dan setiaNya dapat kita bersama-sama dalam Majlis Kotobian Tadau Sinakagon Yasin 2024. Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Dijemput tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian mengambil tempat duduk masing-masing. UCAPAN PROTOKOL Yang berusaha Pn. Nora Angumin selaku Pengerusi Hari Keluarga Yasin sesi 2024 Turut berusaha semua AJK Khas Program Hari Keluarga Yasin.
Yang kami kasihi semua barisan ibu saudara, bapa saudara, anak, cucu dan cicit serta semua ahli keluarga mendiang Yasin sekalian. BERTAFAKUR Sebelum segalanya bermula, mari kita sama-sama bertafakur seketika bagi menghormati datuk dan nenek yang telah mendahului kita bertemu Pencipta-Nya. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Kategis untuk memimpin bacaan doa. UCAPAN ALUALUAN OLEH PENGERUSI PROGRAM Hadirin yang dihormati, Majlis yang julung kalinya diadakan ini adalah bertujuan untuk merapatkan dan mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Ibarat kata pepatah Osodu Id Mato, Osomok Id Ginawo Untuk tidak melengahkan masa marilah kita sama-sama mendengar ucapan alu-aluan daripada Yang Berusaha Pn. Norah Angumin selaku Pengerusi Program Hari Keluarga Yasin sesi 2024. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. SELESAI UCAPAN Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn. Norah Angumin di atas ucapan alu-aluan sebentar tadi. PERASMIAN MAJLIS HARI KELUARGA Untuk meneruskan majlis kita pada hari yang indah ini, dijemput Yang Berusaha Pn. Norah Angumin untuk mengetuai paluan gong sebagai tanda Perasmian Majlis Hari Keluarga Yasin 2024 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. SELESAI PERASMIAN Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas perasmian yang disempurnakan sebentar tadi.
PERSEMBAHAN PALUAN GONG Seterusnya, marilah kita menyaksikan persembahan paluan gong daripada 8 adik beradik waris kepada mendiang Yasin. 8 adik beradik ini terdiri daripada Puan SELESAI BACAAN CERITA Begitulah tadi, persembahan paluan gong yang dipersembahkan oleh 8 adik beradik. Jelas terbukti, walaupun semakin dimamah usia, tetapi adat dan warisan ini masih kekal dipertahankan dan dijiwai di kalangan mereka. DOA MAKAN Aturcara majlis kita teruskan dengan jamuan. Dengan itu, saya mempersilakan En. Jainudin Ires untuk memimpin bacaan doa. Terima kasih di atas bacaan doa sebentar tadi. Para hadirin dan semua ahli keluarga dipersilakan menikmati juadah dan hidangan yang telah disediakan. MAJLIS POTONG KEK & SESI BERGAMBAR Hadirin yang dikasihi, Ucapan sudah, perasmian sudah makan pun sudah, Kini tibalah masanya untuk majlis menjemput semua ibu dan bapa saudara yang diraikan Bersama-sama dengan Pengerusi Program Hari Keluarga Sinakagon Yasin untuk tampil ke hadapan bagi acara memotong kek. ………………………………………………………………………. Begitulah berakhirnya acara memotong kek sebentar tadi. Terima kasih diucapkan. Seterusnya diminta semua bapa saudara dan ibu saudara kami untuk terus kekal berada di hadapan pentas untuk sama-sama mendahului merakamkan gambar kenangan. Dan seterusnya diikuti dengan semua anak cucu cicit Yasin.
FASHION SHOW KANAKKANAK Untuk memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini sekarang dipersembahkan acara Fashion Show Kanak-Kanak dengan tema “PAKAIAN TRADISIONAL DUSUN” yang membawa tujuan semua wajah dan ciri-ciri yang terdapat dalam diri anakanak ini untuk terus mengekalkan adat tradisi kaum kita. Dengan ini Majlis mempersilakan adik... 1. ……………………dengan tema pakaiannya.................... SELESAI FASHION SHOW Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada adik-adik kita di atas persembahan yang sangat menarik itu tadi. EXCHANGE GIFT Hadirin sekalian… Sekarang tibalah kita ke acara yang agak “Istimewa” , sesuai dengan tema hari mesra keluarga dan kini kita berada di dalam “Suasana mengeratkan hubungan kekeluargaan”. Semua ibu dan bapa saudara diminta bersedia untuk acara bertukar-tukar hadiah. Baiklah… acara penyampaian yang pertama dimulakan oleh ………… Dengan itu dijemput untuk memulakan acara pertukaran hadiah kita. Dipersilakan. CABUTAN BERTUAH Para Hadirin yang dikasihi sekalian, Kita hampir ke acara kemuncak iaitu acara cabutan bertuah.
Oleh itu majlis menjemput, puan untuk tampil ke hadapan bagi memulakan acara cabutan bertuah “PENUTUP” Demikian tadi selesainya acara cabutan bertuah, tahniah kepada yang bertuah, bagi yang kurang bernasib baik boleh mencuba lagi di tahun hadapan. Semoga perjumpaan kali ini akan lebih mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan antara kita semua. Dengan penuh takzim, saya mewakili pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama sehingga majlis ini berjalan dengan lancar. Kain yang carik cuma dihujung, Dibuat alas mengelap kendi, Budi yang baik tetap dijunjung, Tahun hadapan berjumpa lagi. Para hadirin bolehlah beramah mesra dengan semua saudara mara yang hadir. Sekian saya sudahi dengan ucapan terima kasih.