PJPK Tingkatan 4
PENDIDIKAN KESIHATAN
5.0 PERHUBUNGAN
TAJUK
Isu Perhubungan Dalam Dunia
Siber:
Seks Siber
STANDARD PEMBELAJARAN
(Objektif Pembelajaran)
5.1.1 Menyatakan maksud seks siber.
5.1.2 Menyatakan salah laku berkaitan seks siber.
DISEDIAKAN OLEH:
MARIOUS BONGKULOH
GURU MATA PELAJARAN PJPK T4
SUMMIT2020
1 PENGENALAN
Komunikasi merupakan medium bagi manusia
untuk berhubung. Pada abad ke-21, komunikasi
siber telah berkembang pesat seiring dengan
kecanggihan alat telekomunikasi yang dicipta.
Komunikasi siber ini telah dikaitkan dengan tingkah laku
seks siber bagi golongan remaja.
Dunia tanpa sempadan merupakan pendorong
berlakunya seks siber. Komputer, telefon bimbit dan
Internet dijadikan sebagai sumber untuk mendapatkan
bahan lucah atau pornografi.
Pemahaman tentang seks siber membantu murid
membuat keputusan dengan tepat untuk mengelakkan
diri daripada seks siber.
2 MAKSUD SEKS SIBER
Seks siber adalah satu perbuatan yang
melakukan hubungan komunikasi dua hala
melalui perantara media Internet, dengan
menghantar mesej yang lucah, sama ada
dalam bentuk ayat dan huruf atau foto yang
memberikan makna lucah.
3 SALAH LAKU BERKAITAN SEKS SIBER
1. Saling meisnygahraatnltuacraghambar dan
Kini, sudah tidak wujud lagi batasan kepada
mana-mana golongan individu sehinggakan
sanggup berkongsi gambar peribadi
menyebabkan maruah diri tercalar apabila
gambar lucah ditularkan.
4 SALAH LAKU BERKAITAN SEKS SIBER
2d.aBriepraladkauscuuarmani gat(apueliastkeuriteorrdanirgi )
Kesannya boleh membawa
kepada keruntuhan rumah
tangga seperti pergaduhan
dan perceraian.
5 SALAH LAKU BERKAITAN SEKS SIBER
3. Mensceacrai rkaefpaunatsaasni seks
Golongan remaja yang gemar seks akan
melayari laman sesawang lucah untuk
mencari pasangan, gambar atau klip video
bagi menghidupkan dunia khayalan lucah
mereka.
Sekiranya hal ini berterusan, mereka
akan cenderung kepada
perhubungan seksual sebelum nikah
atau menjadi mangsa pemerkosaan.
6 SALAH LAKU BERKAITAN SEKS SIBER
4. Suka mmeesneyjesnedciariradaranmmbeanngghantar
Terdapat juga pelaku seks siber yang
menghantar mesej secara rambang tanpa
mengira siapa sasarannya menyebabkan
mangsa mengalami gangguan emosi.
7 SALAH LAKU BERKAITAN SEKS SIBER
teks luca5mh. Mekneepjanadgdhiasaainnstdaarirvaindu yang
Perbuatan ini dilakukan bertujuan untuk
mengganggu sasaran.
8 SOALAN PENGUKUHAN
Sila nyatakan maksud seks siber
Catat jawapan anda di buku nota atau hantar
semula grafik ini setelah di jawab.
9 SOALAN PENGUKUHAN
Pilih dan tandakan salah laku berkaitan
seks siber.
Menghantar teks lucah
Menghantar gambar dan isyarat lucah
Menghantar maklumat tentang salah laku seks
Menghantar gambar atau video perlakuan seks
Melaporkan kepada pihak berwajib perlakuan
seks siber
Memuat turun bahan-bahan lucah.
Catat jawapan anda di buku nota atau hantar
semula grafik ini setelah di tanda.
10 PENUTUP
Jangan lupa perkara berikut
1 • BUAT SOALAN PENGUKUHAN
2 • HANTAR MELALUI WHATAPPS
3 • MENGISI SOAL SELIDIK DI ALAMAT
https://forms.gle/StZENsMWYJJyCbVc9
SEKIAN DAN TERIMA KASIH