PJPK Tingkatan 4
PENDIDIKAN KESIHATAN
6.0 PENYAKIT
TAJUK
Penyakit Genetik:
Talasemia
MASA : 1 Jam
STANDARD PEMBELAJARAN
(Objektif Pembelajaran)
6.1.1 Mengetahui maksud Talasemia.
6.1.2 Mengenal pasti tanda Talasemia.
DISEDIAKAN OLEH:
MARIOUS BONGKULOH
GURU MATA PELAJARAN PJPK T4
SUMMIT2020
1 PENGENALAN
• Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan,
di mana anak mendapat gen talasemia daripada
ibubapa.
• Ianya bukan penyakit berjangkit , iaitu tidak boleh
ditransmisi melalui darah, udara dan air , atau
melalui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit
talasemia.
• Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang
sama untuk mendapat penyakit ini.
• Satu daripada dua puluh penduduk Malaysia adalah
pembawa gen talasemia.
• Di Malaysia, terdapat 600,000 hingga 1 juta
pembawa talasemia, dan lebih kurang 2500 pesakit
talasemia major.
• Kebanyakan pesakit adalah daripada keturunan
Melayu, Cina dan kaum Bumiputra Sabah.
2 APA ITU TALASEMIA
• Talasemia adalah penyakit genetik sel darah
merah.
• Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel
darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang
mencukupi.
• Ini adalah kerana gen yang mengawal
penghasilan hemoglobin telah terjejas.
• Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel
darah merah yang berfungsi untuk membawa
oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.
3 2 JENIS TALASEMIA
4 TANDA-TANDA TALASEMIA
5 UJIAN SARINGAN TALASEMIA
15 SOALAN PENGUKUHAN
KUIZ TALASEMIA
Catat jawapan anda di buku nota atau hantar
semula grafik ini setelah di jawab.
16 PENUTUP
Jangan lupa perkara berikut
1 • BUAT SOALAN PENGUKUHAN
2 • HANTAR MELALUI WHATAPPS
3 • MENGISI SOAL SELIDIK DI ALAMAT
https://forms.gle/vRYoVeVqtFXNVshp8
SEKIAN DAN TERIMA KASIH
NOTA RUJUKAN :
http://www.myhealth.gov.my/talasemia/
https://www.youtube.com/watch?v=k533VjfiXJk
https://www.babycenter.com.my/a25021204/tal
asemia-di-malaysia