Buku skrap
digital:
PERPADUAN
NAMA: NUR NAMIRAH BINTI AHMAD IBRAHIM
NO MATRIK: BG22160498
PENGURUSAN ORGANISASI PELAJAR
SEKSYEN 102
NAMA AKTIVITI:
PERPADUAN & PATRIOTISME
Matlamat Aktiviti:
Mengenali dan mengerti bahawa perpaduan antara kaum dan mempunyai semangat patriotism
pada diri adalah sangat penting bagi mewujudkan keharmonian dan rasa cinta tehadap negara.
Hasil Pembelajaran:
Pelajar dapat memahami dan memupuk sifat bersatu padu antara masyarakat daripada berbilang
bangsa dan agama.
Pelajar dapat mempunyai semangat patriotik dalam diri dan rasa cinta terhadap negara.
DEFINISI Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan
PERPADUAN erat atau bersifat toleransi yang
diwujudkan secara sengaja dalam
kalangan kaum dan etnik yang berbeza
untuk mencapai matlamat bersama secara
ikhlas. Maksud perpaduan juga boleh
dikatakan bahawa semua kaum di dalam
sesebuah negara saling berkerjasama atau
erti kata yang lain berganding bahu untuk
membentuk negara yang makmur dan
damai.Sesebuah negara yang maju tidak
akan wujud tanpa perpaduan dari semua
kaum.
PENGENALAN Masyarakat majmuk sinonim dengan Malaysia sebagai
sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum dan juga
identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia.
Daripada keseluruhan bangsa tersebut terdapat tiga
bangsa yang paling utama iaitu Melayu, Cina dan India.
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa,
kaum dan etnik dari Perlis hinggalah ke Sabah.
Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula
kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam.
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai
komposisi masyarakat yang majmuk dan melibatkan
berpuluh-puluh etnik dan bangsa meliputi Malaysia timur
dan Malaysia barat. Namun terdapat empat agama yang
bersifat majoriti di Malaysia iaitu agama Islam, Hindu,
Buddha dan Kristian. Di Sarawak etnik yang paling ramai
ialah etnik Iban yang mewakili 30 peratus dari
keseluruhan etnik di Sarawak. Di Sabah pula etnik yang
paling ramai ialah etnik Kadazan-Dusun yang terdiri 27
suku. Dengan kepelbagaian kaum dan bangsa,
masyarakat di Malaysia hidup dengan harmoni dan
aman.
KAUM YANG TERDAPAT DI MALAYSIA
KAUM MELAYU KAUM CINA
KAUM INDIA
ETNIK LAIN DI SABAH & SARAWAK
PERPADUAN ASAS
KEHARMONIAN
Patriotisme bermaksud semangat taat DEFINISI
setia dan cinta kepada negara PATRIOTISME
atau
Semangat perjuangan dan pengorbanan
yang berasaskan nilai-nilai cinta,kasih
saying,kesetiaan, kebangaan, keikhlasan,
kesanggupan, kesungguhan, komitmen
seseorang kepada agama, bangsa dan
negaranya.
LIRIK LAGU
NEGARAKU
JALUR
➢ Menggambarkan Bendera yang mempunyai 14 jalur merah dan
putih
➢ Lambang jalur pada Bendera menggambarkan satu haluan yang
lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh
rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju
kegemilangan bangsa dan negara
GEMILANG
➢ Bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang
➢ Ianya memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan
kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi
apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara.
➢ Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej
negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang
terang lagi jelas.
MAKSUD WARNA PADA JALUR GEMILANG
➢Biru: Latar belakang bulan sabut dan bintang yang berwarna biru pula melambangkan perpaduan rakyat
Malaysia.
➢Kuning: Warna kuning pada bintang dan bulan sabit ialah warna diraja raja-raja Melayu.
➢Merah: Melambangkan keberanian rakyat Malaysia mengharungi pelbagai cabaran demi negara tercinta
➢Putih: Melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum
Maksud lambang pada jalur gemilang
➢Bulan & Bintang : Menggambarkan Agama Islam sebagai
agama persekutuan negara
➢Bintang Pecah 14 : Menunjukkan perpaduan 13 buah negeri
dan 1 wilayah persekutuan
➢14 Jalur: 14 jalur berwarna merah dan putih yang sama lebar
menggambarkan 13 buah negeri anggota dan sebuah Wilayah
Persekutuan yang memiliki keanggotaan yang sama dalam
negara Malaysia
LAMBANG
JATA
NEGARA
MALAYSIA
RUKUN NEGARA
➢ KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
➢ KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
➢ KELUHURAN DAN PERLEMBAGAAN
➢ KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
➢ KESOPANAN DAN KESUSILAAN
RUMUSAN
Kita perlulah mengenali dan memahami bahawa keamanan dan
keharmonian Malaysia diwujudkan dengan pebagai peranan
yang dimainkan oleh setia lapisan rakyat yang terdapat di
Malaysia. Kita perlulah menjalin hubungan baik dengan semua
masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Setiap
lapisan masyarakat di Malaysia haruslah berganding bahu bagai
aur dengan tebing untuk merealisasikan masa depan negara
kita agar negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan negara-negara yang lain.