The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aryatiramlan, 2021-12-21 01:37:26

Nota Multimeter

Nota Multimeter

ALAT
PENGUKURAN

2.0 PERANTI ANALOG

MULTIMETER

❑ Meter pelbagai atau multimeter adalah satu alat yang amat berguna
dalam kerja-kerja elektrik dan elektronik seperti mengukur bacaan
voltan arus terus (AT), voltan arus ulangalik (AU), mengukur nilai
rintangan dan juga mengukur arus di dalam sesuatu litar.

❑ Ia juga digunakan untuk tujuan pengukuran dan pengujian sesuatu alat
atau komponen.

❑ Ia dapat menentukan samada komponen itu berada dalam keadaan
baik atau tidak sebelum digunakan dan dapat mengesan kerosakkan
apabila digunakan untuk mengesan kerosakan di dalam litar.

❑ Meter ini merupakan alat pengukuran elektrik yang sangat sensitif. Oleh
itu meter perlu dijaga supaya sentiasa dalam keadaan baik.

Jenis-jenis Multimeter

1. Jenis analog
Jenis ini adalah banyak sekali digunakan tetapi bacaan yang
diperolehi kurang tepat kerana ianya adalah bergantung kepada
kemahiran seseorang itu mengendalikannya. Kemahiran dalam
menentukan bacaan dan cara memegang amat penting kerana
semua ini akan mempengaruhi bacaan yang diperolehi.

1. Jenis Digital
Jenis ini adalah amat sesuai digunakan untuk memperolehi
bacaan yang tepat kerana ianya dalam bentuk digital atau
berdigit yng dipamerkan pada skrin. Bacaan yang diperolehi
adalah setepat bacaan sebenar. Memandangkan harganya yang
lebih mahal, maka penggunaan multimeter jenis ini amat jarang
digunakan.

Spesifikasi Am Meter Pelbagai Analog

Spesifikasi am meter pelbagai analog

1. Skala - Mengandungi skala bagi bacaan rintangan, voltan arus terus, voltan arus ulang alik
2. Jarum Penunjuk - Menunjukkan bacaan pada skala
3. Pelaras Sifar Ohm - Melaraskan jarum penunjuk supaya berada tepat pada kedudukan 0

sebelum sesuatu pengukuran dilakukan semasa menguji rintangan
4. Probe negatif (hitam) dan probe positif (merah) - Berfungsi menyentuh alatan elektrik dan

komponen elektronik.
5. Pemilih Julat - Memilih julat bacaan yang dikehendaki
6. Pelaras Jarum Penunjuk – Melaraskan dan memastikan kedudukan jarum berada betul-betul

pada kedudukan 0 iaitu pada bahagian sebelah kiri skala bacaan.
7. Julat - Menunjukkan kadar sukatan yang akan diukur iaitu ACV, DCV, DCA dan ohm.

◦ DCV/ DCA - Untuk mengukur nilai Voltan Arus Terus / Arus Ulang Alik
◦ ACV- Untuk mengukur nilai arus ulang alik
◦ Ohm - Untuk mengukur nilai rintangan dan penyambungan litar.

Langkah-langkah Keselamatan Penggunaan Multimeter

01 Setiap multimeter mengandungi wayar merah dan wayar hitam
sebagai probe untuk mengukur sesuatu unit. Pastikan probe merah
disambungkan kepada tempat yang bertanda positif (+ve) dan probe
hitam ke tempat yang bertanda negative(-ve) kecuali untuk
pengukuran diod dan transistor.

02 Tentukan terlebih dahulu unit yang hendak diukur dan letakkan julat
di tempat yang betul dan sesuai.

03 Apabila meletakkan julat ke tempat yang hendak diukur, pastikan
probe yang tidak bersalut tidak terkena dengan tangan.

04 Laraskan pada skala kosong (0) sebelum menggunakannya untuk
mendapatkan bacaan yang tepat.

05 Apabila tidak menggunakan multimeter, tanggalkan kedua-dua
probe tersebut dan pastikan meter tidak terhempas untuk
mengelakkan ralat dalam pengukuran dan meter rosak

Kaedah Pengukuran Nilai Rintangan, Arus dan Voltan

1. Pengukuran Rintangan (Ω)

2. Pengukuran Voltan Arus Terus (AT) / Direct
Current Voltage (DCV)

3. Pengukuran Arus Terus (AT)/ Direct Current (DC)

4. Pengukuran Voltan Arus Ulang Alik (AU)/
Alternating Current Voltage (ACV)

1. Pengukuran Rintangan (Ω) Skala Rintangan (ohm)

Garisan atas sekali digunakan untuk menyukat nilai rintangan dalam
ohm. Untuk mendapatkan bacaan yang tepat dan pelarasan pada julat
pemilih yang sesuai adalah penting. Skala ini ditandakan dengan julat 0
hingga infiniti (∞). Bacaan yang diambil adalah dari kanan ke kiri skala
bacaan. Terdapat empat julat pengukuran ohm iaitu: X1, X10, X100,
X1K

Catatan :
Sekiranya nilai yang ditunjukkan sukar dibaca, boleh tukar julat yang
seterusnya.Pastikan anda membuat pelarasan penunjuk dengan
menggunakan zero ohm adjustment setiap kali menukar julat.

Julat Rintangan (ohm)

Kaedah Mengukur Nilai Perintang

01 02 03

Setkan julat pemilih pada kedudukan julat Setiap kali pengukuran hendak Letakkan probe secara selari dengan
yang paling tinggi dan tentukan nilainya. dilakukan, pelarasan sifar perlu perintang. Ukur perintang dan baca
Jika bacaan yang ditunjukkan besar, setkan dilakukan iaitu untuk memastikan skala (mata mesti pada kedudukan 90°
juga julat pemilih pada julat yang sesuai kedudukan jarum penunjuk berada dengan jarum penunjuk). Ambil nilai
iaitu pada nilai yang lebih besar. Pilih julat betul-betul pada kedudukan kosong ukuran dan darabkan skala dengan julat
(range) Ω yang sesuai (Rx1, Rx10,Rx100, atau sifar. Pintaskan probe. Laraskan yang dipilih
Rx1k, Rx10k). 0Ω.

Cara Membaca Nilai Rintangan

Contoh :

Bacaan yang ditunjukkan oleh jarum penunjuk pada
skala ohm adalah 17 ohm. Sekiranya julat yang
dipilih adalah seperti dalam jadual, nilai sebenarnya
adalah dibaca seperti berikut:

Julat Ohm Formula Nilai Sebenar
X1K X 1000 17000 = 17 Kohm
X 100 X 100 1700 = 1.7 Kohm
x10
x1 X 10 170 = 170 ohm
X1 17 = 17 ohm

2. Pengukuran Voltan Arus Terus (AT) / Direct
Current Voltage (DCV)

Garisan skala yang kedua digunakan untuk menyukat voltan DC iaitu yang Skala voltan (AT/DC)
ditandakan dengan DCV. Julat ini ditandakan dengan beberapa angka iaitu
0.1, 0.25, 2.5, 10, 50, 250 dan 1000. Setkan julat pemilih pada kedudukan
DCV iaitu pada julat yang paling tinggi untuk mengelakkan bacaan yang
diperolehi melebihi skala yang telah ditetapkan. Sekiranya bacaan yang
diperolehi kecil dan tidak dapat dibaca dengan tepat, laraskan julat pemilih
kepada julat yang kecil sedikit. Bacaan yang diambil adalah dari kiri kanan
pada skala bacaan.

Julat voltan (AT/DC)

Kaedah Mengukur Nilai Voltan Arus Terus (AT) /(DCV)

01 02 03

Pastikan jarum penunjuk berada Pilih julat (range) Voltan DCV yang Letakkan probe mengikut kekutuban negative
pada nilai 0. Sekiranya tidak, sesuai. Pastikan julat lebih besar dan positif bateri yang diukur. Ukur voltan dan
laraskan jarum penunjuk pada daripada nilai yang diukur. baca skala (mata mesti pada kedudukan 90°
bahagian pelaras jarum. dengan jarum penunjuk). Ambil nilai ukuran.
Hasil bacaan perlu didarab atau dibahagi
dengan menggunakan formula.

Cara Membaca Nilai Voltan AT/ DCV

Contoh :

Berdasarkan gambarajah yang ditunjukkan, berikut
adalah cara membaca nilai skala voltan mengikut julat
DCV yang dipilih:

Julat Cara Membaca Nilai sebenar
(DCV) 115V
250 Bacaan diambil terus pada 23V
skala 0 - 250V 2.6V
50 Bacaan diambil terus pada
skala 0 - 50V
10 Bacaan diambil terus pada
skala 0 - 10V

3. Pengukuran Arus Terus (AT)/ Direct Current (DC)

Garisan skala yang kedua digunakan untuk menyukat arus terus (DcmA). Skala voltan (AT/DC)
Bacaan yang diambil adalah sama dengan skala voltan arus terus (DCV) dan Skala voltan (AT/DC)
menggunakan skala 10, 50 dan 250. Semasa membuat pengukuran arus litar
perlu dipisahkan dari punca bekalan bagi membolehkan bacaan diperoleh
adalah tepat. Setkan julat pemilih pada kedudukan DcmA iaitu 50μA, 2.5,
25,0.25. Pilih pada nilai yang paling tinggi. Putuskan litar dari punca bekalan
dan ambil bacaan yang telah ditunjukkan pada skala penunjuk. Jika nilai
yang diperolehi kecil, laraskan julat pemilih pada julat yang sesuai untuk
mendapatkan bacaan yang tepat. Bacaan yang diambil adalah dari kiri ke
kanan skala bacaan.

Cara Membaca Nilai Arus AT/ DCA)

Contoh :

Berdasarkan gambarajah yang ditunjukkan, berikut
adalah cara membaca nilai skala arus mengikut julat DCA
yang dipilih:

Julat Cara Membaca Nilai
(DCA) Sebenar
1.1 mA (bacaan diambil terus dalam
2.5 skala 0 – 250 dan bahagi 100 ) 1.1.mA

25 11mA (bacaan diambil terus dalam 11mA
skala 0 – 250 dan bahagi dengan 10 )

4. Pengukuran Voltan Arus Ulang Alik (AU)/
Alternating Current Voltage (ACV)

Garisan skala yang ketiga digunakan untuk menyukat voltan AC yang Skala Voltan (AU/AC)
ditandakan dengan ACV. Seperti juga skala DCV. Skala ini juga
ditandakan dengan angka yang serupa untuk membuat pengukuran dan
ia juga mempunyai beberapa julat iaitu 10, 50, 250 dan 750. Setkan julat
pemilih pada keadaan kedudukan ACV dan setkan julat ke nilai yang
paling tinggi. Ini adalah untuk memastikan multimeter tidak rosak akibat
voltan lampau. Jika bacaan yang diperolehi kecil dan tidak dapat dibaca,
laraskan julat pemilih pada julat yang sesuai. Bacaan yang diambil
adalah dari kiri ke kanan skala bacaan.

Julat Voltan (AU/AC)

Kaedah Mengukur Nilai Voltan Arus (AU) / (ACV)

01 02 03

Pastikan jarum penunjuk berada Pilih julat (range) ACV yang sesuai. Letakkan probe pada soket yang diuji.
pada nilai 0. Sekiranya tidak, Pastikan julat lebih besar daripada Ukur nilai voltan arus AU dan baca skala
laraskan jarum penunjuk pada nilai yang diukur. (mata mesti pada kedudukan 90°
bahagian pelaras jarum. dengan jarum penunjuk). Ambil nilai
ukuran. Hasil bacaan perlu didarab atau
dibahagi dengan menggunakan formula.

Cara Membaca Nilai Voltan Arus AU/ACV

Contoh :

Berdasarkan gambarajah yang ditunjukkan, berikut
adalah cara membaca nilai skala voltan mengikut julat
ACV yang dipilih:

Julat Cara Membaca Nilai
ACV sebenar
250 Bacaan diambil terus pada
skala 250V 130V
50 Bacaan diambil terus pada
skala 50V 26V
10 Bacaan diambil pada skala
bewarna merah bagi ACV (0- 5.4V
10v)

Tugasan

AKTIVITI PEMBELAJARAN


Click to View FlipBook Version