KAMPUNG WARISAN
PENGENALAN Sastera kanak-kanak merujuk kepada hasil kreatif yang di dalamnya mengandungi bahasa yang indah sama ada secara lisan ataupun tulisan. Menurut Shamsudin et al., (2024), menyatakan bahawa karya kreatif sastera ini terdiri daripada pelbagai genre seperti cerpen, cerita, puisi, drama, novel dan hikayat. Genre yang dipilih untuk penulisan ini ialah cerpen. Menurut Liliy (2011), menyatakan bahawa cerpen berfungsi sebagai medium pendidikan, penerapan nilai moral serta memberikan hiburan kepada kanakkanak bersesuaian dengan tahap pemikiran mereka.
PENGENALAN Cerpen juga turut memberikan kelebihan kepada kanak-kanak melalui pembacaan mereka. Antaranya ialah, cerpen membantu dalam menarik minat membaca kanak-kanak yang seterusnya dapat meningkatkan penguasaan kosa kata mereka. Pembacaan cerpen juga dapat mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis melalui plot yang dibina. Akhir sekali, menurut Khaitiri et al., (2021), menyatakan bahawa cerpen merupakan salah satu alat yang berkesan dalam membantu murid untuk memahami sesuatu konsep berdasarkan gambar-gambar yang terdapat dalam cerpen tersebut.
SINOPSIS Kampung Warisan terkenal dengan perpaduan erat dalam kalangan penduduknya. Aiman seorang kanak-kanak yang rajin dan suka membantu telah menyambut kedatangan keluarga baharu yang berpindah ke kampung itu. Namun begitu, kegembiraan Aiman mendapat kawan baharu tidak bertahan lama apabila timbulnya satu konflik. Tanpa disedari, masalah yang sebenarnya berlaku daripada salah faham akhirnya membawa kepada persahabatan yang akrab. Kampung Warisan mengekalkan simbol keharmonian mereka.
Kampung Warisan terkenal dengan suasana kampungnya yang aman dan ceria. Keunikan ini terletak pada masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sikap saling menghormati dan bekerjasama dalam kalangan penduduk telah menarik perhatian orang luar terhadap perpaduan yang erat di kampung tersebut.
Di kampung ini, tinggal seorang kanak-kanak bernama Aiman. Dia dikenali sebagai seorang yang rajin dan bersemangat dalam aktiviti kemasyarakatan walaupun baru berusia 12 tahun. Minatnya dalam membantu penduduk kampung telah dipupuk sejak kecil kerana keluarganya sudah lama bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.
Setiap kali menjelangnya Ramadan, Aiman dan rakan-rakannya akan membantu jemaah surau untuk mengagihkan bubur lambuk kepada semua penduduk kampung tanpa mengira bangsa dan agama. Mereka juga turut membantu mengagihkan keperluan asas kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Sikap rajin ini menyebabkan mereka disenangi oleh semua penduduk kampung.
Pada suatu hari, sebuah keluarga India berpindah ke Kampung Warisan. Keluarga itu terdiri daripada seorang ayah bernama Ramusami, ibu bernama Shaina dan anak lelaki mereka, Jarjit. Mendengar berita kedatangan keluarga baharu itu, Aiman dan rakanrakannya serta penduduk kampung segera menawarkan pertolongan. “Ali, Chong, mari kita bantu mereka mengangkat barang,” kata Aiman kepada rakan-rakannya.
Melihat keikhlasan penduduk kampung, Ramusami berasa amat terharu. “Terima kasih semua. Kami sangat bertuah mendapat jiran yang baik,” kata Ramusami dengan mata yang berkaca. “Jangan risau Encik Ramusami, di sini kita semua seperti keluarga, “ balas Pak Cik Seman dengan senyuman. Dengan kerjasama semua, rumah keluarga Ramusami akhirnya sedia untuk didiami.
Sejak daripada itu, Aiman mendapat seorang sahabat baru bernama Jarjit. “Jarjit, jom kita bermain bola di padang bersama Ali dan Chong, “ ajak Aiman. Dengan wajah yang gembira, Jarjit menyetujui pelawaan Aiman.
Namun, selang beberapa hari, satu kejadian yang tidak disangka telah berlaku. Sebuah basikal baharu milik Aiman telah hilang. Aiman berasa sedih dan kecewa. Tanpa bukti yang kukuh, ada yang mula menuduh Jarjit kerana dia merupakan penduduk baru di kampung itu. “Saya rasa, Jarjit yang ambil, “ bisik salah seorang kanak-kanak yang berada di situ.
Jarjit yang mendengarnya berasa sangat sedih. “Saya tidak mencuri basikal itu, “katanya kepada Aiman. Menyedari perkara itu, Ali dan Chong terus membantah. “Kita tidak boleh menuduh tanpa bukti, “kata Ali dan Chong. Mereka mula mencari sekali lagi dengan lebih teliti dan akhirnya menemui basikal itu. Rupa-rupanya basikal itu terjatuh ke dalam semak. Rakan-rakan yang menuduh Jarjit mula meminta maaf kerana menuduhnya.
Sejak daripada itu, persahabatan Aiman dan rakanrakannya bersama Jarjit semakin erat. Mereka sering menghabiskan masa bersama, sama ada bermain bola, membantu penduduk kampung mahupun ketika ingin ke sekolah.
Kampung Warisan terus menjadi acuan kepada kampung yang lain kerana sikap perpaduan yang erat. Nilai-nilai murni yang dipupuk sejak kecil dalam kalangan penduduk menjadikan kampung ini sebuah tempat yang tenang dan damai. Masyarakat di kampung ini hidup dengan penuh kasih sayang.
TAMAT
SAJAK Lembah damai Kampung Warisan, Hidup harmoni penuh kesepaduan, Pelbagai bangsa berpegang tangan, Kasih terpahat erat di sanubari insan. Walaupun kecil hati berseri, Ringan tangan ikhlas memberi, Membantu masyarakat tanpa berkira, Menjadi harapan sinar cahaya. Tiba tetamu keluarga baru, Disambut mesra tanpa ragu, Ramusami sekeluarga tersenyum manja, Dipeluk erat semangat saudara. Walaupun dugaan hadir menduga, Kampung Warisan terus bersinar Menjadi contoh warisan gemilang, Agar perpaduan kekal terjamin.
JUSTIFIKASI Menurut Khatijah & Norazimah (2024), menyatakan bahawa cerpen dan sajak ini sesuai untuk kanak-kanak kerana adanya penggunaan bahasa yang jelas dan mudah dibaca. Hal ini membantu kanak-kanak untuk memahami langkah penceritaan sesuai dengan tahap mereka. Seterusnya, berdasarkan cerpen yang dibina, adanya susunan plot yang teratur di mana plot yang terdapat dalam cerita itu bersesuaian dengan kehidupan kanak-kanak. Menurut Farra (2018), menyatakan bahawa plot yang dibina perlulah selari bermula dari permulaan hingga ke akhir cerita serta memastikan plot tersebut relevan dan mudah difahami.
JUSTIFIKASI Selain itu, cerpen dan sajak ini turut memberikan nilai dan pengajaran kepada kanak-kanak. Penerapan nilai murni inilah membantu kanak-kanak dalam menerapkan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan yang sebenar. Menurut Farra et al., (2023), menyatakan bahawa karya sastera seperti cerpen dapat membantu dalam membangunkan peribadi yang mulia dari aspek jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial. Akhir sekali ialah gaya bahasa yang digunakan dalam sajak bersesuaian dengan pemikiran kanak-kanak. Penggunaan gaya bahasa yang tidak kompleks membantu kanak-kanak untuk memahami maksud sebenar berdasarkan sajak yang dibaca. Menurut Muhammad et al., (2024), menyatakan bahawa gaya bahasa dapat menunjukkan nilai estetika dan keindahan dalam atur kata bahasa Melayu.
NILAI DAN PENGAJARAN Berdasarkan cerpen dan sajak yang dihasilkan sudah semestinya terdapat nilai-nilai yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca khususnya kanak-kanak. Antara nilai utama yang boleh diketengahkan ialah nilai perpaduan. Perpaduan ini dapat dilihat melalui amalan bantu membantu dalam kalangan penduduk di Kampung Warisan. Kehidupan mereka yang harmoni dan ceria menunjukkan pemuafakatan yang erat antara kaum. Menurut Husairi et al., (2020), menyatakan bahawa nilai perpaduan amat sesuai untuk diterapkan dalam cerpen bagi memupuk sifat toleransi, bekerjasama dan percaya antara satu sama lain.
NILAI DAN PENGAJARAN Nilai yang seterusnya ialah dapat dilihat melalui sikap prihatin. Perkara ini dapat dibuktikan melalui nilai murni yang ditonjolkan oleh Aiman dan rakan-rakannya serta penduduk kampung dalam mengagihkan makanan dan keperluan asas kepada penduduk yang memerlukan. Nilai ini juga dapat dibuktikan melalui keprihatinan penduduk kampung dalam membersihkan rumah keluarga Ramusami supaya mereka dapat duduk dengan selesa.
Akhir sekali ialah nilai kasih sayang. Kasih sayang ini dapat dilihat melalui keakraban Aiman dan rakan-rakannya bersama Jarjit walaupun terdapat sedikit konflik yang berlaku. Setelah insiden salah faham itu, persahabatan mereka semakin erat dan saling menyokong antara satu sama lain. Menurut Safinah et al., (2024), menyatakan bahawa nilai kasih sayang dapat mewujudkan hubungan yang harmoni dan akrab. Bagi aspek pengajaran pula, kita mestilah jangan mudah menuduh orang lain tanpa bukti yang kukuh. Hal ini kerana, penuduhan tanpa bukti yang kukuh ini boleh menjejaskan persahabatan seseorang. Oleh itu, kita haruslah menanam pemikiran positif dalam diri agar kehidupan sentiasa tenang. NILAI DAN PENGAJARAN
Kesimpulannya, cerpen dan sajak yang terkandung dalam sastera kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam memastikan pemikiran dan peribadi kanakkanak terbentuk dengan sempurna. Menurut Fauzi et al., (2019), menyatakan bahawa cerpen membantu dalam menerapkan nilai moral dalam diri kanakkanak yang mendorong kepada pendidikan yang berkesan. Melalui penghasilan cerpen dan sajak yang berkualiti sudah semestinya dapat meningkatkan perkembangan pemikiran kanak-kanak ke arah yang lebih luas serta dapat membina generasi yang menggunakan pemikiran secara kompleks merangkumi imaginasi dan kreativiti mereka melalui pembacaan. Oleh itu, penghasilan sastera kanak-kanak haruslah diteruskan agar generasi yang baharu dapat menikmati keindahan melalui penghasilan karya sastera ini. PENUTUP
Farra Humairah Mohd. (2018). PEMIKIRAN DALAM CERPEN KANAK-KANAK PILIHAN DARI TAHUN 2012 HINGGA 2015 [Master Tesis, Universiti Putra Malaysia]. Universiti Putra Malaysia. Farra Humairah Mohd, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, Fazilah Husin, Anida Sarudin, & Nur Farahkhanna Mohd Rusli. (2023). Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 39(1), 514–533. https://doi.org/10.17576/jkmjc-2023-3901- 29 Fauzi Hasan, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali & Madiawati Mamat. (2019). Pemikiran Faisal Tehrani Berdasarkan Novel-Novel Pilihan. JMS, 2(1), 193-233. RUJUKAN
Husairi Hussin, Nor Hasimah Ismail & Mohd Isha Awang. (2020). Keupayaan Novel Komsas Menerapkan Nilai Perpaduan Bersikap Terbuka dalam Kalangan Murid. Malay Literature, 33(2), 295‒317. Kaithiri Arumugam, Rohaya Md Ali & Phat Awang Deng. (2021). Pageturners dalam Buku Cerita Bergambar Kanak-kanak: RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 9(1), 69–82. Khatijah Rahim & Norazimah Zakaria. (2024). PRINSIP KEHADIRAN DALAM CERPENCERPEN BERALIRAN REALISME MANA SIKANA. International Journal of Modern Education, 6(23), 155-167. https://doi.org/10.35631/IJMOE.623012 RUJUKAN
Liliy Salwani Razali. (2011). CERITA RAKYAT SEBAGAI MEDIUM PENDIDIKAN KEPADA KANAK-KANAK [Master Tesis, Universiti Putra Malaysia]. Universiti Putra Malaysia. Muhammad Ameer Shauqi, Marzni Mohamed Mokhtar, Muhammad Aiman Syazwan Ahmadi, Muhammad Ikhwan Danial Abdullah & Muhammad Ikhmal Mohd Isa. (2024). PENERAPAN GAYA BAHASA PERULANGAN DALAM TEKS NOVEL TINGKATAN 4 LEFTENAN ADNAN KARYA ABDUL LATIP TALIB: APPLICATION OF REPETITIVE LANGUAGE STYLE IN THE TEXT OF THE FORM 4 NOVEL OF LIEUTENANT ADNAN BY ABDUL LATIP TALIB. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 35(2), 46–66. RUJUKAN
Safinah Ismail, Rosmawati Mohamad Rasit, Zulkefli Aini & Abur Hamdi Usman. (2024, November 18). Nilai teladan ibu bapa berdasarkan kasih sayang dalam pembentukan akhlak anak (International Conference on Education, Business, Islamic and Technology 2024). ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication /387139882_Nilai_teladan_ibu_bapa_berd asarkan_kasih_sayang_dalam_pembentuk an_akhlak_anak Shamsudin Abu Bakar, Arfah Ahamad, Fadzilah Abdul Rahim, Azman Rahmat & Hasnah Awang. (2024). KESUSASTERAAN KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU. SSM Sri Saujana Marketing. RUJUKAN