PENGHAYATAN ETIKA DAN PERPADUAN
E-FOLIO SUKAN DAN PERPADUAN
SESI 2 2021/2022
PENSYARAH:ENCIK MARZUKI BIN SEPIAAIL
NAMA NO.MATRIK
15DPR21F2026
YASHVINIY A/P SANTHER 15DPR21F2030
15DPR21F2006
NANDINI A/P GUNASEKARAN
15DPR21F2032
NUR NAJWA AQILAH BINTI
AHMAD REDZUAN
NUR SARAH ALLIYA BINTI MOHD
SABBRI
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA
1. PENGENALAN
2. MAKSUD SUKAN DAN PERPADUAN
3. PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN
4. CONTOH – CONTOH SUKAN
5. TOKOH-TOKOH ATLET NEGARA DAN PENCAPAIAN YANG DICAPAI
6. FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN
7. USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK SEMANGAT
PERPADUAN DALAM KALANGAN PELAJAR
8. PERANAN SUKAN DALAM MEYATUPADUKAN PERPADUAN KAUM
9. KESIMPULAN
10. RUJUKAN
1.PENGENALAN
Sukan ialah suatu aktiviti riadah yang paling sesuai dilakukan oleh pelbagai
lapisan masyarakat di negara kita ini. Di negara Malaysia ini terdapat pelbagai
jenis sukan dari pelbagai jenis kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India.
Antara permainan kaum melayu ialah Congkak yang merupakan sejenis
permainan tradisi yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau dalam
pertandingan.Seterusnya,antara permainan kaum cina pula ialah Yo-Yo Cina
atau dikenali sebagai Diabolo. Permainan ini mempunyai dua cakera yang sama
saiz dihubungkan oleh gandar yang panjang dan akan berpusing pada tali yang
diikat pada dua batang kayu yang kecil.Selain itu, permainan Xiang Oi iatu
permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain.Permainan yang
terakhir dari kaum cina ini adalah Go.Go adalah sebuah permainan berpapan
berstrategi untuk dua orang pemain. Akhir sekali,antara permainan yang sering
dimainkan oleh kaum india ialah Karom di mana permainan karom ini
menjadikan aktiviti harian bila-bila masa sahaja bagi mengisi masa lapang yang
terluang.Seterusnya permainan Kho-kho’ iaitu permainan tradisional yang
popular dalam kalangan kaum India.Permainan terakhir ialah Kabaddi yang
berasal dari India dan satu satunya permainan sangat terkenal di Asia. Impak
positif penglibatan sukan kepada individu ialah mereka dapat mengisi masa
lapang mereka dengan perkara yang berfaedah serta mereka akan berasa puas
dapat melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Masa lapang sebenarnya amat
berharga bagi diri seseorang atau masyarakat. Hal ini demikian kerana ‘masa
itu emas’ walaupun hanya ada beberapa mini, masa itu sangat berharga. Masa
lapang ini sangat bermanfaat jika digunakan bagi mengurangkan stres serta
melegakan ketegangan. Bagi golongan remaja pula, mereka dapat mengelakkan
diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral,gejala
vandalisma dan membuang masa dengan sia-sia seperti melepak dan merokok.
Ada sesetengah kajian membuktikan bahawa perpaduan masyarakat kita boleh
dipupuk menerusi acara sukan atau permainan yang diadakan tersebut. Situasi
ini mendidik masyarakat tentang sesuatu kebaikan dalam bentuk positif atau
negative secara bersama-sama sehingga tercetusnya perpaduan antara kaum
tersebut iaitu kaum melayu, cina dan india. Hal ini demikian juga kegiatan
sukan atau permainan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan
untuk meraih kemenangan. Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui
penglibatan dalam kegiatan sukan atau permainan kerana bulat air kerana
pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat. Oleh itu, hubungan yang erat
dapat melahirkan masyarakat yang harmoni. Justeru, kegiatan sukan atau
permainan dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu serta
mengeratkan hubungan antara mereka
2.MAKSUD SUKAN DAN PERPADUAN
Maksud sukan:
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan,
keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan
inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di
hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau
laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.
Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan
manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton. Selain itu, kita akan kekurangan
masa bersama keluarga dan rakan-rakan di sekeliling kita.
Maksud perpaduan:
Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah
masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka.[1] Ia perhubungan sosial yang mengaitkan
manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakat.
Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia
mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi.
Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang
menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.
3.PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN
• Sukan sebagai alat perpaduan dan antarabangsa Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum.
• Aktiviti sukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim
antara satu sama lain
• Aktiviti sukan dapat menyediakan peluang untuk
bekerjasama dan saling memahami antara kaum.
• Mewujudkan hubungan diplomatik antara sesebuah negara
dengan negara lain
4.CONTOH-CONTOH SUKAN
Sukan merupakan salah satu aktiviti yang menggunakan pergerakan
fizikal dan mental. apabila sebut tentang sukan, terdapat banyak jenis sukan
yang terlintas dalam fikiran. terdapat beberapa contoh sukan yang popular
dimalaysia contohnya:
1.Bola Sepak
2.Badminton
3.Sepak Takraw
4.Hoki
5.Olahraga
selain sukan yang biasa didengari, tidak lupa juga pada sukan paralimpik
yang melibatkan atlet-atlet yang mengalami pelbagai kekurangan upaya fizikal
mahupun mental. antara contoh sukan paralimpik ialah:
1.Olahraga
2.Lumba Basikal
3.Renang
4.Tenis Kerusi Roda
5.Memanah
5.TOKOH-TOKOH ATLET NEGARA DAN PENCAPAIAN YANG
DICAPAI
1. DATO AZIZULHASNI AWANG
Nama: Muhammad Azizuhasni Bin Awang
Tarikh Lahir: 5 Januari 1988
Tempat Lahir: Dungun, Terengganu
Status: Berkahwin
Banga: Melayu
Pendidikan: Barchelor Of Sports Science Univercity , Australi
Kerjaya: Pensyarah di UPSI dan pelumba basikal trek profesional
LATAR BELAKANG
Azizulhasni Awang atau dikenali the pocket rocketman merupakan seorang pelumba basikal
trek profesional Malaysia. Azizul memulakan kerjayanya selepas menonton perlumbaan
abangnya. Arwah bapanya telah menghadiahkan sebuah basikal terpakai sebagai ganjaran
selepas beliau mendapat keputusan terbaik dalam Penialaian Menengah Rendah (PMR) iaitu
7A 1B. beliau menerima tiga tawaran dari MRSM, Sekolah Sains dan Sekolah Sukan
PENCAPAIAN DATO AZIZULHASNI AWANG
i.Pernah menjadi ranking nombor 1 dunia dalam acara pelumba basikal trek
ii.Mendapat pingat emas dalam acara pecut berpasukan, Perak dalam acara 1KM Ujian
Masa dan Perak dalam acara pecut di Sukan SEA 2007.
2.DATO NICOL DAVID
Nama penuh: Nicol Ann David
Tarikh Lahir : 26 Ogos 1983
Tempat Lahir: Pulau Pinang, Malaysia :
Bangsa : kacukan India dan Cina
Pendidikan: Sekolah Rendah Convent Green Lane
Sekolah Menengah Kebangsaan Green Lane
Kerjaya: Pemain Skuasy Profesional Malaysia
LATAR BELAKANG
Dato Nicol Ann David merupakan seorang atlet squasy nombor
satu dunia. Beliau merupakan anak kepada salah seorang bekas
pemain bola sepak dan olahragawan manakala ibunya pula seorang
pesara guru. Beliau mula menceburi minat dalam bidang sukan
squasy pada usia 5 tahun dan mula berlatih bermain squasy pada
usia 8 tahun. Beliau ingin mengikut jejak bapanya yang aktif dalam
bidang sukan dan akhirnya usaha beliau telah membuahkan hasil dan
kini telah menjadi seorang atlet squasy yang berjaya.
PENCAPAIAN DATO NICOL DAVID
1.Ranking nombor 1 dunia selama 112 bulan berturut-turut
2.Menjuarai kejohanan skuasy asia sebanyak 9 kali
3.DATO MUHAMMAD RIDZUAN MOHAMAD PUZI
Nama : Muhammad Ridzuan Bin Mohamad Puzi
Tarikh Lahir: 27 September 1987
Tempat Lahir: Perlis
Pendidikan: tiada
Kerjaya: Atlet pelari pecut dan lompat jauh negara
LATAR BELAKANG
Muhammad ridzuan atau nama samarannya Dek Wan merupakan seorang
pelari pecut dan lompat jauh negara. Beliau menghidap cerebral Palsy dan
disahkan oleh doktor pada usia setahun. Beliau menceburi bidang ini ketika
beliau menjadi wakil satu acara perlawanan antara sekolah dan menyerlahkan
bakat beliau dalam sukan sejak tahun 2004. kemunculan pertama beliau
sebagai atlet paralimpik dalam sukan Para ASEAN yang diadakan di Indonesia.
PENCAPAIAN MUHAMMAD RIDZUAN PUZI
i. Pernah menjadi ranking nombor 1 dunia dalam 100 meter T36
ii.Meraih pingat emas dalam acara 100 meter Olimpik Rio
iii.Menjadi johan mahkota wilayah
iv.Meraih pingat emas dalam acara 100 meter, 400 meter dan acara lompat
jauh di 2018 ASEAN Para Games Indonesia
v.Mendapat emas dalam 2019 World Para Olympian Athletics Championships
Dubai
vi.Mendapat emas dalam ASEAN Para Games Kuala Lumpur pada tahun 2017
4.Muhammad Ziyad Bin Zolkefli
Nama: Muhammad Ziyad Bin Zolkefli
Tarikh Lahir: 15 Mac 1990
Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Status: Berkahwin
Bangsa: Melayu
Pendidikan: SMK Teknik Tanah Merah, Kelantan
Kerjaya: Atlet paralimpik lontar peluru negara
LATAR BELAKANG
Muhammad Ziyad merupakan seorang atlet paralimpik negara dalam sukan
lontar peluru. Beliau mengalami kecacatan intelektual yang dikenal pasti ketika
beliau prasekolah. Sebelum menjadi seorang atlet negara, beliau pernah
menjual makanan iaitu kueh tiaw di Jalan Tunku Abdul Rahman. Terkenal
apabila beliau memenangi pingat gangsa dalam acara lontar peluru lelaki F20
Sukan Para di London. Dengan catatan 15.23 beliau menjadi Johan Paralimpik
musim panas Tokyo.
PENCAPAIAN MUHAMMAD ZIYAD ZOLKEFLI
i.Pernah memecah rekod dunia sebanyak 2 kali dalam acara lontar peluru
ii.Mendapat emas dalam kejohanan Para Atlet Dunia 2017
iii.Meraih pingat emas dalam Sukan Para Asia 2014
iv.Mempebaharui rekod dunia miliknya sendiri 19.29 meter oada kejohanan
Olahraga Para Dunia
v.Mendapat emas dalam Paralimpik Musim Panas Rio 2016
6.FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN
Di peringkat individu, sukan telah menyumbang kepada pembentukan sahsiah
yang positif dalam diri , memberikan kesedaran diri dan juga mampu berdaya
saing, selain itu ia juga dapat meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan
fizikal seseorang individu menerusi penggunaan masa yang terluang secara
berfaedah, selain itu dengan memberikan pengukuhan interaksi sosial dan juga
penguasaan kemahiran pergerakan asas yang kompleks.
Di peringkat masyarakat pula , sukan telah menyumbangkan kepada
peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum seperti contohnya
kaum melayu, india dan cina dan perkara ini telah memberikan peningkatan
tahap kesihatan komuniti dan produktiviti kehidupan masyarakat, peningkatan
semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan juga sokongan.
bagi di peringkat antarabangsa pula, sukan telah menyumbangkan kepada
pemupukan jalinan dan kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan
daya saing dan peningkatan kecemerlangan dan imej negara.
Dalam konteks pembangunan ekonomi, sukan adalah satu sektor ekonomi
yang dapat menjana pendapatan dan peluang pekerjaan, bukan sahaja kepada
atlet tetapi juga kumpulan sokongan, pengeluar peralatan sukan, media dan
lain-lain pihak yang berkaitan.
7.USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK
SEMANGAT PERPADUAN
1. Penubuhan Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menempatkan muruid yang mempunyai
potensi dalam bidang sukan.
2. Dasar 1 MURID 1 SUKAN telah diwujudkan mulai tahun 2011
3. Setiap tahun , Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dianjurkan
untuk mengembangkan bakat murid dalam bidang sukan.
4. Pengenalan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP)sejak tahun 1986.
8.PERANAN SUKAN DALAM MENYATUPADUKAN
PERPADUAN KAUM
Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan,
kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara
pemain, penyokong, pengurusan dan massa. Zaman bola sepak
negara tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham
Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun, James
Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid
Ali. Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi
perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak luar
negara, namun sering kali kita melihat sukan akan menjadi alat
perpaduan dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai
pelbagai perbezaan termasuk fahaman politik masing-masing. Ketika
Perang Dunia Kedua, sukan menjadi alat untuk mengetepikan
perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa
yang boleh bersama walaupun mempunyai latar belakang
pemerintahan dan struktur tadbir urus berbeza.Di samping
mengutamakan dasar dan pembentukan agenda pembagunan
sukan,Malaysaia juga Berjaya dari penganjuran sukan di bawah
kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Raza Ini termasuklah Sukan
Malaysia (Sukma) yang diperkenalkan olehnya dan kini menjadi
temasya sukan terbesar dalam negara. Sukma XV baru-baru ini
diadakan di Pahang bertemakan 'Sukan Menjana Perpaduan'. Begitu
juga dengan kejayaan menganjur Sukan SEA 1989 yang melihat
Malaysia memenangi pingat emas terbesar (69 pingat emas) untuk
sukan itu; yang juga merupakan pencapaian terbaik yang pernah
diduduki oleh Malaysia di arena antarabangsa.
Seterusnya, dalam sukan badminton, Malaysia melayakkan diri
dalam perlawanan akhir Piala Thomas 1988 dan 1990; sejarah yang
masih terpahat dalam pencapaian secara keseluruhan aktiviti sukan
negara. Perpaduan dalam negara yang rencam menjadi indikator
penting agar sukan tidak menjadi alat politik tetapi menjadi alat
'penghubung' keseluruhan warganya. Sukan sebagai alat perpaduan
harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai ruangan
termasuk sekolah dan kawasan penempatan. Pencapaian di kesemua
peringkat yakni kampung, daerah, negeri dan nasional serta
antarabangsa mesti diperluaskan supaya Malaysia akan menjadi gah
sebagaimana Jepun dan Korea Selatan yang satu ketika dahulu di
belakang Malaysia. Mutu pencapaian di peringkat antarabangsa
banyak bergantung kepada organisasi dan bukan semata-mata atlet
yang terlibat.
Maka, perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat; tetapi
juga segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan
agar perpaduan tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng
pembinaan jati diri menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan antara
mekanisme penting dalam melentur semangat 'kekitaan'. Dalam
membangunkan prestasi sukan, ia sekali gus juga dapat memaparkan
usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud
dari masyarakat pelbagai etnik. Sukan mampu memecah tradisi
dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan
'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu,
menghargai dan mencipta 'semangat satu negara, satu
matlamat'.Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan
generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi
keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam
memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian
dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di
negara ini. Sukan adalah 'penjana' dalam mempertahankan
keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan
masyarakat negara ini di bawah prinsip 1Malaysia
Matlamat utama penggubalan Dasar Sukan Negara adalah untuk
mewujudkan budaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia. Budaya
sukan ini merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan dan kegiatan
fizikal melalui Sukan Untuk Semua2, Sukan Prestasi Tinggi dan sukan
sebagai industri. Dasar Sukan Negara menggariskan matlamat,
objektif, strategi, peranan dan tanggungjawab setiap agensi kerajaan,
bukan kerajaan, persatuan-persatuan sukan, rekreasi dan kecergasan,
majlis-majlis sukan, institusi-institusi pengajian serta badan dan
individu yang terlibat dengan sukan. Dasar Sukan Negara merupakan
dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya sukan dan
pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat
secara menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat
antarabangsa.
9.KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, sukan merupakan aspek
yang penting untuk memupuk perpaduan antara kaum. Selain
itu, dapat diketahui tokoh sukan dalam semua aspek kaum.
Kajian ini dilakukan untuk mengetahui perpaduan sukan di
Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Sukan amat bagus untuk
kesihatan kerana ia dapat mencergaskan otak dan juga
mencergaskan anggota badan kita selain menyatupadukan
pelbagai etnik di Malaysia. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal
yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan,
keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan
sebagainya.
Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan
mahupun kepercayaan. Di peringkat individu, sukan
menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran
diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan
kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara
berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada
peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum,
peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan
sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej
negara dan jalinan kerjasama antarabangsa.
RUJUKAN
1. Buku penghayatan etika dan peradaban
2.Melayari internet contoh sukan dan perpaduan