Ayat Perintah Disediakan oleh: Cikgu Shah
Ayat Perintah Ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan mengunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau, dan sebagainya.
Jenis Ayat Perintah Ayat Suruhan Ayat Larangan Ayat Silaan Ayat Permintaan
Ayat Suruhan Ayat suruhan ialah ayat yang digunakan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. dalam ayat suruhan, subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau, dan selainnya yang biasa digugurkan. Walau bagaimanapun, kerana tujuan penegasan, subjek juga boleh dikekalkan. 1.Keluar dari bilik ini! 2.Pergi dari sini! 3.Jagalah buku ini! 4.Engkau tunggulah dia di sini! 5.Menangislah sepuas-puas hatimu! 6.Menjeritlah sekuat-kuatnya! Konsep Contoh
Ayat Larangan Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, atau usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. 1.Jangan ambil harta orang. 2.Kamu jangan beritahu dia. 3.Jangan kaupedulikan dia. 4.Jangalah kamu ambil harta orang. 5.Awak usahlah datang lagi. Usahlah kauambil tahu akan hal aku lagi. 6. Konsep Contoh
Ayat Silaan Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya, kata silaan digunakan pada permulaan ayat seperti. 1.Sila datang ke rumah saya. 2.Sila serahkan borang ke pejabat. Silalah buat laporan tentang peristiwa itu di sini. 3. 4.Jemput masuk. Jemput datang ke majlis sukan hari ini. 5. Jemputlah minum teh yang terhidang itu. 6. Konsep Contoh
Ayat Permintaan Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan, seperti minta dan tolong., dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. 1.Minta tuan benarkan kami masuk. Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan. 2. 3.Minta kamu semua bertenang. 4.Tolong tutup pintu itu. 5.Tolong selesaikan pergaduhan itu. Tolong hantarkan jawapan sebelum hari Ahad. 6. Konsep Contoh
Terima Kasih