The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

kekal atau tinggalkan ? Adakah pantang larang ini masih diterima oleh generasi sekarang ?

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nureen Qamarina, 2023-03-30 21:18:11

PANTANG LARANG

kekal atau tinggalkan ? Adakah pantang larang ini masih diterima oleh generasi sekarang ?

Keywords: Pantang Larang,Generasi,Kebudayaan,Etika,Peradaban

1


BULETIN PERADABAN Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, 2023 HAK CIPTA TERPELIHARA Mana-mana bahagian dalam buku ini tidak boleh dicetak semula, disalin, dipindahkan dengan apa jua cara sekalipun, sama ada dengan komputer, fotokopi, filem atau sebagainya tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada panel penulis. Diterbitkan oleh: MPU21032 Jabatan Pengajian Am, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis i


Sidang Redaksi Puan Azirah binti Seman Penasihat Nurul Faridatul Husna binti Norimisham Konsep dan Layout Buletin Nurul Iffah Bariah binti Ahmad Mahmud Editor 11 Nureen Qamarina binti Mohd Faisal Editor 1 ii


Kata-kata aluan Pengenalan Melayu Bugis Pantang larang Melayu Bugis Pengenalan Masyarakat Siam Pantang larang Masyarakat Siam Pengenalan Orang Asli Pantang larang Orang Asli Galeri Album Kesimpulan Akhir kata Rujukan ISI KANDUNGAN iii 1 2-4 5-7 8-11 12-14 15-18 19-20 21 22 23 24


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera Segala puji bagi Allah yang telah memelihara sekalian alam, Tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Tuhan yang maha berkuasa di semesta alam. Bersyukur kami dengan limpah dan kurniaanya dapat juga kami menyiapkan tugas berkumpulan yang telah diamanahkan kepada kami oleh Puan Azirah binti Seman 1 KATA ALUAN


MELAYU BUGIS MELAYU BUGIS 2


Orang Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia.Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatera, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Melayu Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ia bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Malah,Raja Ali, anak Daeng Chelak, Raja Lumu, dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama. Orang Bugis datang ke Semenanjung Tanah Melayu setelah Makassar di Sulawesi diserang dan ditawan oleh pihak Belanda. Kebanyakan penduduk Pulau Ambon di Sulawesi berjaya dikristiankan oleh penjajah Belanda. -Asal usul Melayu Bugis3


Komuniti Bugis di Sulawesi menjalankan kegiatan pertanian secara aktif. Di antara tanaman utama mereka adalah padi, jagung, pelbagai jenis ubi, kekacang dan sayursayuran. Selain daripada itu mereka juga menanam tembakau, cengkeh, kelapa dan buahbuahan untuk tujuan perdagangan -Cara hidup Melayu BugisPopulasi seramai tiga juta, mendiami hampir kesemua kawasan di Sulawesi Selatan. -Populasi4


PANTANG LARANG MELAYU BUGIS Menurut salah seorang penduduk kaum Melayu Bugis yang menetap di Johor yang telah saya temubual iaitu Encik Mohd Faisal Bachok, 48 tahun. Menurut beliau, pantang larang yang masih wujud dan masih diamalkan hingga kini adalah seperti larangan duduk di atas bantal. Pantang larang ini diwujudkan adalah kerana bantal digunakan sebagai alat alas kepala untuk tidur dan bukannya untuk dijadikan alas untuk duduk. Generasi sekarang masih boleh menerima pantang larang dahulu kala sekiranya tidak menganggu kehidupan harian. Pantang larang ini dapat dikekalkan dan diamalkan untuk generasi akan datang kerana boleh mewujudkan persekitaran hidup yang lebih baik LARANGAN DUDUK DI ATAS BANTAL 5


Menurut salah seorang penduduk kaum Melayu Bugis yang menetap di Johor yang telah saya temubual iaitu Puan Salmah binti Kardi, 44 tahun. Menurut beliau, pantang larang yang masih wujud dan masih diamalkan hingga kini adalah seperti anak dara tak elok duduk di tangga, nanti jodoh lambat sampai. Pantang larang ini diwujudkan adalah kerana akan menghalang laluan orang lain untuk lalulalang di tangga. Generasi sekarang masih boleh menerima pantang larang dahulu kala sekiranya atas tujuan mendidik anak-anak zaman sekarang. Pantang larang ini dapat dikekalkan dan diamalkan untuk generasi akan datang kerana masyarakat melayu terdahulu mempunyai mesej tersirat yang cukup halus yang boleh diterapkan dalam masyarakat kini selagi ia tidak bertentangan dengan hukum agama. LARANGAN ANAK DARA DUDUK DI TANGGA 6


Menurut salah seorang penduduk kaum Melayu Bugis yang menetap di Johor yang telah saya temubual iaitu Cik Nurin Najihatul Aisyah binti Md Hassan, 23 tahun. Menurut beliau, pantang larang yang masih wujud dan masih diamalkan hingga kini adalah seperti jangan makan berpindah tempat. Pantang larang ini diwujudkan adalah kerana untuk mengelakkan makan secara bersepah di banyak tempat. Generasi sekarang merasakan pantang larang ini masih boleh diguna pakai tetapi bukan digunakan secara menyeluruh. Beliau merasakan pantang larang ini tidak akan dapat diamalkan. MAKAN PINDAH TEMPAT? NANTI KAHWIN RAMAI 7


MASYARAKAT SIAM MASYARAKAT SIAM 8


Masyarakat Siam bermula daripada beberapa kerajaan yang berkembang di wilayah yang sekarang iaitu Thailand pada abad ke-6 hingga ke13 Kerajaan Funan dan Kerajaan Sriwijaya merupakan kerajaan yang berpengaruh pada awal sejarah Thailand . Pada abad ke-13 , kerajaan Thai pertama , Sukhothai , didirikan oleh Sri Indraditya , yang berhasil membebaskan wilayahnya dari kekuasaan Kerajaan Khmer . Pada abad ke-14 , Kerajaan Ayutthaya brrkembang menjadi kerajaan besar yang menguasai wilayah Thailand serta beberapa wilayah di sekitarnya . Pada abad ke-18 , Ayutthaya dihancurkan oleh pasukan Burma , dan kemudiannya bangkit kembali di bawah kepimpinan Raja Taksin yang memegang Kerajaan Thonburi . setelah itu , pada abad ke -19 Kerajaan Chakri didirikan oleh Raja Rama I yang memindahkan ibu kota ke Bangkok . Kerajaan ini terus berkembang hingga kini walaupun mempunyai beberapa perubahan politik dan sosial dalam sejarah kepimpinannya . -Asal Usul Masyarakat Siam9


-CARA HIDUP MASYARAKAT SIAM- -CARA HIDUP MASYARAKAT SIAMMasyarakat Siam kebayakkannya menganut agama Buddha dan mazhab Theravada. dan masyarakat Siam mempunyai budaya yang kaya dan unik dalam kehidupan mereka . Berikut merupakan cara hidup masyarakat Siam yang menarik . Bahasa : Bahasa rasmi masyarakat Siam adalah bahasa Thai . Selain itu , masyarakat Siam juga fasih berbahasa Inggeris terutamanya di kotakota besar . Seni : Seni merupakan bahagian penting dalam kehidupan masyarakat Siam . Mereka terkenal dengan seni patung dan ukiran kayu , serta seni lukis . Masyarakat Siam juga suka menghias rumah mereka dengan bunga dan tanaman . Adat istiadat : Masyarakat Siam memiliki banyak adat istiadat yang masih dijaga hingga saat ini iaitu cara bersalaman yang unik , pakaian tradisional dan cara memperlihatkan rasa hormat terhadap orang tua. Hiburan : Masyarakat Siam mempunyai hiburan seperti musik , tarian dan drama tradisional yang masih dihargai . 10


-POPULASIPada tahun 2021 , populasi masyarakat Siam adalah sekitar 69.9 juta penduduk . -PENCAPAIAN MASYARAKAT SIAM- -PENCAPAIAN MASYARAKAT SIAMSalah seorang masyarakat berketurunan Siam yang bernama Tunku Abdul Rahman Sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan Perdana Menteri pertama Malaysia . Kawin Tamsatchanan merupakan pemain bola sepak kebangsaan Thailand yang memegang posisi penjaga gol dan merupakan salah seorang masyarakat berketurunan Siam . 11


Berdasarkan temu bual yang telah saya jalankan bersama salah seorang rakan saya yang bernama Marlyka , 19 tahun merupakan seorang yang beragama Buddha dan berkaum Siam . Menurut beliau, , masyarakat Siam tidak membenarkan memotong kuku pada waktu malam . Larangan memotong kuku merupakan perkara yang masIh diamalkan sehingga kini . Walaubagaimanapun , terdapat sesetengah masyarakat kaum tersebut kurang mempercayai dan sukar untuk menerima dengan larangan tersebut . Hal ini dikatakan demikian kerana , aktiviti memotong kuku pada waktu malam boleh mencederakan diri . Oleh hal demikian , masyarakat tersebut melarang aktiviti memotong kuku pada waktu malam agar tidak tercedera semasa memotong kuku . Menurut beliau , pantang larang ini tidak akan kekal dan diamalkan pada masa hadapan kerana masyarakat tersebut beranggapan larangan itu cuma alasan orang tua . PANTANG LARANG MASYARAKAT SIAM TAK BOLEH POTONG KUKU WAKTU MALAM? FAKTA ATAU AUTA? TAK BOLEH POTONG KUKU WAKTU MALAM? FAKTA ATAU AUTA? 12


Menurut salah seorang masyarakat berketurunan Siam yang berasal dari negeri Perak yang telah saya temubual iaitu Encik Sulaiman bin Yaakob , 57 tahun . Menurut temubual yang saya jalankan didapati bahawa larangan masyarakat Siam yang kedua ialah tidak boleh menyanyi ketika memasak . Hal ini dapat dilihat apabila , penerimaan masyarakat kaum tersebut pada masa kini terhadap pantang larang ini ialah mereka perlu mengikuti pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang dan perbuatan tersebut merupakan perbuatan yang sopan santun . Jika seseorang tidak mengikuti pantang larang tersebut dianggap tidak sopan . Hal ini dapat dikatakan bahawa pantang larang ini masih diwujudkan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian mereka . Mengikut pandangan beliau , budaya peninggalan generasi terdahulu tidak harus dibiarkan hilang ditelan zaman dan seharusnya terus diamalkan . Beliau ada mengatakan "Budaya yang baik dan sesuai dengan cara hidup haruslah dikekalkan bersama demi peninggalan terhadap golongan sedia ada dan golongan yang akan datang pada masa hadapan . LARANGAN MENYANYI KETIKA MEMASAK LARANGAN MENYANYI KETIKA MEMASAK 13


Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan secara temubual bersama masyarakat Siam yang bernama Maychada A/P Thitipon , 19 tahun yang menetap di Kampung Kubang Perun . Beliau ada menyatakan bahawa cara meminta hajat yang betul merupakan perkara yang diambil serius dan juga merupakan salah satu pantang larang masyarakat mereka . Untuk pengetahuan kita semua , penerimaan masyarakat mereka pada masa kini terhadap pantang larang tersebut adalah hanya diamalkan oleh segelintir dan segolongan pihak sahaja . Hal ini boleh diketengahkan kerana pantang larang ini merupakan perkara yang masih diwujudkan supaya dapat menunjukkan rasa hormat terhadap tuhan mereka . Berdasarkan pemerhatian beliau , didapati bahawa pantang larang tersebut perlu dikekalkan serta diamalkan hingga ke generasi akan datang agar dapat menerapkan sifat hormat dalam diri . Hal ini demikian kerana , ibu bapa memain peranan penting dengan memberi didikan sejak kecil dan menunjuk contoh teladan yang baik untuk diikuti oleh anak-anak . CARA MEMINTA HAJAT DENGAN BETUL CARA MEMINTA HAJAT DENGAN BETUL 14


ORANG ASLI ORANG ASLI 15


16 Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu mempunyai sejarah yang tersendiri. Mereka adalah peribumi yang merupakan penduduk terawal yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu. Kebanyakan mereka tinggal di bahagian pendalaman. Terdapat pelbagai suku kaum atau bangsa orang asli di Malaysia dan di antara yang terkenal ialah suku kaum Batak, Jakun, Senoi, Negrito dan Melayu proto. Walau pun mereka mempunyai pelbagai kaum, namun terdapat beberapa persamaan di antara mereka. -Asal Usul Kaum Asli-


17 -CARA HIDUP KAUM ASLIsehingga hari ini masyarakat masyarakat orang asli masih diketuai oleh Tok Batin. Masyarakat orang asli tak kira bangsa sangat terkenal dengan sikap bersatu-padu dan bekerjasama di antara mereka. Selain itu mereka juga masih berpegang kuat kepada bomoh dan kebanyakan orang asli ini juga berpegang kepada kepercayaan animisme.


18 - POPULASI - Terdapat kira-kira 140,000 Orang Asli di Malaysia, kebanyakannya bertumpu di Semenanjung Malaysia. Terdapat tiga kumpulan utama masyarakat asli iaitu Negrito, Senoi dan Proto-Melayu -PENCAPAIAN KAUM ASLINORASHIKIN MOHAMAD SAYED merupakan anak orang asli pertama yang mewakili negara dalam Sukan Layar. ZUMIKA DAN SASHA merupakan orang asli yang mewakili negara dalam Sukan SEA di KL 2017 dan menjadi orang asli pertama yang meraih pingat dalam temasya peringkat ASEAN ini dalam sukan kriket. Dua beradik ini merupakan suku Temiar dan berasal dari perkampungan Orang Asli Pos Gob, Gua Musang, Kelantan.


Menurut salah seorang masyarakat kaum orang asli yang menetap di Kampung Orang Asli Kampung Dusun, Pekan, Pahang bernama Yari Estadanial, pantang larang yang pernah wujud dan masih diamalkan sehingga kini adalah makan sebelum seluruh ahli keluarga atau ketua adat tidak berkumpul semasa hendak melaksanakan adat pengebumian seseorang. menurutnya, pantang larang itu diwujudkan bagi menghormati ahli keluarga arwah yang baru sahaja meninggal dunia. Menurutnya juga, masyarakatkaum asli di pekan, Pahang masih menerima dan mengekalkan pantang larang tersebut. Hal ini kerana pantang larang ini menunjukkan bahawa cara untuk kaum orang asli puak Jakun dan Semelai menunjukkan rasa simpati kepada keluarga arwah yang sedang berduka ke atas pemergian seseorang. PANTANG LARANG KAUM ASLI PANTANG LARANG KETIKA ADANYA KEMATIAN PANTANG LARANG KETIKA ADANYA KEMATIAN 19


20 Berdasarkan temubual yang telah saya lakukan dengan salah seorang masyarakat kaum asli, iaitu Encik Jamadi bin Jamil yang menetap di Temerloh, Pahang, beliau menyatakan bahawa antara pantang larang yang masih diamalkan sehingga kini dalam kaum orang asli adalah, mereka tidak dibenarkan menyanyi sewaktu malam. Menurutnya, pantang larang ini lebih menjurus kepada masyarakat untuk menghormati rezeki tetapi ia juga turut dikaitkan dengan mitos di mana akan berlakunya bencana seperti ribut sekiranya pantang larang itu tidak dipatuhi. Menurutnya juga, pantang larang itu masih diamalkan sehingga kini dan masih dipatuhi. Namun, terdapat segelintir masyarakat kaum orang asli yang hanya mengambil mudah tentang pantang larang tersebut. Berdasarkan pandangan beliau, pantang larang ini lama kelamaan akan hilang dan tidak lagi diamalkan kerana masyarakat terdedah kepada perubahan arus kemodenan yang semakin pesat di negara kita. DILARANG MENYANYI WAKTU MALAM?? DILARANG MENYANYI WAKTU MALAM??


21 GALERI ALBUM


Dalam kajian ini, kita telah memahami pantang larang yang diamalkan oleh Masyarakat Siam, Melayu Bugis dan Orang Asli. Melalui kajian ini, kita dapat mengenal pasti bahawa semua peringkat umur tanpa mengira jantina mereka masih mengamalkan pantang larang tersebut. Kepentingan mengamalkan pantang larang dalam kehidupan seharian adalah mendidik generasi muda supaya mereka boleh dapat menghargai nilai-nilai yang sempurna dalam kehidupannya. Pantang larang pun boleh mendisiplinkan masyarakat dalam apa yang boleh dan tidak boleh buat dalam kehidupan Akhirnya, pantang larang merupakan kebudayaan masyarakat yang sepatutnya diturunkan dari generasi ke generasi. Ibu bapa boleh meluangkan masa untuk menjelaskan macam mana mengamalkan pantang larang ini dari semasa ke semasa. Bak kata pepatah “biar mati anak, jangan mati adat. KESIMPULAN 22


DENGAN ADANVA E-MAJALAH ISU PANTANG LARANG PADA GENERASI KINI, IA MERUPAKAN SATU PLATFORM UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI ISU-ISU YANG BERKAITAN KEPADA PARA PEMBACA YANG DIKASIHI SEKALIAN. ISU PANTANG LARANG PADA GENERASI KINI MERUPAKAN SEBUAH E-MAJALAH YANG DIREKA OLEH PELAJAR SEMESTER 1 POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN. IA BERTUJUAN UNTUK MEMENUHI KEHENDAK TUGASAN MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN ADAB, DIPILIH SEBAGAI NAMA E-MAJALAH KERANA IA BERSESUAIAN UNTUK MEMUPUK PERPADUAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM. SETIAP ISI DI DALAM TOPIK INI DIPILIH KERANA IA MERUPAKAN PERKARA YANG MERISAUKAN MASYARAKAT PADA MASA KINI, IA JUGA DAPAT MEMBERI INFO KEPADA PARA PEMBACA. PARA PEMBACA JUGA DAPAT MENAMBAHKAN ILMU YANG DIKONGSIKAN OLEH KAMI. SEKIAN, TERIMA KASIH. AKHIR KATA 23


https://www.pinterest.com/pin/malaysianculture--654429389575417121/ https://www.pnonline.net/post/sejarahketurunan-bugis-dan-muzium-bugis-johor http://studentsrepo.um.edu.my/1914/5/Saidah_Is mail.Chapter_1.pdf https://www.pinterest.com/pin/11751649013540 003/ https://www.utusan.com.my https://sejarahnegerikedah.blogspot.com.my https://memori-kedah.com.my https://ejournal.um.edu.my https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Orang_Asli_di_Ma laysia#:~:text=Terdapat%20kira%2Dkira%2014 0%2C000%20Orang,%2C%20Senoi%20dan%2 0Proto%2DMelayu https://www.jakoa.gov.my/5-kejayaan-anakorang-asli-ini-boleh-dijadikan-inspirasi/ https://www.jakoa.gov.my/5-kejayaan-anakorang-asli-ini-boleh-dijadikan-inspirasi/ RUJUKAN 24


MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN E-MAJALAH PANTANG LARANG NAMA PENSYARAH : PUAN AZIRAH BINTI SEMAN NUREEN QAMARINA BINTI MOHD FAISAL 18DUP22F2029 DUP1B NURUL IFFAH BARIAH BINTI AHMAD MAHMUD 18DUP22F2011 DUP1B NURUL FARIDATUL HUSNA BINTI NORIMISHAM 18DUP22F2005 DUP1B


Click to View FlipBook Version