JABATAN PENGAJIAN AM
MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
SESI 1 2022/2023
TOPIK 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG
TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAYSIA
TOPIK 3 - PENGANJURAN DAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM BENTUK
TANGGUNGJAWAB SOSIAL DARI SEGI PENJAGAAN ALAM SEKITAR
NAMA NO MATRIKS
NUR SHAFIDA AIDA BINTI AG JALUDIN 07DHM21F2032
IZZATI AZ-ZAHRA BINTI SAI’IN 07DHM22F1004
GADRETTE GREGORY 07DHM22F1014
ANIS FARAHANI BINTI SABAR 07DHM22F1024
PENSYARAH
SIR RAJA AHMAD RAJA HUSIN
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
ISI KANDUNGAN 1
1.0 PENGHARGAAN 2
2.0 PENDAHULUAN 3
3.0 PENGENALAN 4
4.0 OBJEKTIF KAJIAN 5
5.0 KAEDAH KAJIAN 6-9
6.0 HASIL KAJIAN 10
7.0 RUMUSAN 11
8.0 RUJUKAN 12-13
9.0 LAMPIRAN
1.0 PENGHARGAAN
Pertama sekali, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
pensyarah subjek Penghayatan Etika Dan Peradaban bagi kelas DHM1A Politeknik Kota
Kinabalu, iaitu Sir Raja Ahmad Raja Husin kerana beliau telah memberi kebenaran
menjalankan Projek MPU Sesi 1 2022/2023 dan telah memberi tunjuk ajar kepada kami
sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini. Kami juga ingin berterima kasih kepada ibu
bapa kami yang telah memberikan peruntukkan perbelanjaan dan sokongan para
responden yang memberikan kerjasama sepanjang sesi temubual dilaksanakan. Akhir
sekali, kami juga bersyukur kerana mendapat kerjasama daripada rakan-rakan sekelas
kami yang terlibat dalam menyiapkan projek ini.
2.0 PENDAHULUAN
Tajuk projek yang telah kami pilih adalah kajian tentang penjagaan alam sekitar. Kami
telah melakukan kajian ini di kawasan Penampang. Antara sebab utama kami memilih
kawasan Penampang sebagai tempat kajian adalah kerana ia merupakan tempat yang
berdekatan dengan tempat tinggal kami. Hal ini akan memudahkan urusan kami untuk
membuat kajian. Selain itu, kami juga kenal dengan kawasan ini maka hal ini dapat
memudahkan kami untuk mendapat data-data yang diperlukan dalam menyiapkan kajian
ini. Tempoh yang diberi untuk melaksanakan projek ini ialah selama 1 bulan. Kami
sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua responden kerana telah memberi
bantuan dalam menyiapkan kajian ini.
3.0 PENGENALAN
Bertanggungjawab secara sosial bermakna mengakui bahawa pilihan atau pembuatan
keputusan dan tingkahlaku seseorang memberi kesan terhadap kawasan persekitarannya.
Keputusan yang diambil sebagai individu, pekerja, majikan, rakyat, profesional bahkan
ahli politik memberi impak kepada persekitaran di sekeliling mereka, sama ada
persekitaran sosial atau persekitaran fizikal. Tanggungjawab sosial adalah kerangka etika
dan ketamadunan yang mewajibkan semua pihak untuk bertindak bagi kepentingan
masyarakat secara keseluruhan.
Sehubungan itu, tanggungjawab sosial adalah kewajiban setiap individu untuk
memelihara keseimbangan dalam pekerjaan, ekonomi dan ekosistem. Tanggungjawab
sosial adalah sebahagian daripada etika kerana individu perlu bertanggungjawab untuk
memenuhi tugas kewarganegaraan mereka. Individu yang bertanggungjawab akan
sentiasa mengutamakan kepentingan masyarakat dan negaranya.
Secara global, manusia juga mempunyai tanggungjawab ke atas kesejahteraan sosial
bagi seluruh penduduk dunia. Keseimbangan antara peranan warga negara dan warga
global menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pemeliharaan kebajikan masyarakat
yang adil dan pemeliharaan alam sekitar yang mampan. Oleh itu, semua pihak perlulah
mematuhi persyaratan lingkungan dan mewajibkan masyarakat untuk menyatakan
undang-undang alam sekitar, serta memverifikasi aplikasi dan kepatuhannya.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan melalui aspek
dan perkara-perkara seperti berikut:
• Menjelaskan amalan kitar semula serta kepentingan untuk dipraktikkan dalam
kehidupan seharian.
• Mengkaji dan menghuraikan halangan dan permasalahan yang dihadapi untuk
melaksanakan amalan kitar semula dalam diri penduduk di kawasan kajian.
• Mencadangkan usaha yang perlu dilakukan bagi meningkatkan kesedaran dalam
kalangan penduduk untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
• Memberikan cadangan bagi mengatasi masalah pencemaran yang dihadapi di
kawasan kajian.
5.0 KAEDAH KAJIAN
Kami telah menjalankan kajian menggunakan kaedah-kaedah yang berikut:
5.1 Kaedah Pemerhatian
Kami telah membuat pemerhatian di sekitar kawasan Penampang untuk
mendapatkan beberapa maklumat seperti pola petempatan dan masalah yang
dihadapi di kawasan tersebut.
5.2 Kaedah Soal Selidik
Selain itu, kami telah menyediakan 15 borang soal selidik yang perlu diisi oleh
penduduk di kawasan kajian yang telah menjadi responden terhadap kajian yang
dilakukan.
5.3 Kaedah Rujukan
Kami juga telah membuat rujukan dari buku Penghayatan Etika Dan Peradaban
Siri Politeknik dan melayari Internet untuk mendapatkan info tambahan.
6.0 HASIL KAJIAN
6.1 Kepentingan dan amalan kitar semula
Antara kepentingan amalan alam sekitar ialah:
i) Menjana pendapatan dengan menghasilkan baja kompos dengan menggunakan
sisa makanan.
ii) Mewujudkan persekitaran yang sihat, bersih dan selesa untuk dihuni.
iii) Mengurangkan pencemaran apabila sisa diurus dengan sistematik.
iv) Mengurangkan kesan rumah hijau melalui proses kitar semula.
Antara amalan kitar semula yang perlu dijalankan di kawasan Penampang ialah:
i) Menggunakan beg mesra alam untuk menggantikan penggunaan beg plastik.
ii) Mengitar semula barangan lama menjadi barangan yang baru.
iii) Mengguna semula barangan daripada membuangnya.
iv) Mengamalkan amalan 5R iaitu REFUSE (menolak), REDUCE
(mengurangkan), REUSE (guna semula), RECYCLE (kitar semula) dan
RECOVERY (pemulihan/diperbaharui).
6.2 Jadual dan analisis graf
Masalah yang dihadapi oleh Bilangan responden
penduduk di Penampang
Ketiadaan pusat pengumpulan 5
barangan kitar semula
Sikap malas dalam diri seorang 2
individu
Penduduk memilih untuk membakar 8
dan membuang barangan
Jadual 6.2.1 Masalah yang dihadapi oleh penduduk di Penampang
Masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk di Penampang
Rajah 6.2.2 Graf Bar Mudah
Analisis Graf
Rajah 6.2.2 menunjukkan masalah- masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan
Penampang. Antara masalah yang mencatatkan bilangan responden yang tertinggi ialah
penduduk lebih memilih untuk membakar dan membuang barangan yang tidak lagi dipakai,
iaitu seramai 8 orang diikuti dengan ketiadaan pusat pengumpulan barangan kitar semula,
iaitu seramai 5 orang. Langkah yang mencatatkan bilangan responden paling rendah ialah
sikap malas dalam diri seorang individu, iaitu seramai 2 orang sahaja.
Ramai responden memilih untuk membakar dan membuang barangan yang tidak lagi dipakai
kerana mereka berasa cara ini mudah untuk mengurangkan barangan yang tidak diperlukan di
dalam kawasan rumah. Oleh itu, kawasan di dalam rumah akan terlihat kemas dan rapi tetapi
kawasan di luar rumah akan terlihat kotor kerana wujudnya tempat pembakaran sampah.
Masalah ketiadaan pusat pengumpulan barangan kitar semula kurang dihadapi oleh
responden kerana terdapat penduduk yang menggunakan kereta mereka sendiri untuk
menghantar barangan lama ke pusat pengumpulan barangan kitar semula.
Kesimpulannya, majoriti penduduk di kawasan Penampang menghadapi masalah bahawa
ramai penduduk yang lebih memilih untuk membakar dan membuang barangan yang tidak
lagi dipakai.
6.3 Langkah-langkah mengatasi masalah yang dihadapi
Antara langkah yang boleh dibuat bagi mengatasi masalah yang dihadapi ialah:
i) Menjadikan aktiviti gotong-royong sebagai aktiviti mingguan.
Hal ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain
tetapi juga dapat mengekalkan kebersihan di kawasan persekitaran.
ii) Mengadakan kempen kesedaran secara berkala.
Hal ini dapat mengubah pemikiran seorang individu dalam menjaga
kebersihan alam sekitar dengan mengamalkan amalan konsep 5R.
iii) Menyediakan pusat kitar semula berhampiran kawasan perumahan.
Hal ini dapat memudahkan penduduk yang tidak mempunyai kenderaan
untuk mengumpul barangan lama yang tidak lagi dipakai ke dalam pusat
kitar semula.
7.0 RUMUSAN
Semasa menjalankan kajian di Penampang, kami mendapati bahawa amalan kitar
semula merupakan salah satu kaedah yang penting untuk mengurangkan jumlah buangan
sisa pepejal dan sisa domestik dengan memproses dan membuat barangan lama menjadi
barangan yang berguna semula. Amalan tersebut mudah dan praktikal kerana kita hanya
perlu menghantar barangan kita ke pusat pengumpulan kitar semula yang terdekat dan
hampir semua barangan yang kita buang adalah barang yang boleh dikitar semula.
Amalan kitar semula penting untuk mengurangkan jumlah sampah serta mencegah
penerokaan sumber baru yang berlebihan dan menjaga kebersihan alam. Oleh itu, amalan
kitar semula amatlah digalakkan kepada semua pihak dan wajib diamalkan.
Walau bagaimanapun , terdapat juga masalah dalam mengamalkan kitar semula seperti
kemudahan yang tidak mencukupi dan kurangnya kesedaran masyarakat tentang
kepentingan amalan kitar semula. Oleh itu, dengan adanya usaha dan kerjasama antara
kerajaan, pihak berkuasa dan masyarakat, masalah-masalah tersebut pasti dapat ditangani
dengan mudah dan berkesan. Bak kata peribahasa, berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing.
Akhir sekali, kami juga mendapat banyak pelajaran sepanjang menjalani projek ini.
Antaranya ialah berusaha untuk tidak menjejaskan panorama alam sekitar dengan
mengamalkan amalan 3R. Selain itu, tanggungjawab sebagai seorang penduduk di
kawasan tersebut amatlah tinggi demi menjaga kebersihan persekitaran.
8.0 RUJUKAN
8.1 Buku
i) Buku Penghayatan Etika Dan Peradaban Siri Politeknik
8.2 Internet
i) http://www.alamflora.com.my/amalan-konsep-5r-demi-kelangsungan-hidup-
generasi-masa-depan/
ii) https://www.studocu.com/my/document/universiti-sains-islam-
malaysia/penghayatan-etika-dan-budaya/kumpulan-7-laporan-bertulis-
penghayatan-etika-dan-peradaban/26054208
iii) https://ms.wikipedia.org/wiki/Sisa_domestik
9.0 LAMPIRAN
BORANG SOAL SELIDIK
ARAHAN: Sila jawab soalan-soalan di bawah. Semua maklumat yang anda berikan
akan digunakan untuk tujuan penyelidikan semata-mata.
UMUR : ___ tahun
JANTINA: Lelaki Perempuan
1. Adakah pusat pengumpulan barangan kitar semula disediakan di kawasan
tempat tinggal anda?
Ya Tidak
2. Adakah anda mempunyai sikap pemalas dalam diri untuk mengitar semula
barangan?
Ya Tidak
3. Adakah anda lebih memilih untuk membakar dan membuang barangan yang
lama berbanding mengitar semula barangan tersebut?
Ya Tidak
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA.