The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lv4321625, 2022-04-26 05:05:53

(TUGASAN TUTORIAL PENGUCAPAN AWAM) BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA

BMMB 1134

BMMB 1134
KETERAMPILAN BERBAHASA

TUGASAN TUTORIAL
(PENGUCAPAN AWAM)

FORUM

AHLI KUMPULAN :
1.Lee Vun Che (PENGERUSI)
2.Voon Hui Heng (AHI PANEL PERTAMA)
3.Shelby Ho Yi Cheng (AHLI PANEL KEDUA)
4.Chung Yee Mei (AHLI PANEL KETIGA)

TAJUK FORUM : Langkah-langkah
Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar

Lee Vun Che (PENGERUSI) :
Salam sejahtera pembuka kata pembuka bicara . Sekalung apresiasi kepada Puan
Arbiah dan hadirin hadirat sekalian. Saya Lee Vun Che akan bersama-sama warga
sekalian untuk mempengerusikan forum pencemaran alam sekitar pada petang ini .
Sebelum kita melajak bicara , sebelum tirai perbincangan dibuka , eloklah saya
memperkenalkan dahulu ahli-ahli panel saya . Pertama sekali , saudari voon hui heng,
shelby ho yi cheng dan chung yee mei.

Pertama sekali, Izinkan saya untuk mendefinisikan dahulu tajuk forum pada petang ini.
Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira
bangsa, agama dan negara. Namun, Alam sekitar pada masa kini semakin tercemar
kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran
seperti pembuangan sampah di sungai, penggunaan baja kimia dan sebagainya.

Sidang hadirin serta ahli panel yang dihormati,
Izinkan saya untuk membuka tirai diskusi forum kita dengan soalan pertama yang akan
saya ajukan kepada ahli panel yang pertama . Saudari Voon , apakah langkah untuk
mengatasi pencemaran alam sekitar?

Voon Hui Heng (AHLI PANEL PERTAMA) :
Terima kasih saudari pengerusi.
Salah satu langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah pencemaran alam
sekitar termasuklah penganjuran kempen alam sekitar. Antara kempen yang boleh
dilakukan termasuklah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam
dan sebagainya. Melalui kempen-kempen ini masyarakat akan mengetahui betapa
pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti
pengurusan sisa pembuangan supaya dapat mengatasi pencemaran alam sekitar.
Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat mengurangkan
pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini, aktiviti-aktiviti seperti
menanam semula pokok dan membersihkan kawasan kotor juga boleh dijalankan.
Menanam semula pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi
juga dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta membuktikan betapa
pentingnya flora dan fauna.

Shelby Ho Yi Cheng (AHLI PANEL KEDUA) :
Maaf mencelah voon, izinkan saya untuk memberi cadangan lain untuk menangani isu
pencemaran selain penganjuran kempen.

TAJUK FORUM : Langkah-langkah
Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar

Voon Hui Heng (AHLI PANEL PERTAMA) :
Silakan saudari shelby.

Shelby Ho Yi Cheng (AHLI PANE KEDUA) :
Terima kasih voon.
Baiklah, isu pencemaran juga dapat diatasi melalui penggunaan teknologi moden yang
mesra alam. Penggunaan teknologi moden memainkan peranan amat penting dalam
mengurangkan pencemaran alam sekitar. Hal ini disebabkan kerana, penggunaan
teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat
dan efektif. Sebagai contoh, dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di
lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak.
Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden ini, kita juga dapat menjalankan
aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar,
majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik dengan cara yang lebih mudah dan cepat.
Hal ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan
sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara
yang dipasang pada kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang juga dapat
mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dibebaskan.

Lee Vun Che (PENGERUSI) :
Baiklah terima kasih diucapkan kepada saudari voon dan shelby atas perkongsian idea
sebentar tadi. Seterusnya, dipersilakan saudari yee mei untuk berkongsi serba sedikit
pendapat kamu bawah tajuk langkah-langkah menangani pencemaran alam sekitar.

Chung Yee Mei (AHLI PANEL KETIGA) :
Baiklah, terima kasih saudari pengerusi .
Kerajaan merupakan nadi utama pergerakan dan pentadbiran bagi sesebuah negara.
Oleh itu, Bagi isu besar seperti pencemaran alam sekitar turut menjadi agenda utama
kepada kerajaan untuk mengatasinya demi kesejahteraan hidup rakyat. Antara undang-
undang perlindungan alam sekitar yang boleh digunakan bagi melindungi alam sekitar
dalam negara kita serta perlu dikuatkuasakan adalah Akta Kualiti Alam Sekeliling.
Mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling , mana-mana individu yang terlibat secara
langsung mahupun secara tidak langsung dengan sebarang aktiviti yang mencemarkan
alam persekitaran akan dikenakan hukuman dari segi hukum penjara atau denda wang
ringgit. Dalam hal ini, Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan
pihak yang terbabit dalam isu pencemaran alam sekitar. Selain itu, tindakan
penguatkuasaan undang-undang hendaklah dilaksanakan tanpa sikap memilih bulu dan
dilakukan secara tekal dan tidak seperti melepaskan batuk di tangga.

TAJUK FORUM : Langkah-langkah
Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar

Lee Vun Che (PENGERUSI) :
Baiklah terima kasih saudari yee mei atas perkongsian sebentar tadi.

Sebagai penghujung bicara , izinkan saya untuk membuat rumusan perbincangan kita
pada hari ini . Sudah terang lagi bersuluh, semua pihak termasuklah masyarakat dan
pihak kerajaan hendaklah memainkan peranan masing-masing dalam memulihkan dan
memelihara alam sekitar demi kesejahteraan hidup. Terima kasih kepada semua ahli
panel serta hadirin sekalian yang sudi menghadirkan diri dalam forum pada petang ini.
Semoga forum ini mampu memberikan informasi bermanfaat buat semua hadirin yang
dihormati .

Sidang hadirin yang dihormati,
kalau berkayuh dah sampai ke pulau ,
kalau mendaki dah sampai ke puncak ,
Kita telah sampai kepada penghujung bicara .

Entah kata salah tutur ,
Entah maksud salah sampai .
terimalah salam , salam bersantun ,
Salam yang minta maaf , salam yang minta ampun

Lantaran keterbatasan waktu , saya mohon untuk mengakhiri bicara ini selanjutnya
mohon mengundur diri .
Sekian terima kasih .

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version