KKM
PRODUK
BMMB1104
Nama: Nur Damia Radhwa binti Mohamad Damanhuri
No IC: 031009080206
Angka Giliran: 2021192310172
Kumpulan: H7
Tajuk Tugasan: Tugasan 1 Produk Pembelajaran
Nama Pensyarah: Cik Siti Salamah Binti Mohd Yusoff
Tarikh Penghantaran Tugasan: 21 Mac 2022
Penghargaan
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.
Pertama sekali, saya mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah yang saya kasihi, Cik Siti
Salamah binti Mohd Yusoff kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya telah membuka ruang
untuk saya menyiapkan tugasan dengan sehabis baik.
Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi
saya pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan
dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan yang benyak memberi peringatan terhadap
setiap apa yang telah saya alpa. Mereka banyak menjawab persoalan yang saya uterakan sekiranya saya
tidak faham mengenai tugasan ini.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya
dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.
Isi kandungan
Pengenalan....................................................................................................1
Pantun.............................................................................................................2
Konsep Pantun............................................................................................3
Fungsi Pantun..............................................................................................4
Pemikiran pantun.......................................................................................5
Pantun Indahnya Budi Bahasa............................................................6
Pemikiran Pantun Indahnya budi bahasa......................................7
Syair Tema Nasihat....................................................................................8
Konsep Syair.................................................................................................9
Fungsi Syair..................................................................................................10
Pemikiran Syair...........................................................................................11
Syair Nasihat Seorang Tua...................................................................12
Pemikiran Syair Nasihat seorang tua.............................................13
Gurindam Tema Pendidikan...................................................................14
Konsep Gurindam.......................................................................................15
Fungsi Gurindam.........................................................................................16
Pemikiran gurindam..................................................................................17
Gurindam Ilmu Pelita Hidup..................................................................18
Pemikiran Gurindam ilmu pelita hidup............................................19
Penutup...........................................................................................................20
Rujukan..........................................................................................................21
Pengenalan Kesusasteraan dan kebudayaan Melayu menjadi
satu khazanah dan harta yang paling berharga
bagi kaum Melayu. Kesusasteraan dianggap
bidang yang tidak pernah hilang dan pupus
ditelan zaman. Bidang ini unik dan berlainaan
daripada bidang yang lain asbab membawa
keindahan pengalaman sesebuah masyarakat.
Tambahan lagi, genre sastera merujuk kepada
kategori atau jenis karya seni yang dicirikan
dengan sesuatu gaya, Bentuk dan kandungan
tertentu yang terbahagi kepada dua jenis iaitu
puisi dan prosa. Oleh itu, produk digital ini akan
mengetengahkan aspek puisi tradisional yang
terdiri daripada pantun, syair dan gurindam.
PANTUN
TEMA: PENDIDIKAN
KONSEP PANTUN
Pantun merupakan hasil kreatif manusia kaum Melayu terawal. Pantun merupakan salah
satu genre asli kesusasteraan yang menjadi wahana bagi mengucapkan apa-apa berkaitan
kehidupan. Tambahan lagi, menjadi alat ekspresi bagi bidang agama dan moral serta
aspek-aspek yang lebih kompleks berbanding kehidupan harian (Siti Hajar Che Man, 2013).
Puisi ini dapat merakamkan cara hidup dan aktiviti kehidupan dengan mengaplikasikan
unsur alam dan melingkungi persekitaran setempat.
Pantun terdiri daripada empat baris serangkap, empat hingga enam perkataan sebaris,
mempunyai rima a,b,a,b dengan beberapa kepelbagaian dan pengecualian. Aspek dalam
pantun terdapat unsur tema dan persoalan. Tiap baris terdiri daripada 8 hingga 12 suku
kata. Bentuk pantun juga terdiri daripada dua bahagian iaitu pembayang pada baris
pertama dan kedua, manakala baris tiga dan empat pula merupakan maksud.
Fungsi pantun
Medium Menyampaikan Mendidik Berfungsi
meluahkan kasih sindiran tanpa orang ramai sebagai
menggunakan hiburan
sayang. bahasa kasar. mengenai
adab. masyarakat
menyampaikan Digunakan
penghargaan semasa ingin
meluahkan
kepada
masyarakat perasaan
atau hasrat
Pemikiran Pantun merupakan salah satu bentuk tradisi lisan Melayu
Pantun yang masih hidup dan digunakan oleh masyarakat Melayu
Menurut pada masa ini. ternyata rekaan pantun terdahulu.
Tokoh Masyarakat Melayu begitu kreatif menyampaikan sesuatu
hasrat atau tunjuk ajar dengan cara yang bersopan santun
serta berhemah serta sarat dengan nilai gama, budaya, dan
norma-norma sosial serta unsur moral dan akhlak mulia
(Zurakintan Abdul razak dan Che Ibrahim Salleh, 2015).
Tambahan, seringkali dalam pantun diselitkan persoalan
berkaitan kepentingan ilmu dan pengamalan nilai budi atau
adab turut dipaparkan. Bukan itu sahaja, menurut Harun
Mat Piah (1989: 115), penggunaan lambang-lambang
daripada alam perlu diketahui untuk memhami maksud
pantun. Jadi, pantun banyak dikaitkan dengan alam semula
jadi sebagai perbandingan dan perlambangan yang berfungsi
memberikan pengajaran dan nasihat.
Akar keladi melilit PANTUN Hari redup menuai
selasih, Indahnya padi,
Selasih dipetik sebagai budi bahasa Waktu cerah berehat
hiasan, dahulu,
Beramal budi mendapat Kalau hidup tidak
kasih, berbudi,
Setiap detik seribu Orang marah mendapat
kemanisan. malu.
Tanam bendi tumbuh
kelapa,
Tumbuh rendang
sebelah paya, Jambu digigit orang
berusia,
Orang berbudi jangan Biji ditendang terkena
kendi,
dilupa, Anak gagak patah Harta ringgit dilihat
Tidak memandang sendi, manusia,
miskin kaya. Anak rusa pergi Harusnya dipandang
bahasa dan budi.
mencari,
Indah segak kerana
budi,
Budi bahasa
perhiasan diri.
Pemikiran pantun
indahnya budi bahasa
Pantun yang dihasilkan adalah menggunakan tema budi bertajuk 'Indahnya Budi Bahasa'. Berdasarkan
rangkap pertama, maksud yang ingin disampaikan ialah sekiranya kita mengamalkan budi bahasa sudah pasti
akan lebih disayangi oleh orang sekeliling serta menjadikan hidup lebih bermakna setiap masa. Dengan ini akan
menggalakkan lagi masyarakat untuk sentiasa menjaga budi bahasa kerana kebaikan yang akan diperolehi.
Rangkap kedua pula membawa maksud keburukan yang akan diterima sekiranya tidak berbudi seperti akan
dimarah oleh orang sekeliling sehingga menyebabkan malu kepada diri. Rangkap ini menjelaskan kepada
masyarakat akan keburukan sekiranya tidak mengamalkan budi bahasa dalam kehidupan.
Berdasarkan rangkap tiga, pantun itu bermaksud setiap individu tidak seharusnya memandang pangkat miskin
atau kaya untuk menghargai budi yang telah dilakukan. Ini menunjukkan setiap orang yang berbudi bahasa
kepada kita perlu diberi penghargaan dan terima kasih walaupun berbeza latar belakang.
Rangkap keempat menunjukkan bahawa personaliti seseorang itu akan menjadi cantik, indah serta sedap
mata memandang kerana budi bahasalah yang mencerminkan dirinya. Sifat luaran sewajarnya tidak menjadi
kayu ukur kecantikan diri seseorang.
Rangkap terakhir pula menjelaskan kepada kita untuk melihat dan memandang seseorang bukan berdasarkan
harta dan wang ringgit yang ada tetapi berdasarkan keindahan budi bahasanya kepada semua orang.
Syair
Tema: Nasihat
Konsep Syair merupakan salah satu puisi daripada pelbagai
Syair puisi Tradisonal Melayu. Syair sebenarnya terdiri
daripada dua jenis iaitu syair naratif dan bukan naratif
(Zahir Ahmad et al., 2006). Contoh syair naratif ialah
syair penceritaan seperti syair romantis, kiasan dan
sejarah, manakala syair bukan naratif pula lebih
berbentuk bukan cerita iaitu syair agama dan syair
nasihat.
Syair ini mempunyai ciri dan sifat khusus. Syair sering
dibentuk dengan empat baris serangkap. Setiap baris
mengandungi tiga hingga empat kata dasar. Skema
rima hujung a,a: a,a, namun tidak dipentingkan rima
tengah. Keseluruhan baris juga merupakan satu
kesatuan idea yang tidak dapat berdiri sebagai satu
rangkap. Isi syair bercorak cerita yang lengkap dengan
watak, urutan peristiwa, teknik dan penyusunan plot
(Mohd Fauzi Abdullah, 2019).
Fungsi Syair
1.Digunakan sebagai hiburan dalam majlis-
majlis tertentu seperti majlis keramaian.
2.Sebagai alat untuk menyampaikan
pengajaran melalui penceritaan.
3.Dinyanyikan atau dilagukan untuk
mengiringi tarian-tarian tertentu.
4.Digunakan dalam kegiatan kesenian dan
kebudayaan masyarakat.
Pemikiran Syair
Pemikiran dalam syair sering melibatkan perasaan dan pengenalan
dengan pancaindera kerana penghasilan syair selalu membangkitkan
perasaan dan pengalaman yang hanay terasa menerusi gambaran yang
indah (Zurakintan Abdul razak dan Che Ibrahim Salleh, 2015). Syair nasihat
sebenarnya syair yang memberikan banyak pengajaran dan menceritakan
mengenai kehidupan seharian kerana syair terdiri daripa watak, plot dan
urutan peristiwa. Ini menunjukkan pengarang syair biasanya menceritakan
tentang sesuatu peristiwa atau keadaan dan dalam masa yang sama
menyelitkan pengajaran dalamnya. Tidak dinafikan, pengarang syair
menggunakan gaya bahasa dan nilai estetika dalam syair bagi
menyerlahkan lagi keindahan serta memberikan kesan yang mendalam
kepada khalayak (Norsiah Sulaiman, 2012).
Syair Nasihat Seorang
Tua
Adalah dahulu suatu ketika, Tegur seorang tua tiaplah waktu,
Memerah kudrat seorang bangka, Janganlah engkau lupakan Yang Satu,
Menjaga asuh anaknya beretika, Tetaplah doa mendapat restu,
Penuh kasih sayang belaka. Supaya hidupmu mudah dibantu.
Tegur seorang tua tiaplah waktu, Ingatlah anak keturunanku,
Menuntut ilmu itu dapat membantu, Jasa orang tuamu tidak teku,
Ubahlah nasib hidupmu yang buntu, Menjaga mendidikmu penuh liku,
Supaya tidak kekal sebegitu. Itulah nasihat daripada aku.
Tegurlah seorang tua tiaplah waktu,
Tawakkal sentiasa ikhtiar tentu,
Serahkanlah masa hadapan itu,
Buat Tuhan Yang Maha Satu.
Pemikiran syair nasihat sang tua
Syair yang telah dihasilkan adalah mengikut tema nasihat bertajuk ‘Nasihat Seorang Tua’.
Pada rangkap pertama, syair ini menceritakan tentang seorang warga tua yang yang membanting
tulang mengasuh anak-anaknya dengan penuh adab sopan beserta kasih sayang kepada setiap
anaknya.
Rangkap kedua mengisahkan pula warga tua tersebut menegur anak-anaknya agar rajin menuntut ilmu
kerana dengan ilmu pengetahuan, kehidupan mereka akan berjaya dan berkembang serta dapat
mengubah nasib hidup ke arah yang lebih baik berbanding sebelum ini.
Rangkap ketiga menceritakan orang tua tersebut menasihati anak-anaknya supaya bertawakkal
tentang masa hadapan mereka kepada Tuhan Yang Satu, namun dalam masa yang sama perlu
berusaha bersungguh-sungguh dahulu.
Rangkap keempat pula mengisahkan orang tua itu memberi peringatan kepada anak-anaknya agar
tidak lupa untuk berdoa kepada Tuhan untuk mendapat keberkatan dan rahmat daripada-Nya supaya
kehidupan berjalan lancar dan diberikan pertolongan setiap waktu.
Rangkap terakhir pula, orang mengingatkan kepada warisnya bahawa pengorbanan ibu bapa adalah
besar kerana tidak pernah berputus asa semasa mendidik walaupun pernuh cabaran semasa
membesarkan mereka.
Gurindam
Tema Pendidikan
Konsep Gurindam
Gurindam merupakan puisi tradisional Melayu yang mula
diperkenalkan oleh Raja Ali Haji dengan karyanya bertajuk
Gurindam Dua Belas pada tahun 1846. Rangkapnya terdiri
daripada dua baris berisi tiga hingga enam patah perkataan yang
berpasangan dan berirama a:a. Ini menunjukkan bentuk gurindam
adalah terikat. Baris pertama menganduni soalan atau syarat
manakala kedua ialah jawapan. Isi gurindam biasanya bersifat
serius kerana mengandungi nasihat, teguran serta pengajaran
yang disebut secara langsung.
Fungsi Gurindam
1. Menjadi alat untuk menyampaikan pengajaran.
2. Menjadi karya bertulis yang hanya untuk dibaca dan
diperdengarkan.
3. Unsur yang diketengahkan dalam penyampaian gurindam
ialah Iman dan moral.
Pemikiran Gurindam
Gurindam ini terdiri daripada dua baris yang mana kedua-duanya
mengandungi pengajaran. Pemikiran gurindam ini banyak
menggunakan idea yang bernas dan signifikan. Gurindam juga
biasanya berunsurkan nasihat dan mempunyai makna-makna
tersirat yang perlu difahami melalui mata hati dan tidak hanya
sekadar mata kasar. Mesej yang disampaikan perlu dekat dengan diri
dan persekitaran masyarakat sesuai peredaran zaman. Dua baris
dalam gurindam saling melengkapi antara satu sama lain agar mesej
dapat disampaikan dengan berkesan.
gurindam Andai mahu ilmu yang baharu,
ilmu pelita Perlu tahu untuk berguru.
hidup
Kalau minat menimba ilmu,
Tentu penat akan meninggalkanmu.
Apabila sentiasa bersama buku,
Pasti ilmu kekal terpaku.
Jika kita tekun belajar,
Banyak cita dapat dikejar.
Apabila hormat orang mengajar,
Tanda tahu perkara yang wajar.
Pemikiran Gurindam
ilmu pelita hidup
Gurindam yang telah dihasilkan ini bertemakan pendidikan yang bertajuk ‘Ilmu Pelita
Hidup’. Gurindam ini diterapkan pelbagai pengajaran mengenai pendidikan.
Pada rangkap pertama menceritakan mengenai cara untuk mendapat ilmu pengetahuan, kita
perlu berguru dengan guru yang betul supaya ilmu yang diperoleh adalah benar dan
bermanfaat.
Selepas itu, rangkap kedua menjelaskan bahawa sekiranya kita gigih untuk menuntut ilmu,
kita pasti tidak akan berasa penat kerana menikmati proses-proses pembelajaran tersebut.
Rangkap ketiga menerangkan bahawa seseorang yang sentiasa membaca dan menjadikan
buku sebagai rujukan, sudah pasti ilmu pengetahuan akan kekal dalam mindanya.
Rangkap keempat pula menyatakan bahawa sekiranya kita rajin belajar dan menuntut
ilmu, banyak cita dan harapan yang bakal menjadi kenyataan.
Rangkap terakhir membawa maksud seseorang pelajar yang sentiasa hormat gurunya,
menandakannya seorang yang bijak dan tahu menjaga adab dalam menuntut ilmu.
Penutup
Izharlah bahawa puisi tradisional terdiri daripada beberapa jenis seperti
pantun, syair, dan gurindam. Kesemua puisi tradisional ini membawa nilai-nilai
kesusasteraan yang berbeza kepada seluruh rakyat khususnya kaum Melayu
sendiri. Ciri-ciri serta cara penulisannya juga berbeza serta memerlukan
penulis untuk mempunyai kosa kata yang banyak dan luas bagi menghasilkan
puisi tradisional yang baik dan bagus. Oleh itu, saya amat berharap agar puisi
tradisonal yang telah dikarang oleh saya sendiri dapat memberikan pelbagai
manfaat kepada semua. Terima kasih.
Rujukan
Prof Madya Dr Zahir Ahmad, Dr. Indirawati Zahir & Dr. Mohd Nasir Hashim. (2006).
Syair Naratif : Keindahan Bahasa Dan Melodi. In Prosiding Persidangan
Antarabangsa Pengajian Melayu (pp. 264–271).
Siti Hajar Che Man. (2013). Kelestarian Pantun: Rencah dan Leluhur Bangsa Dulu ,
Kini dan Selamanya. International Jounal of the Malay World and Civilisation, 1(1),
75–81.
Mohd. Fauzi Abdullah. (2019). Penciptaan dan persembahan puisi tradisional. Global
Mediastreet Sdn Bhd.
Abdul Razak, Z., & Salleh, C. I. (2015). Pemikiran Melayu tentang Ilmu dan Adab
dalam Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Antarabangsa Alam Dan Tamadun Melayu,
3(2), 121–129. https://doi.org/10.17576/iman-2015-0302-10
SEKIAN TERIMA
KASIH