The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bab 6 Sokongan, pergerakan dan pertumbuhan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-7568100, 2020-11-20 10:59:05

Bab 6 Sokongan, pergerakan dan pertumbuhan

Bab 6 Sokongan, pergerakan dan pertumbuhan

Bab 6 Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan

6.1 Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan

1. Rangka:
 Sistem sokongan kepada semua jenis haiwan

2. Jenis rangka:

Jenis Rangka

Rangka Dalam Rangka Luar Rangka Hidrostatik

3. Ciri-ciri dan Fungsi Rangka:

Jenis Rangka Ciri-ciri Fungsi

(a) Rangka dalam  Sokongan untuk semua vertebra 1. Menyokong berat badan

Contoh:  Terdiri daripada tulang atau 2. Melindungi organ dalaman
 Kucing rawan 3. Mengekalkan bentuk

 Katak badan

 Ikan 4. Asas pautan otot untuk
 Buaya pergerakan
 Helang

(b) Rangka luar  Sokongan untuk kebanyakan 1. Menyokong berat badan

Contoh: invertebra 2. Melindungi organ dalaman
 Labah-labah  Terdiri daripada lapisan keras 3. Mengekalkan bentuk

 Udang kitin berlilin atau cangkerang badan
 Kala jengking 4. Tapak bagi perlekatan otot
 Ketam

(c) Rangka hidrostatik  Terbina daripada dinding berotot 1. Mengekalkan bentuk

Contoh: yang melitupi rongga badan badan

 Tapak sulaiman yang diisi dengan bendalir 2. membolehkan pergerakan
 Obor-obor  Bendalir badan mengenakan haiwan.
 Cacing tanah
 Lintah tekanan pada dinding berotot

badan dalam semua arah dan

menyebabkan badan haiwan

yang lembut menjadi tegar.

Rangka Dalam Contoh-contoh Rangka Rangka hidrostatik
Rangka Luar

Ikan Inggu Ketam Tapak Sulaiman
1

Saiz Rangka Luar dengan Petumbuhan
1. Lengkung pertumbuhan.

 Ditunjukkan oleh graf unit pertumbuhan melawan masa.
 Menunjukkan fasa-fasa pertumbuhan dan kadar pertumbuhan yang dialami oleh

organisma.
 Unit pertumbuhan:

(a) Tinggi (cm)
(b) Isipadu (cm3)
(c) Jisim segar (g)
(d) Jisim kering (g).
2. Lengkung pertumbuhan yang terbentuk bagi semua organisma berbentuk sigmoid
 Corak pertumbuhan adalah berbeza mengikut jenis organisma.
 Bentuk lengkung pertumbuhan menunjukkan fasa pertumbuhan.
 Kecerunan lengkung = Kadar pertumbuhan
 Menunjukkan pertumbuhan adalah proses yang beransur¬ansur dan berterusan.

3. Lengkung pertumbuhan rangka luar seperti lipas dan belalang adalah berperingkat, iaitu
berbentuk tangga.
 Ini kerana haiwan rangka luar terbina daripada kitin yang bersifat keras dan tidak boleh
mengembang.
 Sifat keras dan tidak boleh mengembang ini menghalang pertumbuhan haiwan rangka
luar seperti udang, ketam, dan belalang.
 Oleh itu, haiwan seperti ini akan menanggalkan rangka luar berulang kali sehingga
mencapai peringkat dewasa.

2

I. Bahagian menegak- Peringkat Ekdisis
 Menunjukkan pertumbuhan berlaku secara mendadak.
 Proses ekdisis- Proses penanggalan kulit berlaku
 Rangka luar yang baharu dan lembut akan terbentuk di bawah rangka luar yang
lama.
 Haiwan berangka luar akan menyedut udara bagi mengembangkan badan.serta
memecahkan rangka luar lama yang keras.
 Pertumbuhan pesat akan berlaku untuk penambahan saiz haiwan sebelum rangka
luar yang baharu mengeras.
 Haiwan berangka luar akan mengalami beberapa peringkat ekdisis sebelum
mencapai peringkat dewasa.
 Hormon akan mengawal setiap peringkat ekdisis ini.

II. Bahagian melintang(I, II, III dan IV)- Peringkat Instar
 Menunjukkan pertumbuhan sifar (Tiada pertumbuhan)
 Pertumbuhan dikekang oleh rangka luar yang keras.
 Setiap peringkat nimfa dipanggil instar
 Mitosis berlaku pada tempoh ini untuk meningkatkan bilangan sel dan jisim. Organ
akan menjadi lebih kompleks.
 Pada peringkat nimfa, haiwan berangka luar akan makan dengan banyak untuk
membina tisu-tisu baharu dan mengalami pertambahan jisim.
 Rangka baharu yang lembut sedang dibina di bawah rangka lama yang keras.

3

Hubungkait Rangka Hidrostatiik dengan Pergerakan

1. Rangka hidrostatik menjadikan badan invetebrata yang teguh memulakan pergerakan

dengan bantuan otot yang terikat pada dinding dalam badan.

2. Hal ini kerana bendalir dalam ruang badan mengenakan tekanan ke arah luar badan.

3. Bendalir yang membentuk rangka ini tidak boleh dimampatkan.

4. Ruang badan yang dipenuhi bendalir ini dikelilingi oleh otot yang bertindak ke atas bendalir

itu.

5. Pergerakan cacing tanah dibantu oleh:

(a) Keta  Bulu kejur yang terdapat pada bahagian sisi badannya.
 membolehkan badan cacing tanah mencengkam tanah.

(b) Otot antagonis  Otot lingkar dan otot membujur bertindak secara antogonis,

iaitu apabila otot lingkar mengecut, otot membujur akan

mengendur
 Pengecutan dan pengenduran otot lingkar dan otot membujur

menyebabkan segmen pada badan memendek dan memanjang.
i. Apabila otot lingkar mengecut, otot membujur

mengendur
 Menyebabkan badan cacing tanah menipis dan

memanjang.

ii. Apabila otot membujur mengecut, otot lingkar

mengendur
 Menyebabkan badan cacing tanah menebal dan

memendek.

4

Pergerakan Cacing Tanah
1. Cacing tanah bergerak dengan bantuan pengecutan dan pengenduran otot lingkar dan otot

membujur yang berlaku secara antagonis daripada bahagian anterior ke bahagian posterior
2. Apabila otot membujur mengecut dan otot lingkar mengendur, segmen-segmen pada

bahagian badan cacing tanah akan menebal dan memendek. Keta pada segmen ini akan
mencengkam tanah
3. Pada masa yang sama, otot lingkar mengecut dan otot membujur mengendur, segmen-
segmen pada bahagian badan cacing tanah akan menipis dan memanjang. Keta pada
segmen ini akan melepaskan cengkaman dan badan cacing tanah memanjang dan
bergerak ke hadapan.
4. Tindakan otot lingkar dan otot membujur secara antagonis menghasilkan tekanan
hidrostatik pada cecair di dalam badang cacing tanah.
5. Apabila badan cacing tanah menipis dan memanjang, tekanan hidrostatik memindahkan
cecair di dalam badannya ke belakang.

5

Fungsi Rangka Dalam Bagi Haiwan
Haiwan vetebrata

Vetebrata Darat Vetebrata Akuatik Burung

Vertebrata Darat

1. Ciri-ciri rangka dalam vertebra darat:

(a) Mempunyai rangka dalam yang besar dan kuat
 Menyokong berat badan
 Memberi bentuk badan
 Melindungi organ dalaman

(b) Mempunyai rangka yang besar dan sepadan dengan saiz badan

(c) Mempunyai lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis yang kuat yang besendi dengan

kaki
 Untuk menyokong berat badan yang besar

(d) mempunyai sistem rangka dengan tulang belakang iaitu turus vertebra yang

melengkung
 Meningkatkan sokongan dan kestabilan
 Mengagihkan berat ke seluruh sistem rangka

2. Saiz dan luas keratan rentas tulang juga menentukan kekuatan sesuatu tulang dalam

vertebrata.

Lengkungan pektoral Tulang belakang Lengkungan pelvis
yang melengkung

Bersendi
dengan kaki

6

Vertebrata Akuatik
1. Ciri-ciri rangka dalam vertebrata akuatik

(a) Mempunyai rangka dalam yang kecil dan tidak kuat
(b) Mempunyai lengkungan pektoral & lengkungan pelvis lemah

(c) Saiz haiwan akuatik membesar melebihi saiz rangkanya
 kerana berat badan haiwan disokong oleh daya keapungan air

(d) Mempunyai tulang anggota hadapan yang kecil
 untuk berenang dan mengimbangi badan dalam air
(e) Tulang belakang adalah sangat kecil

2. Ikan paus yang terdampar di pantai tidak dapat kembali semula ke lautan kerana memiliki
sistem rangka yang kecil yang tidak dapat menampung berat badannya.

Lengkungan pektoral Lengkungan pelvis

Burung
1. Ciri-ciri rangka dalam burung:

(a) Struktur tulang beradaptasi untuk terbang

i. Tulang sternum (tulang dada) adalah pipih dan luas
 Berfungsi sebagai tempat pelekat otot untuk penerbangan

ii. Mempunyai tulang berongga dan ringan
 Untuk mengurangkan berat badan bagi mengatasi daya tarikan graviti

iii. Saiz tengkorak adalah kecil
 Memudahkan burung terbang.

Sternum
7

Sistem Rangka Manusia

1. Rangka manusia terdiri daripada 206 tulang yang pelbagai saiz dan bentuk.

2. Rangka manusia dibahagi kepada:

a) Rangka paksi- Paksi menegak yang menyokong bahagian utama badan.

b) Rangka apendaj- Rangka yang melekat kepada rangka paksi

3. Bahagian rangka dalam sistem rangka manusia:-

Rangka Manusia Bahagian Rangka Tulang Dalam Setiap Bahagian

Rangka paksi 1. Tengkorak  Kranium dan tulang muka

2. Turus Vertebra  Vertebra Serviks(7), Vertebra Toraks (12),

3. Sangkar Rusuk Vertebra lumbar(5), sakrum (5), koksiks(4)
 Tulang rusuk dan Sternum

Rangka apendaj 1. Lengkungan  Skapula dan klavikel

Pektoral  Humerus, ulna, radius, karpus, metakarpus
2. Tulang tangan

3. Lengkungan and falanks
 Tulang punggung (Iskium, ilium and pubis)

Pelvis  Femur, tibia, fibula, tarsus, metatarsus and
4. Tulang kaki

falanks

8

4. Bahagian rangka dalam Rangka paksi:

Rangka paksi Penerangan
Terdiri daripada 2 bahagian:
(a) Tengkorak Tulang
kranium


i. Tulang  Melindungi otak
kranium
 Memberi bentuk asas
ii. Tulang muka atau rangka muka

 Menyokong gigi

Tulang
muka

(b) Turus Vertebra

Serviks Serviks  Terdiri daripaa 33 ruas tulang kecil / vertebra
 Kuat dan boleh melentur
 Fungsi- Melindungi saraf tunjang

Toraks Toraks

Lumbar Lumbar

Sakrum Sakrum

Koksiks Koksiks

(c) Tulang rusuk dan sterVneurmtebra  Terdiri daripada 12 pasang tulang rusuk yang
toraks bersendi dengan vertebra toraks (belakang)

i. 7 pasang bersendi terus dengan sternum

Sternum ii. 3 pasang bersambung secara tidak langsung
dengan rawan

iii. 2 pasang tergantung bebas

Tulang  Fungsi : melindungi organ utama iaitu jantung
rusuk dan peparu.

Rawan

9

5. Bahagian rangka dalam Rangka Apendaj

Rangka paksi Penerangan

(a) Lengkungan Pektoral  Wujud dalam sepasang
Klavikel

 Terdiri daripada:

(a) Tulang klavikel

(b) Tulang skapula

 Fungsi : Menghubungkan tulang tangan dan rangka
paksi

Skapula

Humerus
(b) Tulang tangan

 Terdiri daripada:

(a) Humerus berbentuk bulat bersendi
dengan lengkungan
(b) Radius dan pektoral.
ulna bersendi dengan humerus
dan karpus
(c) Karpus membentuk pergelangan
tangan
(d) Metakarpus membentuk tapak tangan
(e) Falanks membentuk jari

Karpus
Metakarpus

Falanks

10

(c) Lengkungan Pelvis

 Bersendi dgn rangka paksi

Sakrum  Terdiri daripada sepasang tulang punggung

Ilium

Koksiks  Fungsi :
i. Menyokong berat badan
ii. melindungi pundi kencing dan organ
pembiakan

Iskium
Pubis

(d) Tulang kaki

 Terdiri daripada:

(a) Femur berbentuk bulat bersendi
dengan lengkungan pelvis
(b) Tibia dan Tulang betis
fibula
membentuk pergelangan
(c) Tarsus kaki
membentuk tapak kaki
(d) Metatarsus membentuk jari
(e) Falanks

Falanks

11

Rangka Apendaj
12

Membandingkan Tulang yang Padat dan Tulang yang Berongga

1. Vertebrata darat seperti gajah mempunyai tulang yang besar, padat, dan kuat.
 Berat badannya disokong oleh rangka dalam.

2. Burung pula mempunyai tulang-tulang yang berongga untuk membolehkannya terbang.

3. Tulang yang berongga lebih kuat daripada tulang yang padat

4. Kelebihan tulang berongga:
 Ringan dan kuat
 Membenarkan vertebrata bergerak lebih cepat
 Memerlukan fosforus dan kalsium yang sedikit.

5. Tulang panjang dalam rangka vertebra daratan adalah berongga

6. Dinding bahagian tengah di bahagian tengah tulang panjang pada haiwan mamalia adalah

lebih tebal
 Untuk mengelakkan tulang mudah patah di bahagian tengah.

Sistem Sokongan dengan Faktor Kestabilan Haiwan
1. Sistem sokongan yang baik membolehkan sesuatu haiwan bergerak dengan lebih lancar

dan cekap.
2. Kestabilan:

 Kebolehan sesuatu objek mengekalkan kedudukan asalnya.
3. Pusat graviti

 Titik keseimbangan suatu sistem sokongan atau objek
4. Titik keseimbangan

 Titik keseluruhan berat sistem sokongan atau objek bertindak untuk mengimbangi
kedudukannya

5. Kestabilan haiwan bergantung kepada:
(a) Kedudukan pusat graviti
 Objek dengan pusat graviti yang tinggi kurang stabil berbanding dengan objek yang
mempunyai pusat graviti yang rendah.
(b) Keluasan tapak.
 Objek dengan luas tapak yang besar lebih stabil berbanding dengan objek yang
mempunyai luas tapak yang kecil.

Kestabilan Haiwan

Kedudukan pusat graviti Keluasan Tapak

Semakin rendah pusat graviti, Semakin luas pusat graviti,
semakin stabil suatu objek semakin stabil suatu objek

13

Penyelesaian Masalah Kestabilan bagi Haiwan
Zirafah mengangkangkan kakinya sewaktu
meminum air
 Supaya pusat graviti lebih rendah dan luas
tapak kaki besar

Kanggaru menongkat badan dengan
menggunakan ekor

 Supaya luas tapaknya bertambah

Badak sumbu mempunyai kaki yang pendek
 Supaya pusat graviti adalah rendah.

Haiwan seperti ini menggunakan luas tapak
kakinya yang besar serta cara berjalannya
memberikan lebih kestabilan dan sokongan
kepadanya.

Buaya mempunyai kaki yang terkeluar daripada
badannya

 Supaya tapak kakinya mempunyai
luas permukaan yang lebih besar.

14

6.2 Pergerakan dan Pertumbuhan Manusia

1. Sistem rangka dan otot membolehkan manusia bergerak.

2. Pengecutan dan pengenduran otot rangka menghasilkan pergerakan

3. Otot berantagonis
 Otot rangka yang bertindak secara berpasangan dan berlawanan
 Contoh : Otot biseps dan otot triseps

4. Pergerakan antagonis otot untuk membengkokkan dan meluruskan lengan:

Fungsi Sendi dan Otot dalam Pergerakan
1. Sendi

 Tempat pertemuan dua atau lebih tulang

2. Jenis sendi:
(a) Sendi bergerak
(b) Sendi tak bergerak

Jenis Sendi

Sendi bergerak Keluasan Tapak

 Sendi yang membenarkan  Sendi yang tidak membenarkan
anggota bergerak anggota bergerak

 Contoh: Sendi engsel  Contoh: Sendi pada tengkorak

3. Otot:
 Tisu yang terdri daripada gentian yang selari antara satu sama lain.
 Mengandungi mitokondria yang menjanakan tenga untuk pengecutan dan pengenduran
otot.

4. Ligamen:
 Tisu penghubung yang liat, kenyal dan kuat
 Menyambungkan dua tulang

15

5. Contoh sendi bergerak (sendi engsel)

Humerus Otot biseps
Otot triseps Tendon

Sendi engel

Ulna Radius

6. Cecair sinovial:
 Melicinkan dan membekalkan nutrien kepada rawan.
 bertindak sebagai pelincir di dalam sendi.

7. Rawan:
 Bertindak sebagai kusyen dan pelindung terhadap sendi
 berfungsi untuk mengurangkan geseran.

8. Tendon:
 Tisu penghubung yang menyambung otot kepada tulang.
 bersifat kuat dan tidak kenyal.
 Fungsi- memindahkan daya yang terhasil daripada pengecutan oto ke tulang

Cecair sinovial

16

Masalah Berkaitan dengan Sendi dan Otot dalam Kehidupan Harian

1. Masalah Berkaitan dengan Sendi dan Otot dalam Kehidupan Harian:
(a) Kecederaan padi sendi dan otot yang disebabkan oleh aktiviti fizikal:
 Mempunyai otot yang lemah
 Tiada aktiviti pemanasan sebelum bersenam
 Melakukan aktiviti berat setelah lama tidak bersenam
 Tidak menggunakan peralatan senaman yang sesuai
 Pengecutan otot melampau dan tiba-tiba.
 Berlaku kekurangan natrium atau garam mineral
 Berlakunya dehidrasi

(b) Sakit lutut dalam kalangan warga tua:

Artritis
 Kemerosotan atau keradangan sendi.

Sendi bengkak dan kemerahan

Sendi yang Sihat Osteoartritis Artritis Rheumotoid

Osteoartritis
 Kemusnahan rawan

Artritis reumatoid
 Keradangan membran sinovia pada sendi tangan dan kaki

17

Tulang Normal Osteoporosis

Osteoporosis

 Tulang ringan, poros dan mudah patah
 Berlaku kerana kadar kehilangan mineral (kalsium) adalah tinggi

2. Cara mengatasi
 Mengambil makanan yang kaya dengan kalsium, fosforus, besi, flourin & vitamin D

untuk pembinaan otot yang kuat
 Bersenam seperti berjalan dan berjogging

Kerjaya Berkaitan Masalah Sendi dan Otot

Kerjaya Penerangan

Pakar Ortopedik

Merawat kecederaan spt keretakan tulang, kecacatan tulang

belakang & penyakit kemerosotan tulang

Pakar Kiropraktor
Berkaitan diagnosis & rawatan gangguan mekanikal, sistem
otot, rangka & tulang belakang

Ahli Fisioterapi
Jurupulih yang memastikan fungsi fizikal pesakit berada pada
tahap maksima

18

Pola Pertumbuhan Manusia

1. Pertumbuhan:
 Proses yang kekal dan tidak berbalik.
 Disebabkan pertambahan bilangan sel pada tubuh
 Berlaku pada seluruh badan dan berlainan mengikut jantina dan perigkat umur.

2. Lengkung Pertumbuhan Manusia:

Peringkat Penjelasan

1. Bayi  Pertumbuhan bayi meningkat mengikut kadar eksponen (dengan

kadar tinggi) dalam masa 2 tahun yang pertama selepas lahir

2. Kanak-kanak  Kadar pertumbuhan menurun sedikit dan perlahan pada fasa

pertengahan.

3. Remaja  Pertumbuhan berlaku pada kadar yang tinggi

4. Dewasa  Tiada pertumbuhan pada fasa ini.
 Sel-sel baharu yang terhasil hanya untuk menggantikan sel-sel yang

mati

5. Orang Tua  Kadar pertumbuhan adalah negatif, iaitu ketinggian dan saiz badan

mula menurun.

 Penurunan ketinggiaan disebabkan otot dan rawan badan mula

merosot.
 Sel-sel yang mati tidak digantikan dengan aktif.

19

3. Lengkung Pertumbuhan bagi Lelaki dan Perempuan:

Peringkat Lelaki Perempuan
 Pertumbuhan berlaku dengan pesat
Bayi  Pertumbuhan berlaku dengan  (Pembahagian sel pesat berlaku)

(0-3 Tahun) pesat  Lebih pelahan berbanding bayi
 (Pembahagian sel pesat berlaku)  Dari umur 4 tahun - 11 tahun, kadar

Kanak-kanak  Lebih pelahan berbanding bayi pertumbuhan budak perempuan
 Dari umur 4 tahun - 11 tahun, lebih rendah daripada budak lelaki

kadar pertumbuhan budak lelaki  Pertumbuhan berlaku dengan pesat
 Akil baligh : 12 tahun
lebih tinggi daripada budak  Bermula dari 11 tahun – 19 tahun.
 Budak perempuan mula mengalami
perempuan.
pertumbuhan mendadak dan
Remaja  Pertumbuhan berlaku dengan mencapai ketinggian yang lebih
daripada budak lelaki
pesat  Budak perempuan mencapai
13-15 Tahun  Akil baligh : 14 tahun peringkat kematangan dengan lebih
awal, iaitu kira-kira pada umur 16
 Lebih pesat sehingga 18-20 tahun tahun.
 Budak lelaki mengalami
 Pertumbuhan berlaku dengan
16-18 Tahun pertumbuhan yang mendadak kurang pesat, malar dan akhirnya
berhenti
kira-kira 2 tahun kemudian, iaitu
 Lazimnya merangkumi tempoh usia
kira-kira berumur 13 tahun. dari 16 tahun untuk perempuan
 Menjelang kira-kira 14 tahun, hingga ke usia enam puluhan

budak lelaki mencapai ketinggian  Hampir berhenti sepenuhnya
 Tubuh menyusut dan mengecil
dan kekuatan yang lebih daripada

budak perempuan sehingga 18

tahun.

Dewasa  Pertumbuhan berlaku dengan

kurang pesat, malar dan akhirnya

berhenti
 Lazimnya merangkumi tempoh

usia dari 18 tahun untuk lelaki

hingga ke usia enam puluhan

Tua  Hampir berhenti sepenuhnya
 Tubuh menyusut dan mengecil

20

6.3 Sokongan, Pertumbuhan dan Kestabilan dalam Tumbuhan
1. Kepentingan sokongan dalam tumbuhan:

(a) Memastikan ia tumbuh tegak dan mendedahkan
 daun kepada cahaya matahari utk fotosintesis
 bunga daun kepada serangga dan angin untuk pendebungaan
 buah untuk penyebaran biji benih

(b) Menyokong berat tumbuhan
(c) Menyediakan kekuatan untuk menentang halangan angin dan air

2. Sokongan utama bagi tumbuhan:

Sokongan Utama Tumbuhan

Batang Akar
 Mencengkam tanah
 Menyokong berat batang
dan daun

3. Sistem sokongan dalam Tumbuhan
Sistem sokongan dalam Tumbuhan

Tumbuhan Darat Tumbuhan Akuatik

Tumbuhan Berkayu Tumbuhan Herba

4. Sistem sokongan tumbuhan daratan:

Jenis tumbuhan daratan Ciri-ciri Sokongan Tambahan
1. Tumbuhan Berkayu  Akar banir
 Besar
 Tinggi Contoh:pokok durian, pokok angsana,
 Tisunya terbina
pokok ru
daripada lignin  Akar sokong

(bahan kompleks Contoh:pokok pandan, pokok banyan,

yang tegar dan pokok ara
 Akar jangkang
keras)
Contoh:pokok bakau
2. Tumbuhan Herba  Bergantung  Sulur paut
pada air untuk
sokongan Contoh:pokok timun, pokok labu
 Batang melilit
 Air member
kesegahan yg Contoh:pokok seri pagi, pokok peria
memastikannya  Akar cengkam
tegak dan tidak
layu Contoh:pokok deduit, pokok orkid
 Batang berongga

Contoh:pokok betik

21

Sokongan Tambahan dalam Tumbuhan Berkayu

Akar Banir Akar Sokong Akar Jankang

Sokongan Tambahan dalam Tumbuhan Herba

Sulur paut Batang melilit Akar cengkam Batang berongga

5. Sistem sokongan tumbuhan akuatik:

Jenis tumbuhan daratan Ciri-ciri Sokongan Tambahan

Tumbuhan Akuatik  Tiada tisu  Daya apungan air
 Tisu aerenkima - sel berdinding
berkayu

nipis dan membentuk ruang-ruang

udara
 Batang berongga

Sokongan Tambahan dalam Tumbuhan Akuatik

Tisu Aerenkima Batang Berongga
22

Menentukan Usia Tumbuhan
1. Cara menentukan usia tumbuhan:

(a) mengira gelang pertumbuhan pada batang tumbuhan berkayu yang ditebang
(b) mengira gelang pertumbuhan pada batang tumbuhan berkayu yang ditebuk

2. Cara mengira gelang pertumbuhan yang dilihat di dalam batang tumbuhan berkayu yang
ditebang
(a) Pokok yang ingin ditetukan usianya akan ditebang
(b) Pokok dipotong merentasi batang
(c) Gelang yang terdapat pada batang pokok dikira-
(d) Satu gelang mewakili satu tahun.[Gelang gelap +Gelang cerah= 1 tahun]

Gelang Tahunan = 24 Tahun Gelang Tahun = _______ Tahun

3. Cara mengira gelang pertumbuhan terdapatdi dalam batang tumbuhan berkayu yang
ditebuk
(a) Pokok tidak ditebang tetapi dikorek menggunakan gerudi khas.

(b) Pokok digerudi sehingga 75% mata gerudi atau separuh ukur lilit pokok

(c) Mata gerudi dikeluarkan dan gegeang pertumbuhan dikira

(d) Cara ini akan menyelamatkan pokok daripada ditebang.

Pusat pokok

23

Menghubungkait Sistem Sokongan dan Kestabilan dlm Tumbuhan

Jenis tumbuhan Sistem Sokongan

1. Tumbuhan 1. Tisu berkayu memberikan sokongan dan kestabilan pada pokok

Berkayu besar dan tinggi

2. Akar banir dan akar jangkang yang kukuh menjadikan pokok besar

berdiri tegak dan stabil

2. Tumbuhan Herba 3. Sulur paut dan batang melilit pada pokok herba membantu

tumbuhan mencapai kawasan yang lebih tinggi untuk

mendapatkan cahaya matahari

4. Akar sokongan mampu menyokong tumbuhan herba yang rendah

untuk stabil

3. Tumbuhan Akuatik 1. Batang berongga menjadikan pokok terapung

2. Batang yang lembut dan nipis membolehkan tumbuhan yang

tenggelam kekal tegak dan stabil serta boleh melentur dan

membengkok di dalam arus

3. Daun yang halus mengurangkan rintangan air agar pokok lebih

stabil

Pola Pertumbuhan Tumbuhan

Peringkat  Penerangan
AB  Percambahan biji benih berlaku.
 Pada permulaan, terdapat pertumbuhan negatif .
Jisim kering berkurangan disebabkan makanan simpanan dalam kotiledon
BCD  digunakan semasa respirasi sel untuk membekalkan tenaga semasa
 pertumbuhan.
DE Daun hijau terhasil
EF  Fotosintesis berlaku di mana bahan makan organik dihasilkan dan sel-sel
 baru terhasil
 Ini menyebabkan jisim kering meningkat.
 Kadar pertumbuhan sangat cepat.
 Tumbuhan matang dan membiak.
 Jisim kering malar.
Kadar pertumbuhan sifar
 Tumbuhan hilang jisim dengan cepat disebabkan penyebaran buah dan biji
 benih.
 Ini diikuti dengan proses penuaan dan kemudiannya kematian.
Pengguguran daun dan bunga.
Jisim kering menurun.

24

Soalan Objektif
1. Antara haiwan berikut, yang manakah mempunyai rangka dalam?

Which of the following animals has endoskeleton?
A. Obor-obor/Jelly fish
B. Cengkerik/Cricket
C. Udang/Shrimp
D. Ikan /Fish

2. Lintah bulan dan beluncas mempunyai ciri sepunya. Antara yang berikut, yang manakah ciri
sepunya bagi haiwan-haiwan tersebut?
A slug and caterpillar have a common characteristic. Which of the following is a common
characteristic of the animals?
A. Mempunyai rangka luar yang keras
Have hard exoskeletons
B. Berat badan disokong oleh daya apungan air
Body weight is supported by the water buoyancy force
C. Menggunakan bendalir di dalam badan untuk menyokong badan
Use fluid in the body to support the body
D. Rangka dalam memberi sokongan kepada badan
Endoskeleton supports the body

3. Antara pasangan yang berikut, yang manakah betul tentang haiwan dan jenis rangkanya?
Which of the pairs is correct about the animal and its type of skeleton?

Haiwan/ Animal Jenis rangka/ Type of skeleton
A. Sotong/ Squid Rangka luar/ Exoskeleton
B. Kala jengking/ Scorpion
C. Kumbang/ Beetle Rangka hidrostatik/ Hydrostatic skeleton
D. Kelawar/ Bat Rangka dalam/ Endoskeleton
Rangka dalam/ Endoskeleton

4. Rajah 1 menunjukkan lengkung pertumbuhan sejenis haiwan.
Diagram 1 shows the growth curve of a type of animal.

Rajah 1/ Diagram 1

Antara haiwan berikut, yang manakah mempunyai lengkung pertumbuhan seperti
di atas?
Which of the following animals has a growth curve as shown above?
A Kucing/Cat
B Lintah/Leech
C Burung/Bird
D Lipas/Cockroach

25

5. Rajah 4 menunjukkan lengkung pertumbuhan manusia.
Diagram 4 shows the growth curve of humans.

Rajah 4/ Diagram 4
Bahagian berlabel yang manakah menunjukkan pertumbuhan negatif?
Which labelled part shows negative growth?

AQ
BR
CS
DT
6. Rajah 3 menunjukkan lengkung pertumbuhan manusia berdasarkan ketinggian.
Diagram 3 shows a human growth curve based on height.

Rajah 3/Diagram 3
Antara peringkat A, B, C dan D, pada peringkat yang manakah kanak-kanak mencapai
akil baligh?
At which stage, A, B, C or D does a child reach puberty?

26

7. Pada peringkat manusia yang manakah kadar pertumbuhan lelaki dan perempuan adalah
hampir sama?
At which stage is the growth rate of boys and girls almost the same?
A. Bayi/ Infancy
B. Kanak-kanak/ Childhood
C. Remaja/ Adolescence
D. Dewasa/ Adulthood

8. Rajah 2 menunjukkan rangka dalam seekor ikan paus.
Diagram 2 shows endoskeleton of a whale.

Rajah 2/ Diagram 2

Selain daripada rangka dalam, apakah yang membantu ikan paus menyokong berat
badannya di dalam air?
Apart from the endoskeleton, what aids the whale to support its body in the water?
A Daya apung/ Buoyancy
B Lengkungan pelvis/ Pelvic girdle
C Lengkungan pectoral/ Pectoral girdle
D Rangka hidrostatik/ Hydrostatic skeleton

9. Berapakah bilangan tulang dalam tubuh manusia?
How many bones are there in the human body?
A 180
B 201
C 206
D 207

10. Antara yang berikut, yang manakah bukan rangka paksi?
Which of the following is not an axial skeleton?
A Tengkorak/ Skull
B Turus vertebra/ Vertebral column
C Sangkar rusuk/ Ribcage
D Lengkungan pektoral/ Pectoral girdle

11. Antara yang berikut, yang manakah mengikat lengkungan pektoral dengan humerus?
Which of the following bonds the pectoral girdle with the humerus?
A. Tendon/ Tendon
B. Rawan/ Cartilage
C. Ligamen/ Ligament
D. Patela/ Patella

27

12. Mengapakah zirafah adalah tidak stabil?
Why is a giraffe not stable?
A. Luas tapaknya kecil
The base area is small
B. Pusat gravitinya tinggi
The centre of gravity is high
C. Saiz badannya besar
The size of its body is large
D. Berat badannya besar
Heavy body weight

13. Rajah 3 menunjukkan sendi pada lutut manusia.
Diagram 3 shows a joint at the human knee.

Rajah 3/ Diagram 3

Bahagian berlabel yang manakah ialah ligamen?
Which labelled part is the ligament?
AP
BQ
CR
DS

14. Antara yang berikut, yang manakah fungsi tendon yang betul?
Which of the following is the correct function of tendon?
A. Untuk menghubungkan otot dengan tulang
To connect muscles to bones
B. Untuk menghubungkan tulang dengan tulang
To connect bones to bones
C. Bertindak sebagai kusyen dan pelindung terhadap sendi
Acts as a cushion and gives protection to joints
D. Bertindak sebagai pelincir kepada sendi
Acts as a lubricant to joints

28

15. Antara yang berikut, yang manakah berlaku semasa meluruskan lengan?
Which of the following takes place during the straightening of arms?
A. Otot triseps mengendur
Triceps muscles relax
B. Otot biseps mengecut
Biceps muscles contract
C. Tendon menarik tulang radius
Tendon pulls the radius bone
D. Tendon menarik tulang ulna
Tendon pulls the ulna bone

16. Antara struktur berikut, yang manakah membantu menyokong tumbuhan herba?
Which of the following structures helps to support herbaceous plants?
A. Akar sokong/ Prop roots
B. Akar banir/ Butress roots
C. Akar cengkam/ Clasping roots
D. Akar jangkang/ Stilt roots

17. Rajah 1 menunjukkan keratan rentas batang teratai.
Diagram 1 shows a cross-section of the lotus stem.

x

Rajah 1/Diagram 1

Struktur X membolehkan teratai
Structure X enables the lotus to
A. terapung

float
B. bernafas

breathe
C. mengangkut air

transport water
D. mengangkut makanan

transport food

29

18. Rajah 2 menunjukkan keratan rentas suatu batang tumbuhan.
Diagram 2 shows a cross-section of the stem of a plant.

Kulit
Bark

Tisu berkayu
Woody berkayu

Rajah 2/Diagram 2
Apakah tumbuhan itu?
What is the plant?
I Pokok kelapa/ Coconut tree
II Pokok mangga/ Mango tree
III Pokok durian/ Durian tree
IV Pokok keembung/ Balsam plant

A I dan II/I and II
B I dan III/I and III
C II dan III/II and III
D I, II dan IV/I, II and IV

19. Tumbuhan yang berikut dipadankan dengan cara sokongan tambahannya. Antara yang
berikut, yang manakah betul?
The following plants are paired with their methods of additional support. Which is correct?

Tumbuhan/ Plant Sokongan/ Support
A. Orkid/ Orchid Akar banir/ Buttress roots
B. Rotan/ Rattan
C. Jagung/ Maize Duri/ Thorns
D. Timun/ Cucumber Sulur paut/ Tendrils
Tisu berkayu/ Woody tissues

20. Sokongan adalah penting untuk tumbuhan bagi membolehkan mereka mendapat
Support is important to plants to enable them to obtain
A. air/ water
B. ruang/ space
C. makanan/ food
D. matahari/ sunlight

30

Soalan Struktur
1. Rajah 1 menunjukkan tulang dan otot pada lengan manusia.

Diagram 1 shows the bones and muscles at the human arm.

Rajah 1/ Diagram 1
(a) Namakan otot yang berlabel X dan Y.

Name the muscles labelled X and Y.
X: ……………………………………………………………………………………………………
Y: ……………………………………………………………………………………………………

[2 markah/marks]
(b) Jelaskan tindakan otot X dan Y dalam mewujudkan pergerakan pada lengan manusia.

Explain the action of muscles X and Y in establishing movement in the human arm.
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
.……………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………….

[2 markah/marks]
(c) (i) Namakan tisu yang menghubungkan tulang dengan otot.

Name the tissue that connects bones to muscles.
……………………………………………………………………………………………………….

[1 markah/mark]
(ii) Nyatakan ciri-ciri tisu ini.

State the characteristic of this tissue.
……………………………………………………………………………………………………….

[1 markah/mark]
31

2. Rajah 2 menunjukkan tiga haiwan yang berbeza.
Diagram 2 shows three different animals.

KL M

Rajah 2/ Diagram 2

(a) Berikan dua faktor yang mempengaruhi kestabilan objek.
Give two factors that affect the stability of objects.

.……………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………….
[2 markah/marks]

(b) Jelaskan bagaimana haiwan K mengekalkan kestabilan badannya ketika minum.
Explain how animal K maintains its body stability when drinking water.

……………………………………………………………………………………………………….
[1 markah/mark]

(c) Jelaskan bagaimana haiwan L mengekalkan kestabilan badannya.
Explain how animal L maintains its body stability.

………………………………………………………………………………………………...….…

……………………………………………………………………………………………………...
[1 markah/mark]

(i) Antara haiwan K dan M, yang manakah lebih stabil?
Between animal K and M, which is more stable?

……………………………………………………………………………………………………….
[1 markah/mark]

(ii) Jelaskan jawapan anda.
Explain your answer.

………………………………………………………………………………………………...….…

……………………………………………………………………………………………………...
[1 markah/mark]

32

3. Rajah 3 menunjukkan pengelasan sistem rangka manusia.
Diagram 3 shows the classification of human skeletal system.

Rajah 3/ Diagram 3
(a) Kenal pasti X, Y dan Z dalam rajah di atas.

Identify X, Y and Z in the diagram above.
X: .........................................................................................................................................
Y: .........................................................................................................................................
Z: .........................................................................................................................................

[3 markah/marks]
(b) Apakah fungsi Z?

What is the function of Z?
……………………………………………………………………………………………………….

[1 markah/mark]
(c) Nyatakan fungsi Y.

State the function of Y.
……………………………………………………………………………………………………….

[1 markah/mark]
(d) Ketika dilahirkan manusia mempunyai 275 tulang tetapi apabila dewasa mempunyai 206

tulang. Jelaskan perbezaan ini.
At birth, humans have 275 bones but in adulthood they have 206 bones. Explain the
difference.
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
.……………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………….

[1 markah/marks]

33

Soalan Esei

1. Kaji pernyataan di bawah.
Study the statement below.

Vertebrata darat bersaiz besar mempunyai tulang yang besar, padat dan kuat kerana
berat badannya disokong oleh rangka dalam tetapi burung mempunyai tulang yang
berongga.
Tulang berongga lebih kuat daripada tulang yang padat.
Large land vertebrates have large, compact, and strong bones because their body weight
are supported by endoskeleton but birds have hollow bones. Hollow bones are stronger
than compact bones.

(a) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas.
Suggest one hypothesis to investigate the above statement.

[1 markah/mark]

(b) Menggunakan Kertas A4, pita selofan, penutup kotak,Buku teks dan radas yang lain
Huraikan satu eksperimen untuk menguji hipotesis di 1(a) berdasarkan kriteria berikut:
Describe one experiment to test the hypothesis in 1(a) based on the following criteria:

(i) Tujuan eksperimen [1 markah/mark]
Aim of the experiment [3 markah/marks]
[1 markah/mark]
(ii) Mengenal pasti pemboleh ubah [3 markah/marks]
Identification of variables [1 markah/mark]

(iii) Senarai radas dan bahan
List of apparatus and materials

(iv) Prosedur atau kaedah
Procedure or methodology

(v) Penjadualan data
Tabulation of data

34

Jawapan  Tulang berongga lebih kuat daripada tulang yang padat./
(a) Hipotesis:
(b)(i) Tujuan: Hollow bones are stronger than compact bones.
 Membandingkan kekuatan tulang yang padat dengan tulang
(ii) Pemboleh ubah:
yang berongga./
(iii) Bahan dan radas
(iv) Prosedur To compare the strength of a compact bone with a hollow bone.

Dimanipulasikan/ Jenis silinder (padat atau berongga)/

Manipulated Type of cylinder (compact or hollow)

Bergerak balas/ Bilangan buku teks yang boleh disokong oleh

Responding silinder/

Number of text books that can be supported by

the cylinders

Dimalarkan/ Panjang dan diameter silinder/

Constant Length and diameter of cylinder

Kertas A4, pita selofan, penutup kotak,Buku teks dan gunting/

A4 paper, cellophane tape, box cover, text books and scissors

1. Buatkan 4 silinder yang berongga berukuran 2.5 cm dengan

menggunakan kertas A4. Lekatkan pita selofan di bawah dan

atas gulungan kertas.

Make 4 hollow cylinders measuring 2.5 cm using A4 paper.

Attach cellophane tape to the bottom and top of the paper roll.

2. Lekatkan setiap silinder pada bahagian sudut penutup kotak.

Label struktur ini sebagai Model X.

Attach each cylinder to the corner of the box cover. Label this

structure as Model X.

3. Buatkan 4 silinder yang padat berukuran 2.5 cm dengan

menggunakan kertas A4. Lekatkan pita selofan di bawah dan

atas gulungan kertas.

Make 4 compact cylinders measuring 2.5 cm using A4 paper.

Attach cellophane tape to the bottom and top of the paper roll.

4. Lekatkan setiap silinder pada bahagian sudut penutup kotak.

Label struktur ini sebagai Model Y.

Attach each cylinder to the corner of the box cover. Label this

structure as Model Y.

5. Letakkan buku teks satu persatu di atas setiap model sehingga

silinder kertas bengkok.

Place text books one after another on each model until the paper

cylinder bends.

(v) Penjadualan data Jenis silinder/ Bilangan buku teks yang boleh disokong

Type of cylinder Number of text books that can be supported

Berongga/ Hollow

Padat/ Compact

35

(a) Hipotesis:

(b)(i) Tujuan:

(ii) Pemboleh ubah: Dimanipulasikan/
(iii) Bahan dan radas Bergerak balas/
Dimalarkan/

(iv) Prosedur

(v) Penjadualan data
36

2. (a) Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi kestabilan haiwan. Berikan penerangan.
State two factors affecting the stability of animals. Give an explanation.

[4 markah/4 marks]

(b) Rajah 2 menunjukkan empat jenis haiwan yang disokong oleh rangka hidrostatik.
Diagram 2 shows four types of animal supported by hydrostatic skeletons.

Beluncas Cacing tanah
Catterpillar Earthworm

Rangka hidrostatik
Hydrostatic skeleton

Cacing pita Pacat
Tapeworm Leech

Rajah 2/Diagram 2

Kaji haiwan-haiwan yang disokong oleh rangka hidrostatik seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 2 dan bina konsep rangka hidrostatik. Jawapan anda hendaklah
berdasarkan aspek-aspek yang berikut:
Study the animals supported by hydrostatic skeletons as shown in Diagram 2 and
construct a concept of hydrostatic skeleton. Your answer should be based on the
following aspects:

(i) Tuliskan maklumat daripada Rajah 2.
Write down the information in Diagram 2.

[1 markah/1 mark]

(ii) Kenal pasti dua ciri sepunya.
Identify two common characteristics.

[2 markah/2 marks]

(iii) Beri satu contoh lain haiwan yang disokong oleh rangka hidrostatik.
Give one other example of an animal supported by hydrostatic skeleton.
[1 markah/1 mark]

(iv) Beri satu contoh haiwan yang disokong oleh rangka luar.
Give one example of an animal supported by ectoskeleton.
[1 markah/1 mark]

(v) Hubungkaitkan ciri sepunya untuk membina konsep rangka hidrostatik.
Relate the common characteristics to construct a concept of hydrostatic skeleton.

[2 markah/2 marks]

37

Jawapan:

(a) Dua faktor yang mempengaruhi kestabilan haiwan

(i) Pusat graviti/ Semakin rendah pusat graviti haiwan, semakin stabil haiwan itu./

Centre of gravity The lower the centre of animal gravity, the more stable the animal

will be.

(ii) Luas tapak/ Semakin luas tapak haiwan, semakin stabil haiwan itu./

Base area The larger the animal base, the more stable the animal will be.

(b) Konsep Rangka Hdrostatik
(i) Kenal pasti maklumat

(ii) Ciri-ciri sepunya

(iii) Contoh lain
(iv) Bukan contoh
(v)Konsep sebenar

38


Click to View FlipBook Version