The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Umie Nurnatasha Hasbollah, 2021-04-22 11:59:54

Ceramah Pendidikan Kesihatan Seksual Dalam Kalangan Remaja Sekolah

Anyflip-converted (1)

KOLEJ TINGKATAN ENAM TUN FATIMAH
LORONG TUN FATIMAH
75400 MELAKA

KERTAS KERJA
KEMPEN PENDIDIKAN KESIHATAN:
CERAMAH PENDIDIKAN KESIHATAN SEKSUAL
DALAM KALANGAN REMAJA SEKOLAH

TARIKH : 4 MEI 2021
HARI :SELASA
MASA :1.20-2.30PTG
TEMPAT:PROGRAM SECARA ATAS TALIAN

ANJURAN BERSAMA:
KELAB BAHASA KTETF
JK KESIHATAN (PROGRAM 3K) KTETF

DAN
KOLEJ KEJURURAWATAN DAN SAINS KESIHATAN ORIENTAL NILAM

KERTAS KERJA KEMPEN PENDIDIKAN KESIHATAN: CERAMAH PENDIDIKAN KESIHATAN
SEKSUAL DALAM KALANGAN REMAJA SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan dan ilmu kesihatan seksual remaja adalah perlu kerana ia semakin mendesak

dengan peningkatan pelbagai gejala sosial yang berpunca daripada amalan seks yang tidak sihat
dalam kalangan anak muda. Mereka berhak untuk mendapat maklumat yang tepat dan mendapat
kemudahan perkhidmatan kesihatan seksual yang bersesuaian. Program ini bertujuan untuk
mewujudkan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan kesihatan seksual remaja dalam
membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

2.0 MATLAMAT
Matlamat utama program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran kepada pelajar tentang

kepentingan kesihatan seksual dalam kalangan remaja dan juga memberi pendedahan kepada
mereka tentang sains ilmu kesihatan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Menyasarkan 90% warga pelajar menghadiri program ini.
3.2 Memastikan 100% ahli jawatankuasa projek bekerjasama, tolong-menolong dalam
menjayakan program ini.
3.3 Menyasarkan 80% pelajar menjawab soal selidik tentang kepentingan kesedaran kesihatan
seksual dalam kalangan remaja.

4.0 RASIONAL
Program ini diadakan atas pertimbangan yang berikut :
2.1 Sesetengah pelajar tidak mempunyai pengetahuan tentang kepentingan kesihatan seksual
remaja. Demi masa depan, mereka perlu dibantu dengan diberikan kesedaran dan tindakan
yang boleh dilakukan.
2.2 Langkah mengadakan program ini secara khusus dengan menjemput penceramah difikirkan
dapat menarik perhatian pelajar. Ilmu dan pengetahuan yang diperoleh diharapkan dapat
menyedarkan mereka akan kepentingan kesihatan seksual remaja.

5.0 KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah.

6.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat Puan Hajah Nor Afzan binti Mat Salleh Pengetua
Pengerusi Encik Aravina Asla bin Yaacob GPK Kokurikulum
Naib Pengerusi 1 Cik Tee Siew Fong GPK Pentadbiran
Naib Pengerusi 2 Encik Azman bin Harun GPK HEM
Penyelaras Encik Tan Sze Chuan KJ Sains dan Matematik
Setiausaha Cik Chen Chee Sim JK Kesihatan (Program 3K)
Ketua Guru Penasihat
Penolong Setiausaha Puan Loy In Tiau Kelab Bahasa

6.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA PROGRAM (AHLI KELAB BAHASA)

Penasihat Program Cik Chen Chee Sim Guru Kesihatan
Puan Loy In Tiau Ketua Guru Penasihat Kelab
Pengurus Projek Beh Shi Ting Bahasa
Timbalan Pengurus Nur Afiqah Najihah Binti Musa B21-PHY
Projek 1
Timbalan Pengurus Subalaximi A/P Sundaram B21-BM1
Projek 2 Fatin Umairah Binti Othman
Setiausaha B21-BIO

B21-BM2

Bidang Tugas AJK: Puan Hajah Siti Fatimah binti Ahmad Guru Penasihat Kelab Bahasa

Penyelaras: Mimie Qarinah binti ZaIri B21-BM2
Pengacara Majlis Ahmad Nurariffin bin Mohamad B21-SS1
Bacaan Doa

Penyelaras: Cik Ong Kwee Hoon Guru Penasihat Kelab Bahasa

Puan Azlina binti Abdullah Guru Pendidikan Digital Kolej
Encik Mohd Khairil Naim bin Salleh
B21-BM1
Unit ICT/”Live Steaming” Nur Shaidatul Alyaa binti Mat Zaki B21-BM2
Fazliah Hafizah binti Mohd Dom B21-BM2
Nur Sufiah binti Zahari B21-EKN
Dashwin A/L Anandhan

Sesi Soaljawab Farah Inshyra binti Mohd Zulfakar B21-SVS
Siti Batrisyia binti Ali B21-KMK

Penyelaras: Cik Teo Mei Yen Guru Penasihat Kelab Bahasa
Buku Program/Anyflip
Publisiti Chan Jie Xuan B21-PHY
How Siao Wei B21-SEJ
Umie Nurnatasha binti Hasbollah B21-BM1
B21-KMK
Lee Sing Yi B21-PP2
Pang Jie
Guru Penasihat Kelab Bahasa
Penyelaras: Puan Loy In Tiau
B21-PP2
Fotografi Lee Min Rong B21-PP2
Soal selidik Wee Yii Zhe B21-BIO
B21-PP2
Subalaximi A/P Sundaram
Tan Min Hao B21-BM2
B21-BM2
Dokumentasi & Laporan Nurul Fatihah binti Mohd Lizan
Nur Farahanin binti Salleh B21-PHY

Sijil Goh Jia Yee

8.0 ATUR CARA PROGRAM

Masa Pengisian
1.20 ptg
1.25 ptg Kata-kata aluan oleh Pengacara Majlis
1.30 ptg
2.00 ptg Bacaan doa
2.10 ptg Live streaming ceramah “Pendidikan Kesihatan Seksual dalam
2.30 ptg Kalangan Remaja Sekolah”
Sesi soal jawab

Taklimat pegawai pemasaran Kolej Oriental Nilam

Ucapan penutup oleh Pengacara Majlis

10.0 PENUTUP
Diharapkan agar program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan

mendapat kerjasama daripada semua pihak dan dapat mencapai objektif yang disasarkan serta
dapat membuka minda pelajar tentang kesihatan seksual.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas
kerjasama dan bantuan yang telah diberikan


Click to View FlipBook Version