KAJIAN LAPANGAN
KEGIATAN EKONOMI DI
KAWASAN PERINDUSTRIAN
SUNGAI PETANI, KEDAH
Disediakan oleh : Nursyamimie binti Atid (3 Ihsan)
PENGHARGAAN
Pertama sekali, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat saya
menyiapkan tugasan kursus Geografi ini dengan jayanya.Ribuan terima kasih diucapkan
kepada pengetua SBP Integrasi Kubang Pasu, Encik Haris Ganae bin Nainar kerana telah
memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.Tidak lupa juga jutaan terima
kasih kepada guru Geografi saya iaitu Puan Asmaniza binti Yop atas tunjuk ajar dan bimbingan
kepada saya demi memastikan kajian dijalankan dengan sempurna.
Seterusnya, ucapan terima kasih di ajukan kepada kedua ibu bapa saya, Puan Nor Zalina binti
Ismail dan Encik Atid bin Daud yang banyak memberi sokongan dan dorongan sepanjang
menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya
iaitu Amni, Insyirah dan Atiyah yang telah memberi maklumat dan informasi berkaitan kajian
lapangan untuk disiapkan bersama-sama.
Tanpa bantuan dan sokongan daripada semua pihak, tidak mungkin saya dapat menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.
PENDAHULUAN
Kajian lapangan ini merupakan tugasan wajib seperti yang diarahkan oleh Lembaga
Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dijalankan oleh setiap pelajar tingkatan 3.
Tajuk kajian bagi kajian lapangan saya adalah Kegiatan Ekonomi di Kawasan Perindustrian
Sungai Petani, Kedah. Saya Nursyamimie binti Atid pelajar tingkatan 3 Ihsan dari SBP Integrasi
Kubang Pasu telah melakukan kajian ini di kawan Perindustrian Sungai Petani.
Antara sebab utama saya memilih Bandar Amanjaya sebagai kawasan kajian kerana ia
berdekatan dengan tempat tinggal saya dan merupakan kawasan yang strategik. Hal ini akan
memudahkan urusan saya untuk membuat kajian. Selain itu, saya juga mahir dengan kawasan
ini justeru memudahkan saya mendapat data-data yang berguna untuk direkodkan dalam kerja
kursus saya.
Tempoh masa yang diberikan kepada saya telah saya gunakan dengan sebaiknya dari hari
pertama sehingga hari kerja kursus ini disiapkan. Saya bersyukur dan bangga kerana kajian
saya ini boleh dijadikan panduan kepada saya.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan
kajian peta melalui aspek dan perkara-perkara seperti berikut:
• Mengenal pasti kegiatan ekonomi utama di Kawasan Perindustrian Sungai
Petani, Kedah.
• Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi utama
di Kawasan Perindustrian Sungai Petani, Kedah.
• Menghuraikan kepentingan kegiatan ekonomi utama tersebut kepada
Kawasan Perindustrian Sungai Petani, Kedah.
LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
Tafsiran Peta Kawasan Kajian
Kawasan kajian yang saya pilih ialah Kawasan
Perindustrian Sungai Petani yang terletak di
Kedah.Antara ciri pandang darat fizikal yang
dapat dilihat di dalam peta ialah kontur,
hutan dan bukit.
Bagi ciri pandang darat budaya pula ialah
jalan raya, kilang, terminal bas dan kedai.
Peta Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam Hasil kajian saya mendapati majoriti
penduduk di kawasan ini merupakan kaum
melayu, cina dan india. Bilangan penduduk di
kawasan ini adalah dalam sekitar 5000 orang.
Hasil soal selidik menyatakan bahawa
majoriti penduduk di kawasan ini terlibat
dalam pekerjaan sektor sekunder yang
terdiri daripada perindustrian.
KAEDAH KAJIAN
Saya menjalankan kajian ini menggunakan kaedah berikut:
• Rujukan Internet : Saya menggunakan kaedah merujuk Internet untuk mendapatkan
maklumat dengan lebih terperinci berkait dengan kajian lapangan ini.
• Pemerhatian : Saya menggunakan kaedah pemerhatian untuk menentukan kegiatan
ekonomi utama di kawasan kajian.
• Temu Bual : Saya menggunakan kaedah temu hual untuk mendapatkan maklumat
daripada orang yang lebih berpengetahuan.
KEGIATAN EKONOMI UTAMA DI KAWASAN KAJIAN SAYA IALAH
PERINDUSTRIAN. PERINDUSTRIAN YANG DIJALANKAN DI
KAWASAN INI IALAH KILANG MEMPROSES BAHAN MENTAH
MENJADI BARANGAN SIAP
LASER INDUSTRIES SDN. BHD.
Faktor yang mempengaruhi Kegiatan ekonomi perindustrian ialah bentuk muka bumi
iaitu tanah pamah.Hal ini kerana tanah pamah yang lapang mudah untuk membina
kilang di kawasan tersebut.Contohnya,kilang dapat dibina di mana-mana kawasan
tanah pamah yang sesuai agar bilangan kilang di kawasan ini bertambah.Selain itu,
teknologi moden yang terdapat pada zaman sekarang juga merupakan salah satu
faktor kegiatan ekonomi.Penggunaan teknologi yang canggih dan moden dapat
mempercepatkan kerja dan meningkatkan jumlah keluaran.Sebagai contoh,pekerja
industri akan menjadi mudah dan kualiti produk akan meningkat jika menggunakan
teknologi ini.
Tanah Pamah Penggunaan Robotik Sebagai Teknologi Moden
KEPENTINGAN KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN KAJIAN SAYA ADALAH
MEWUJUDKAN PELUANG PEKERJAAN KEPADA PENDUDUK TEMPATAN.HAL INI
DAPAT MENGURANGKAN PENDUDUK ATAU RAKYAT MALAYSIA YANG
MENGANGGUR.CONTOHNYA, JIKA SESEORANG TIDAK MEMPUNYAI KERJA,
MEREKA BOLEH BEKERJA DI KAWASAN INI KERANA BANYAK PELUANG
PEKERJAAN YANG AKAN MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA. DI SAMPING
ITU, KEPENTINGANNYA IALAH PENINGKATAN TARAF HIDUP. HAL INI KERANA
PENDUDUK DAPAT MENINGKATKAN TARAF HIDUP APABILA MELIBATKAN DIRI
DALAM KEGIATAN EKONOMI. SEBAGAI CONTOH, PARA PENJAWAT DAPAT
MENYARA HIDUP DENGAN PENDAPATAN BULANAN YANG DIPEROLEHI.
Pekerja Bekerja Di Kilang Peningkatan Taraf Hidup Dengan Membeli Rumah
RUMUSAN
Kesimpulannya, kegiatan ekonomi utama dikawasan kajian ini ialah perindustrian. Faktor ayang
mempengaruhi kegiatan ekonomi utama ini ialah bentuk muka bumi iaitu tanah pamah dan
teknologi moden.
Segala maklumat yang diminta telah saya nyatakan dalam kajian ini. Segala objektif bagi kajian ini
telah berjaya dicapai dengan baik. Setiap maklumat yang diperoleh telah dianalisis dengan baik
untuk mendapatlan kesimpulan yang bagus.
Tidak dapat dinafikan, banyak dugaan yang telah saya tempuhi sepanjang menjalankan kajian ini.
Antaranya ialah saya perlu memastikan maklumat yang diperolehi tepat dan tidak palsu.Walau
bagaimanapun, saya tetap gembira dan berpuas hati dengan kajian yang telah saya jalankan
dengan bantuan guru mata pelajaran Geografi, ibu bapa dan juga rakan-rakan.
Saya mendapati kajian saya masih mempunyai kekurangan dan kelemahan walaupun sudah dikaji
dengan teliti. Saya berharap agar dapat melakukan kajian ini dengan lebih baik pada masa akan
datang dengan penambahbaikan yang menarik dan saya juga berharap agar kajian ini dapat
memberikan sumbangan kepada penduduk setempat mahupun negara.