PERNIAGAAN ANTARABANGSA
SPP 30143
TAJUK :
PROTON HOLDINGS BERHAD
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA PELAJAR NO.MATRIKS
NUR SHAHIRAH BINTI SHAHRUL HISHAM B02SPP21F021
NUR ATIKA BINTI ABD RAZAK B02SPP21F008
KELAS : SPP 3A
PENSYARAH :
MADAM SYERIE NOER HIDAYATY
BINTI MUHAMAD BASIR
1
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana telah
mengurniakan kami kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan
jayanya
Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
tercinta saya, Madam Syerie Noer Hidayaty binti Muhamad Basir kerana tunjuk ajar serta
bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan
suksesnya.
Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah
banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah
mereka hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua
tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik
Sekian, terima kasih
2
2.0 Isi Kandungan Muka surat
1
Bil. Kandungan 2
1.0 Halaman tajuk / Muka hadapan 3
2.0 Penghargaan
3.0 Isi kandungan 4-5
4.0 Profil perniagaan
5.0 Cabaran yang dihadapi oleh Syarikat Proton 6-9
10
5.1 Struktur Organisasi 11 - 12
5.2 Kawalan Pengurusan 13
5.3 Politik dan perundangan 14 - 15
5.4 Ekonomi
5.5 Sosiobudaya 16
6.0 Risiko yang dihadapi oleh Syarikat Proton 17
6.1 Risiko Ekonomi 18
6.2 Risiko Politik 19
6.3 Risiko Kredit 20
6.4 Risiko Pemilikan Negara 21
6.5 Risiko Penghantaran Balik Modal dan Dividen 22
6.6 Risiko Pertukaran Mata Wang 23
7.0 Rumusan
8.0 Sumber Rujukan
3
1.0 Profil Perniagaan
Nama syarikat Proton Holdings Berhad
Alamat perniagaan 40918, Shah Alam, Malaysia, KESAS, Batu Tiga,
Visi 40918
Untuk menjadi sebuah syarikat kejuruteraan
Misi automotif yang berjaya di peringkat global dan
berorientasikan kepuasan pelanggan seterusnya
menghasilkan produk dengan harga yang
kompetetif dan inovatif
• Untuk pelanggan
Proton berusaha untuk memastikan
kepuasan pelanggan dengan
menyediakan kereta yang berkualiti dan
produk berkaitan dan perkhidmatan yang
lebih cekap dan berkesan daripada
pesaing
• Untuk pemegang saham
Proton berusaha untuk menjana
pendapatan yang baik dengan
pertumbuhan yang stabil melalui
pengurusan sumber yang cekap
4
• Untuk pekerja
Proton komited untuk mewujudkan
persekitaran kerja yang kondusif
sementara memberi tumpuan kepada
pembangunan sumber manusia dan
pekerjaan jangka panjang
• Untuk korporat
Proton berusaha untuk membangunkan
dan mengekalkan “win-win solution”dan
memberi nilai tambah yang tinggi
• Kepada negara
Proton akan menjadikan warga korporat
yang bertanggungjawab dan boleh
bergerak kearah merealisasikan Wawasan
2020
Logo
Bentuk perniagaan Syarikat Sdn Bhd
5
2.0 Cabaran yang dihadapi oleh syarikat Proton Holdings Berhad
2.1 Struktur organisasi
Proton Holdings Sdn Bhd menjalankan sistem pengurusan berdasarkan penjabatan
fungsian dimana penjabatan ini menyelaraskan, kerja dan pekerja melalui unit-unit yang
berbeza dan setiap unit tersebut mempunyai tanggungjawab atau kepakaran dalam bidang
tertentu. Syarikat ini diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang bertindak untuk
mengawal dan memantau aktiviti unit-unit dibawahnya. Antaranya ialah :
i) Management Committee
➢ Bertanggungjawab untuk menyelia unit-unit kecil dibawahnya seperti Jawatankuasa
Harga, Jawatankuasa Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan, Jawatankuasa
Pertukaran Asing dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Pelaburan
ii) Corprate Planning
➢ Bertanggungjawab untuk membantu dengan membangun, melaksanakan dan
mencapai petunjuk prestasi utama dalam pelan korporat dan pelan perniagaan serta
menyumbang kepada strategi dan pembangunan dasar untuk syarikat
iii) Human Resource
➢ Bertindak untuk merancang sumber manusia, mengambil sumber manusia,
memberikan latihan, membangunkan pekerja, menilai pekerja dan menguatkuasakan
tindakan disiplin bagi sumber manusia yang melanggar peraturan yang telah
ditetapkan oleh syarikat dan unit ini juga dipertanggungjawabkan mengurus hal-hal
berkaitan dalaman syarikat, kemudahan dan mengawasi penyimpanan rekod,
pengedaran surat menyurat dan sebagainya.
iv) International Business
➢ Dipertanggungjawab untuk menguruskan hal berkaitan import, eksport dan
perkhidmatan bersama syarikat asing.
v) Group Finance
➢ Membuat perancangan kumpulan kewangan berasaskan keperluan perniagaan
untuk beroperasi, mengenalpasti peluang pelaburan yang ada serta menilai sumber
pembiayaan yang terbaik, menggunakan dana yang sedia ada secara berkesan dan
menganalisis penyata kewangan yang sedia ada.
6
vi) Unit operations
➢ Bertindak untuk memantau dan menyelia bahagian Kejuruteraan dan Perkilangan
dimana unit keenam ini merupakan bahagian paling utama dalam syarikat bagi
menghasilkan produk dan menjana keuntungan.
vii) Quality Management
➢ Bertindak untuk memastikan syarikat, produk atau perkhidmatan adalah konsisten.
Empat komponen utama perancangan kualiti iaitu perancangan kualiti, jaminan
kualiti, kawalan mutu dan penambahbaikan kualiti. Unit ketujuh ini tidak hanya
tertumpu kepada kualiti produk dan perkhidmatan tetapi cara untuk mencapainya.
viii) Research and Development and New Platform Development.
➢ Unit ini menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap pelbagai aspek teknologi
automotif seperti reka bentuk, pembangunan bahan, aerodinamik, keselamatan aktif,
sistem pelepasan dan pelbagai lagi sebagai sebahagian daripada usaha berterusan
mereka untuk kekal berdaya saing sebagai negara industri automotif. Selain itu, unit
ini mengenalpasti platform baru untuk pasaran didalam negara mahupun
antarabangsa untuk mengembangkan lagi syarikat.
ix) Group Information Technology
➢ Bertanggungjawab menubuhkan, memantau dan menyelenggara sistem dan
pekhidmatan teknologi maklumat serta memastikan rangkaian berfungsi dengan
baik. Selain itu, ia juga bertanggungjawab untuk meningkatkan kecekapan dan
kepantasan pekerjaan, mempertingkatkan tahap komunikasi, pengurusan inventori
dalam talian dan mewujudkan komunikasi dua hala bersama pelanggan di dalam
talian.
x) Marketing and Communication
➢ Merupakan nadi bagi sesebuah organisasi dan unit ini bertindak untuk merancang
dan melaksanakan hebahan publisiti dan promosi keatas semua aktiviti yang
dilakukan oleh syarikat. Unit kesepuluh ini juga perlu merancang dan melaksanakan
kerjasama untuk mengekalkan hubungan dengan pihak luar serta menerbitkan apa
jua naskah bacaan untuk edaran dan juga memantau dan menguruskan sebarang
pertanyaan dan maklumbalas mengenai syarikat
7
xi) Special Project
➢ Bertanggungjawab untuk menyediakan penyelidikan projek-projek khas kualiti
syarikat dan untuk mengkaji mengenai projek-projek yang berpotensi yang
dikemukakan oleh pihak rakan niaga atau pihak swasta
xii) Unit Environment, Health & Safety
➢ Memainkan peranan sebagai unit kesebelas dimana perlu mencegah masalah
kemalangan dan kesihatan pekerja dan orang awam di dalam kawasan organisasi,
merancang pemeriksaan secara berkala terhadap kemudahan keselamatan fizikal
dan keselamatan standard dan merancang pengauditan terhadap tempat, sistem dan
prosedur untuk keselamatan pekerja, melaporkan dan menyiasat semua insiden
yang menyebabkan kecederaan dan kerosakan kepada harta benda dan merancang
langkah-langkah pencegahan, menyediakan dan mengekalkan persekitaran kerja
yang baik dan menyediakan peralatan dan kemudahan yang selamat untuk
mengurangkan keselamatan dan kesihatan bencana dan memberi maklumat terkini
kepada pekerja dan menyediakan latihan kesihatan dan keselamatan yang
mencukupi serta menyemak dan tingkatkan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar
dari semasa ke semasa.
xiii) Unit Group Internal Audit
➢ Membantu sesebuah organisasi mencapai objektifnya dengan membawa
pendekatan yang sistematik dan berdisplin untuk menilai dan meningkatkan
keberkesanan pengurusan risiko, kawalan dan proses urus tadbir.
xiv) Unit Legal
➢ Dalam perniagaan untuk mengekalkan dan mencegah sebarang masalah undang-
undang yang mungkin timbul di dalam organisasi. Unit ini juga memainkan peranan
dalam mengkaji dan merangka kontrak, polisi pekerja dan mengendalikan kes-kes
mahkamah.
8
xv) Unit Purchasing
➢ Bertanggungjawab untuk mendapatkan semua bahan yang diperlukan untuk
pengeluaran atau pengendalian harian syarikat. Bahagian ini juga perlu menilai
secara berterusan sama ada menerima bahan-bahan pada harga terbaik untuk
memaksimumkan keuntungan. Bahagian purchasing boleh berkomunikasi dengan
vendor alternatif, merundingkan harga yang lebih baik untuk pesanan pukal atau
menganalisis kemungkinan mendapatkan bahan-bahan yang lebih murah daripada
sumber alternatif sebagai sebahagian daripada aktiviti harian mereka. Selain itu,
bahagian ini mengendalikan semua dokumen yang terlibat dengan pembelian dan
penghantaran bekalan dan bahan
9
2.2 Kawalan pengurusan
Syarikat Proton merupakan syarikat yang mempunyai banyak cawangan di beberapa negara
seperti Kenya,China,Brunei,Jepun dan Thailand. Kedudukannya yang jauh antara
cawangan dengan syarikat induk menyukarkan kawalan pengurusan dilakukan.
Syarikat Proton akan membuat keputusan dan kawalan ke atas semua cawangan yang
berada di seluruh dunia. Syarikat Proton telah banyak berkongsi persamaan bermula
sebagai tanah jajahan sehingga kepada usaha untuk membangunkan negara masing-
masing.
Proton berusaha untuk mengubah organisasi tempatan supaya bersesuaian dengan ciri-ciri
tempatan. Selain itu, Proton juga boleh mengurangkan risiko kerugian, meluaskan pasaran
dan menjimatkan kos pengeluaran dan menumpukan produk yang sesuai untuk di pasarkan.
10
2.3 Politik dan perundangan
2.3.1 Politik
Proton telah berusaha untuk memasuki pasaran Antarabangsa dengan mengubah suai
produk dan gaya perkhidmatan yang diberikan. Proton telah dieksport model CBU (kereta
yang siap pasang) terus ke beberapa negara. Proton juga menfokuskan eksport ke negara
yang mengaplikasikan pemanduan sebelah kanan iaitu di New Zaeland dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, Proton tidak dapat menembusi pasaran Amerika Syarikat kerana
terdapat banyak pengubahsuaian yang perlu dilakukan kerana Amerika Syarikat amat
menitik-beratkan soal keselamatan kereta di negara tersebut.
Dengan kemasukkan ke pasaran Antarabangsa, Proton telah menghasilkan kereta sukan
yang pertama iaitu Satria GTI yang digunakan di litar lumba Silverstone.
Walaubagaimanapun, terdapat kekangan yang di hadapi iaitu pelanggan perlu membayar
insurans premium yang tinggi terhadap terhadap kereta tersebut. Hal ini kerana kekurangan
dari segi keselamatan model Satria GTI kerana sistem keselamatan kereta tersebut amat
mudah diceroboh.
11
2.3.2 Perundangan
Pasaran Eropah
Salah satu topik utama yang menjadi isu pada tahun 2007 adalah 'green factor' yang
mempengaruhi persepsi UK belian awam. Jualan “environmental car” telah diterajui oleh
pasaran tempatan UK sebagai pengeluar kenderaan bagi segmen cekap bahan api dan
kenderaan pelepasan CO3 yang rendah
Tambahan pula, kesan polisi oleh pasaran Eropah telah mengakibatkan Proton Cars (UK)
Ltd menyaksikan pengurangan dalam jualan sebanyak 8 peratus pada tahun 2007. Namun
begitu, walaupun perbelanjaan pemasaran dikurangkan, jualan pasaran tempatan
meningkat sebanyak 3.5 peratus dalam tempoh tersebut, yang merupakan petanda baik
untuk Proton dalam jangka masa panjang. Jualan model Gen2 bertambah baik sepanjang
tahun dan Satria yang dilancarkan pada bulan Mac 2007 telah diterima baik oleh peniaga,
akhbar permotoran dan orang awam. Walau bagaimanapun, jualan untuk Waja terjejas
akibat penurunan permintaan di seluruh negara manakala Savvy menghadapi persaingan
yang sengit daripada jenama lain dalam kategori kereta kompak
12
2.4 Ekonomi
Untuk mewujudkan perniagaan di luar negara syarikat Proton telah membuat kajian
mengenai sistem ekonomi setiap negara seperti Brunei, Thailand, Jepun, China & Kenya.
Brunei menggunakan sistem ekonomi Liberal dimana perekonomian diatur oleh pemerintah
dan aset atau kekayaan negara dikuasai oleh pihak kerajaan dan swasta.
Bagi negara Jepun pula, mereka telah menggunakan sistem ekonomi pasaran bebas global
yang berindustri. Jepun adalah peneraju dalam pembuatan kereta dan barangan elektronik,
sektor perkhidmatan membentuk bahagian terbesar ekonomi Jepun.
Proton hari ini memuktamadkan perjanjiannya untuk menjual dan servis kenderaan tenaga
baharu (EV) premium daripada smart Automobile Company (smart) di Malaysia dan
Thailand dengan menandatangani Perjanjian Pengedaran Am. Model pertama smart yang
akan dijual oleh Proton semasa fasa pertama kerjasama ini akan dilancarkan pada awal
suku akhir tahun 2023.
13
2.5 Sosiobudaya
Li Chunrong adalah sebagai CEO Proton Holdings Berhad .Ia menubuhkan Cross Function
Team (CFT) untuk mengenal pasti dan menghadapi isu dalam yang berlaku dalam syarikat
dan pada masa yang sama membangunkan budaya kerja baru untuk pasukan Malaysia dan
China. Proton dikatakan menderita dengan pengurusan operasi yang lemah sebelum Geely
(automotive company) datang dan perkara pertama yang dicadangkan oleh CFT adalah
meminta Vendor mengurangkan kos sehingga 30 peratus
Permintaan ini Vendor mengatakan agak sukar untuk mengikuti kehendak Li Chunrong
tetapi beliau menegaskan untuk mengurangkan kos agar dapat terjual dalam masa enam
bulan pertama. Li Chunrong telah menggesa pengedar Proton menaik taraf kemudahan
mereka kepada 3S atau 4S, dengan mengetahui bahawa pelanggan akan lebih mudah
menerima imej serta kualiti jenama yang baru. Beliau percaya peningkatan pada pusat
pameran bukan sahaja bagus untuk imej jenama, tetapi juga meningkatkan khidmat kepada
pelanggan.
Oleh yang demikian, ia diberikan tentangan dan kali ini daripada pengedar yang
mengatakan naik taraf pusat pameran melibatkan kos tinggi. Untuk mengatasi masalah ini,
Proton memberikan sedikit bantuan kepada pengedar, tetapi bergantung kepada saiz pusat
pameran, lokasi dan kapasiti ruang servis. Ini adalah strategi pemasaran
Selain daripada itu, wujud juga khabar angin terdapat pertembungan budaya antara pekerja
Proton dan Geely. Li Chunrong memberitahu ini bukan satu masalah malah mereka
berkongsi lebih banyak persamaan. CFT ditugaskan untuk membangunkan budaya kerja
baru yang menggabungkan nilai Geely, Proton dan DRB-Hicom. Mereka muncul dengan
TARI yang bermaksud kerjasama, pencapaian, hormat dan integriti. Sebab inilah beliau
berkata mereka mempunyai budaya yang sama.
14
2.5.1 Produk dan perkhidmatan
Proton telah mempromosikan produk dan perkhidmatannya melalui media dan gigih
melancarkan kempen promosi dan akhirnya dapat menembusi pasaran China. Proton masih
mengekalkan produk yang sama tetapi dikukuhkan dengan gaya pemasaran Proton yang
agresif. Selain itu, Proton juga telah menjalinkan kerjasama dengan Lotus untuk menaik
taraf teknologi pembuatan kereta Proton daripada segi pemanduan dan kecekapan enjin
dari segi penggunaan petrol yang jimat. Proton juga telah meningkatkan kualiti dalam
perkhidmatannya dengan mengadakan jaminan untuk alat ganti percuma selama 5 tahun.
Hal ini sedikit sebanyak, telah menarik minat pembeli kerana tidak perlu risau sekiranya
kerosakan berlaku dalam tempoh tersebut. Tambahan pula, proton juga sentiasa menjaga
kualiti agar produk Proton sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat.
15
3.0 Risiko yang dihadapi oleh syarikat Proton
3.1 Risiko ekonomi
Di peringkat ekonomi syarikat Proton telah memberi kesan kepada industri, termasuk kos
pengeluaran dan bahan mentah yang semakin meningkat, keyakinan pengguna terhadap
syarikat semakin tergugat kerana berpunca daripada ekonomi negara yang semakin meleset
dan juga persekitaran operasi yang padat.
Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual 5,964 unit pada Januari 2020, menyusut 29.9
peratus berbanding bulan sama tahun lalu. Penyusutan jualan yang dicatatkan pengeluar
jenama nasional itu mencerminkan ketidakbolehan pengeluaran kenderaan untuk memenuhi
permintaan, kesan daripada pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),
bukannya pengurangan tempahan. Berdasarkan angka jualan Januari 2021, pegangan
pasaran Proton dianggarkan pada tahap 18.5 peratus, susut satu peratus.
Model terlaris Proton pada Januari 2021 adalah Proton Saga dengan 2,583 unit telah
dihantar kepada pembeli, sekali gus menjadikannya sedan segmen-A yang kedua paling
popular. "Proton X70 dan Proton X50 pula kekal di tangga teratas SUV segmen-C dan
segmen-B (lima tempat duduk) walaupun jumlah yang didaftar berkurangan masing-masing
kepada 892 unit dan 1,082 unit. Bagi Proton X50, sebanyak 4,809 unit sudah dihantar
kepada pelanggan sejak ia dilancarkan pada 27 Oktober lalu.
Proton mempertimbangkan untuk menaikkan harga kereta mulai Januari 2016 disebabkan
kelemahan ringgit. Penyusutan ringgit memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan
keseluruhan rantaian ekosistem syarikat proton. Penyusutan ringgit terus memberi tekanan
kepada Proton di sebalik usaha itu dan memberi kesan kepada industri secara keseluruhan
16
3.2 Risiko politik
Pada tahun 2012, Proton Holdings Berhad telah kehilangan sejumlah besar simpanan
tunainya sebanyak RM 3.4 Billion untuk menampung kerugian syarikat. Oleh yang demikian,
DAP (Democratic Action Party) mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat salah-
urus Proton dan kerugian berbillion ringgit yang dialami sepanjang waktu. Ini adalah satu
perkara serius kerana Proton adalah pembuat kereta nasional
Menurut Tun Dr.Mahathir, kejatuhan Proton adalah disebabkan pengurusan yang lemah
kerana beliau juga mengalami kerugian disebabkan oleh penjualan MV Augustus kepada
sebuah syarikat yang tidak dikenali iaitu Gevi Spa pada tahun 2006 dengan harga 1 Euro.
Siasatan ini haruslah menentukan sama ada kerajaan boleh mengurangkan kerugian
dengan menggulung syarikat Proton secepat mungkin atau mengambil risiko kerugian yang
lebih besar seperti terjadi dalam perjanjian MV Augusta. Ini adalah satu keputusan yang
sangat penting untuk siasatan kerana rakyat Malaysia semestinya tidak mahu Proton terus
kerugian.
Oleh yang demikiam, campur tangan politik ia memberi kesan kepada pengurusan strategi
Proton. Sebuah syarikat yang sepatutnya menjadi kebanggaan negara telah menghadapi
keadaan yang amat menyulitkan. Dengan itu, kerajaan terpaksa campur tangan untuk
melindungi pekerjaan dan keluarga rakyat Malaysia yang bergantung kepada Proton selain
menjaga pendapatan dan mata pencarian rakan kongsi perniagaan itu. Sekarang adalah
masanya untuk mengambil ikhtibar daripada perkara yang telah berlaku. Natijahnya,
langkah dan pembaharuan serius perlu juga dilakukan supaya Proton kembali berada di
landasan yang betul untuk merealisasikan potensi sebenarnya sekali lagi
17
3.3 Risiko kredit
Penguasaan pasaran Proton Holdings Bhd dalam pasaran automotif negara menjunam
teruk daripada 74 peratus pada tahun 1993 kepada 15 peratus. Keadaan itu berpunca
daripada kedudukan Proton sebagai sebuah syarikat kecil diperingkat global dan tidak
mampu bersaing dengan syarikat asing. Selain itu juga, Proton menghadapi masalah
apabila aset mereka tidak menggunakan sepenuhnya. Ketika ini syarikat memiliki dua pusat
pengeluaran yang beroperasi pada kadar 35 peratus daripada tahap optimum. Keputusan
untuk membuka dua pusat pengeluaran mungkin antara kesilapan lampau Proton. Dalam
pada itu, Proton hampir menjalin kerjasama dengan syarikat automotif asing terkemuka
namun mereka menarik diri disaat akhir.
Di samping itu, kerajaan tidak memberi perlindungan kepada Proton selama-lamanya ia
kerana negara maju seperti Jepun dan Korea Selatan hanya melaksanakan mekanisme
perlindungan bagi industri automotif secara sementara sebelum dihapuskan. Pihak
pengurusan kanan Proton memberi taklimat mengenai isu dan cabaran yang dihadapi dari
semasa ke semasa. Pelan penstrukturan semula itu bertujuan meningkatkan kualiti kereta,
strategi untuk meningkatkan eksport dan menjadikan syarikat automotif ini kompetetif
Namun demikian, Proton gagal memenuhi kehendak Dasar Automotif Nasional (NAP) yang
menggariskan bahawa ia harus menjalin kerjasama strategik dengan syarikat asing. Dalam
pada itu, Dasar Automotif Nasional (NAP) menggalakkan usahasama strategik dengan
rakan kongsi antarabangsa kerana skala dan focus diperlukan untuk meningkatkan daya
saing tetapi dua faktor ini sahaja tidak mencukupi. Selain dari dua faktor ini, amalan terbaik
global dan rangkaian industri adalah faktor kejayaan lain yang penting untuk industri
automotif.
Justeru itu, Kerajaan akan terus menggalakkan peserta industri untuk bekerjasama dengan
pihak luar untuk menubuhkan usahasama strategik. Selain daripada berkongsi skala dan
sumber, usahasama strategik ini dapat meluaskan peluang dan menyediakan akses kepada
peserta industri tempatan untuk menyertai rangkaian bekalan automotif global dan
sebaliknya. Di samping itu, usahasama strategik ini akan turut mendorong peserta industri
tempatan untuk mengamalkan pengurusan, proses dan prosedur yang terbaik bagi
mencapai piawaian kualiti yang lebih tinggi dan penting untuk menembusi pasaran
antarabangsa
18
3.4 Risiko pemilikan negara
Umum mengetahui bahawa, kerajaan tidak bercadang mengambil alih syarikat automotif
nasional, Proton. Dalam satu kenyataan, Proton perlu mengekalkan sebagai syarikat swasta
penuh dengan pengurusan dan keputusan dibuat berdasarkan kepentingan perniagaan.
Tugas kerajaan bukan untuk mengambil alih Proton dan pengurusannya Tetapi hanya untuk
membantu dan memastikan syarat semasa bantuan kewangan dipatuhi. Oleh itu, kerajaan
telah memutuskan untuk melanggan RM 1.25 billion saham keutamaan RCCPS dalam
Proton. Menerusi GovCo yang dimiliki Kementerian Kewangan Diperbadankan. RCCPS
dengan ciri ekuiti adalah bermaksud kaedah paling cepat untuk menangani masalah
kewangan semasa Proton memerlukan kecairan untuk membayar vendornya.
Datuk Seri Mustapa mengulas pelbagai spekulasi yang mengatakan urusniaga itu akan
menjadikan kerajaan pemegang saham terbesar dalam Proton dengan pegangan 79.3%.
Kerajaan mengharapkan syarikat itu mampu memperbaiki prestasi kewangannya dalam
tempoh lima tahun dan mencari rakan kongsi strategik yang akan dipantau dengan teliti oleh
Pasukan Petugas. Selepas tempoh lima tahun, Proton perlu membayar dividen terkumpul
pada empat peratus setahun dan pembayaran balik RCCPS.
19
3.5 Risiko penghantaran balik modal dan dividen
Pelaburan sebanyak RM 200 juta merupakan sebahagian dari rancangan Proton untuk
menaik taraf Tanjung Malim ke kilang pembuatan bertahap dunia. Ia akan membolehkan
pengeluaran panel badan yang lebih besar dan selain daripda pelaburan ini sebanyak
RM1.2 bilion telah dibelanjakan untuk barisan pengeluaran yang baru pada tahun 2019.
Prestasi Proton telah meningkat secara mendadak dalam masa tiga tahun yang lepas.
Syarikat telah melancarkan model baru, menambah pegangan pasaran, meningkatkan
tahap kualiti dan juga merombak rangkaian pengedarnya. Hukuman dan perkembangan
masa depan Proton adalah jelas. Malaysia akan tetap menjadi pasaran utama tetapi syarikat
perlu mempunyai kebolehan untuk bersaing di luar negara
20
3.6 Risiko pertukaran matawang
Permintaan matawang Ringgit Malaysia sebagai Pertukaran Asing bergantung kepada
permintaan rakyat asing kepada barangan dan perkhidmatan Malaysia dan keinginan rakyat
asing menyimpan Ringgit Malaysia mereka sebagai tunai atau deposit untuk membeli
hartanah, saham, bon dan lain-lain aset di Malaysia. Penawaran matawang Ringgit Malaysia
pula bergantung kepada keinginan pengguna, firma dan kerajaan Malaysia menukar
matawang Ringgit Malaysia mereka kepada matawang asing.
Kadar pertukaran asing bagi ringgit Malaysia meningkat kerana lebih banyak mata wang
asing diperlukan untuk mendapatkan sejumlah Ringgit Malaysia yang sama. Kesan ke atas
eksport pula, negara kita ke luar negara akan jatuh apabila kadar pertukaran Ringgit
Malaysia meningkat.
Sebagai contoh, harga semasa sebuah kereta Proton Wira yang dibuat di Malaysia ialah
RM50,000. Jika kadar pertukaran semasa ialah US$0.4 untuk setiap Ringgit Malaysia (atau
RM2.50 = US$1), penduduk Amerika Syarikat akan membayar US$20,000 untuk membeli
kereta tersebut. Katakanlah pada masa sekarang kadar pertukaran ialah US$0.2 untuk
setiap Ringgit Malaysia (atau RM5.00 = US$1), maka penduduk Amerika Syarikat cuma
perlu membayar US$10,000 untuk mendapatkan kereta tersebut.
Akan tetapi, apabila lebih tinggi harga matawang Ringgit Malaysia dalam sebutan matawang
asing, bererti lebih mahallah harga barangan, perkhidmatan, dan aset Malaysia dalam
sebutan matawang asing tersebut
21
4.0 Kesimpulan
Sebagai penghias bicara akhir, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pelbagai
perkara iaitu bagaimana Proton dapat menembusi pasaran antarabangsa dan seterusnya
mengekalkan momentumnya untuk terus bertahan dan berdaya saing di pasaran tersebut.
Terdapat pelbagai strategi Proton untuk memasuki pasaran antarabangsa iaitu salah
satunya melalui segmen produk dan perkhidmatan. Proton telah mempromosikan produk
dan perkhidmatannya melalui media dan gigih melancarkan kempen promosinya dan
akhirnya dapat menembusi pasaran China. Proton masih mengekalkan produk yang sama,
tetapi dikukuhkan dengan gaya pemasaran Proton yang agresif. Selain itu, Proton juga telah
menjalinkan kerjasama dengan Lotus untuk menaik taraf teknologi pembuatan kereta
Proton. Tambahan pula, Proton juga sentiasa menjaga kualiti agar produk Proton sentiasa
dipandang tinggi oleh masyarakat.
22
Sumber rujukan
1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/383983/campur-tangan-politik-
punca-masalah-proton-pm
2. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/5/2016/04/139585/proton-tidak-mampu-
bersaing-di-peringkat-global-mustapa
3. https://dapmalaysia.org/english/2012/feb12/lge/lge1500.htm
4. https://paultan.org/2020/08/04/budaya-kerja-lebih-baik-dan-operasi-yang-
diperkemas-jadi-sebab-prestasi-proton-kembali-naik-li-chunrong/
5. https://www.coursehero.com/file/38644024/proton/
6. https://www.academia.edu/25402707/PROTON
7. http://jamal7478.blogspot.com/2013/09/kadar-pertukaran-matawang-asing-
malaysia.html
8. http://ir.chartnexus.com/proton/website_HTML/attachments/attachment_20056_1322
205526.pdf
9. https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2021/02/782557/pkp-beri-kesan-jualan-
proton-pada-januari
10. https://sarawakvoice.com/2016/06/15/proton-bakal-menyinar-semula-selepas-
ketiadaan-campur-tangan-dr-mahathir/
11. https://www.coursehero.com/file/38644024/proton/
12. https://youtu.be/ARuf8uuO2Vw
13. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/5/2016/06/162595/kerajaan-tidak-ambil-
alih-proton-mustapa
23