MPU 23012 ( PENGAJIAN ISLAM) TUGASAN BERDASARKAN MASALAH TAJUK: KESAN MENINGGALKAN IBU BAPA DI RUMAH JAGAAN ORANG TUA KELAS: DPR2E SESI 11: 2023 /2024 PENSYARAH KURSUS: MOHD SAAD BIN MOHD SAID DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD LUQMAN HAKIMI BIN SHARIL FAIDZAL (03DPR23F1046) MOHD DANIEL HARIS ALAN BIN IZHAM ALAN (03DPR23F1088) FARHIN NABIL BIN FAIDZUL NIZAM (03DPR23F1097) MUHAMMAD IRFAN AFFANDI BIN ISMAIL (03DPR23F1061) MUHAMMAD ALIF BIN ABAS (03DPR23F1058)
ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 HADIS 1 2 PENGENALAN 2 3 HUKUM MENGHANTAR IBU BAPA KE RUMAH JAGAAN ORANG TUA 3 4 KESAN MENINGGALKAN IBU BAPA 4 5 FAKTOR MENINGGALKAN IBU BAPA 5 6 LANGKAH MENGATASI 6 7 KESIMPULAN 7 8 RUJUKAN 8 9 LAMPIRAN 9
1.0 HADIS "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). AL -ISRA’:23
2.0 PENGENALAN Warga emas didefinisikan menerusi had umur tertentu berdasarkan kepada budaya masyarakat setempat. Walau bagaimanapun, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mentakrifkan warga emas adalah individu yang berusia 60 tahun ke atas mengikut ketetapan Persidangan Antarabangsa mengenai Warga Tua di Vienna pada tahun 1982. Had ris umur ini digunakan sebagai rujukan had umur warga emas dalam polisin dan dasar untuk kesejahteraan warga emas di Malaysia. Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, golongan warga emas berjumlah 2.2 juta orang atau 7.7 peratus daripada 28.3 juta penduduk Malaysia sehingga tahun 2011. Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun ke arah mencapai matlamat menjadi negara maju. Pembangunan ini sekali gus telah meningkatkan taraf hidup rakyat.Namun demikian, terdapat segelintir golongan warga emas yang terabai hidupnya. Mereka merupakan golongan minoriti yang tidak diperdulikan hak dan keperluan hidup oleh keluarga atau masyarakat sekelilingnya. Warga emas yang terabai ini didapati hidup sebagai gelandangan di jalanan, tinggal bersendirian dalam kedaifan, terlantar di hospital tanpa waris yang datang melawat dan mengidap penyakit kronik tanpa rawatan dan penjagaan yang sempurna. Pengabaian warga emas boleh berlaku dalam semua lapisan masyarakat no samada golongan kaya ataupun miskin, profesional ataupun sebaliknya yang mungkin caranya sahaja yang berbeza.
3.0 HUKUM Hukum menghantar ibu bapa ke rumah orang tua adalah harus dan dibolehkan jika sekiranya mereka menyukainya. Begitu juga jika layanan yang diberikan adalah baik dan tiada unsur penganiayaan terhadap mereka.
4.0 KESAN MENINGGALKAN IBU BAPA Hilang sifat tanggungjawab dalam diri: Segelintir masyarakat yang meninggalkan ibu bapa dirumah kebajikan seolah melepas tangan dan tidak mengambil peduli. Malah, tidak ada pasa ingin melawat mereka pada waktu lapang. Anak-anak akan mengabaikan ajaran islam: Hal ini terjadi kerana sikap ibu bapa yang kurang peka dalam memberi bimbingan yang secukupnya terhadap anak mereka. Hubungan antara anak dan ibu bapa terjejas Setelah anak meninggalkan ibu bapa di rumah jagaan rumah orang tua, mereka akan rasa makan dan minum ibu bapa mereka terjaga. Hal yang demikian akan membuat anak tidak perlu lagi menjenguk ibu bapa mereka malah lupa akan keadaan mereka.
5.0 FAKTOR MENINGGALKAN IBU BAPA DI RUMAH JAGAAN ORANG TUA MASALAH KEWANGAN Masalah kewangan kadang kala juga disebabkan anak anak tidak mendapat keredhaan dan keberkatan daripada ibu menyebabkan mereka mengalami kesempitan rezeki. KESIBUKAN MENGEJAR KESENANGAN HIDUP Anak-anak lebih sibuk mengejar harta untuk kesenangan hidup dan mengabai tanggungjawab sebagai anak. KURANG DIDIKAN AGAMA Ibu bapa tidak menitikberatkan penghayatan agama kepada anak anak sejak kecik dalam membentuk peribadi yang mulia. Selain itu anak anak yang tidak mendapat didikan agama yang sempurna mereka akan lebih mementingkan diri sendiri berbanding tanggungjawab terhadap ibu bapa. Akhirnya mereka tidak akan merasa dikasihi oleh ibubapa dan tidak mengetahui cara untuk menghormati sera menghargai pengorbanan dan jasa ibu bapa. PENGALAMAN ANAK WAKTU KECIL Setiap kanak-kanak mesti ada pengalaman yang mereka tidak akan lupa dan kenangan itu boleh menjadi pengalaman yang indah atau yang buruk. Dalam hal ini, kita hanya akan memandang pada pengalaman yang buruk. Kenangan inilah semasa mereka kecil telah membuat mereka terluka sehingga kini dan mereka sanggup meninggalkan ibubapa mereka di rumah jagaan rumah orang tua. Hal ini kerana mungkin ibubapa mereka telah mendera, memukul, tidak ambil peduli akan mereka dan mereka rasa tidak disayangi ibubapa.
6.0 LANGKAH MENGATASI 1. Memupuk kasih sayang sejak kecil agar anak anak tidak mengabaikan ibu bapa setelah dewasa. Hal ini kerana mereka akan teringat-ingat kenangan mereka bersama ibu bapa. Dengan itu, mereka tidak sanggup dan tidak tergamak untuk meninggalkan ibu bapa mereka di rumah jagaan orang tua kerana ingin membalas jasa ibu bapa mereka yang telah menjaga mereka sehingga besar. 2. Ibu bapa perlulah menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak. Apabila ibu bapa mereka melakukan sesuatu perkara, mereka akan merasakan benda tersebut betul. Jadi ibu bapa perlu berbuat baik dengan orang tua mereka supaya anak- anak akan terikut benda tersebut 3.Ibu bapa juga perlulah memberi didikan agama yang sempurna kepada anak anak agar dapat membentuk akhlak yang mulia. Dengan memberikan didikan agama, ia dapat membentuk keperibadian diri seseorang tanpa mementingkan diri sendiri. Hal ini kerana mereka tahu cara menghormati, menyayangi dan menghargai kepayahan ibu bapa membesarkan mereka
7.0 KESIMPULAN Walaupun banyak rumah kebajikan yang dibangunkan di negara kita, ini bukan bermakna langkah terbaik mengabaikan masalah pengabaian warga emas, selain itu kita haruslah berbakti kepada ibu bapa dan sentiasa peka akan kebajikan ibu bapa agar mendapat keredhaan Allah. Seterusnya, kita perlulah menghargai pengorbanan serta jasa ibu bapa dalam membesarkan kita dari kecil sehingga dewasa. Akhirnya, pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan warga emas di negara kita.
8.0 RUJUKAN 1. anyflip.com. 26/11/2021, KESAN MENINGGALKAN KEDUA IBU BAPA DI RUMAH ORANG TUA – Membalik Buku Halaman 1-19 | AnyFlip. https://anyflip.com/chxmm/fawc/basic 2.M.Ashraf. 13/02/2018. BAYAN LINNAS SIRI KE-127: HUKUM MENEMPATKAN IBUBAPA DI RUMAH ORANG TUA, https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/2294- bayan-linnas-siri-ke-127-hukummenempatkan- ibubapa-di-rumah-orang-tua. 3. Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub. 20/03/2019. IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-356: TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBUBAPA. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al- hadith/3212-irsyad-al-hadith-siri-ke-356- tanggungjawab-anak-terhadap-ibubapa
9.0 LAMPIRAN RUMAH JAGAAN ORANG TUA ORANG TUA HADIS MENGENAI ORANG TUA