The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by runianbujang96, 2022-05-16 06:09:29

E FOLIO ETIKA TAJUK 5

E FOLIO ETIKA TAJUK 5

MPU21032

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

PENSYARAH PENYELIA : PUAN DZATIAH BINTI MOHAMAD

JABATAN : PENGAJIAN AM

TAJUK

TRAGEDI DI 13 MEI 1969:
PUNCA DAN PENGAJARAN

DISEDIAKAN OLEH

RAPHEAL NYAWER ANAK RANDI 20DAT21F2008

RUNIAN BIN BUJANG 20DAT21F2004

MUHAMMAD ELZAD ROSDY YASIKA BIN ABDULLAH 20DAT21F2030

KANDUNGAN

PENGENALAN 1-4

PUNCA-PUNCA TRAGEDI 13 MEI 1969 5-13

KESAN-KESAN TRAGEDI 13 MEI 1969 14-22

PENGAJARAN 23-24

KESIMPULAN 25

RUJUKAN 26

PENGENALAN

13 MEI 1969, tarikh yang tidak akan dapat dilupakan

mana-mana rakyat Malaysia yang lahir sebelumnya.

Manakan tidak, tarikh tersebut merupakan tarikh

dimana detik hitam negara terjadi apabila rusuhan

kaum berlaku di antara kaum Cina dan kaum Melayu.

Perbezaan parti politik,dasar pecah dan perintah yang

diperkenalkan di Tanah Melayu merupakan antara

punca terjadinya rusuhan ini. Tragedi ini menyebabkan

sentimen perkauman di Tanah Melayu semakin parah

apabila berlakunya pembunuhan. Tragedi ini

meninggalkan kesan trauma kepada penduduk Tanah

Melayu pada ketika itu.

Detik hitam ini menimbulkan kesan kepada ekonomi,

politik, pendidikan dan sosial kaum. Jadi,sudah

sewajarnya semua pihak tidak kira pihak kerajaan

mahupun rakyat sendiri untuk tidak membiarkan

peristiwa ini terjadi lagi.

Kesan-kesan daripada rusuhan pada 13 Mei 1969

Detik permulaan tragedi berdarah
13 Mei 1969

Menurut catatan sejarah, tragedi ini berkait rapat dengan
keputusan pilihan raya umum 1969. Kemenangan blok
pembangkang ketika itu yang majoritinya berbangsa Cina,
yang tinggal di sekitar pekan-pekan telah memudahkan
mereka untuk memenangi dua pertiga daripada kerusi yang
dipertandingkan. Parti itu menang besar terutamanya di
kawasan Kuala Lumpur. Setelah kemenangan itu, mereka
meminta kebenaran dari pihak polis untuk melakukan
perarakan.


Namun demikian, teriakan provokasi daripada penyokong
parti tersebut memarakkan api kemarahan kaum Melayu. Hal
ini terjadi apabila sebahagian etnik Cina yang berarak
berteriak sambil mengeluarkan kata-kata kesat ,makian dan
sumpah seranah yang menyebabkan kesabaran kaum Melayu
ketika itu semakin menipis.

Perarakan pembangkang selepas kemenangan pilihan raya

Punca-punca Tragedi 13 Mei
1969

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan
berlakunya tragedi buruk ini di negara kita.

Kemenangan pembangkang pada pilihan raya
umum 1969

Punca pertama berlakunya tragedi ini ialah
kemenangan blok pembangkang yang majoritinya
berbangsa Cina. Selepas kemenangan ini, perarakan
yang dilakukan mereka menjadi faktor penting yang
menyebakan kemarahan bangsa Melayu.Hal ini terjadi
apabila mereka melaungkan kata makian, sumpah
seranah serta teriakan yang merupakan ramuan
mujarab memangkinkan lagi api kemarahan bangsa
Melayu. Bukan itu sahaja, tindakan beberapa
penyokong pembangkang yang beretnik Cina dengan
mengikat penyapu sebagai lambang mereka menyapu
bersih kerusi di Kuala Lumpur merupakan provokasi
yang berlebihan.

Suasana pada pilihan raya 1969

Perkumpulan kaum Melayu di rumah Menteri
Besar Selangor

Selepas perarakan itu, kaum Melayu telah
berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor pada
ketika itu.Dato’ Harun Idris, selaku Menteri Besar
Selangor telah meminta penyokongnya agar
bertenang dan bersabar supaya keadaan tidak
menjadi lebih buruk. Kaum Melayu yang berkumpul
ketika itu telah membawa pelbagai senjata seperti
pedang dan parang panjang. Namun, khabar angin
yang tersebar meluas telah menjadikan keadaan lebih
buruk. Ketika berkumpul, bergentayangan cerita-
cerita tentang kebiadapan orang Cina dan perkara itu
telah memulakan babak-babak rusuhan. Cerita yang
sahih atau tidak itu telah membangkitkan perasaan
amarah dan dendam kaum Melayu kepada kaum
Cina.

Dato’ Harun Idris (bersongkok)

Penempatan kaum oleh pihak Britirh

Pada era penjajahan pihak British, mereka telah
mengubah pola penempatan penduduk di Tanah
Melayu. Pada asalnya, kaum Cina datang ke Tanah
Melayu hanya untuk tujuan berdagang. Hal ini kerana
Semenanjung Malaya merupakan salah satu
Semenanjung emas kerana ia menghubungkan antara
Barat dan Timur. Tetapi, lain yang terjadi apabila pihak
British telah mengubah penempatan kaum-kaum di
Tanah Melayu. Mereka telah mengasingkan
penempatan mengikut kaum masing-masing. Kaum
Melayu yang tinggal di bandar telah dipindahkan ke
kampung dan desa. Kaum Cina pula telah dipindahkan
ke kawasan perlombongan serta pekan-pekan bagi
tujuan meningkatkan ekonomi. Kaum India pula
ditempatkan di kawasan ladang getah.

Malang tidak berbau apabila kaum Melayu cemburu
dengan kaum Cina. Ini kerana penempatan kaum Cina di
kawasan bandar telah meningkatkan jurang ekonomi
antara kaum Melayu. Penempatan kaum Melayu di
kampung menyukarkan mereka untuk mencari rezeki yang
lebih berbanding di kawasan bandar. Selain itu,kaum Cina
turut cemburu dengan kaum Melayu apabila pihak British
telah memberikan kuasa kepada kaum Melayu untuk
memegang tampuk pemerintahan. Kaum Cina juga mahu
diberikan peranan yang sama. Perkara ini sekaligus
menjadi punca persengketaan antara kedua kaum
tersebut semakin meruncing.

Layanan berat sebelah Tentera Jepun

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah
Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat
Cina terutamanya telah dilayan dengan begitu teruk
oleh tentera Jepun berbanding dengan orang Melayu.
Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang
dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan
saling mendendami antara satu sama lain masih segar
dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah
menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang
Melayu dan Cina.

PERBEZAAN BUDAYA DAN AGAMA

Keadaan Tanah Melayu ketika itu diduduki oleh
bangsa dan masyarakat yang berbeza agama dan
budaya. Keadaan ini menyebabkan Tanah Melayu
pada ketika itu yang diduduki sebahagian besar
masyarakat Melayu telah menyebabkan konflik
keagamaan berlaku. Kejahilan masyarakat tentang
budaya dan agama kaum lain telah menyebabkan
mereka secara tidak sengaja telah melanggar batas
dan menyinggung perasaan kaum lain. Keadaan ini
menyebabkan perasaan tidak puas hati terhadap
kaum yang lain. Lama-kelamaan perasaan tidak puas
hati ini telah bertukar menjadi perasaan benci. Maka,
bermulalah kebenciaan antara kaum yang tinggal di
Tanah Melayu ketika itu. Hal ini semakin memuncak
apabila berlakunya rusuhan pada 13 Mei 1969. Seperti
ular kena bedal, keadaan itu umpama batu loncatan
bagi kaum Melayu untuk membalas dendam terhadap
kaum Cina.

.

Keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia

Kesan-kesan Tragedi 13 Mei 1969

Terdapat beberapa kesan daripada tragedi rusuhan
yang terjadi pada 13 Mei 1969.

Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara

Selepas rusuhan tragedi tersebut, Majlis Gerakan
Negara (MAGERAN) telah menubuhkan Jabatan
Penubuhan Negara. Ia dibentuk pada 1 Julai 1969
bagi menangani isu berhubung pembinaan semula
perpaduan masyarakat pada ketika itu. Ini bagi
mewujudkan masyarakat yang cintakan kedamaian
dan memperkukuhkan perpaduan antara satu kaum
dengan kaum yang lain. Jabatan ini juga bertujuan
agar tragedi yang meragut nyawa itu tidak berulang
lagi pada masa akan datang.

Penubuhan MAGERAN

Pengenalan Rukun Negara

Pada 31 Ogos 1970, Yang di-Pertuan Agong IV,
Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni
Almarhum Sultan Zainal Abidin telah memperkenalkan
Rukun Negara. Ia diperkenalkan berikutan peristiwa 13
Mei 1969 yang menganggu-gugat perpaduan etnik di
Tanah Melayu. Rukun Negara dibentuk bertujuan
untuk membentuk perpaduan yang kukuh diantara
masyarakat dan menjadi identiti rakyat Malaysia.
Masyarakat perlu memahami dan menghayati Rukun
Negara kerana ia dibentuk untuk menjadikan
perpaduan di antara masyarakat lebih erat. Salah satu
kandungan Rukun Negara ialah Keluhuran
Perlembagaan. Setiap rakyat perlu menerima
Perlembagaan adalah sumber undang-undang
tertinggi dan setiap rakyat perlu mematuhinya.

Prinsip Rukun Negara

Penyatuan parti politik

Pada tanggal 11 Julai 1974, Parti Perikatan yang
dijenamakan semula sebagai Barisan Nasional (BN)
telah dibentuk secara rasmi dan dianggotai oleh 10
parti. UMNO, MIC, MCA, PAS, PPR, Parti Gerakan,
SUPP(Parti Bersatu Rakyat Sarawak), USNO (Parti
Kebangsaan Sabah Bersatu), BERJAYA (Parti Berjaya),
PBDS (Parti Bangsa Dayak Sarawak) dan SNAP (Parti
Kebangsaan Sarawak) telah menganggotai BN. Tunku
Abdul Razak merupakan tokoh yang memainkan
peranan penting penubuhan BN bagi menggantikan
Perikatan. Beliau mewujudkan BN bagi mengelakkan
persaingan yang melampau dan cuba mewujudkan
perpaduan kebangsaan melalui penyatuan politik dari
pelbagai parti. Beliau turut berkata sekiranya
kerjasama dapat dilakukan dengan mewujudkan
semangat saling melengkapi, masa depan adalah lebih
terjamin.

Penggabungan parti politik di bawah Barisan Nasionnal

Penubuhan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) bertujuan untuk menyusun semula ekonomi
negara. Penyusunan ekonomi semula bertujuan untuk
memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi antara kaum
yang begitu ketara. Ia bertujuan untuk merapatkan
jurang ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan
antara semua kaum yang mendiami Tanah Melayu
serta mencapai keharmonian kehidupan masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum.Ini kerana perpaduan
nasional dapat diacapai sekiranya permasalahan
tersebut dapat diperbaiki. Nikmat pembangunan
ekonomi adalah untuk dinikmati oleh semua, bukannya
untuk kumpulan tertentu sahaja.

Penggubalan Akta Hasutan 1948

Akta Hasutan 1948 merupakan akta untuk
menghadkan kebebasan bersuara. Antara kesalahan
dalam Akta Hasutan 1948 ialah melakukan atau cuba
melakukan, mengedar serta mengeluarkan semula
penerbitan yang bersifat hasutan. Namun demikian,
masih terdapat masyarakat yang mahukan akta ini
dimansuhkan kerana mereka tidak mempunyai
kebebasan untuk bersuara. Tetapi, jika difikirkan ia
mempunyai lebih keburukan sekiranya akta ini
dimansuhkan. Malaysia akan menjadi huru-hara
sekiranya semua ingin mengeluarkan pendapat. Ia
turut menyebabkan keharmonian masyarakat
Malaysia turut terjejas.

Akta Hasutan 1948

Pengajaran

Tragedi 13 Mei 1969 telah membuka mata
masyarakat mengenai kepentingan menjaga hubungan
kaum dalam Malaysia. Sikap hormat-menghormati,
bertolak ansur, bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat
yang keji seprti dengki, iri hati dan curiga di antara
kaum sangat penting di kalangan rakyat.

Dengan kepelbagaian kaum,agama dan budaya di
Malaysia,maka peristiwa ini boleh berulang sekiranya
tiada kesedaran terhadap isu-isu sensitif yang timbul
seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang
merupakan penduduk asal negara ini.

Oleh itu, kaum lain mestilah menghormati
kedudukan istimewa kaum Melayu dan mewujudkan
suasana harmoni di kalangan masyarakat. Tragedi ini
bukanlah salah kaum Melayu, bukan juga salah kaum
Cina. Tetapi, sikap ahli politik dan masyarakat yang
berbeza ideologi pada ketika itulah yang mencetuskan
rusuhan ini.

Itulah hakikat sebenar sejarah 13 Mei 1969 yang
tercatat di dalam Laporan MAGERAN. Justeru itu,
semua pihak tidak mengira dari parti lain mahupun
rakyat yang berbilang bangsa dan agama mestilah
bersatu hati agar tragedi yang meragut nyawa ribuan
orang yang tidak bersalah ini tidak berulang lagi. Bak
kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh.

Masyarakat berbilang kaum hidup dalam keadaan
harmoni tanpa mengira agama dan bangsa.

KESIMPULAN

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai
sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan-
sempadan yang harus diteliti dan dipelihara. Peristiwa ini
turut mencetuskan satu detik hitam dalam lipatan sejarah
negara kerana pertelingkahan kaum yang berlaku
mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan
kerugian harta benda.

Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk
mencuba sedaya upaya hidup bersama-sama dan memahami
antara satu sama lain dengan memupuk semangat
persefahaman dan hormat-menghormati agar keharmonian
dan keamanan negara kita terus terpelihara.

RUJUKAN

1.Kamilatul Hayah Ulya Universitas Pendidikan Indonesia,2018

• https://scholar.google.com/scholar?hl=en&as_sdt=0%2C5&q
=punca+13+mei+1969+di+malaysia&btnG=#d=gs_qabs&t=16
50168921399&u=%23p%3DtYwVG_JRQoIJ

2.Sinar Harian,BERNAMA,13 Mei 2019
• https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/a

mpArticle/27800
3.Dr.Riduan Mohamad Nor,14 Mei 2020
• https://www.1media.my/2020/05/peristiwa-13-mei-1969-

belajar-daripada.html?m=1
4.Hui Tene Sim,15 Mac 2014,Peristiwa 13 Mei 1969
• https://www.scribd.com/document/212542034/Peristiwa-

13-Mei-1969
5.Berita Harian,Rukun Negara Asas Perpaduan pembinaan
negara bangsa
• https://www.bharian.com.my/
6.Azlizan Mat Enh,Universiti Kebangsaan Malaysia,Norlilawati
Samak,Kolej Kemahiran Tinggi MARA,Rembau,Peranan Akhbar
Sebagai Wadah Komunikasi Pemerintah Selepas Pilihan Raya
Umum 1969
• https://core.ac.uk/reader/322855550
7.Dokumen kesan rusuhan kaum paada 13 Mei 1969
• https://www.studocu.com/
8.Harakah Daily,Pengajaran 50 tahun Tragedi 13 Mei 1969,15
Mei 2019
• https://harakahdaily.net/

PANTUN PERPADUAN

Gagah mematuk ayam serama,
Sambil memagut daun pegaga,
Perpaduan dipupupk sekian lama,
Jangan dikeruh air di telaga.

Harum mewangi bunga di para,
Disusun tinggi di alas bata,
Perpaduan rakyat agenda negara,
Pembangunan dikongsi rakyat jelata.

Gunung bernama Jajaran Titiwangsa,
Tegak kukuh dalam wawasan,
Perpaduan jalinan berbilang bangsa,
Ibarat tenunan tekat warisan,

Cendawan tumbuh tepian jalanan,
Bunga tumbuh di sudut anjung,
Perpaduan dipupuk berturutan keturunan,
Bumi dipijak langit dijunjung.

Sekian dari kumpulan kami.


Click to View FlipBook Version