The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by johanmat84, 2022-11-07 21:01:30

Buletin Edisi 26 (Jan-Jun) 2022 JTKSWK

Buletin Edisi 26 (Jan-Jun) 2022 JTKSWK

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK

BULETIN

JTK SARAWAK

EDISI 26 BIL.1/2022 (JANUARI - JUN)

ISSN 2231-8569 SEKSYEN MUKA SURAT

Sidang Editorial 2
Dari Meja Ketua Editor 3
Perutusan Pengarah 4
Aktiviti Rasmi Jabatan 6
Program Tanggungjawab
Sosial Korporat (CSR) 34
Aktiviti Kelab
Sudut Pendidikan Perburuhan 35
Info ICT 38
Berita Warga 40
Direktori 41
46

SIDANG EDITORIAL

Penasihat Tuan Awang Raduan bin Awang Omar
Ketua Editor (Pengarah)
Editor
Ahli-Ahli Encik Wan Zaifolludean bin Wan Zakaria
(Timbalan Pengarah)
Urusetia
Jurufoto Encik Ewiim @ Ewiin anak Michael Sinar
(Bahagian Penyelidikan dan Maklumat)
2 Mukasurat
Encik Jeffry Douglas anak William Nagun
(Bahagian Penyelidikan dan Maklumat)

Cik Jessie Anak Bidut
(Bahagian Penyelidikan Dan Maklumat)

Encik Mohamad Shahruddin bin Zaidil
(Bahagian Khidmat Pengurusan)

Puan Robiah binti Omar Baki
(Bahagian Standard Perburuhan)

Puan Asmah binti Bujang
(Bahagian Penguatkuasaan)

Puan Emma Yusmariza binti Helmi
(Bahagian Penggajian Pekerja Bukan Pe-
mastautin)

Puan Lolita anak Codala
(Pejabat Pengarah)

Puan Melati Ah Nen
(Bahagian Penyelidikan dan Maklumat)

Puan Kavitha Rajandran
(Bahagian Penyelidikan dan Maklumat)

Encik Johan bin Mat
(Bahagian Penyelidikan dan Maklumat)

Encik Hayden anak Laie
(Bahagian Penyelidikan dan Maklumat)

Encik Kipli bin Dollah
(Bahagian Khidmat Pengurusan)

DARI MEJA KETUA EDITOR

Assalamualaikum wbt,

Salam Keluarga Malaysia dan Salam Sarawaku Sayang,

Semua pembaca yang budiman, berjumpa lagi kita dalam Buletin JTK Sarawak Edisi 26
Bil.1/2022. Seperti sebelumnya juga, buletin kali ini akan menyajikan catatan peristiwa dan
aktiviti di JTK Sarawak yang berlaku sepanjang tempoh Januari hingga Jun tahun 2022 ini.

Pada tahun ini dalam fasa endamik COVID-19 banyak aktiviti
dan program telah dirancang dan dilaksanakan dengan
jayanya berbanding dua tahun kebelakangan akibat
kekangan wabak COVID-19 yang melanda negara kita.
Justeru itu jabatan ini ingin kongsikan bersama pembaca
yang budiman rentetan peristiwa berkaitan aktiviti dan
program yang telah berjaya dilaksanakan oleh jabatan ini
sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan penerbitan buletin ini samada melalui
sumbangan tenaga, masa, buah fikiran, bahan
bergambar, bahan bertulis dan sebagainya.
Terima kasih juga saya rakamkan kepada
semua ahli Sidang Editorial kerana telah
menunjukan usaha gigih dan komitmen
tinggi dalam menerbitkan buletin kali ini.

Akhir kata, semoga kita semua sihat dan
ceria selalu. Semoga paparan dalam
buletin kali ini memberi manfaat kepada
semua pembaca yang budiman.

Sekian dan selamat membaca.

WAN ZAIFOLLUDEAN BIN WAN ZAKARIA

Ketua Editor

Mukasurat 3

PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Buletin JTK Sarawak menemui pembaca budiman sekali lagi melalui terbitan ulungnya bagi
tahun 2022. Semoga semua pembaca budiman sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera
dan bersemangat dalam menjalani aktiviti harian. Marilah kita mengingatkan diri masing-
masing untuk menjaga kesihatan dan keselamatan diri sendiri setelah negara kita beralih
kepada fasa endemik setelah hampir dua tahun berhadapan dengan pandemik Covid-19
yang melanda seluruh dunia.
Sebelum melangkah lebih jauh lagi, saya ingin zahirkan rasa bangga dan syabas diucapkan
kepada semua editor Buletin JTK Sarawak atas usaha dan komitmen dalam menghasilkan
terbitan Edisi 26 Bil 1/2022 (Januari – Jun 2022).
Melangkah masuk ke tahun 2022, negara akan melalui fasa endemik. Pelbagai perkara
serta rutin harian yang telah dilaksanakan dalam keadaan norma baharu, menjadi
kebiasaan kepada kita pada hari ini. Jabatan Tenaga Kerja Sarawak mengambil pelbagai
inisiatif untuk merancang pelbagai jenis aktiviti serta program yang akan memberi makna
dan manfaat kepada komuniti setempat di negeri ini. Fokus utama JTK Sarawak pada tahun
2022 adalah mendekati masyarakat di luar bandar terutamanya di kawasan-kawasan
pedalaman di negeri ini.

4 Mukasurat

Salah satu program utama yang dirancang adalah memberi kesedaran kepada masyarakat
di Sarawak berkenaan jenayah pemerdagangan manusia. Jenayah ini merupakan
suatu senario serius yang melanda dunia secara global. Hal ini menunjukkan bahawa
dunia sedang berdepan dengan konflik pemerdagangan manusia pada tahap yang
membimbangkan dimana telah melibatkan aktiviti buruh paksa yang merujuk kepada
perekrutan, pengangkutan atau pengambilan manusia bagi tujuan perhambaan dan lain-
lain. Isu berkenaan buruh kanak-kanak turut menjadi perkara yang akan diketengahkan
oleh Jabatan pada tahun 2022.

Sepanjang Januari 2022 hingga Jun 2022, JTK Sarawak telah berjaya melaksanakan
beberapa program seperti Persidangan dan Perhimpunan Awal Tahun 2022 pada 24 Januari
hingga 27 Januari 2022. Beberepa kursus untuk Pegawai JTK Sarawak turut dirancang dan
dilaksanakan seperti Retreat Pendakwaan dan Siasatan JTK Sarawak pada 9 Januari hingga
11 Januari 2022, Kursus Penyiasatan Aduan pada 7 Februari hingga 10 Februari 2022, Kursus
Pemeriksaan Berkanun 2022 pada 14-17 Februari 2022, Kursus Pemerkasaan Siasatan dan
Laporan Kelulusan Secara Dasar (AP) dan Penyediaan Lesen Penggajian Pekerja Bukan
Pemastautin pada 22 hingga 25 Februari 2022.

Selain itu, Program Outreach telah dilaksanakan di Lusong Laku, Belaga pada 8 – 11 Februari
2022. Selain daripada aktiviti pemeriksaan berkanun, program outreach pada kali ini turut
melibatkan aktiviti Pendidikan perburuhan kepada penduduk di rumah panjang.

Program Labour Go Rural Area Programme 3.0 turut dijayakan pada 28 hingga 31 Mac
2022 di kawasan Bintulu dan Bakun, Sarawak. Sebelum Jun 2022 melabuhkan tirai, sebuah
Program Outreach telah dijayakan di kawasan Bario, Sarawak pada 13 hingga 17 Jun 2022.
Perjalanan dari Miri ke Bario menggunakan jalan darat dan telah mengambil masa 18 jam
tidak mematahkan semangat pegawai-pegawai yang terlibat dalam program tersebut.

Sepanjang bulan Mac 2022, JTK Sarawak telah melaksanakan Bulan Penguatkuasaan
2022 dengan jayanya. Sejumlah 156 tempat pekerjaan telah diperiksa sepanjang bulan
tersebut di seluruh pelosok negeri Sarawak. Hasil daripada pemeriksaan ke atas 156
majikan tersebut, sejumlah 47 kertas siasatan telah dibuka atas pelbagai kesalahan di
bawah undang-undang perburuhan negara. Terdapat juga beberapa aktiviti dan program
lain yang kami sajikan kepada pembaca budiman dalam Buletin keluaran kali ini.

Sebelum mengundur diri, saya mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang
kepada semua warga kerja yang baru sahaja berpindah masuk ke Jabatan Tenaga Kerja
Sarawak. Sempena Tahun Baharu 2022 ini, marilah kita mencipta Sinar Baru untuk Keluarga
Malaysia, membuat resolusi untuk meraikan persamaan dan mengenepikan perbezaan
yang wujud antara kita.

Semoga perkongsian maklumat ini memberikan manfaat kepada semua pihak. Selamat
membaca.

Sekian, Wassalam dan Salam Keluarga Malaysia.

AWANG RADUAN BIN AWANG OMAR

Pengarah Tenaga Kerja Sarawak

Mukasurat 5

AKTIVITI RASMI JABATAN

JANUARI 2022

1. RETREAT PENDAKWAAN DAN SIASATAN JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK TAHUN 2022
Pada 9 hingga 11 Januari 2022 telah diadakan Retreat Pendakwaan dan Siasatan Jabatan
Tenaga Kerja Sarawak Tahun 2022 di Hotel Pullman, Kuching. Retreat ini dianjurkan oleh
Bahagian Penguatkuasaan (BP) dengan kerjasama Unit Undang-undang, JTK Sarawak dan
dihadiri oleh semua Ketua Pejabat Tenaga Kerja Bahagian dan pegawai-pegawai kanan
yang terlibat menjalankan tugas-tugas penyiasatan di lapangan. Retreat Pendakwaan
Dan Siasatan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak bagi tahun 2022 ini merupakan satu platform
untuk mengumpulkan semua Ketua Pejabat dan pegawai-pegawai penyiasat dari Pejabat
Tenaga Kerja Bahagian seluruh Sarawak untuk satu sesi brainstorming dan perbincangan
bersama Timbalan Pendakwa Raya jabatan untuk mencapai solusi dan ketetapan
dalam menyiasat mana-mana kesalahan di bawah peruntukan undang-undang yang
dikuatkuasakan jabatan supaya kertas-kertas siasatan yang dibuka dapat disiasat dan
dilengkapkan dengan lebih berkualiti.

6 Mukasurat

2. PERJUMPAAN TUAN PENGARAH JTK SARAWAK DENGAN YB DATO GERAWAT GALA,
TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PREMIER SARAWAK (BURUH, IMIGRESEN DAN PEMANTAUAN
PROJEK)

Pada 06 Januari 2022 Tuan Pengarah JTK Sarawak bersama beberapa pegawai kanan
jabatan telah mengadakan perjumpaan bersama YB Dato Gerawat Gala, Timbalan Menteri
di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) atas jemputan YB
Dato Gerawat Gala di pejabatnya di Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak, Petra
Jaya. JTK Sarawak telah dijemput untuk memberi taklimat ringkas berhubung fungsi JTK
Sarawak kepada YB Dato Timbalan Menteri berikutan pewujudan portfolio baru iaitu buruh,
imigresen dan pemantauan projek yang juga di bawah bidang tugas YB Dato Gerawat
Gala

3. PELUPUSAN ASET DI PEJABAT TENAGA KERJA BAKUN
Pejabat Tenaga Kerja Bakun telah menjalankan aktiviti pelupusan aset pada 17 Januari
2022. Aset-aset yang dilupuskan termasuklah partition dan meja pegawai yang telah rosak
dan mendapat kelulusan untuk pelupusan. Beberapa pegawai dan kakitangan terlibat
dalam aktiviti ini.

Mukasurat 7

4. KUNJUNGAN DARIPADA SYARIKAT SARAWAK PETCHEM SDN.BHD KE JTK SARAWAK
Pada 20 Januari 2022 JTK Sarawak telah menerima kunjungan daripada pihak Sarawak
Petchem Sdn.Bhd, Bintulu. Mereka disambut oleh Tuan Pengarah JTK Sarawak dan
beberapa pegawai kanan di JTK Sarawak. Pengarah JTK Sarawak telah diberi taklimat
ringkas oleh pihak syarikat sebelum sesi perbincangan diadakan di antara kedua-dua
pihak. Kunjungan ini adalah bagi membincangkan berkenaan dengan penggajian pekerja
bukan pemastautin bagi Sarawak Methanol Project (SMP) di Bintulu, Sarawak.

8 Mukasurat

5. PERSIDANGAN PEGAWAI-PEGAWAI JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK 2022
Persidangan Pegawai Jabatan Tenaga Kerja Sarawak 2022 telah diadakan pada 24 hingga
27 Januari 2022 di Hotel Promenade Bintulu. Persidangan ini dihadiri oleh semua Pegawai
Skim S di JTK Sarawak termasuk Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19 yang telah
diberi kuasa di bawah Ordinan Buruh [Sarawak Bab 76] dan Akta-akta lain yang berkaitan.
Persidangan ini juga merupakan persidangan awal tahun 2022 JTK Sarawak bagi menilai
semula pencapaian tahun sebelumnya dan seterusnya merancang serta menetapkan
strategi dan halatuju jabatan untuk tahun 2022. Semasa persidangan juga telah diadakan
Majlis Ikrar Bebas Rasuah yang disaksikan oleh Pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) Bahagian Bintulu.

Mukasurat 9

FEBRUARI 2022

1. ON JOB TRAINING : PENGISIAN BUSINESS PLAN 2022
Sesi On Job Training : Pengisian Business Plan 2022 telah dianjurkan dengan jayanya oleh
Bahagian Penyelidikan Dan Maklumat (BPM) secara dalam talian pada 03 Februari 2022.
Sesi tersebut dikendalikan dan penerangan oleh En Jeffry Douglas dan Puan Melati Ah Nen
dari ibu pejabat dan dihadiri oleh focal person daripada semua PTK Bahagian di Sarawak.
Objektif sesi ini adalah untuk memberi penerangan dan dalam masa yang sama mengajar
peserta secara hands on cara-cara pengisian Business Plan 2022 yang baharu.

2. KUNJUNGAN OLEH JABATAN KERJA RAYA (JKR) KE JTK SARAWAK
JTK Sarawak telah menerima kunjungan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) pada
07 Februari 2022. Mereka disambut oleh Pengarah Tenaga Kerja Sarawak, Tuan Awang
Raduan Bin Awang Omar bersama bersama beberapa pegawai kanan jabatan daripada
Bahagian Penggajian Pekerja Bukan Pemastautin (BPPBP) ibu pejabat. Kunjungan tersebut
adalah bertujuan bagi membincangkan penggajian dan kemasukan pekerja bukan
pemastautin ke Sarawak bagi projek Pan Borneo Highway di Sarawak.

10 Mukasurat

3. KURSUS PENYIASATAN ADUAN SIRI 1 TAHUN 2022
Kursus Penyiasatan Siri 1 telah diadakan pada 07 hingga 10 Februari 2022 bertempat di Meritz
Hotel, Miri. Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Standard Perburuhan (BSP) JTK Sarawak.
Kursus ini dihadiri oleh pegawai baharu dan pegawai-pegawai Gred S19 yang telah
diwartakan di bawah Ordinan Buruh (Sarawak) Bab 76. Program kursus ini bertujuan bagi
meningkatkan kefahaman dan ilmu berkaitan teknik penyiasatan aduan dan penulisan
laporan pemeriksaan yang baik dan berkesan. Di akhir kursus nanti pegawai pemeriksa
boleh mengendalikan pemeriksaan berkanun dengan mahir berdasarkan prosedur yang
ditetapkan. Pegawai pemeriksa juga berupaya menjalankan pemeriksaan dengan lebih
yakin dan dapat mempertingkatkan kemahiran dalam menyediakan laporan pemeriksaan
berkanun.

Mukasurat 11

4. PROGRAM OUTREACH JTK SARAWAK DI LUSONG LAKU BELAGA
JTK Sarawak telah mengadakan Program Outreach di Lusong Laku, Belaga pada 08
hingga 11 Februari 2022 anjuran Bahagian Standard Perburuhan (BSP) ibu pejabat. Objektif
program ialah memperluaskan penguatkuasaan undang- undang buruh ke atas majikan
di kawasan pedalaman disamping membanteras penggajian buruh paksa & buruh kanak-
kanak dan juga memberi kesedaran berkaitan risiko yang dihadapi oleh pekerja Sarawak
yang bekerja di luar negara. Aktiviti-aktiviti semasa program ialah pemeriksaan berkanun
ke atas 5 majikan yang telah dikenalpasti dan program pendidikan perburuhan kepada
penduduk setempat. Program pendidikan perburuhan ini telah memberi manfaat kepada
seramai 87 orang terdiri daripada Rumah Penan Lusong Laku, Belaga.

12 Mukasurat

5. KURSUS PEMERIKSAAN BERKANUN TAHUN 2022
JTK Sarawak telah menganjurkan kursus Pemeriksaan Berkanun pada 14 hingga 17
Februari 2022 bertempat di Green Hotel & Suites, Bintulu. Kursus tersebut disertai oleh 41
orang pegawai pemeriksa Gred S19 hingga S41 yang baru dan belum pernah menghadiri
kursus pemeriksaan berkanun sebelum ini. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan

kefahaman dan pengetahuan berkaitan
teknik Pemeriksaan Berkanun dan teknik
penulisan laporan pemeriksaan yang baik dan
berkesan. Pada peringkat akhir kursus peserta
boleh mengendalikan pemeriksaan berkanun
dengan mahir berdasarkan prosedur
yang ditetapkan. Pegawai pemeriksa
juga berupaya menjalankan pemeriksaan
dengan lebih yakin dan dapat meningkatkan
kemahiran dalam menyediakan laporan
pemeriksaan berkanun.

Mukasurat 13

6. BENGKEL TRANSFORMASI POLISI & PROSES KERJA PERMOHONAN PAS KERJA EKSPATRIAT &
PEKERJA BUKAN PEMASTAUTIN (PBP)

Pegawai daripada BPPBP ibu pejabat JTK Sarawak telah dijemput menyertai Bengkel
Transformasi Polisi & Proses Kerja Permohonan Pas Kerja Ekspat & PBP yang diadakan di
Bintulu pada 17 hingga 20 Februari 2022 di New World Suites, Bintulu. Program tersebut
disertai oleh pelbagai agensi dari kerajaan negeri dan persekutuan antaranya seperti
Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak, Kementerian
Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, PERKESO, Jabatan Peguam Besar Negeri
Sarawak dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi lain yang turut terlibat. Program ini
bertujuan bagi membincangkan transformasi polisi dan proses kerja permohonan pas kerja
yang ekspat dan PBP yang lebih efisien.

14 Mukasurat

7. KURSUS PEMERKASAAN SIASATAN DAN LAPORAN KELULUSAN SECARA DASAR (AP) DAN
PENYEDIAAN LESEN PENGGAJIAN PEKERJA BUKAN PEMASTAUTIN 2022 JABATAN TENAGA
KERJA SARAWAK

JTK Sarawak telah mengadakan Kursus Pemerkasaan Siasatan Dan Laporan Kelulusan
Secara Dasar (AP) Dan Penyediaan Lesen Penggajian Pekerja Bukan Pemastautin 2022
pada 22 hingga 25 Februari 2022 anjuran Bahagian Penggajian Pekerja Bukan Pemastautin,
Ibu Pejabat. Program tersebut disertai oleh pegawai-pegawai di 16 Pejabat Tenaga Kerja
di Sarawak. Kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan asas kepada
pegawai-pegawai jabatan tentang penyediaan laporan dan lesen penggajian pekerja
bukan pemastautin. Pegawai-pegawai akan diberi pendedahan yang lebih jelas dan
terperinci serta pengetahuan yang berkaitan untuk menjalankan tugas harian mereka
dengan baik.

Mukasurat 15

MAC 2022

1. BENGKEL PEMURNIAN GARIS PANDUAN BERKAITAN AGENSI PEKERJAAN SWASTA (APS)
Bengkel Pemurnian Garis Panduan Berkaitan Agensi Pekerjaan Swasta (APS) ini telah
dianjurkan dengan jayanya oleh Bahagian Penguatkuasaan (BP) pada 6 hingga 9 Mac
2022 bertempat di Hotel Imperial, Kuching dan dihadiri oleh pegawai-pegawai dari
Pejabat Tenaga Kerja Kuching, Pejabat Tenaga Kerja Sri Aman, Jabatan Tenaga Kerja
Semenanjung Malaysia dan juga dari Jabatan Tenaga Kerja Sabah. Bengkel ini diadakan
bertujuan untuk mengkaji semula Surat Pekeliling dan Arahan Pengarah Tenaga Kerja sedia
ada berhubung Prosedur Pelesenan Di Bawah Seksyen 23 Akta Agensi Pekerjaan Swasta
1981 yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan sebelum ini.

16 Mukasurat

3. PROGRAM BULAN PENGUATKUASAAN 2022 JTK SARAWAK

Program Bulan Penguatkuasaan 2022 JTK Sarawak telah
berlangsung dari 1 hingga 25 Mac 2022. Program ini telah
secara rasminya dilancarkan oleh Pengarah Tenaga Kerja
Sarawak, Tuan Awang Raduan bin Awang Omar di satu
majlis yang diadakan di Hotel Kingwood, Sibu, Sarawak
pada 2 Mac 2022. Semasa majlis pelancaran ini juga
Tuan Pengarah telah menyampaikan watikah pelantikan
kepada 8 orang Ketua Operasi yang telah dilantik mewakili
8 Zon yang telah ditetapkan meliputi semua bahagian
di negeri Sarawak. Program Bulan Penguatkuasaan ini
dilancarkan untuk membolehkan aktiviti penguatkuasaan
undang-undang perburuhan dijalankan secara menyeluruh
melibatkan semua Pejabat Tenaga Kerja di negeri Sarawak
dan meliputi pelbagai sektor tempat pekerjaan. Operasi-
operasi pemeriksaan dan siasatan yang diadakan sepanjang
tempoh berlansungnya Bulan Penguatkuasaan ini telah
memberi impak di mana sebanyak 49 kertas siasatan telah
dibuka untuk kesalahan di bawah seksyen 119, 114 dan 116
Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) dan seksyen 43 Akta Majis
Perundingan Gaji Negara 2011.

Mukasurat 17

4. LABOUR GO RURAL AREA PROGRAMME (LABOUR GRAP) 3.0

Labour Go Rural Area Program 3.0 (Labour GRAP 3.0) JTK
Sarawak 2022 telah dianjurkan pada 28 hingga 31 Mac
2022 oleh JTK Sarawak secara berkonvoi menggunakan
kenderaan pacuan empat roda. Kawasan yang

dijelajahi ialah Kawasan
Penempatan Semula
Sungai Asap, Belaga
dan Daerah Kecil
Sebauh, Bintulu. Program
dirasmikan oleh Tuan
Awang Raduan bin Awang Omar, Pengarah tenaga kerja
Sarawak.

Objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada penduduk
di kawasan luar bandar berkenaan perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan, menjadi

platform kepada jabatan untuk menyampaikan khidmat
nasihat perburuhan secara terus kepada majikan yang
dilawati, dan mewujudkan jalinan kerjasama bersama
penduduk setempat melalui program “Corporate Social
Responsibility (CSR) yang dianjurkan semasa program.

Aktiviti-aktiviti semasa program ialah Ceramah Pendidikan

Perburuhan di Lamin Adet

Bangen Kimet, Uma Baha

(BRS) Apau Koyan Sg.Asap, dan Dewan Masyarakat

Sebauh, Bintulu. Selain itu juga diadakan sesi dialog

dengan masyarakat,

lawatan kesedaran ke

premis perniagaan dan

tempat kerja berhubung

peranan jabatan dan

khidmat yang disediakan

di JTK Sarawak, memberi

khidmat nasihat

perburuhan kepada

majikan dan pekerja, mengedar risalah berkaitan

aktiviti-aktiviti utama jabatan. Majikan-majikan terlibat

telah diberi khidmat nasihat dan penerangan berkaitan

undang-undang perburuhan terutama yang berkaitan

dengan tanggungjawab majikan kepada pekerja dan

perkara berkaitan penggajian pekerja bukan pemastautin.

Semasa program berlangsung juga diadakan aktiviti
tanggungjawab sosial jabatan seperti penyerahan
‘bakul kasih’ kepada keluarga dan penerima terpilih
dan penyerahan ‘bakul kit COVID-19’ kepada rumah
Panjang atau kampung terpilih dengan bantuan
Pejabat Daerah (DO) yang berkenaan. Program ini
telah memberi manfaat kepada penduduk setempat
dan di kawasan yang dilawati.

18 Mukasurat

Mukasurat 19

APRIL 2022

1. KUNJUNGAN HORMAT PERHEBAT KE ATAS PENGARAH TENAGA KERJA SARAWAK

Pengarah Tenaga Kerja Sarawak, Tuan Awang Raduan Bin Awang Omar telah menerima
kunjungan hormat daripada Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)
pada 6 April 2022 yang diketuai oleh Kapten(B) Mohd Fuad bin Serah serta 2 orang
pegawai. Tujuan kunjungan adalah untuk memperkenalkan PERHEBAT Negeri Sarawak
kepada jabatan disamping menjalinkan kerjasama erat dan hubungan di antara kedua-
dua pihak.

20 Mukasurat

2. PERJUMPAAN BERSAMA YB DATO GERAWAT DENGAN PUSAT KECEMERLANGAN TEKNIKAL
SARAWAK (CENTEXS)

Satu perjumpaan telah diadakan oleh YB Dato Gerawat Gala, Timbalan Menteri di
Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen Dan Pemantauan Projek) dengan Centre
of Technology Sarawak (CENTEXS). Perjumpaan tersebut diadakan di Kompleks Dewan
Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 07 April 2022. Pihak JTK Sarawak juga telah
dijemput untuk hadir bersama dan diwakili oleh Encik Ewiim @ Michael Sinar dari Bahagian
Penyelidikan Dan Maklumat (BPM) ibu pejabat. Perjumpaan tersebut bertujuan mendengar
taklimat berhubung pengoperasian CENTEXS dan apakah peluang-peluang yang ada
untuk mengadakan kerjasama dengan pihak Kerajaan Sarawak melalui Unit Pengurusan
Imigresen dan Tenaga Kerja Kerja (ILMU) di Jabatan Premier Sarawak dan JTK Sarawak di
masa hadapan.

Mukasurat 21

3. KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI DARI KERAJAAN SARAWAK KE ATAS YANG BERHORMAT
MENTERI SUMBER MANUSIA, DATUK SERI M. SARAVANAN

Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan telah menerima
kinjungan hormat daripada delegasi Kerajaan Sarawak yang diketuai oleh Timbalan
Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Yang
Berhormat Dato Gerawat Gala serta rombongan di pejabatnya di Putrajaya pada 18 April
2022. Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, Tuan Awang Raduan Bin Awang Omar
telah dijemput oleh pihak Kerajaan Sarawak untuk turut serta dalam delegasi tersebut.

22 Mukasurat

4. KURSUS PENGENALAN MYGOVUC 2.0

Kursus Pengenalan telah dianjurkan dengan jayanya oleh Bahagian Penyelidikan Dan
Maklumat (BPM) pada 19 hingga 21 April 2022 secara dalam talian. Kursus tersebut dihadiri
oleh pengguna-pengguna daripada semua PTK Bahagian di Sarawak. Kursus dikendalikan
oleh Encik Johan Bin Mat dan dibantu oleh Puan Kavitha Rajandran. Objektif kursus ini
adalah untuk memberi pendedahan dan pengenalan kepada penggunaan MyGOVUC
2.0 yang baharu melalui kaedah teori dan hands-on.

5. TAKLIMAT OLEH CONSTRUCTION LABOUR EXCHANGE CENTER BERHAD (CLAB)
Taklimat CLAB telah diadakan pada
21 April 2022 bertempat di Jabatan
Tenaga Kerja Sarawak oleh pihak
Jabatan Tenaga Kerja Sarawak
dan dihadiri oleh Jabatan Imigresen
Negeri Sarawak dan juga Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia (CIDB). Objektif taklimat ini
adalah untuk untuk mendapatkan
input berkenaan Construction
Labour Exchange Center Berhad
(Clab) seperti mana yang telah
dilaksanakan di Semenanjung
Malayasia.

Mukasurat 23

6. KUNJUNGAN HORMAT WAKIL PEJABAT PESURUHJAYA TINGGI BANGLADESH KE MALAYSIA

JTK Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada Mr. Md Nazmus Sadat Salim
bersama sama tiga pegawai lain daripada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke
Malaysia di Kuala Lumpur pada 25 April 2022. Kunjungan tersebut disambut oleh Pengarah
Tenaga Kerja Sarawak, Tuan Awang Raduan Bin awang Omar dan beberapa pegawai
kanan jabatan di ibu pejabat. Tujuan kunjungan adalah untuk mengenali lebih dekat
peranan dan fungsi yang dimainkan oleh jabatan ini.

24 Mukasurat

7. MESYUARAT PINDAAN PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) JTK SARAWAK
Mesyuarat Pindaan Perlembagaan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Jabatan Tenaga Kerja
Sarawak telah diadakan pada 24 April 2022 di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Tenaga Kerja
Sarawak. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah JTK Sarawak Encik
Wan Zaifolludean Bin Wan Zakaria bagi Pihak Pengurusan dan Puan Asmarina Binti Othman
bagi Pihak Pekerja. Semua ahli dari kedua-dua Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja hadir.
Mesyuarat diadakan bagi membincang dan menambahbaik beberapa peruntukan
dalam perlembagaan supaya selaras dengan situasi dan persekitaran kerja semasa.

Mukasurat 25

MEI 2022

1. LAWATAN KERJA PENGARAH JTK SARAWAK KE POS SEMPADAN MALAYSIA-INDONESIA,
TEBEDU, SERIAN

Satu Lawatan Kerja oleh Pengarah
JTK Sarawak ke Sempadan Malaysia
Indonesia di Pos Sempadan Tebedu,
Serian telah diadakan pada 12 Mei
2022. Turut serta dalam lawatan tersebut
ialah Tuan Pengarah Jabatan Tenaga
Kerja Sarawak bersama pegawai dari
Bahagian Penggajian Pekerja Bukan
Pemastautin (BPPBP) dan Jabatan
Imigresen. Rombongan telah disambut
dan diberi taklimat oleh Pegawai
Imigresen yang menjaga Pos Kawalan
Sempadan. Tujuan lawatan untuk meninjau tentang kemasukan penggajian pekerja
bukan pemastautin ke Sarawak di sempadan negara.

26 Mukasurat

2. KUNJUNGAN PENGARAH LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDN) PEJABAT
SARAWAK KE JTK SARAWAK

JTK Sarawak telah menerima kunjungan daripada Tuan Abang Ehsan Bin Abang Abu Bakar,
Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) Pejabat Sarawak serta Ketua-ketua
Pejabat LHDN Cawangan di Sarawak pada 25 Mei 2022. Turut hadir juga Puan Jema’ah
Binti Sedek, Pengarah Bahagian Siasatan
LHDN Cawangan Kuching. Rombongan
tersebut disambut oleh Pengarah JTK Sarawak,
Timbalan Pengarah dan Ketua-ketua Bahagian
di Ibu Pejabat JTK Sarawak. Mereka diberi
taklimat mengenai latarbelakang dan fungsi
JTK Sarawak sebelum taklimat yang sama
diberikan oleh pihak LHDN. Tujuan kunjungan
ialah untuk mengenali lebih dekat lagi peranan
dan fungsi JTK Sarawak disamping meneroka
bidang-bidang kerjasama yang mungkin
boleh diusahakan untuk memantapkan lagi
penyampaian perkhidmatan kedua-dua pihak
kepada masyarakat.

Mukasurat 27

3. PERBINCANGAN MENGENAI PEMAKAIAN ORDINAN BURUH (SARAWAK BAB 76) KE ATAS
BADAN BERKANUN DI SARAWAK.

Satu Sesi Perbincangan telah diadakan di ibu pejabat JTK Sarawak pada 25 Mei 2022.
Perbincangan tersebut dianjurkan oleh Unit Pengurusan Imigresen dan Tenaga Kerja (ILMU)
Jabatan Premier Sarawak dan dipengerusikan oleh Pengarah ILMU, Tuan Jack Meredu Ko.
Perbincangan tersebut dihadiri oleh wakil Pejabat Peguam Besar Negeri Sarawak dan pihak
SALCRA. Tujuan perbincangan adalah untuk mendapatkan input mengenai pemakaian
Ordinan Buruh Sarawak terhadap Badan Berkanun di Sarawak.

28 Mukasurat

4. TAKLIMAT PERINTAH GAJI MINIMUM (PGM) 2022 OLEH PTK BINTULU
PTK Bintulu telah dijemput untuk memberi
taklimat mengenai Perintah Gaji Minimum
2022 kepada ahli-ahli Persatuan Chinese
Chamber of Commerce Bintulu pada 27 Mei
2022. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh
Encik Jason Wong daripada PTK Bintulu dalam
Bahasa Mandarin kepada ahli-ahli persatuan
yang hadir.

JUN 2022

1. SESI PERBINCANGAN MENGENAI PENGGAJIAN PEKERJA DOMESTIK DI SARAWAK

Satu sesi perbincangan mengenai penggajian pekerja domestik di Sarawak telah diadakan
di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak pada 09 Jun 2022 melibatkan
Jabatan Imigresen Negeri Sarawak dan Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja Negeri
Sarawak. Objektif perbincangan adalah untuk menjalin kerjasama dan pertukaran
maklumat di antara agensi yang mengawalselia penggajian pekerja domestik di negeri
ini bagi menyediakan perkhidmatan perlindungan sosial mengikut kehendak undang-
undang berkenaan melibatkan pekerja domestik yang digaji oleh majikan sama ada
pekerja domestik tempatan dan pekerja domestik asing terutamanya pembantu rumah.

Mukasurat 29

2. TAKLIMAT KEPADA AGENSI PEKERJAAN SWASTA DI SARAWAK
Taklimat ini telah diadakan di Hotel Imperial pada 10
Jun 2022. Program taklimat yang julung kali diadakan
ini merupakan satu usaha untuk mengumpulkan semua
agensi di Sarawak untuk memberi taklimat berkenaan
dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan agensi
pekerjaan swasta, khususnya berkenaan dengan Akta
Agensi Pekerjaan Swasta 1981, Ordinan Buruh (Sarawak Bab
76) dan undang-undang lain yang berkaitan. Di samping
itu satu sesi soal -jawab diadakan selepas taklimat untuk
memberi peluang kepada wakil Agensi Pekerjaan Swasta
bertukar-tukar pendapat dan menyuarakan pandangan
mereka. Sebanyak 29 daripada 31 agensi pekerjaan swasta
yang dijemput oleh Jabatan telah hadir pada program
iini dengan jumlah kehadiran seramai 46 orang. Taklimat
disampaikan oleh Puan Nur Huda Bt Mohammad Imran
dan Encik Phang Pin dari Bahagian Penguatkuasaan, JTK
Sarawak.

30 Mukasurat

3. PEMERIKSAAN OUTREACH PEMERIKSAAN DI BARIO, SARAWAK

Program Outreach Pemeriksaan di Bario telah diadakan pada 12
hingga 18 Jun 2022. Program ini dirancang oleh Bahagian Standard
Perburuhan (BSP) ibu pejabat JTK Sarawak. Program melibatkan
seramai peserta terdiri daripada pegawai-pegawai daripada ibu
pejabat, Kuching, Bintulu, Sibu, Miri, Bakun, Betong, Marudi dan Sri
Aman. Objektif program ialah memperluaskan penguatkuasaan
undang- undang buruh ke atas majikan di kawasan pedalaman
disamping membanteras penggajian buruh paksa dan buruh

kanak-kanak dan juga memberi kesedaran berkaitan risiko yang
dihadapi oleh pekerja Sarawak yang bekerja di luar negara.
Aktiviti-aktiviti semasa program ialah pemeriksaan berkanun ke
atas 5 majikan yang telah dikenalpasti dan program pendidikan
perburuhan kepada penduduk setempat. Program pendidikan
perburuhan ini telah memberi manfaat kepada seramai 87 terdiri
daripada Rumah Panjang Pa’ Umur, Bario dan Rumah Panjang
Batang Uma Apau, Long Suling Baram.

Mukasurat 31

4. KES PENDAKWAAN PTK SARIKEI

Pada 27 Jun 2022 sebuah kilang pemperosesan minyak kelapa sawit (oil palm mill) telah
didakwa di Mahkamah Majistret Sarikei oleh Pejabat Tenaga Sarikei atas satu (1) pertuduhan
di bawah Seksyen 114 Ordinan Buruh (Sarawak
Bab 76) kerana membuat potongan gaji
pekerjanya secara tidak sah. Kes disebut
di hadapan Majistret Puan Stella Augustine
Druce. Dalam kes tersebut pihak syarikat
mengaku bersalah dan didenda RM500.00 bagi
pertuduhan tersebut. Syarikat telah membayar
sepenuhnya denda yang diperintahkan pada
hari yang sama. Pendakwaan dijalankan
oleh Encik Anand Anak Asvester Ujan (PTK
Betong) sebagai Pegawai Pendakwa (PO)
dibantu oleh Encik Kennedy Anak Lawrence
(PTK Sibu) sebagai Pembantu Pegawai
Pendakwa (Assistant PO). Turut hadir dalam kes
pendakwaan ini ialah Encik Encik Martin Anak
Badi iaitu Pegawai Penyiasat kes ini daripada
PTK Sarikei.

5. KES PENDAKWAAN PTK KAPIT

Pada 27 Jun 2022 satu majikan telah didakwa di Mahkamah Majistret Kapit atas lapan (8)
pertuduhan di bawah Seksyen 43 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. Kes disebut
di hadapan Majistret Tuan Flavian Edward Henry. Orang Kena Saman (OKS) iaitu pihak
majikan telah mengaku bersalah dan didenda RM500.00 bagi setiap satu pertuduhan
menjadikan jumlah denda keseluruhan sebanyak RM4,000.00. OKS telah membayar
sepenuhnya denda yang diperintahkan pada hari yang sama. Pendakwaan dijalankan
oleh Encik Dominic Anak Empera dan dibantu oleh Puan Sapinah Binti Mohamad Ibrahim,
Pegawai Pendakwa dari Pejabat Tenaga Kerja Sibu. Pegawai Penyiasat kes Encik Rudy
Kennedy anak William Selan juga turut hadir semasa sebutan kes.

32 Mukasurat

6. HARI BERTEMU PELANGGAN KSM 2022

Program Hari Bertemu Pelanggan KSM 2022 telah diadakan di Pusat Transformasi Bandar
(UTC) Kuching di Taman Letak Kereta Bukit Permata Kuching pada 28 Jun 2022 bermula
pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program kali ini dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan
Kemahiran (JPK) Sarawak dan disertai oleh semua agensi lain di bawah Kementerian
Sumber Manusia (KSM) di Sarawak. Pelbagai aktiviti seperti pameran dan kaunter khidmat
nasihat dibuka oleh semua agensi yang mengambil bahagian selain mengedar risalah
mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi masing-masing.

Mukasurat 33

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN
KORPORAT (CSR)

1. PROGRAM KASIH AIDILFITRI TANGGUNGJAWAB SOSIAL & KORPORAT (CSR) PTK KOTA
SAMARAHAN

Pada 26 April 2022 PTK Kota Samarahan telah mengadakan program kerja amal iaitu
“Program Kasih Aidilfitri” bertempat di Masjid Kampung Meranek, Kota Samarahan. Program
di ketuai oleh Ketua Pejabat Kota Samarahan, Encik Ismail Bin Mohammad serta pegawai
dan staf di PTK Samarahan. Aktiviti semasa program ialah gotong royong membersih
kawasan luar dan dalam masjid kampung tersebut disamping memberi sedikit sumbangan
barang keperluan kepada beberapa penduduk yang memerlukan. Program ini adalah
sebagai memenuhi tanggungjawab sosial dan korporat disamping mengeratkan lagi
silaturahim di kalangan staf dengan masyarakat kampung tersebut.

34 Mukasurat

AKTIVITI KELAB SOSIAL DAN KEBAJIKAN

1. MAJLIS MALAM APRISIASI JTK SARAWAK 2022 DI BINTULU
Majlis Malam Aprisiasi JTKSWK 2022 telah diadakan di Hotel Promenade Bintulu pada 26
Januari 2022 juga sempena Persidangan Pegawai Jabatan Tenaga Kerja Sarawak yang
berlangsung di tempat yang sama. Semasa majlis tersebut beberapa pegawai jabatan
yang telah bersara juga turut diraikan sebagai tanda penghargaan jabatan ke atas
perkhidmatan yang telah mereka berikan. Majlis juga turut diserikan dengan beberapa
persembahan nyanyian daripada pegawai dan kakitangan jabatan.

Mukasurat 35

2. MAJLIS BERBUKA PUASA IBU PEJABAT JTK SARAWAK

Pada 22 April 2022 telah diadakan Majlis Berbuka Puasa ibu pejabat JTK Sarawak. Majlis
dihadiri oleh semua pegawai dan staf di ibu pejabat. Turut diadakan semasa program
itu juga Majlis Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Syeed Abdul Hamid bin Wan Yusuf
daripada Madrasah Alkhairat, Gita, Kuching sebelum waktu berbuka puasa bermula.
Pelbagai juadah berbuka puasa telah dihidangkan semasa majlis.

36 Mukasurat

3. MAJLIS SAMBUTAN RAYA GAWAI 2022 IBU PEJABAT JTK SARAWAK
Majlis Sambutan Raya Gawai 2022 Ibu Pejabat JTK Sarawak telah diadakan pada 27
Mei 2022 di lobi ibu pejabat JTK Sarawak sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri dan
Gawai Dayak 2022. Majlis dihadiri oleh warga kerja ibu pejabat JTK Sarawak. Pelbagai
aktiviti diadakan selain menjamu selera dengan pelbagai juadah dan hidangan yang
disediakan sendiri oleh staf di ibu pejabat. Majlis berlangsung dalam suasan yang meriah
dalam semangat kekeluargaan warga jabatan.

Mukasurat 37

SUDUT PENDIDIKAN PERBURUHAN

1. PERSIAPAN UNTUK BEKERJA DI LUAR NEGARA

Lanjutan beberapa kes di negara jiran
Kemboja baru-baru ini yang melibatkan
rakyat Malaysia diperdaya dengan tawaran
pekerjaan palsu, pencari kerja kini perlu
berhati-hati dengan tawaran kerja yang
dibuat dengan pelbagai cara dan saluran,
termasuk sosial media dan surat khabar.
Tidak dinafikan bahawa ramai warga
tempatan yang berminat untuk bekerja
di luar negara kerana tertarik dengan gaji
yang ditawarkan. Selain daripada gaji yang
lumayan, faktor lain yang menyebabkan
warga tempatan bekerja di sesebuah
negara lain adalah termasuk pekerja
ditempatkan oleh majikan di luar negara, pencari kerja dipengaruhi agen, kenalan atau
saudara, faktor ekonomi dan sebagainya. Bagi menjaga kepentingan dan kebajikan
pekerja, perkara-perkara berikut perlu diambil tahu oleh pencari kerja sebelum bertolak ke
luar negara.

Pertama, pencari kerja perlu meneliti dan memahami syarat kontrak perkhidmatan yang
disediakan oleh bakal majikan. Bagi pencari kerja yang mendapatkan khidmat agensi
pekerjaan swasta, pihak agensi memainkan peranan penting untuk mendapatkan maklumat
ini. Menurut seksyen 18 Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 (Akta 246), iklan yang dibuat
oleh agensi pekerjaan swasta dalam apa-apa media massa hendaklah mengandungi
maklumat yang betul. Ini memudahkan pencari kerja memperolehi maklumat yang sahih
tentang hak dan kebajikan pekerja. Sebelum menerima tawaran kerja, pencari kerja perlu
mengetahui syarat-syarat pekerjaan yang ditawarkan seperti jenis pekerjaan, tempat
pekerjaan, waktu kerja, kelayakan cuti, tempoh kontrak, gaji dan kaedah pembayaran,
faedah kebajikan, keadaan tempat tinggal dan sebagainya.

Kedua, pencari kerja yang menggunakan khidmat agensi pekerjaan swasta boleh berurusan
dengan agensi yang telah dilesenkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak. Seksyen 7
memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh menjalankan aktiviti merekrut tanpa
lesen di bawah Akta 246. Akta 246 juga menetapkan hanya agensi pekerjaan swasta
yang diberikan lesen B dan C dibenarkan untuk menempatkan pekerjaan di luar Malaysia.
Pencari kerja boleh melayari laman sesawang rasmi Jabatan Tenaga Kerja Sarawak untuk
mendapatkan senarai nama agensi pekerjaan swasta yang telah diberi lesen di bawah
Akta 246.

38 Mukasurat

Ketiga, pencari kerja yang berhasrat untuk bekerja di luar negara perlu memastikan
dokumen perjalanan yang diperlukan adalah teratur. Pencari kerja perlu memahami
prosedur untuk bekerja di sesebuah negara dan memohon visa yang sah dan bersesuaian.
Pencari kerja perlu melakukan persiapan yang berkaitan dengan teliti sebelum memulakan
perjalanan. Pencari kerja dinasihatkan tidak menyalahgunakan visa untuk tujuan selain
daripada tujuan yang dibenarkan dalam visa yang diluluskan itu.
Sebelum bertolak ke luar negara, pencari kerja perlu membuat anggaran perbelanjaan,
menyediakan bahan yang perlu dibawa, merancang tempoh yang sesuai untuk tinggal di
luar negara, mengetahui adat resam negara tersebut dan sebagainya. Warga tempatan
yang bekerja di luar negara adalah dinasihatkan untuk berdaftar dalam sistem e-Konsular
melalui portal Kementerian Luar Negara Malaysia di https://ekonsular.kln.gov.my/en.
Adalah diingatkan bahawa pekerja adalah terikat dengan syarat-syarat perkhidmatan
berdasarkan undang-undang yang dikuatkuasakan di negara itu. Warga tempatan yang
berhadapan dengan sebarang pertikaian atau masalah pekerjaan di luar negara adalah
dinasihatkan supaya membuat laporan di jabatan buruh negara berkenaan sebelum balik
ke negara.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, bolehlah hubungi Jabatan Tenaga Kerja
Sarawak di talian 082242261 atau melayari laman sesawang rasmi di jtkswk.mohr.gov.my.

Disediakan oleh :
Phang Pin
Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja
Jabatan Tenaga Kerja Sarawak

Mukasurat 39

INFO ICT

INFO TEKNOLOGI MAKLUMAT

KESEDARAN ICT

SIMPAN & Sentiasa sediakan salinan pendua
LINDUNG (back up) maklumat digital secara
MAKLUMAT berkala.

Elakkan daripada memuat naik
dokumen rasmi Kerajaan dalam
public cloud.

Pastikan meja kerja dikemaskan dan Putuskan sambungan Internet atau
semua maklumat rasmi (termasuk yang wi-fi sekiranya tidak
berada di dalam peranti storan) disimpan menggunakannya lagi.
di tempat yang selamat dan berkunci.

Elakkan daripada meninggalkan Sentiasa imbas peranti storan
kamputer dan gajet tanpa sebarang sebelum menggunakannya.
pengawasan.

BERETIKAMENGGUNAKAN INTERNET DAN MEDIA SOSIAL

Elakkan daripada Pastikan alamat e-mel Berhati-hati menggu- Elakkan daripada meng-
dan kata laluan rasmi gunakan wi-fi umum yang
berkongsi maklumat tidak digunakan dalam nakan media sosial tidak diketahui tahap kese-
akaun peribadi media lamatannya untuk melak-
peribadi dan maklumat sosial. untuk tujuan peribadi sanakan kerja-kerja rasmi.

berkaitan tugas rasmi di supaya tidak

Internet dan media sosial. mendedahkan seb-

arang maklumat

rasmi.

Pastikan perkongsian Keluar (log out) Elakkan daripada Elakkan daripada
membuat sebarang
dan penggunaan daripada akaun menggunakan media komen mengenai
isu-isu yang melibat-
maklumat yang media sosial apabila sosial untuk tujuan kan agensi/organisa-
si atau yang berben-
berkaitan dengan hak tidak digunakan lagi. peribadi semasa waktu tuk serangan periba-
di.
cipta dan harta intelek pejabat.

telah mendapat

kebenaran terlebih Elakkan daripada Kenalpasti rakan media
sosial anda.
dahulu daripada pihak memuat turun aplikasi

yang berkenaan. yang tidak diketahui

tahap keselamatan-

nya.

Daripada :
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT, BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN MAKLUMAT

40 Mukasurat

BERITA WARGA

1. SALAM PERKENALAN

Nama Pegawai : Norita Binti Abdul Rahman Nama Pegawai : Angela Anak Hendry Bana

Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Jawatan : Pegawai Perhubungan
Operasi) Gred N22 Perusahaan S41

Dari : Jabatan Penilaian Dan Dari : Pejabat Tenaga Kerja
Perkhidmatan Harta Sarawak Georgetown

Ke : Bhgn. Khidmat Pengurusan, Ibu Ke : PTK Limbang
Pejabat, JTK Sarawak
Tarikh Kuat : 13.05.2022
kuasa
Tarikh Kuat : 25.01.2022
kuasa

Nama Pegawai : Norliza Binti Bol Nama Pegawai : Norlila Wati Binti Sipon

Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Jawatan : Pembantu Tadbir
Operasi) Gred N19 (Perkeranian/Operasi) Gred
N19
Dari : Jabatan Perangkaan Malaysia
Negeri Sarawak Dari : Penjara Pusat Limbang

Ke : Bhgn. Standard Perburuhan, Ibu Ke : PTK Limbang
Pejabat, JTK Sarawak

Tarikh Kuat : 27.01.2022 Tarikh Kuat : 06.04.2022
kuasa kuasa

Nama Pegawai : Collin Wyner Anak James Nama Pegawai : Jessie Anak Bidut

Jawatan : Pegawai Perhubungan Jawatan : Pegawai Perhubungan
Perusahaan Gred S41 Perusahaan S44

Dari : Bhgn. Penguatkuasaan Dari : Pejabat Tenaga Kerja Kota
dan Kawalan Negeri Perak, Kinabalu
Kementerian Dalam Negeri
Ke : Ibu Pejabat, Jabatan Tenaga
Ke : PTK Miri Kerja Sarawak

Tarikh Kuat : 13.05.2022 Tarikh Kuat : 13.05.2022
kuasa kuasa

Nama Pegawai : Mohamad Izzadtul Bin Dillah

Jawatan : Penolong Pegawai
Perhubungan Perusahaan Gred
S29

Dari : -

Ke : PTK Serian

Tarikh Kuat : 17.05.2022
kuasa

2. KENAIKAN PANGKAT

Nama Pegawai : Susan Sue Anak Olivia Kada

Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/
Operasi) Gred N19

Penempatan : Pejabat Ketua Pendaftar,
Mahkamah Daerah Kuching

Tarikh Kuat : 28.03.2022
kuasa

Mukasurat 41

3. PERTUKARAN KELUAR

Nama Pegawai : Dayang Azina Binti Abg. Ali Nama Pegawai : Siti Mordiah Binti Abukasim

Jawatan : Pembantu Tadbir Jawatan : Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi) Gred (Perkeranian/Operasi) Gred
N22 N19

Dari : Bhgn. Khidmat Pengurusan, Dari : Bhgn. Standard Perburuhan,
Ibu Pejabat, JTK Sarawak Ibu Pejabat, JTK Sarawak

Ke : Jabatan Penilaian Dan Ke : Jabatan Perangkaan
Perkhidmatan Harta Sarawak Malaysia Negeri Sarawak

Tarikh Kuat : 25.01.2022 Tarikh Kuat : 27.01.2022
kuasa kuasa

Nama Pegawai : Hepni Bin Chabo Nama Pegawai : Suryana Binti Ahad

Jawatan : Penolong Akauntan W29 (KUP) Jawatan : Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi) Gred
Dari : PTK Sibu N22 (TBK)

Ke : Jabatan Akauntan Negara Dari : PTK Kota Samarahan
Malaysia Sibu
Tarikh Kuat Ke : Penjara Pusat Limbang
kuasa : 18.04.2022

Tarikh Kuat : 06.04.2022
kuasa

Nama Pegawai : Nur Alwani Izzati Binti Nama Pegawai : Susan Sue Anak Olivia Kada
Shahrudin
Jawatan : Pembantu Tadbir
Jawatan : Penolong Pegawai (Perkeranian/Operasi) Gred
Perhubungan Perusahaan N19
Gred S32
Dari : PTK Kuching
Dari : PTK Serian

Ke : Jabatan Tenaga Kerja Ke : Pejabat Ketua Pendaftar,
Semenanjung Malaysia Mahkamah Daerah Kuching

Tarikh Kuat : 17.05.2022 Tarikh Kuat : 28.03.2022
kuasa kuasa

Nama Pegawai : Rajid Bin Jeli

Jawatan : Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi) Gred
N19

Dari : PTK Sarikei

Ke : Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia

Tarikh Kuat : 07.02.2022
kuasa

4. PERTUKARAN DALAMAN

Nama Pegawai : Abdul Aziz Bin Ariffen Nama Pegawai : Aini Binti Mustapha

Jawatan : Pembantu Tadbir Jawatan : Penolong Pegawai
(Perkeranian/Operasi) Gred Perhubungan Perusahaan
N22 (TBK) Gred S32

Dari : Bahagian Khidmat Dari : PTK Marudi
Pengurusan, Ibu Pejabat
Ke : PTK Miri
Ke : Bahagian Penguatkuasaan,
Ibu Pejabat Tarikh Kuat : 01.04.2022
kuasa

Tarikh Kuat : 01.03.2022
kuasa

Nama Pegawai : Abg Mohamad Khaider Bin Nama Pegawai : Alexander Albert Rayang
Abang Suhaili
Jawatan : Penolong Pegawai
Perhubungan Perusahaan
Jawatan : Pegawai Perhubungan Gred S32
Perusahaan Gred S41

Dari : PTK Sibu Dari : PTK Miri

Ke : Bhgn. Penggajian Pekerja Ke : PTK Marudi
Bukan Pemastautin, Ibu
Pejabat Tarikh Kuat : 01.04.2022
kuasa

Tarikh Kuat : 01.04.2022
kuasa

42 Mukasurat

4. PERTUKARAN DALAMAN

Nama Pegawai : Edward Jekim Anak Diot Nama Pegawai : Ritip Anak Taim @ Tiam

Jawatan : Pegawai Perhubungan Jawatan : Pembantu Operasi Gred N11
Perusahaan Gred Fleksi S41/
S44 Dari : PTK Serian

Dari : PTK Limbang Ke : PTK Kuching

Ke : PTK Sarikei Tarikh Kuat : 13.06.2022
kuasa

Tarikh Kuat : 13.06.2022
kuasa

Nama Pegawai : Frederick Sait Anak Numpang Nama Pegawai : Siti Amirra Binti Mohamad

Jawatan : Pegawai Perhubungan Jawatan : Pegawai Perhubungan
Perusahaan Gred S41 Dari Perusahaan Gred S41

Dari : Bhgn. Penggajian Pekerja : PTK Serian
Bukan Pemastautin, Ibu
Pejabat Ke : PTK Kuching

Ke : PTK Serian Tarikh Kuat : 01.04.2022
kuasa
Tarikh Kuat : 01.04.2022
kuasa

Nama Pegawai : Jamahari Bin Yusop Nama Pegawai : Tan Hui Mien

Jawatan : Pembantu Operasi Gred N11 Jawatan : Pegawai Perhubungan
Dari : PTK Kuching Perusahaan Gred Fleksi S41/
S44

Ke : PTK Serian Dari : PTK Sarikei

Tarikh Kuat : 13.06.2022 Ke : Bhgn. Penguatkuasaan, Ibu
kuasa Pejabat

Tarikh Kuat : 13.06.2022
kuasa

Nama Pegawai : Jevline Lireh Anak Semut

Jawatan : Pegawai Perhubungan
Perusahaan Gred S41
Dari
Ke : PTK Miri
Tarikh Kuat
kuasa : PTK Bintulu

: 13.06.2022

5. PENGURNIAAN PINGAT DAN DARJAH KEBESARAN

Puan Sharifah Meriana binti Wan Mohammed Tuan Haji Rahman Bin Masa’at
Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S44 Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S44
Ibu Pejabat, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak Ibu Pejabat, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak

Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B) Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B)
Tarikh : 09.02.2022 Tarikh : 09.02.2022

Mukasurat 43

6. BERSARA

Nama Pegawai : Normeriah binti Kamil

Jawatan : Pembantu Tabdir (P/O) Gred N19 (KUP)

Tarikh Kuat kuasa : 31.01.2022

Nama Pegawai : Faridah Binti Man

Jawatan : Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S26

Tarikh Kuat kuasa : 01.02.2022

Nama Pegawai : Tan Choon Ing

Jawatan : Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W26

Tarikh Kuat kuasa : 06.03.2022

Nama Pegawai : Steward anak Baring

Jawatan : Penolong Perhubungan Perusahaan Gred S32

Tarikh Kuat kuasa : 01.06.2022

7. KELAHIRAN CAHAYA MATA

Nama Pegawai : Peggy Anak Amis

Jawatan : Jurubahasa Gred LA19

Pejabat : Pejabat Tenaga Kerja Miri

Nama Anak : Peony Kakup Rebed

Tarikh Lahir : 19.02.2022

Jantina : Perempuan

44 Mukasurat

8. AHLI KELUARGA MENINGGAL

Sekalung Takziah



1) Encik Chang Nyuk Kui yang bertugas di Bahagian Penyelidikan Dan Maklumat,

Ibu Pejabat telah kehilangan ibu kandung pada 03 Februari 2022. Warga JTK Sarawak

mengucapkan salam takziah kepada beliau dan keluarga atas kehilangan ibunda dan

semoga dipermudahkan segala urusan.



2) Encik Ahmad Syauki bin Ali yang bertugas di Pejabat Tenaga Kerja Kapit telah

kehilangan bapa kandung pada 08 Mac 2022. Warga JTK Sarawak mengucapkan

salam takziah kepada beliau dan keluarga atas kehilangan ayahanda dan semoga

dipermudahkan segala urusan.



3) Encik Abg Mohamad Khaider bin Abang Suhaili yang bertugas di Pejabat Tenaga

Kerja Sibu telah kehilangan ibu kandung pada 09 Mac 2022. Warga JTK Sarawak

mengucapkan salam takziah kepada beliau dan keluarga atas kehilangan ibunda dan

semoga dipermudahkan segala urusan.



4) Encik Edward Jekim anak Diot yang bertugas di Pejabat Tenaga Kerja Limbang

telah kehilangan isteri tercinta pada 03 April 2022. Warga JTK Sarawak mengucapkan

salam takziah kepada beliau dan keluarga atas kehilangan orang tersayang dan semoga

dipermudahkan segala urusan.



5) Puan Florence Yong Hui Ling yang bertugas di Pejabat Tenaga Kerja Kuching telah

kehilangan ibu kandung pada 10 April 2022. Warga JTK Sarawak mengucapkan salam

takziah kepada beliau dan keluarga atas kehilangan ibunda dan semoga dipermudahkan

segala urusan.



6) Puan Norliza Binti Bol yang bertugas di Bahagian Standard Perburuhan, Ibu Pejabat

telah kehilangan ayahanda tercinta pada 19 Mei 2022 bersamaan 16 Syawal 1443 Hijrah.

Semoga roh ayahanda beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.

Warga JTK Sarawak mengucapkan salam takziah kepada beliau dan keluarga atas

kehilangan ayahanda dan semoga dipermudahkan segala urusan.



7) Puan Roslind yang bertugas di Pejabat Tenaga Kerja Kapit telah kehilangan ibu

mertua pada 28 Mei 2022. Warga JTK Sarawak mengucapkan salam takziah kepada beliau

dan keluarga atas kehilangan ibu mertua dan semoga dipermudahkan segala urusan.



“Warga kerja JTK Sarawak mengucapkan takziah
kepada keluarga mereka yang berkenaan. Semoga rohnya dihimpunkan dalam
kalangan orang-orang yang beriman. Amin.”

Mukasurat 45

DIREKTORI

IBU PEJABAT PEJABAT TENAGA KERJA KAPIT
Tkt.2, Wisma Persekutuan, Jalan Kapit By-Pass,
Jabatan Tenaga Kerja Sarawak Peti surat 75, 96807 Kapit
Kementerian Sumber Manusia Tel : 084-796430
Tingkat 13, Bangunan Sultan Iskandar Fax : 084-797637
Jalan Simpang Tiga, Peti Surat 1383, Emel : [email protected]
93532 Kuching, Sarawak
PEJABAT TENAGA KERJA MUKAH
Telefon: 082 242 261, 082 414 062 Sublot No.43, Lot 924 & 927, Block 68, Mukah Land District,
Telekerja: 082 242 050 Mukah Town Extension Phase II, 96400 Mukah
Faks: 082 244 909, 082 237 051 Tel : 084-874179
Emel: [email protected] Fax : 084-874182
Laman Web: https://www.jtkswk.gov.my Emel : [email protected]

PEJABAT BAHAGIAN NO. TEL, FAX & EMEL PEJABAT TENAGA KERJA BINTULU
Tkt.2, Bangunan Persekutuan, Batu 2, Jln Bintulu/Miri,
PEJABAT TENAGA KERJA KUCHING Peti Surat 418, 97008 Bintulu
Tkt.7 & 8, Bangunan KWSP, Jalan Upland, Tel : 086-337625
Peti Surat 375, 93300 Kuching Fax : 086-339457
Tel : 082-247349 Emel : [email protected]
Fax : 082-247305
Emel : [email protected] PEJABAT TENAGA KERJA BAKUN
No.4, Sungai Asap Commercial Centre, Belaga
PEJABAT TENAGA KERJA SAMARAHAN Peti Surat 418, 97008 Bintulu
Sub Lot No.33, Lot 4681, Tkt.Bawah 1 & 2, Fasa 17, Blok 1, Desa Tel : 019-8595286
Ilmu, Sarawak Land District, Jln Dato' Mohd Musa, 94300 Kota Fax : 086-339457
Samarahan Emel : [email protected]
Tel : 082-616073
Fax : 082-616054 PEJABAT TENAGA KERJA MIRI
Emel : [email protected] Tkt.3, Bangunan. Persekutuan, Jalan Gartok,
Peti Surat 541, 98007 Miri
PEJABAT TENAGA KERJA SERIAN Tel : 085-419949
Tkt. Bawah, Lot 1061-1062, Jalan Alamanda, Fax : 085-417181
Serian Town District, 94700 Serian Emel : [email protected]
Tel : 082-874840
Fax : 082-875299 PEJABAT TENAGA KERJA LIMBANG
Emel : [email protected] Tkt.2, Bgn Persekutuan, Jalan Fisher,
Peti Surat 128, 98707 Limbang
PEJABAT TENAGA KERJA SRI AMAN Tel : 085-211228
Tkt. Bawah, Bgn. Persekutuan Fasa II, Jalan Kejatau, Fax : 085-212461
Peti Surat 83, 95007 Sri Aman Emel : [email protected]
Tel : 083-322527
Fax : 083-323194 PEJABAT TENAGA KERJA MARUDI
Emel : [email protected] Tkt.2, Wisma Persekutuan, Jalan Kampung Cina,
Peti Surat 224, 98508 Marudi
PEJABAT TENAGA KERJA BETONG Tel : 085-755963
Sublot 35 Of Parent Lot 1992, Phase 3, Block 9, Fax : 085-756559
Batu Api Land District, Betong Newtownship, 95700 Betong Emel : [email protected]
Tel : 083-420233
Fax : 083-420244 PEJABAT TENAGA KERJA LAWAS
Emel : [email protected] Tingkat Bawah 1 & 2, Bangunan Kedai 3 Tingkat,
Lot 334, Jln Trusan, Lawas Town District, 98850 Lawas
PEJABAT TENAGA KERJA SARATOK Tel : 085-285452
Ground Floor, 3 Storey Shophouse, Fax : 085-285476
Lot 719, Saratok Town District, 95400 Saratok Emel : [email protected]
Tel : 083-438603
Fax : 083-438609
Emel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA SARIKEI
Tkt.2, Wisma Persekutuan,
Jln. Bgn. Kerajaan, 96100 Sarikei
Tel : 084-651242
Fax : 084-654011
Emel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA SIBU
Tkt.3, Wisma Persekutuan Blok 3, Lot 462, Persiaran Brooke,
Peti surat 431, 96007 Sibu
Tel : 084-330700
Fax : 084-317284
Emel : [email protected]

46 Mukasurat

Kata-kata Mutiara

“ Ombak itu tidak besar,
hanya perahu yang kecil.
Jangan hanya meminta diringankan ujian,
tetapi pintalah dikuatkan iman.”

“ Ketika kamu gagal dalam sesuatu perjuangan,
itu bukan bermaksud kamu harus menyerah
dan berhenti berusaha. “

“ Perubahan diri memerlukan perjuangan
bukan dengan sekadar duduk diam.
Berjuanglah demi perubahan diri dan
perbetulkan keinginan kita.
Beri ruang kepada perubahan. “

“ Jangan takut jatuh,
kerana yang tidak pernah memanjatlah yang

tidak pernah jatuh. “

© Hak Cipta Terpelihara

Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh disiarkan dalam apa-apa jua cara,
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum

mendapat izin bertulis daripada penerbit Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, Kementerian
Sumber Manusia.

Buletin JTK Sarawak Edisi 26 Bil.1/2022

Diterbitkan oleh:

Bahagian Penyelidikan Dan Maklumat (BPM)
Jabatan Tenaga Kerja Sarawak
Kementerian Sumber Manusia

Tingkat 13, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga, Peti Surat 1383,

93532 Kuching, Sarawak

Telefon: 082 242 261, 082 414 062
Telekerja: 082 242 050

Faks: 082 244 909, 082 237 051
Emel: [email protected]
Laman Web: http://www.jtkswk.gov.my


Click to View FlipBook Version