PERKEMBANGAN EKONOMI
PADA ZAMAN KERAJAAN
ABBASIYAH
• Sistem ekonomi Islam terdiri daripada
zakat, cukai tanah, pertanian, cukai
kepala, ternakan dan sebagainya.
Kerajaan telah mengambil langkah untuk
memajukan sistem ekonomi negara :
• Membina tali air untuk kemudahan
pertanian.
• Membina jalan-jalan baru dan
membaiki jalan lama untuk tujuan
pengangkutan hasil pertanian.
• Membina kilang-kilang untuk menambah
pengeluaran bahan tempatan.
• Menggalakkan masyarakat menceburkan
diri dalam bidang perniagaan dengan
memberi bantuan kewangan dan
kepakaran.
• Menjalankan perusahaan import eksport
dengan membuka pasaran luar ke dalam
negara.
• Di samping itu, khalifah juga membuka
perdagangan dengan negara-negara lain
seperti Cina, India, Afrika, Eropah, dan
Timur Jauh. Ini menjadikan sistem
ekonomi negara bertambah kukuh.
• Pemindahan pusat pentadbiran dari
Damsyik ke Baghdad pada zaman Abu
Jaafar Al-Mansor telah mempergiatkan
lagi perkembangan ekonomi pada zama
kerajaan Abbasiyah.
Kepentingan kota Baghdad sebagai
pusat ekonomi kerajaanAbbasiyah.
• Kedudukannya yang strategik menjadi
laluan perdagangan timur dan barat.
• Terdpat sebuah pasar yang dikenali
sebagai “suk Baghdad” yang menjadi
tumpuan para pedagang Parsi.
• Terdapat ladang-ladang ternakan dan
pertanian serta beberapa pasar yang
dikenali sebagai “suk Al-Baqar.
KEDUDUKAN KOTA BAGHDAD
• Terletak di tebing sungai Daljah
(Tigris).
• Dibina dalam bentuk bulatan dan
terdapat 4 pintu.
• Dikelilingi benteng yang kukuh.
• Di tengahnya dibina istana dan
masjid jamek Al-Mansor
Sungai daljah
SUMBER-SUMBER EKONOMI
KERAJAAN ABBASIYAH
• Pertanian
• Perdagangan
• Perindustrian
• Sumber-sumber lain seperti zakat,
ghanimah, faie, jizyah dan kharaj.
Langkah yang diambil oleh
kerajaan untuk meningkatkan
sektor pertanian
• Membina saliran.
• Melebarkan sungai dan terusan.
• Membuat empangan.
• Membuka tanah pertanian yang baru
• Membuat penyelidikan dalam bidang
pertanian.
Antara wilayah yang banyak
mengeluarkan hasil pertanian
• Mesir
• Syam
• Iraq
• Yaman
• Maghribi
• Khurasan
• Andalus
JENIS-JENIS HASIL
PERTANIAN
• Bijiran seperti gandum, barli dan beras
• Buah-buahan seperti anggur, zaitun
dan sebagainya
• Sayuran seperti timun, kubis, kacang
tanah, ubi dan sebagainya
• Ternakan seperti lembu, kambing,
ayam, itikl, lebah dan sebagainya
JENIS-JENIS INDRUSTRI YANG
TERDAPAT PADA ZAMAN ITU
• Tenunan, Hamparan dan permaidani – di
iraq, Syiraz serta Asfahan di Farsi
• Pinggan mangkuk – Mesir dan Syam
• Barangan kaca, timbikar, dan moze – di
Baghdad, Mesir dan Syam
• Barangan kulit dan senjata – Mesir, Andalus
dan Maghribi
• Perhiasan dan batu permata – Yaman,
Khurasan, Bahrain dan Lubnan
• Kertas – Iraq, Mesir, Maghribi dan Andalus
FAKTOR PERKEMBANGAN
PERDAGANGAN PADA ZAMAN
KERAJAAN ABBASYIAH
• Pembukaan wilayah-wilayah baru yang
memberi banyak ruang pasaran perniagaan
• Perkembangan industri perkapalan
memudahkan pergerakan para pedagang
• Sarjana-sarjana islam menghasilkan karya-
karya yang menjelaskan hukum hakam
perniagaan serta galakan terhadapnya
• Kemahiran orang Arab dalam bidang
perniagaan sejak Zaman jahiliyyah
LANGKAH KERAJAAN UNTUK
MENGIATKAN LAGI BIDANG
PERDAGANGAN
• Membina pusat-pusat perniagaan yang
dilengkapi dengan perigi di jalan jalan
utama
• Membina rumah-rumah api untuk
panduan kapal-kapal pedagang
• Mengetatkan kawalan keselamatan
untuk mengelakan dari perompak dan
lanun
PERLABUHAN SERTA BANDAR
UTAMA PADA ZAMAN ITU
• Baghdad
• Basrah
• Antakiah
• Amman
• Kaherah
• Iskandariah
• Kegiatan perdagangan pada zaman itu
amat meluas sekali, orang Islam telah
berdagang hingga ke China melalui
Samarkand dan Turkistan, ke Andalus di
Eropah dan juga ke selatan Afrika dan
Madagaskar.
• Dalam proses perdagangan ini,
pertukaran barang berlaku di antara
negara-negara Islam dengan Negara-
negara lain di dunia seperti negara Islam
membawa hasil tamar, kapas serta
barangan kaca ke negara-negara lain dan
membawa balik barang dagangan lain
pula seperti rempah, kabus barus dan
sebagainya
BUKTI SUMBANGAN PARA ILMUAN
ISLAM DALAM MENGGIATKAN
AKTIVITI PEDAGANGAN
• Al-Bukhari (256H/870M) memperuntukkan bab
khusus dalam kitab sahihnya tentang
perniagaan iaitu “Bab Al-Buyu’”
• Muhammad bin Hassan As-Syaibani
(189H/805M) membincangkan secara mendalam
tentang perniagaan serta padangan syarak
terhadapnya dalam kitab “Al-Makasib” dan As-
Siyyara”
• Al-Kasani (857H/1191M) membincangkan jenis-
jenis syarikat serta hukum hakamnya dalam
kitab “Badae’ wal sanae”
SUMBER-SUMBER KEWANGAN
KERAJAAN ABBASYIAH
• Zakat – kadar harta yang dikeluarkan oleh umat
Islam mengikut hukum syarak
• Kharaj – cukai tanah milik bukan Islam dan tanah
orang Islam yang diperolehi melalui peperangan
• Ghanimah – harta rampasan perang. 80%
diberikan kepada pejuang Islam
• Faie – harta yang diperlehi melalui pedamaian
apabila pihak musuh menyerah kalah
• Jizyah – bayaran terhadap bukan Islam yamg
mendiami Negara islam
• Usur – bayaran kepada pedagang yang bukan
Islam yang singgah di pelabuhan di Negara islam
BAITUL MAL
• Ialah institusi kewangan negara yang
diketuai oleh sahibul Baitul Mal ( pengurus
perbendaharaan Negara) yang bertugas
menguruskan pendapatan dan
perbelanjaan Negara yang dilakukan oleh
dewan Al-Kharaj (jabatan hasil) dan Al An-
nafkah (jabatan kewangan). Aktiviti kedua-
dua jabatan ini akan dilaporkan kepada
baitul mal dari masa ke semasa.
PERANAN BAITUL MAL DALAM
PENGURUSAN KEWANGAN
NEGARA
• Menguruskan sumber-sumber pendapatan
Negara melalui dewan Al-Kharaj yang
menguruskan kutipan cukai seperti Al-
Kharaj, jizyah, usur dan sebagainya.
• Mengawal belanjawan Negara melalui dewan
An-Nafakah yang menguruskan pendapatan
dan pebelajaan untuk semua jabatan
kerajaan serta gaji kakitangan kerajaan.
KESAN PEMBANGUNAN
EKONOMI TERHADAP RAKYAT
• Taraf hidup rakyat bertambah
meningkat.
• Peluang pekerjaan banyak disediakan
oleh rakyat.
• Kerajaan dapat menyediakan pelbagai
kemudahan asas kepada rakyat
seperti sekolah, masjid, hospital,
jalanraya dan seumpamanya.