PERKEMBANGAN KETENTERAAN
PADA ZAMAN KERAJAAN
ABBASIYAH
• Pada masa pemerintahan Abbasiyah,
struktur organisasi ketenteraan telah
diperluaskan dan dikemaskini.
• Jabatan ketenteraan telah dibahagikan
kepada dua jabatan iaitu jabatan yang
mengelolakan pengajian, penyeliaan,
dan pangkat.
• Manakala satu lagi jabatan
menguruskan keanggotaan dan
pentadbiran.
• Khalifah Muawiyah telah
memperkukuh angkatan lautnya
dengan menambahkan jumlah kapal
perangnya daripada 200 buah kepada
1700.
• Manakala pada zaman Kerajaan
Abbasiyah, khalifah telah membina
pelabuhan-pelabuhan baru dan
membaiki pulih pelabuhan lama.
PEMBAHARUAN YANG DILAKUKAN OLEH
KERAJAAN ABBASYIAH DALAM BIDANG
KETENTERAAN
• Membuka keanggotaan tentera kepada
orang bukan Arab seperti orang Turki
dan Farsi.
• Mengemaskini sistem pentadbiran dan
stuktur organisasi ketenteraan.
• Memberi gaji dan imbuhan yang lumayan
kepada tentera.
DEWAN AL-JUNDI
• Berfungsi mengawal hal ehwal
pertahanan negara seperti
daftar lengkap tentera gaji,
imbuhan, pangkat dan
sebagainya.
DEWAN AL-JUNDI DIBAHAGIKAN KEPADA 8 BAHAGIAN
1. Majlis At-Taqrir (bahagian kewangan)
menguruskan hal-hal gaji dan imbuhan tentera,
pengurusan ketenteraan, belajawan khusus
untuk pengurusan, latihan da peralatan
ketenteraan.
2. Majlis Al-Muqabalati (bahagian latihan)
menguruskan pengambilan dan latihan kepada
tentera-tentera baru.
3. Dewan At-Tasnif (bahagian pengurusan dan
sumber manusia) menguruskan kenaikan
pangkat dan penyusunan tentera mengikut
pasukan. Antara pasukan yang ditubuhkan islah
pasukan pagawal Khalifah, pasukan bergaji
tetap dan pasukan sukarela.
4. Dewan Al-Ardhi (depot simpanan) menguruskan
stor dan kelengkapan persenjataan yang
dikendalikan oleh pengarah depot.
5. Al-Jawasis atau Al-‘Uyun (bahagian perisikan)
mengitip kekuatan dan kedudukan musuh serta
tahap setia kepada tentera Islam.
6. Daeratul Muhandissin (bahagian kejuruteraan)
bertanggungjawab dalam pembinaan kem-kem
tentera dan kubu-kubu pertahanan.
7. Al-Massahum (bahagian kejuruteraan)
bertanggungjawab dalam membina kem-kem
tentera dan kubu-kubu pertahanan.
8. Al-Bahriyyah (bahagian tentera laut) mengawasi
pengairan kerajaan Abbasiyah serta kerja-kerja
pembinaan kapal perang dan penyususnan
angkatan tentera laut.
FUNGSI KETENTERAAN DALAM
MENJAGA KEAMANAN
NEGARA
FUNGSI KETENTERAAN DALAM
MENJAGA KEAMANAN NEGARA
TUGAS UTAMA TENTERA TUGAS BANTUAN TENTERA
* Mempertahankan * Membantu pihak polis dan
sempadan pihak berkuasa awam
negara daripada
pencerobohan dalam memelihara ketenteraan
Negara. awam dan operasi anti
keganasan
* Menentang musuh Negara
* Menghadapi sebarang * Membentu pihak berkuasa
keadaan darurat awam dalam bantuan
malapetaka dan
pembangunan negara.
FAKTOR KEJAYAAN TENTERA
ISLAM ZAMAN ABBASYIAH
• Dasar ketenteraan yang terbuka membuka
keanggotaan kepada bukan Arab seperti Farsi,
Turki dan sebagainya.
• Pemimpin yang berkaliber menjaga kebajikan
tentera seperti memberi gaji dan imbuhan serta
melantik pemimpin tentera yang berkaliber tanpa
mengira bangsa.
• Peralatan ketenteraan yang canggih seperti
pedang, lembing, panah, manjanik, gunpowder
dan pelbagai jenis kapal perang
• Strategi peperangan yang berkesan samada yang
diwarisi dari generasi sebelum mereka ataupun
yang di ubahsuai mengikut perkembangan
semasa seperti Al-Karadis yang membhagian
tentera kepada 5 kumpulan besar yang diwarisi
dari zaman Saidina Umar Al-Khatab dan di
ubahsuai mengikut keperluan semasa.
• Keimanan dan semangat jihad tentera Islam
sanggup berjuang menentang kuasa-kuasa besar
seperti Rom dan Parsi demi menegakkan islam
dan merealisasikan konsep keamanan sejagat.
KEPENTINGAN KESELAMATAN
UNTUK PEMBANGUNAN DAN
KEMAJUAN NEGARA
• Pembangunan dan kemajuan sesebuah
negara banyak bergantung kepada
kestabilan politik, ekonomi dan negara.
• Sekirannya kestabilan politik tergugat,
perkembangan ekonomi akan terbantut
dan pendidikan pasti akan terjejas dan
sekaligus keamanan negara sukar
dicapai.
• Negara yang tidak aman akan menjadi
mundur dan terdedah kepada ancaman-
ancaman luar.