JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
MELAKA
MINIT MESYUARAT BIL 2 / 2020
Tarikh : 16 Jun 2020 (Selasa)
Masa : 09.00 pagi
Tempat : Bilik Konsultansi Penyelidikan JPPI
Kehadiran: - Ketua Jabatan (Pengerusi Mesyuarat)
1 DR. NORYANI BINTI MD. YUSOF
2 DR. SHOLEHAH BINTI ISMAIL - Setiausaha
3 DR. FATIMAH BINTI MUSTAFFA
4 DR. SHAHRIR AFFANDI BIN DAUD @
MOHAMED
5 DR. HJ KAMARUDIN BIN ABU HASSAN
6 DR. SALINAH BINTI PIT
7 PN. MAZMI BINTI MAAROF
Tidak Hadir : -
1 TN. HJ. ROZAILI BIN MOHD ALI
2 AIMEE SHAHRIN BIN JAIS
3 DR. NORSIAH BINTI BAHARI
1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat jabatan yang
kedua dalam tahun 2020.
1.3 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua rakan pensyarah kerana telah dapat
melaksanakan tugas yang baik sepanjang semester.
Makluman: Semua Pensyarah
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Minit mesyuarat dibentangkan dan diterima sebulat suara.
Makluman: Semua Pensyarah
1
3. MAKLUM BALAS
Bil Ruj. Perkara Tindakan Maklumbalas Status (Tamat /
Pensyarah sambung)
Minit
----- TIADA ------
4. TADBIR URUS JABATAN/ HAL-HAL BERBANGKIT
a) Inisiatif 112
Program ini adalah kerjasama antara IAB dengan IPGM. Peruntukann yang diperoleh sebanyak
RM1555 adalah untuk penyelidikan yang akan dijayakan pada Jun 2020.
Makluman: Semua Pensyarah
b) Kertas Kerja
Semua program yang terdapat dalam takwim jabatan perlu dilaksanakan dengan menyediakan
kertas kerja untuk penilaian Ketua Jabatan terlebih dahulu. Jika ada tarikh program berbeza atau
dipinda dari takwim jabatan sila isi borang pindaan/ubahsuai yang boleh diperoleh dari Unit
Pembangunan Latihan.
Makluman: Semua Penyelaras Program
c) Borang Keberhasilan Pensyarah
Semua pensyarah diminta menulis dengan lengkap. Bukti kepada sasaran keberhasilan perlu
ditunjukkan kepada penilai apabila diminta. Program yang terdapat di dalam takwim jabatan adalah
menjadi KPI kepada penyelaras program yang telah dipertanggungjawabkan.
Makluman: Semua Pensyarah
5. PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN, INOVASI DAN PENERBITAN PENSYARAH
IPGK PM
* Sila rujuk Slaid Power Point yang dilampirkan pada Lampiran 1
Makluman: Semua Pensyarah
2
6. LAPORAN PROGRAM
a) Literasi Penulisan Jurnal Berimpak Tinggi
- Kertas kerja telah disemak oleh Ketua Jabatan. Program yang dicadangkan pada 30 Jun 2020 tiada
perubahan.
- Surat jemputan kepada penceramah iaitu Prof. Dr Asan Ali san Prof. Madya Dr. Nanthakumar dari
UTM telah dihantar.
-Semua perancangan program telah siap, menunggu masa untuk dilaksanakan pada 30 Jun 2020
sahaja
Makluman: Semua Pensyarah
b) Bengkel Penyelidikan 1 Pensyarah 1 Penyelidikan
- Perbincangan telah dilakukan dengan Ketua Jabatan
- Program telah dicadangkan pada 23-24 Jun 2020
- 5 skop utama akan difokuskan iaitu Kerangka Konsep, Tinjauan Literatur, Penulisan format APA,
Pembinaan Instrumen dan Analisis Data
Makluman: Semua Pensyarah
c) Pertandingan Inovasi IPGK PM
• Bengkel Inovasi secara dalam talian
o Bengkel inovasi telah dilaksanakan secara dalam talian pada 27 Julai – 12 Ogos 2020
disebabkan situasi semasa Covid 19.
o Tiga orang penceramah telah mengendalikan sesi iaitu Dr. Norsiah binti Bahari, Dr.
Shahrir Affandi Daud dan Tn. Hj. Rozaili bin Mohd Ali.
o Pelaksanaan bengkel menggunakan plarform google classroom. Borang pendaftaran
dan video telah dimasukkan ke dalam google classroom.
o e-Sijil di dijana secara dalam talian apabila peserta telah mengikuti kursus,
menghantar tugasan dan menjawab soalan kuiz yang disediakan. Seramai 2,300
orang telah menyertai bengkel inovasi yang telah dilaksanakan ini.
o Penyertaan juga telah dimasukkan ke dalam SKPGKPM.
• Pertandingan Inovasi Amalan Terbaik (InBesT 2020)
o Pertandingan InBesT 2020 juga akan menggunakan pendekatan seperti pelaksanaan
bengkel inovasi iaitu secara dalam talian pada 12 Ogos 2020 disebabkan maslah
Covid 19 masih belum berakhir.
o Terdapat 4 kategori yang akan dipertandingkan iaitu:
▪ Inovasi
▪ Inovasi Swadaya
▪ Inovasi Santai Kreatif
▪ Inovasi PIT / KIK
3
2.3 Setiap peserta dikehendaki menyediakan video dalam jangka masa 5 minit dan poster atau
katalog mengikut kategiri yang disertai.
2.4 Semua syarat yang disediakan adalah menyamai Pertandingan MINDS peringkat Kebangsaan
yang dianjurkan oleh IPGM.
2.5 Semua penyertaan hendaklah dimuat naik ke dalam google classroom seperti yang diiklankan.
2.6 Juri daripada luar akan dilantik bagi setiap kategori.
2.7 Setiap penyertaan dikehendaki mengikut syarat seperti dalam iklan yang telah dimuat naik.
Makluman: Semua Pensyarah
d) Maklumbalas pelanggan
- IPGK PM telah meminta kerjasama pentadbir sekolah menjawab isskp 2019 melalui wsup,
email, telefon pihak sekolah
- Isu wujud apabila pentadbir telah menilai 2/3 kali tetapi data penilaian hilang
-Masalah system adalah diluar jangkauan IPGK PM
- Isu ini telah dimaklumkan kepada En. Samsudin di IPGM
- Laporan maklumbalas pelanggan sila rujuk Lampiran 2
7. PEMBENTANGAN STATUS PROGRAM JABATAN JPPI
BIL NAMA PROGRAM PENYELARAS STATUS CATATAN
1 Bengkel Amos Fasa 2 Pogram Gabungan Laksana Selesai
2 Bengkel Analisis Data SPSS dengan Jab Pra Laksana Selesai
Sekolah
3 Pertandingan Inovasi Dr Shahrir Affandi Laksana Dalam Proses
4 Literasi Penulisan Jurnal Dr. Sholehah Laksana Dalam Proses
Berimpak Tinggi
5 Kolokium Pendidikan Dr. Kamarudin Laksana Dalam Proses
8. HAL-HAL LAIN
Mesyuarat mengambil maklum bahawa semua pensyarah perlu mengisi BORANG KUNING jika
perlu meninggalkan IPGK PM untuk pelbagai urusan peribadi. Manakala, jika urusan rasmi
IPGK PM, isi maklumat pergerakan di dalam e-Gerak.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.15 tengah hari.
Disediakan oleh,
Setiausaha Jabatan
Jabatan Perancanga, Penyelidikan dan Inovasi
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka
4
LAMPIRAN 1
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScpVrHEYXSA71A7TXYte-
k6dkj9UKxvty7CBFQ9U2bVRC2NMg/viewform
LAMPIRAN 2
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,
MELAKA
LITERASI I-SSKP
A. Bahagian Kulit Laporan
i. Tajuk : Taklimat Literasi I-SSKP
ii. Tarikh : 6 Mac 2020
iii. Penganjur : JPPI, IPGKPM
B. Bahagian Kandungan Laporan
a. Pengenalan : Perkenalkan link isskp dan mendapatkan butiran peribadi
pelajar untuk di simpan dan di gunakan untuk kajian maklumbalas
pelanggan luaran (sekolah) setelah pelajar setahun ditempatkan di sekolah.
b. Objektif : Mendapatkan maklumat pelajar iaitu nama penuh, kad
pengenalan, no telefon dan email.
c. Nama Fasilitator : Fatimah Mustaffa
d. Bahan Kursus – Rujuk Lampiran
5
e. Maklumat pelajar : Rujuk Lampiran
6