The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-PORTFOLIO SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
(NURUL SAFIAH BINTI MOHD AZAM)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1070-9-safiah, 2022-10-10 20:21:18

Brown Simple Quotes Phone Wallpaper

E-PORTFOLIO SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
(NURUL SAFIAH BINTI MOHD AZAM)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR



PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2022 SEMESTER 1)



SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
(BMMB1074)

DISEDIAKAN OLEH:



NAMA: NURUL SAFIAH BINTI MOHD AZAM

ANGKA GILIRAN: 2022192310141

SNO. KAD PENGENALAN: 040211-11-0266

KUMPULAN: B6

KOD DAN NAMA KURSUS: BMMB1074
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

TAJUK TUGASAN: E-PORTFOLIO

NAMA PENSYARAH AKADEMIK: PUAN SHARIFAH HANIM BINTI SYED
AKBAR

TARIKH HANTAR: 12 OKTOBER 2022

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS

PENGHARGAAN




Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ini hanya kepada-Nya.
Saya, Nurul Safiah binti Mohd Azam, kad pengenalan 040211-11-0266
telah menyiapkan satu tugasan pentaksiran berterusan bagi kursus
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu berkod BMMB1074 buat julung-
julung kalinya. Tidak ada lagi yang dapat saya nukilkan bagi menyatakan
rasa kesyukuran ini. Kajian demi kajian selama berminggu-minggu lamanya
akhirnya menemui penghujung seketika.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada gerobok ilmu
saya, Puan Sharifah Hanim binti Syed Akbar, merangkap seorang tenaga
pengajar yang manis orangnya. Segala tunjuk ajar dan perkongsian ilmu
daripada puan yang tidak ingin titik noktah ini akan saya bawa sehingga ke
akhir hayat saya.

Huluran kasih dan penghargaan yang teristimewa kepada ayahanda
dan bonda kerana sentiasa menjadi nadi utama pembentukan diri ini.
Dokongan ayahanda dan bonda amat saya hargai baik langsung mahupun
tidak langsung. Kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berada
di atas jambatan ilmu ini, terima kasih daripada saya kerana sentiasa
mendokong serta menggenggam tangan saya untuk terus berada dalam
arena perjuangan ini.

Akhir kalam, dengan ini saya akan berusaha memastikan tugasan
pentaksiran berterusan kali ini tidak sia-sia dan mampu mendatangkan
manfaat kepada ramai orang baik secara penulisan mahupun pengucapan
di bilik darjah.

Sekian.

ISI KANDUNGAN




1.0 PENGENALAN

2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Latar Belakang Sistem Ejaan Rumi Sebelum Penjajahan

3.0 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI MENGIKUT KRONOLOGI
3.1 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Sebelum Merdeka
3.1.1 Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1904)
3.1.2 Sistem Ejaan Rumi Za’ba (1940)
3.1.3 Sistem Ejaan Rumi Fajar Asia (1943)
3.1.4 Sistem Ejaan Rumi Kongres (1956)
3.2 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Selepas Merdeka
3.2.1 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu 1972

4.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM
MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI

5.0 CABARAN EJAAN RUMI DI MASA HADAPAN

6.0 KESIMPULAN

7.0 RUJUKAN

1.0 PENGENALAN

Sistem ejaan bahasa Melayu yang digunakan tanpa sempadan hari ini
sebenarnya bertitik tolak daripada hasil persetujuan bersama perjanjian
penyatuan ejaan Rumi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia oleh kerajaan
Malaysia dengan pemerintahan republik Indonesia. Persetujuan ini telah
bermula sejak tahun 1967 lagi. Namun, Sistem Ejaan Rumi Baru telah
diperkenalkan pada 16 Ogos 1972 setelah menghadapi banyak kesukaran
dalam proses penambahbaikannya. Di Malaysia, badan Jawatankuasa Tetap
Bahasa Melayu telah dilantik oleh Menteri Pendidikan Malaysia bagi
menyusun panduan ejaan rumi. Jawatankuasa tersebut turut diletakkan di
bawah penyeliaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Latar Belakang Sistem Ejaan Rumi Sebelum Penjajahan
Sebelum kedatangan pedagang luar, orang Melayu lama menggunakan tiga
jenis sistem tulisan iaitu tulisan Rencong, Pallava dan Kawi. Ketiga-tiga jenis
tulisan ini menggunakan lambang baris dan suku kata yang berbagai bagi
menunjukkan perbezaan bunyi.

Tulisan Rencong Tulisan Pallava Tulisan Kawi

Sistem tulisan Rencong merupakan sistem tulisan yang diamalkan oleh
orang Melayu di sekitar kawasan Sumatera, Bengkulu, Palembang, Lampung
dan Kerinci ketika era Melayu lama, iaitu sekitar tahun 682 hingga tahun
1500. Bukti paling awal penemuan tulisan Rencong adalah berasal daripada
abad ke-12. Tulisan Rencong ini dijumpai ditulis di atas kulit-kulit kayu,
diukir pada batang buluh dan daun pokok palma, di samping banyak
penemuan ukiran pada tanduk kerbau dan kambing. Seterusnya ialah
tulisan Pallava atau turut sama dikenali dengan nama Pallavi. Pallava
merupakan sistem tulisan lama orang Tamil yang datang dari Bahagian
Selatan India. Kedatangan orang India ke kawasan sekitar sini telah
membawa sama tulisan pallava itu. Kewujudan tulisan ini dapat dibuktikan
melalui beberapa penemuan batu bersurat iaitu batu bersurat Kedukan
Bukit (683 M) di Palembang, batu bersurat Kota Kapur (686 M) dan batu
bersurat Karang Brahi (692 M) di Hulu Jambi, Indonesia. Manakala tulisan
Kawi pula dibentuk setelah tamatnya tulisan Pallava. Tulisan Kawi ini
diasaskan oleh orang Jawa dan banyak meminjam istilah daripada bahasa
Sanskrit dan elemen-elemen Hindu.

Sejarah awal kemunculan penggunaan tulisan rumi ini pula adalah bermula
daripada pedagang, pengembara dan penjelajah dari Eropah yang
mengembara ke Nusantara pada sekitar abad ke-14 dan 15. Kumpulan
pertama yang dapat dikesan ialah ahli pelayaran dari Portugis yang
diketuai oleh Bartholomew Diaz, mereka berjaya mengelilingi dunia dan
melintasi negeri Melaka pada tahun 1487. Selepas itu, pada tahun 1497
kapal pelayaran Portugis buat pertama kalinya memasuki Lautan Hindi dan
telah sampai ke kawasan Timur. Manakala pada tahun 1509 pula, kapal
Portugis di bawah pimpinan Lopez de Sequiera telah berjaya sampai ke
Pelabuhan Melaka. Sehubungan itu di Nusantara, mereka dapat menghidu
potensi yang ada dalam bahasa Melayu, mereka semua menulis kata-kata
bahasa Melayu yang didengar oleh mereka di pelabuhan dengan
menggunakan huruf rumi dan mengeja kata-kata itu berdasarkan kesan
bunyi yang mereka dengar. Di samping menerapkan peraturan ejaan yang
ada dalam bahasa mereka. Lebih mengujakan apabila para sarjana Barat
berusaha menyusun perkataan-perkataan Melayu dalam bentuk yang lebih
praktikal. Antara yang paling terkenal ialah Antonio Pigafetta, seorang
pelayar Itali yang berjaya berlayar bersama Ferdinand Magellan
mengelilingi dunia. Mereka telah menyusun 426 daftar kata Itali-Melayu.

3.0 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI MENGIKUT KRONOLOGI

3.1 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Sebelum Merdeka
British menjajah Tanah Melayu bermula dari tahun 1826 hingga 1957 iaitu
selepas pihak Belanda menyerahkan Melaka berdasarkan perjanjian
British-Belanda pada tahun 1824. Sejak itu, Melaka menjadi tanah jajahan
British dan berada di bawah tampuk pemerintahan Syarikat Hindia-Timur
British. Keperluan kepada adanya satu sistem ejaan Rumi yang seragam
sangat diperlukan bagi memudahkan urusan rasmi kerajaan di samping
mengelakkan rasa ragu-ragu untuk mengunakan sistem ejaan tersebut.

3.1.1 Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1904)
Sistem ejaan ini merupakan sistem ejaan yang Rumi yang pertama bagi
bahasa Melayu di Persekutuan Tanah Melayu. Pembentukan Sistem Ejaan
Rumi Wilkinson ini ialah hasil usaha daripada Kerajaan Negeri-negeri
Bersekutu iaitu Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan di mana
mereka telah mencadangkan pembentukan sebuah Jawatankuasa Ejaan
Rumi yang diketuai oleh R.J Wilkinson. Wilkinson mengkelaskan cara
merumikan bahasa Melayu kepada dua sistem yang dianggap releven.
Pertama ialah secara harfiah iaitu menurut ejaan dan kedua secara fonetik
iaitu mengikut sebutan sesuatu kata. Sistem harfiah bermaksud mengambil
huruf-huruf Jawi dan membuat padanan dengan huruf-huruf Rumi.
Kebaikan cara ini ialah dapat menjurus kepada keseragaman manakala
kelemahanya adalah kekurangan huruf vokal Arab yang boleh dipadankan
dengan huruf vokal bahasa Melayu sekaligus huruf-huruf yang ada itu
menghalang kajian sistem bunyi fonetik yang sebenar.

3.1.2 Sistem Ejaan Rumi Za’ba (1940)
Sistem ejaan Rumi Za’ba merupakan salah satu sistem yang turut muncul
semasa pemerintahan Kolonel British. Sistem ejaan ini telah disusun
sendiri oleh Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) dan telah digunakan secara
meluas di sekolah-sekolah dan urusan rasmi di tanah air sejak tahun 40-an


lagi. Lantaran, sistem ini dikenali sebagai “Ejaan Sekolah”. Sistem ini telah

dikaji semula dan diselaraskan pada tahun 70-an. Nama asalnya ialah


“Petua-petua Ejaan Rumi” yang terdapat dalam “Pelita Bahasa Melayu 1”

dan mengandungi huraian tentang aturan penggunaan grafem, konsonan,
vokal, diftong dan vokal rangkap, sistem keselarasan vokal, pemilihan
grafem yang tepat, ejaan kata pinjaman bahasa Inggeris dan Arab, ejaan
kata terbitan, penggunaan tanda sempang dan penggunaan huruf besar.

3.1.3 Sistem Ejaan Rumi Fajar Asia (1943)
Ejaan ini merupakan sistem ejaan yang digunapakai oleh Majalah Fajar Asia
yang diterbitkan di Singapura. Majalah berbahasa Melayu yang
menggunakan sistem ejaan terbit pada awal tahun 1940-an semasa Jepun
menduduki Tanah Melayu dan Singapura. Sistem ini diperkenalkan oleh
pemerintah tentera Jepun dalam majalah Fajar Asia. Sistem ini bertujuan
untuk menyeragamkan penulisan ejaan rumi Melayu pada ketika Sumatera


dan Malaya disatukan di bawah satu pemerintahan. Sistem ejaan ini

mengekalkan penggunaan konsonan-konsonan Wilkinson atau Za'ba tetapi
menggunakan vokal Ophuysen kecuali oe digantikan dengan u.

3.1.4 Sistem Ejaan Rumi Kongres (1956)
Sistem Ejaan Rumi Kongres ialah suatu sistem ejaan Rumi bahasa Melayu
yang dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3 yang
telah diadakan pada 16-21 September 1956 di Johor Bahru dan Singapura.
Kongres tersebut dihadiri lebih kurang 500 orang perwakilan dan
pemerhati dari 59 buah badan bahasa dan persuratan Melayu dari seluruh
Malaya.
Salah satu perkara yang dipersetujui adalah berkaitan dengan sistem ejaan
bahasa Melayu bagi kedua-dua buah negara. Rumusan tersebut ialah,
“Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia mempunyai perbezaan sedikit dari
segi ejaannya, manakala hal-hal yang lain harus diseragamkan, kerana asal
dan dasar bahasa Melayu dan bahasa Indonesia itu sama sahaja”.

Lantaran itu, 14 ketetapan berikut dicapai berhubung sistem ejaan bahasa
Melayu iaitu abjad, pelambangan vokal, pelambangan diftong,
pelambangan konsonan, pelambangan sistem keharmonian vokal,
penulisan kata pinjaman, pengejaan kata-kata tertentu, penulisan kata
depan, penulisan kata turunan, penulisan partikel, penulisan kata ganti
singkat, penulisan kata sandang, penggunaan tanda sempang dan
penulisan huruf besar.

3.2 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Selepas Merdeka
3.2.1 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu 1972

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diisytiharkan penggunaannya
secara rasmi pada 16 Ogos 1972, hasil daripada kesepakatan bersama
Majlis bahasa Indonesia-Malaysia. Di Malaysia, sistem ejaan rumi itu
dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu, manakala di Indonesia dikenali
sebagai Sistem Ejaan Yang Telah Disempurnakan.

4.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM
MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan pada pada 22 Jun 1956.
Matlamat utama penubuhan DBP menurut Akta DBP adalah untuk
memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan
teknologi. Perkembangan sistem tulisan rumi dari satu era ke era yang
baharu telah menunjukkan satu usaha yang proaktif dalam memartabatkan
bahasa kebangsaan ini. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa akan


berlakunya jurang variasi di setiap perkembangan sistem ejaan rumi

tersebut. Jadi, di sinilah DBP memainkan peranan yang penting dalam
menyeragamkan sistem ejaan rumi berpandukan Daftar Ejaan Rumi Bahasa
Malaysia yang telah diselia oleh DBP.

Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga mempunyai autoriti
dalam membakukan ejaan dan sebutan serta membentuk istilah-istilah yang
sesuai dalam bahasa kebangsaan. Banyak Jawatankuasa Istilah (JKI) telah
ditubuhkan oleh DBP dengan gandingan daripada beberapa institusi
pengajian tinggi awam untuk mengumpul, membentuk dan menyebar luas
istilah bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi. Hal ini sedia
maklum dalam bidang sains dan teknologi banyak perkataan-perkataan dari
bahasa inggeris yang digunakan bagi menghasilkan penemuan atau
penciptaan yang baru khususnya bidang perubatan. Oleh itu, DBP
memainkan peranan yang signifikan dalam usaha memperkaya bahasa
kebangsaan supaya lebih banyak perkataan dalam bahasa Melayu dihasilkan
di dalam bidang-bidang yang pesat berkembang ini mengikut keseragaman
sistem ejaan yang telah ditetapkan.

Dewan Bahasa dan
Pustaka, Menara DBP,
Jalan Dewasa Bahasa,
50460 Kuala Lumpur

5.0 CABARAN EJAAN RUMI DI MASA HADAPAN

Cabaran ejaan rumi yang paling jelas kelihatan kini adalah kehadiran bahasa
asing. Tidak dapat dinafikan, dalam keadaan negara sibuk mengejar arus
pemodenan, bahasa inggeris menjadi pertuturan harian sehingga mengabaikan
sistem ejaan rumi bahasa Melayu. Kemasukan pendatang asing tanpa
sempadan juga menjadi salah satu sebab ejaan rumi terancam. Di samping itu,


ancaman yang juga tidak jauh hebatnya adalah dari segi kurang pengetahuan

dalam aspek tatabahasa bahasa Melayu. Hal ini kerana, tatabahasa merupakan
elemen yang penting dalam pembentukan dasar sistem ejaan rumi. Hal ini
bersangkut paut dengan situasi kanak-kanak masa kini, di mana mereka sering
didedahkan dengan bahasa inggeris baik dari segi pertuturan ibu bapanya di
rumah mahupun daripada gadjet yang mereka perolehi, maka hal ini mampu
menjejaskan tahap penguasaan bahasa Melayu mereka.

6.0 KESIMPULAN

Natijahnya, setelah meneliti semua hasil kajian, saya dapati bahawa sistem
ejaan rumi memainkan peranan penting dalam pembentukan bahasa Melayu
pada hari ini. Perkembangan demi perkembangan yang menuntut daya usaha
yang tinggi dari para sarjana bahasa ini sewajarnya dihargai semua. Bukan
mudah untuk meletakkan bahasa di tangga teratas. Kata Za’ba,
“tanggungjawab memajukan dan mengangkat darjat bahasa dan
pengembangannya jauh lebih sukar dan mendesak jika dibandingkan dengan
gembar gembur yang dimainkan oleh percaturan politik”. Cara yang paling
mudah untuk menghargai jasa mereka adalah dengan memartabatkan bahasa
kebangsaan ini ke persada dunia.

7.0 RUJUKAN

Dewan Bahasa dan Pustaka. (1975). Pedoman umun ejaan bahasa melayu.
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr. Khairuddin Mohamad, Dr. Ghazali Ismail, Mastura Mohamed Berawi.
(2015). Sejarah perkembangan bahasa melayu: Perkamusan dan
Terjemahan. Sasbadi.

Ibrahim Majdi Mohamad Kamil & Maliati Mohamad. (2020). Cabaran

pemerkasaan bahasa melayu dalam usaha mencapai negara bangsa di

Malaysia. Asian People Journal, 3(2), 181-191.

https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/152.

Mohd Naim Daipi. (1991). Perkembangan ejaan rumi bahasa melayu:
Bahagian II. The Malay Language Council, 28-48.
https://repository.nie.edu.sg/bitstream/10497/18303/1/Sekata-9-1-28.pdf.

Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin. (2018, April 30). Peranan dewan bahasa
dan Pustaka dalam memartabatkan bahasa melayu.
https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/peranan-dewan-bahasa-dan-
pustaka.html.

Namri Sidek. (2019, Ogos 17). 3 Jenis Tulisan orang melayu lama: Rencong,
pallavi dan kawi. https://iluminasi.com/bm/3-jenis-tulisan-orang-melayu-
sebelum-jawi-rencong-pallavi-dan-kawi.html.

Saidatul Nornis Mahali & Anne Jeffrey Kihob. (2021). Kesalahan ejaan dalam
kalangan murid sekolah menengah di daerah Tuaran, Sabah. Jurnal Melayu,
20(1), 38-64. https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1390.

Shamsul Aizuwani Nawi, Suhasni Dollah, Zurihan Yusoff. (2020). Pengenalan:
Sejarah perkembangan bahasa melayu. Nusamas.

Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor. (2002). Tatabahasa Melayu.
Lohprint Sdn. Bhd.

Zahid Bin Bakar. (2014, Disember 22). Sistem ejaan rumi baharu.
http://bahasaku-zahid.blogspot.com/2014/12/sistem-ejaan-rumi-
baharu.html.


Click to View FlipBook Version