1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)
(AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 3)
PAKK2302D
SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA LIEW LI-CHUIN
NO. KAD PENGENALAN 840304-14-5658
ANGKA GILIRAN 2021192380026
KUMPULAN PAKK A2
TAJUK TUGASAN TUGASAN 2: PENGHASILAN PRODUK (INDIVIDU)
NAMA PENSYARAH DAN JABATAN PN AMALI BINTI IBRAHIM
TARIKH HANTAR 21HB MAC 2022
TARIKH TERIMA MAKLUM BALAS
2
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1. 1.0 PENDAHULUAN 3 - 4
2. 2.0 FAKTOR PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK 4 - 6
3. 3.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK 6
4. 4.0 PERANAN GURU DALAM MEMBANTU PERKEMBANGAN
SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK 7
5. 5.0 PEMERHATIAN (OBSERVATION) 8
6. 6.0 KAEDAH PENDEKATAN YANG DIPILIH 9 – 11
7. 7.0 KESIMPULAN 11
8. 8.0 RUJUKAN 12
9. 9.0 LAMPIRAN 13
3
1.0 PENGENALAN
Perkembangan sosioemosi menurut American Academy of Pediatrics (2012) dalam Nurmalitasari
(2015) ialah kebolehan kanak-kanak mempunyai pengetahuan dalam mengurus dan meluahkan
emosi sepenuhnya iaitu melalui emosi positif dan negative serta dapat berinteraksi dengan
kanak-kanak lain atau orang dewasa di sekelilingnya. Selain daripada itu kanak-kanak aktif dalam
pembelajaran dalam meneroka alam sekitar. Perkembangan sosial emosi adalah satu proses
menyesuaikan diri untuk memahami situasi dan perasaan ketika berinteraksi dengan orang di
persekitaran mereka seperti ibubapa, adik- beradik, rakan sebaya dalam kehidupan seharian
mereka. Proses pembelajaran sosioemosi ini dilakukan dengan mendengar, memerhati dan
meniru perkara yang dilihatnya.
Perkembangan Sosio-emosi amat ditekankan untuk kanak-kanak bagi memberi mereka
pemahaman hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran mereka. Ini secara tidak
langsung membentuk personaliti anak sepanjang mereka membesar dan mencapai umur dewasa.
Ahli psikologi Erik Erikson telah membahagikan perkembangan psikososial kepada 8 peringkat
namun kita akan merungkai sehingga peringkat 3 sahaja iaitu awal kanak-kanak tadika:-
Peringkat 1: Kepercayaan vs Ketidakpercayaan (Dari lahir hingga 1 1/2 tahun)
Peringkat 2: Autonomi vs Keraguan / Malu (1 1/2 – 3 Tahun)
Peringkat 3: Inisiatif vs Rasa Bersalah (3 – 6 Tahun)
4
Perkembangan sosioemosi berkait rapat dengan interaksi, baik dengan satu sama lain atau
perkara lain. Jika interaksi tidak baik, maka pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak tidak
optimum. Tetapi kebanyakan ibubapa kurang memberi perhatian kepada perkara ini pada kanak-
kanak walaupun perkembangan sosial dan emosi setiap kanak-kanak berbeza. Dalam hal ini,
peranan pendidik diperlukan untuk memahami perkembangan kemahiran sosial emosi dalam diri
kanak-kanak supaya mereka dapat mengembangkan kebolehan mereka dengan baik.
2.0 FAKTOR PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
2.1 Faktor Persekitaran
Setiap perkembangan kanak-kanak adalah unik dan kompleks. Terdapat perbezaan dalam
perkembangan sosial dan emosi seorang kanak-kanak kerana ia berkaitan dengan faktor-
faktor yang mempengaruhinya. Berdasarkan kepada Teori Ekologi mengikut Bronfenbrenner
(1977) ia melibatkan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi
secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Ia meliputi keluarga, guru, individu,
rakan sebaya, sekolah dan persekitaran yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak.
Ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-
kanak dan sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan komuniti kanak-kanak, mereka
mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak. Teori ini memberi penekanan
bahawa individu yang melalui proses pertumbuhan dan perkembangan itu terangkum di
dalam sistem persekitaran yang mementingkan interaksi diantara satu sama lain. Interaksi
antara kanak- kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu boleh mempengaruhi proses
perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Oleh itu, dapat dinyatakan bahawa segala
apa yang terdapat di sekeliling kanak-kanak akan dapat mempengaruhi perkembangan
sosioemosi kanak-kanak tersebut. Aspek-aspek faktor persekitaran adalah seperti berikut:
2.1.1 Pengaruh Rakan Sebaya.
Rakan sebaya sangat berpotensi untuk mempengaruhi perkembangan sosial, emosi dan
tingkah laku kanak-kanak. Contohnya,kanak-kanak yang bergaul dengan rakan sebaya
yang rajin belajar dan mempunyai disiplin yang baik di sekolah akan mendorong
perkembangan intelek dan tingkah laku yang baik . Sebaliknya, jika kanak-kanak bergaul
dengan rakan sebaya yang mempunyai tingkah laku negatif, kanakkanak tersebut akan
terpengaruh untuk bersikap negatif.
5
2.1.2 Guru dan Sekolah.
Guru berperanan membentuk perkembangan sosioemosi dan tingkah laku yang baik
kepada kanak-kanak. Guru yang berkualiti dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di sekolah akan melahirkan murid yang cemerlang dan berakhlak mulia.
Suasana pembelajaran yang kondusif di sekolah dan mempunyai kemudahan
pembelajaran yang lengkap sangat membantu perkembangan kognitif, afektif dan
psikomotor kanak-kanak.
2.1.3 Sumber Teknologi dan Pengaruh Media
Sumber teknologi merujuk kepada maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan dan
paparan media massa seperti televisyen dan komputer. Kanak-kanak yang didedahkan
dengan bahan sumber teknologi yang sihat akan membentuk perkembangan minda dan
emosi yang sihat. Sebaliknya pendedahan kepada maklumat berunsur tidak bermoral
seperti video pergaduhan akan membentuk sikap dan personaliti yang negatif.
Pendedahan media massa kepada kanak-kanak lebih kepada bahan ilmiah akan
membantu perkembangan intelek dan sosioemosi yang positif kanak-kanak. Contohnya
seperti video pembelajaran yang menerapkan nilai-nilai murni yang baik seperti kartun
animasi Upin Ipin.
2.1.4 Pusat Ibadat
Lokasi kediaman kanak-kanak dengan pusat ibadat boleh mempengaruhi perkembangan
sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak yang tinggal
berhampiran dengan pusat ibadat dan sering mengunjungi pusat ibadat mampu
membentuk sahsiah dan perkembangan jasmani dan rohani yang lebih positif berbanding
kanak-kanak yang tidak pernah memasuki rumah ibadat.
2.2 Faktor Perbezaan Individu
Setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza di antara satu sama lain. Perbezaan individu
meliputi beberapa aspek ketidaksamarataan dalam diri seseorang dari segi fizikal, mental,
emosi, rohani dan sosial (Khairul Yunus, 2007). Temperemen adalah aspek bagi faktor
perbezaan individu. Temperemen merujuk kepada tret personaliti, emosionaliti dan pola
tingkah laku yang sebahagiannya diwarisi daripada ibu bapa. Temperamen mempengaruhi
tindak balas individu yang memberi kesan terhadap tingkah laku, hubungan sosial, personaliti
kesihatan fizikal, kebolehan berbahasa dan kejayaan dalam akademik (Zanariah et al., 2016).
6
Terdapat 3 jenis temperamen.
Pertama adalah Easy/Flexible.
Kanak-kanak dengan temperament ini dalam majoriti situasi akan tenang,
mempunyai jadual tidur dan makan yang teratur, fleksibel dengan perubahan
keadaan dan tidak mudah meragam.
Kedua adalah Active/Feisty.
Kanak-kanak biasanya cerewet dengan jenis makanan, memilih aktiviti apa yang
ingin dilakukan sukar tidur mengikut jadual. Kanak- kanak biasanya pemalu
dengan orang yang baru dikenali dan sensitif dengan kejutan yang
menyebabkannya bertindak agresif.
Ketiga adalah Slow to Warm/Cautious.
Anak dilihat kurang aktif, suka duduk berkepit dengan orang yang dikenali, kurang
bergaul dan berinteraksi dengan orang baru.
Implikasi perbezaan individu menyebabkan kanak-kanak mempunyai perbezaan personaliti
masing-masing. Contohnya ada yang pintar, peramah, berfikiran terbuka, riang dan ada yang
sensitif serta pemalu. Emosi kanak-kanak juga berbeza dari aspek perasaan jiwa yang kuat
seperti sedih gembira takut dan lain-lain.
3.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
Implikasi daripada perkembangan kanak-kanak ini ialah kecenderungan perkembangan emosi
kanak-kanak boleh jadi kearah lebih baik dan juga tidak baik. Lebih baik bermaksud kanak-kanak
tidak takut dan terus berani dengan dorongan emosi yang baik tetapi sebaliknya jika
kecenderungan tidak baik, bermaksud kanak-kanak menjadi penakut, tidak ingin berkawan, dan
sebagainya. Contohnya, kanak-kanak pada umur 3 hingga 4 tahun implikasi perkembangan
sosioemosi dan tingkah laku ialah kanak- kanak sudah mula memahami perasaan mereka.
Namun kanak- kanak belum pandai menguruskan tindak balas emosi dengan betul. Bagi implikasi
tingkah laku pula kanak- kanak mula bertindak balas. Contohnya apabila mereka melihat sesuatu
yang lucu, kanak- kanak itu akan bertindak balas dengan ketawa, tetapi dengan cara yang tidak
terkawal. Begitu juga, jika mereka merasa marah atau sedih, kanak- kanak akan bertingkah laku
menangis dan menjerit untuk melepaskan emosi mereka.
7
4.0 PERANAN GURU DALAM MEMBANTU PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH
LAKU KANAK-KANAK.
Morison (1995) menegaskan bahawa dalam menjayakan sesuatu permainan di pusat-pusat
persekolahan, guru memainkan peranan yang penting untuk mencipta persekitaran dan juga
merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak. Menurut Shahizan dan
Ahmad Shahabudin (2006) guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan atau strategi yang
sesuai dalam perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat serta minat kanak-kanak.
Menurut Isenberg dan Jalongo (2003), sebagai langkah awal untuk memastikan aktiviti bermain
dapat digunakan dengan lebih berkesan, guru-guru perlu menyediakan diri terhadap realiti dalam
pengajaran. Antaranya ialah mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang tinggi kerana
para guru akan menghadapi pelbagai cabaran yang semestinya akan mengganggu emosi dan
cara kerja mereka.
Peranan guru dapat digolongkan kepada tiga bahagian utama iaitu perancangan, pelaksanaan
dan penilaian. Semasa membuat perancangan guru melaksanakan tugas seperti mendiagnos,
menetapkan objektif pengajaran dan pembelajaran, memilih kaedah pengajaran, menyusun
aktiviti dan memilih bahan pembelajaran.
Perancangan ini akan dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah dengan peranannya sebagai
pengajar, pemudah cara, pembimbing, pentadbir, perancang, pengelola dan mencipta
pembaharuan dalam aktiviti pengajaran.
Guru sebagai pelaksana boleh dilihat peranan mereka melaksanakan aktiviti yang telah
dirancangkan berdasarkan aktiviti dan program yang telah dirancang. Contohnya selepas
melaksanakan aktiviti bermain di prasekolah, guru perlu menilai keberkesanan aktiviti yang telah
dirancangkan.
Penilaian dibuat melalui hasil yang diperoleh dari pemerhatian dan temu bual yang dilakukan.
Inilah tugas guru yang boleh dilakukan untuk memastikan perkembangan diri kanak-kanak
mencapai objektif yang diharapkan.
8
5.0 PEMERHATIAN (OBSERVATION)
Untuk tugasan ini, saya telah memilh satu kanak-kanak yang berumur 4 tahun yang mempunyai
masalah emosi dan tingkah laku. Kanak-kanak ini bernama Tan Wai Hooi dan berumur 4 tahun.
Wei Hooi tinggal bersama ibubapa dan neneknya. Wei Hooi merupakan anak tunggal dan
ibubapa mempunyai perniagaan sendiri dan sangat sibuk menguruskan perniagaan mereka
maka Wei Hooi di jaga oleh neneknya. Wei Hooi masuk ke tadika saya pada bulan akhir bulan
Februari 2022.
Berikut merupakan kronologi pemerhatian saya.
Minggu Pertama
Pada minggu pertama, Wei Hooi menangis dan bertantrum kerana tidak mengenali sesiapa di
tadika, Wei Hooi juga tidak mahu makan tetapi dengan pujukan guru-guru serta rakan sebaya,
Wei Hooi tidak dapat mengikuti aktiviti kelas pada hari tersebut. Saya perasan bahawa Wei Hooi
mempunyai kebiasaan membuang barang di atas meja sekiranya dia tidak menyukai barang atau
aktiviti yang dijalankan. Walaupun, saya cuba untuk bercakap serta memujuk Wei Hooi tetapi
tidak dilayani dan hanya menyebut saya mahu pulang ke rumah. Oleh kerana ia merupakan
minggu pertama, saya memberi ruang dan masa untuk Wei Hooi mengadapsi persekitaran tadika
dan juga jadual kelas.
Minggu Kedua
Wei Hooi tidak lagi menangis tetapi tidak mengikuti aktiviti kelas. Apabila guru memberi lembaran
kerja untuk diwarnakan, Wei Hooi tidak mencuba mewarna tetapi mengambil pensil warna dan
dibuangnya ke atas lantai. Saya mengutip balik dan cuba memujuk Wei Hooi untuk
memegangnya. Akan tetapi dia menolak tangan saya dan seterusnya membuang lembaran kerja
serta pensel warna tersebut. Sepanjang minggu kedua ini, Wei Hooi mempunyai tantrum dan
tidak dapat focus denga napa yang cuba guru sampaikan.
Minggu Ketiga
Setelah masuk ke minggu ketiga, Wei Hooi masih bertantrum dan menjerit jika tidak diberi apa
yang dikehendaki. Saya mengambil keputusan untuk membuat satu sesi one to one dengan Wei
Hooi dan melakukan aktiviti hands on untuk menguatkan motor halus serta konsentrasinya. Ini
kerana saya mendapati Wei Hooi akan bertantrum ketika menyuruh menwarna, menulis atau
sebarang aktiviti yang memerlukan Wie Hooi memegang pensil mahupun fokus.
9
6.0 KAEDAH PENDEKATAN YANG DIPILIH
Saya telah menggunakan beberapa bahan untuk Wei Hooi mencuba dan berikut merupakan
catatan saya.
Pada hari pertama sesi one to one selama 15 minit, bahan pertama yang saya gunakan adalah
menyuruh Wei Hooi bermain dengan pisau dan papan pemotong olok-olok dan menyuruhnya
potong buah-buahan yang olok-olok. Wei Hooi pada mulanya tidak mahu tetapi apabila saya cuba
dengan menunjukkan bagaimana ia dilakukan, Wei Hooi menurut and mengikut. Di bawah saya
lampirkan alat permainan tersebut.
Permainan Pisau dan Papan Pemotong buah-buahan
Wei Hooi bermain dengannya dengan sangat fokus selama 15 minit. Apabila tamat 15 minit, saya
berkata dengan Wei Hooi, mari kita menulis. Dia menjawab OK. Pada hari itu, walaupun Wei Hooi
hanya mengikut aktiviti kelas selama 30 minit tetapi bagi saya, ia merupakan satu langkah yang
berjaya. Walaupun dari sudut pandangan kanak-kanak, ia merupakan permainan tetapi
permainan ini dapat memberi kanak-kanak fokus dan kemahiran motor halus yang diperlukan.
Saya mengulangi sesi one to one dengan menggunakan bahan yang sama untuk 5 hari berturut-
turut.
Pada minggu kedua, sesi one to one saya menggunakan 10 minit sebelum kelas bermula. Kali
ini saya menggunakan Kaedah Menuang (Pouring/Transfering). Caranya ialah Wei Hooi akan
menuang biji kacang merah dari satu cawan ke cawan yang kosong. Wei Hooi boleh mengikut
arahan yang diberi oleh saya. Pada minggu itu, Wei Hooi seronok untuk datang ke tadika dan
sangat seronok menunggu saya memberi bahan untuknya. Saya juga mendapati, emosi Wei Hooi
10
telah perlahan-lahan berubah. Kebiasaannya, Wei Hooi suka bertantrum dan menolak segala
yang diberikan, tetapi sekarang boleh dipujuk untuk mencuba.
Di sini kita dapat nampak, Wei Hooi sangat memfokus terhadap cawan yang dipegang dan juga
aktiviti menuang itu. Tetapi ada 2 hari daripada sesi ini, Wei Hooi tidak memberi kerjasama. Dia
menyepahkan segala kacang merah dan juga cawan itu and bercakap NO. Saya tidak memaksa
dan memberinya ruang untuk berehat.
Pada minggu ketiga, saya menggunakan bahan yang lain pula. Bahan ini, iaitu papan berlubang
yang berupa bentuk binatang dan memasukkan benang ke setiap lubang tersebut (Threading
Activity) atau cuma kayu manik yang berlubang. Masa yang saya gunakan hanya 5 minit. Selama
3 minggu menggunakan bahan yang berlainan, bahan dan aktiviti ini merupakan aktiviti yang
disukainya.
11
Walaupun hanya 5 minit, sepanjang minggu ketiga ini, emosi dan tingkah laku Wei Hooi sangat
positif. Bukan sahaja Wei Hooi dapat mengikuti arahan guru kelas tetapi cuba memegang pensel
yang sebelum ini sangat sukar baginya. Ini menunjukkan bahawa emosi dan tingkah laku
seseorang kanak-kanak sangat penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Saya
akan lampirkan video-video yang saya telah rakamkan. Gambar dibawah merupakan Wei Hooi
dapat mewarna dengan sendiri tanpa tantrum. Hanya mendengar arahan guru.
7.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, emosi dan tingkah laku Wei Hooi sangat sihat dan sedang mempelajari
cara untuk memegang pensel dengan betul. Sehingga hari ini, walaupun Wei Hooi mempunyai
hari – hari yang dia mempunyai tantrum, Wei Hooi akan sendiri meminta bahan itu daripada saya
atau guru lain untuk bermain seketika. Ini seolah-olah Wei Hooi memahami bahan yang
digunakan dapat membantu emosi serta tingkah lakunya. Hasil daripada pemerhatian dan
kaedah yang dilakukan telah membuktikan bahawa, guru perlu bersabar dan memahami anak
muridnya serta kreatif dalam menangani perkembangan sosioemosi seseorang kanak-kanak.
12
8.0 RUJUKAN
Guy-Evans, O. (2020). Bronfenbrenner’s Ecological Systems Theory | Simply Psychology.
Simple Psychology. Retrieved March 15, 2022, from
https://www.simplypsychology.org/Bronfenbrenner.html
Isenberg, J. P., & Jalongo, M. R. (2003). MAJOR TRENDS AND ISSUES IN EARLY
CHILDHOOD EDUCATION Challenges, Controversies, and Insights. Teachers College
Press.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan:
Pendidikan Prasekolah. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Khairul Yusri. (2007). Pelan Induk Pendidikan (PIPP), Kementerian Pelajaran Malaysia.
Nisa, A. R., Patonah, P., Prihatiningrum, Y., & Rohita, R. (2021). PERKEMBANGAN SOSIAL
EMOSIONAL ANAK USIA 4–5 TAHUN: TINJAUAN PADA ASPEK KESADARAN DIRI
ANAK. Jurnal Anak Usia Dini Holistik Integratif (AUDHI), 4(1), 1.
https://doi.org/10.36722/jaudhi.v4i1.696
Nurmalitasari, F. (2015). Perkembangan Sosial Emosi pada Anak Usia Prasekolah | Semantic
Scholar. Semantic Scholar. Retrieved March 2, 2022, from
https://www.semanticscholar.org/paper/Perkembangan-Sosial-Emosi-pada-Anak-Usia-
Prasekolah-Nurmalitasari/4cc8e373cda56c0fed1cdce4f4ac860aae152926
Shahizan Hasan & Ahmad Shahabudin Che Noh, Panduan Merancang Aktiviti Prasekolah.
Selangor: PTS Profesional Pendidikan, 2006.
Zanariah, M. I. (2016). Apa itu temperamen? temperamen dalam perkembangan kanak-kanak:
Satu tinjauan awal.
13
9.0 LAMPIRAN
Video – Masalah Emosi dan Tingkah Laku
https://youtu.be/lhhtUXf_UPc
Video – Bahan yang digunakan
https://youtu.be/BBneiNQNMdQ
Video – Perubahan selepas pemerhatian dan pendekatan
https://youtu.be/OQf_AK1zXIc
Consent Letter