The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurhidaya5254, 2023-02-05 22:04:36

MAJLIS TAUTAN KASIH SIMPULAN DOA 2022

MAJLIS TAUTAN KASIH SIMPULAN DOA 2022

Jawatankuasa Pengelola ingin merakamkan ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga, kerjasama dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan SPM 2022 Anjuran Unit Bina Insan, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama PIBG SMA AL IRSYADIAH RANAU Setulus Ingatan SPM 2022 15hb Febuari 2023 Ahad | 8.00 pagi—12.30 tghri | Surau Darus Syahadah SMA Al Irsyadiah SMA AL IRSYADIAH RANAU 15 Febuari 2023 (Rabu) 8.00 pagi—12.30 tghari


J a w a t a n k u a s a Penaung : Ustzh Hjh Nuridah Binti Amit (Pengetua) Naib Pengerusi I : Pn.Zainab Binti Hj Othman (PK 1) Naib Pengerusi II : En.Muhammad Yahya Siman (PK HEM) Naib Pengerusi III : En.Prince Abd Halim (PK KOKUM) Pengarah Program : Pn.Nurhidaya Binti Ahmad ( Penyediaan Tempat: Ustzh Norwahyuni Che Wil, En Ruzaini & Pn Siti Norlela Jiman Peralatan (LCD&PA system) : Ust Mohd Jamil Sainan Sambutan & Pendaftaran ibubapa : Pn Haslinda Abdullah & Ust Madrissaffiee Tahiruddin Kemas Semula : Ust Risman Junis Ust Razali & Ust Afiq, Imam Solat Hajat : Ust Mohd Salleh Sumoh Bacaan Yassin : Ust Yusuf Sahubin Ya Allah, Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudahmudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu. Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka. Ya Allah, Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah. Ya Allah, Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah. Ya Allah, Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai. Ya Allah, Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.


Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Ya Allah, Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru -guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah. Ya Allah, Hari ni anak anak kami akan menduduki peperiksaan SPM. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah. Ya Allah, Peliharalah kesihatan anak anak kami di hari peperiksaan ni. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan. D o a U n t u k m u At u r c a ra MASA : 8.00 pagi 9.00 pagi : Ketibaan ibubapa dan penjaga Solat Hajat Bacaan Yassin Amanat Pengetua Ucapan Guru Kelas Ucapan Guru -guru Penyerahan cenderahati kepada pelajar Sesi bersalaman ibubapa dan guru dengan pelajar Jamuan


Click to View FlipBook Version