jjjj
TUGASAN
ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA
(MPU 3333)
SEMESTER SEPTEMBER 2022
TAJUK:
IDEOLOGI PLURALISME DAN IMPLIKASINYA
TERHADAP KEFAHAMAN DAN AMALAN ISLAM DI
MALAYSIA
PREPARED FOR:
Ustaz Abdul Rashid bin Abdul Halim@Jaafar
BORANG PENILAIAN
Rubrik Penilaian Tugasan MPU3333 Semester September 2022
Kriteria Penilaian Format Kualiti isi kandungan Rumusan Sumber Rujukan
Penulisan (Muka
Depan, Isi
Kandungan,
Muka Surat,
nombor muka
surat, format
APA dan lain-
lain/
Keselarasan
penulisan dalam
tugasan
Pemberat 1.5 4 11
Lemah
1 Terdapat banyak Maklumat sedikit dan Rumusan tidak Sebahagian sumber
format yang tidak berkaitan dengan dinyatakan rujukan tidak
Sederhana tidak tepat. didokumenkan
2 topik utama Rumusan
dinyatakan Semua sumber
Baik Terdapat sedikit Maklumat jelas dan dengan ringkas rujukan (maklumat
3 format yang berkaitan dengan topik
tidak tepat. dan grafik)
Cemerlang utama tetapi tidak didokumenkan tetapi
4 mempunyai maklumat banyak tidak mengikut
JUMLAH dan contoh format sebenar
Kebanyakan Maklumat jelas dan Rumusan yang Semua sumber
format yang berkaitan dengan topik baik tetapi rujukan (maklumat
digunakan tepat. utama dan mempunyai kurang
menyeluruh dan grafik)
1-2 maklumat dan didokumenkan tetapi
contoh sedikit tidak mengikut
format sebenar
Semua format Maklumat jelas dan Rumusan Semua sumber
tepat. berkaitan dengan topik dinyatakan rujukan (maklumat
utama termasuk secara dan grafik)
beberapa contoh yang menyeluruh dan didokumenkan dan
menyokong maklumat mengikut format
tepat
sebenar
/6 /16 /4 /4
JUMLAH BESAR
/30
ii
MAKLUMAT PELAJAR
NAMA : AMJAD SYAKIR BIN MOHD NOR APANDI
NO. ID : 54213222025
KURSUS : BETA MANUFACTURING
NAMA : MOHD HAZEQ ZUHAIRRY BIN SUHAILIE
NO. ID : 54222222066
KURSUS : B. MECHATRONICS
NAMA : SARAH HAZEQAH BALQIS BINTI SUHAILIE
NO. ID : 54211222064
KURSUS : BETA MECHANICAL
iii
NAMA : ILLIYIN NUR ATHEERA BINTI LIZA@AZLAN
SHAH
NO. ID
KURSUS : 54211222061
: BETA MECHANICAL
NAMA : NUR AIDA FARISA BINTI MOHD FAUZI
NO. ID : 54213222033
KURSUS : BETA MANUFACTURING
iv
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana
dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasan bagi kod subjek (MPU 3333) ini
dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan
jutaan terima kasih kepada Abdul Rashid bin Abdul Halim@Jaafar, selaku Pensyarah kerana
telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan tugasan yang
diberikan.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak
putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada
pensyarah kami, iaitu Abdul Rashid bin Abdul Halim@Jaafar atas budi bicara beliau dalam
memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah
mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua
tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
v
ABSTRAK
Perkembangan ideologi pluralisme di Malaysia bermula apabila unsur-unsur liberalisme mula
meresap masuk ke dalam pemikiran masyarakat. Gerakan liberalisme di Indonesia
merupakan factor yang terpenting dalam perkembangan pluralisme di Malaysia. Kajian ini
akan menyentuh mengenai definisi pluralisme agama yang muncul di Malaysia. Sejarah dan
latarbelakang ideologi ini juga akan diterangkan di samping menghuraikan ciri -ciri pluralism
agama. Seterusnya, kajian ini juga membahaskan tentang kesan negative ideologi pluralism
kepada kefahaman dan amalan islam bersertakan kaedah menanganinya. Kajian ini telah
digunakan untuk mengkaji sejauh mana ideologi plulralisme memberi impak terhadap
kefahaman dan amalan Islam di Malaysia.
vi
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
1 PENDADULUAN 1-2
2 DEFINISI 3-4
3 SEJARAH/ LATAR BELAKANG 5-6
4 CIRI-CIRI 7-8
5 KESAN NEGATIF KEPADA KEFAHAMAN DAN AMALAN 9-10
ISLAM 11-12
6 KAEDAH MENANGANI IDEOLOGI
7 KESIMPULAN 13-14
8 BIBLOGRAFI 15
PENDAHULUAN
Pluralisme agama adalah sebuah falsafah yang cuba menjustifikasikan kewujudan
pelbagai agama dan dakwaan yang dibuat oleh setiap agama terhadap kebenaran agamanya
(religous truth claim). Falsafah ini yang pada mulanya berkembang di Barat telah mendapat
perhatian global semenjak akhir kurun ke20. Dalam konteks nasional pula, falsafah ini pada
awalnya diperbahaskan secara ilmiah dalam kertas-kertas kerja di seminar dan wacana serta
menjadi judul penyelidikan, tesis dan disertasi di peringkat sarjana. Namun sejak
kebelakangan ini, ia mula dipopularkan kepada masyarakat umum oleh pendokong-
pendokongnya yang berpandangan bahawa ia boleh menjadi formula terbaik masyarakat
majmuk di Malaysia.
Persoalan utama yang ingin dikupas dalam kertas-kerja ini berkait rapat dengan
kewibawaan falsafah pluralisme agama sebagai sebuah falsafah yang cuba meleraikan
persoalan yang timbul akibat pertindanan dakwaan kebenaran yang dibuat oleh setiap agama
(plural truth claims). Persoalan yang dimaksudkan ialah asal-usul, latar-belakang dan konteks
di mana falsafah ini lahir dan perkembangan awalnya sehinggalah ke hari ini. Penting
ditekankan di sini bahawa persoalan-persoalan tersebut akan cuba dikupas secara ilmiah dan
objektif tanpa sebarang sentimen dan prejudis kepada mana-mana agama mahupun tradisi.
Apa yang bakal didedahkan adalah berdasarkan fakta yang rasional dan empirikal sifatnya
sebagaimana yang yang dilaporkan dalam karya-karya ilmiah sarjana pelopor falsafah
pluralisme agama di Barat mahupun pendokong falsafah ini secara umumnya.
Perkembangan idea pluralisme agama ini semakin kelihatan rancak dan tersebar luas
ekoran dari penyataan dan perbincangan secara besar-besaran idea Pluralisme Agama ini
dalam persidangan agama-agama iaitu World Parliament of Religious yang berlangsung di
Chicago, Amerika Syarikat pada tahun 1893. Antara isu utama yang dibincangkan dalam
persidangan ini ialah pluralisme agama sebagai menentang cara hidup tidak beragama dan
melakukan kebajikan demi kebaikan manusia sejagat. Antara tokoh-tokoh utama di Barat
1
yang mendukung fahaman pluralisme agama ini ialah seperti Rene Guenon melalui idea
Perennial Philosophy, Frithjof Schuon dan Willfred Cantwell Smith yang memperkenalkan
slogan The Transcendent Unity of Religions, Hans Kung dengan teori Global Ethics, John
Hick dengan idea Universal Theology of Religion dan sebagainya.
Pegangan ini akan membawa kepada suatu tanggapan bahawa semua agama
mendorong manusia melakukan kebaikan kerana masing- masing menyangka bahawa
matlamat semua agama adalah kebaikan. Hick (1987) menjelaskan bahawa perubahan hidup
manusia dari berpusat pada diri sendiri menuju Tuhan terjadi dalam semua agama dalam
pelbagai bentuk dan cara. Agama baginya dianggap mempunyai kebaikan dan membawa
pengikut masing-masing kepada kebenaran. Dengan kata lain, dalam pluralisme agama tiada
agama yang lebih benar melainkan semua agama yang dianuti adalah benar. Begitu juga,
tiada agama yang lebih hebat melainkan semuanya sama sahaja taraf kedudukannya.
Pluralisme agama berpegang kepada tiga elemen utama iaitu kebebasan,
kesamarataan dan toleransi.
2
DEFINISI PLURALISME
Istilah "pluralisme" masih disalahfahami atau mengandungi pengertian yang kurang
jelas walaupun istilah ini begitu terkenal dan mendapat sambutan secara universal. Istilah ini
memerlukan pendefinisian yang jelas dan tegas baik dari segi erti mahupun dari segi konteks
di mana ia banyak digunakan, khususnya dalam tugasan secara berkumpulan ini. Dalam
bahasa Inggeris dibahagikan kepada iaitu ‘Plural’ yang mebawa maksud jama’/majmuk atau
gambaran yang menunjukkan perkara yang lebih daripada satu. Manakala “Pluralisme”
membawa maksud satu fahaman atau aliran yang mempercayai kepelbagaian atau perkara
yang lebih dari satu.
Pluralisme agama pula adalah satu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama
adalah sama. Ia adalah satu bentuk toleransi agama dimana semua agama hanyalah
mempunyai jalan yang berbeza dalam bentuk perlaksanaanya untuk menuju ke titik
kebenaran yang sama bak kata bahasa Inggeris different way of the same truth. Dalam
bahasa Arab, pluralisme agama ialah "al- ta'addudiyyah al-diniyyah" manakala dalam
bahasa Inggeris pula ialah "religious pluralism".
Dalam kamus bahasa Inggeris pluralisme agama mempunyai tiga pengertian
antaranya ialah, pengertian kegerejaan iaitu sebutan untuk orang yang memegang lebih dari
satu jabatan dalam struktur kegerejaan, atau memegang dua jabatan atau lebih secara
bersamaan, baik bersifat kegerejaan mahupun bukan kegerejaan. Pengertian yang kedua
ialah pengertian filosofis yang bermaksud sistem pemikiran yang mengakui adanya landasan
pemikiran yang mendasar yang lebih dari satu. Seterusnya yang ketiga ialah pengertian sosio-
politik, ianya adalah suatu sistem yang mengakui kewujudan bersama kepelbagaian
kumpulan, sama ada bersifat perkauman, etnik, atau agama di samping menjunjung aspek
perbezaan yang sangat bercirikan antara golongan tersebut. Pengertian yang ketiga tersebut
sebenarnya ia boleh dipermudahkan dari satu segi iaitu pelbagai kumpulan atau kepercayaan
dalam satu masa sambil mengekalkan perbezaan dan ciri masing-masing.
3
Mengikut Profesor Peter Byrne, King’s College London UK, pluralisme agama
mempunyai beberapa kefahaman iaitu semua agama dunia adalah sama iaitu merujuk dan
menisyarat kepada suatu realiti tunggal yang transcendent dan suci. Kefahaman yang kedua
adalah semua agama menawarkan jalan keselamatan. Hal ini menggambarkan bahawa tidak
kira seseorang itu menganut apa-apa sahaja agama akan selamat dan menuju kea rah yang
benar. Kefahaman yang terakhir ialah setiap agama mesti sentiasa terbuka untuk dikritik dan
diteliti. Kefahaman ini menunjukkan bahawa tiada agama yang sempurna dan semuanya
perlu dianggap sama rata.
4
SEJARAH IDEOLOGI PLURALISME
Ideologi pluralisme adalah sebuah falsafah agama yang berasal dari Barat dan
diperkenalkan secara sistematik oleh John Hick dalam karyanya yang bertajuk An
Interpretation of Religion: Human Response to the Trascendent. Mereka
memperjuangkan konsep semua agama boleh diterima dan benar dalam erti kata semua
agama adalah sama tetapi berbeza dari segi cara perlaksanaannya. Menurut mereka, Tuhan
menciptakan banyak agama untuk kepentingan bangsa di pelbagai masa dan tempat.
Pluralisme agama di Malaysia juga muncul akibat daripada gerakan liberalisme
Indonesia. Menurut Mohammad Ariffin (2006) dan Ahmad Yumni dan Mohd Fairuz (2014),
gerakan liberalisme di Malaysia tidak memakai perkataan ‘liberal’ di nama pertubuhan-
pertubuhan seperti gerakan liberalisme Indonesia. Gerakan liberalisme di Indonesia secara
terang-terangan menggunakan perkataan liberal pada pertubuhan-pertubuhan masing-
masing seperti Jaringan Islam Liberal (JIL). Menurut Muhammad Rashidi Wahab (2017),
unsur-unsur liberalisme meresapi masuk dalam masyarakat di Malaysia apabila slogan ‘dialog
antara agama’ dipelopori oleh Malaysian Consultative Council of Budhism, Christianity,
Hinduism and Sikhs (MCCBCHS) atau Majlis Perundingan Malaysia Agama Budha, Kristian,
Hindu dan Sikh yang ditubuhkan pada 1983 dan Christian Federation of Malaysia (CFM)
ditubuhkan pada tahun 1985. Menurut beliau lagi, Institut Kajian Dasar (IKD) turut ditubuhkan
pada tahun 1985 yang bertujuan untuk melahirkan kebangkitan kebudayaan, pembentukan
masyarakat madani dan mempromosi interaksi antara negara-negara Asia Tenggara dan di
luarnya. Manakala Sister in Islam (SIS) pula ditubuhkan pada tahun 1988 (didaftarkan pada
1993) bagi memperjuangkan isu-isu wanita Islam
Oleh yang demikian, maka terjadilah isu-isu yang berkaitan dengan ideologi ini seperti
isu Perancangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (Inter Faith Commision-IFC) dan
menganggotai Kumpulan Artikel 11, isu kebebasan agama (Religious freedom), isu kalimah
Allah dan sebagainya. Betambah hangat dalam kemunculan pluralisme agama di Malaysia
5
ialah berkenaan dengan penerimaan dan penolakan para sarjana dalam konsep pluralisme
agama. Pada Mac 2010, Dato Sri’ Anwar Ibrahim memberi ucapan di London School of
Economics yang bertajuk ‘Religion Pluralism in a divided world’. Hal ini menjadi tumpuan
masyarakat Malaysia apabila beliau didakwa telah mendokong fahaman pluralisme agama
melalui ucapannya itu. Ramai ahli politik telah memberi respon terhadap ucapan beliau
antaranya ialah Muhammad Uthman el-Muhammady, Ismail Mina Ahmad dan Mohd Nakhaie
Ahmad.
Oleh yang demikian, hal ini dapat disimpulkan bahawa pluralisme berkembang
sebagai asas teori dalam teologi barat untuk berinteraksi secara bertolak ansur dengan
agama lain dan bertolak ansur dengan mazhab dalam agama Kristian itu sendiri. Walau
bagaimanapun, pluralisme sudah wujud sejak zaman Nabi Muhammad SAW. Hal ini ditandai
dengan wujudnya Piagam Madinah pada tahun 622 Masihi di mana pada masa itu, kota
Madinah berada dalam kawasan yang mempunyai penduduk yang minoriti memeluk Islam.
Kemunculan ideologi ini juga sangat berkait rapat dengan tradisi dan pengalaman
keagamaan Kristian yang sememangnya telah mengalami nasib perubahan yang panjang
dalam sejarah keagamaan mereka. Hal ini terjadi melalui interaksi antara Islam dan barat
melalui penjajahan dan pembaratan.
6
CIRI-CIRI IDEOLOGI PLURALISME
Pluralisme terbahagi kepada dua iaitu pluralisme dalam pengajian etnik dan pluralisme
dalam konteks agama. Kefahaman dan kesedaran tentang pluralisme dalam konteks agama
perlu dititikberatkan dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana pluralisme agama adalah
fahaman yang sangat merbahaya dan sering menjadi perbincangan kita pada masa kita.
Manakala pluralisme dalam pengajian hubungan etnik pula adalah perbahasan berkaitan
kepelbagaian dalam masyarakat.
Isu pluralisme agama menimbulkan fenomena baru dalam pemikiran islam. Bukan
sahaja mencetus pelbagai kontroversi dalam dunia islam dan antarabangsa serta menggugat
akidah islam. Antara ciri pluralisme agama ialah pluralisme adalah pandangan, fikiran,
keyakinan bahawa agama-agama yang pelbagai dan berbeza beza iaitu mempunyai kesan
dari segi ontology, soteriology dan epistemology Seperti dikemukakan Peter byrne, professor
di King’s College London UK, pluralisme agama merupakan persenyawaan tiga tesis.
Pertama, semua tradisi agama agama besar dunia adalah sama, semua merujuk dan
mengisyarat kepada suatu reality tunggal yang transcendent dan suci.
Selain itu, eksklusivisme juga merupakan ciri ajaran pluralisme agama. Hal ini
disebabkan selama ini ajaran pluralisme agama diwar-warkan sebagai anti eksklusivisme. Ia
sering menyungguhkan dirinya sebagai ajaran yang “tampak” ramah dan sangat menghormati
keperbedaan (the otherness) dan menyunjung tinggi kebebasan. Tetapi pada hakikatnya, ia
sepatutnya telah merampas kebebasan pihak lain apabila dia mendeklarasikan diri dan
menuntut sebagai pentafsir teori dan ajaran tentang kemajmukan dan kepelbagaian agama
benar dalam indeks “bahawa semua agama sama.” Sesungguhnya pluralisme merampas dan
menjalur agama-agama selepas menuntut kebenaran mutlak
Seterusnya, ciri pluralisme agama ialah ia mempunyai satu gerakan yang terancang
yang berlindung di bawah gerakan-gerakan seperti global ethics, human rights dan interfaith
dialogue of faith dan civilizational dialogue. Selain itu, ideologi dan fahaman pluralisme
7
agama merupakan suatu serangan mental dan penjajahan pemikiran yang berbahaya
terhadap Islam serta penganutnya. Ia dilakukan secara halus untuk mengelirukan pemikiran
umat Islam dengan menggunakan nama seperti rasional, toleransi dan perpaduan. Ia
juga mempunyai jaringan luas hampir di seluruh dunia termasuklah Malaysia.
Akhir sekali, pluralisme agama juga lebih cenderung meletakkan neraca akal melebihi
neraca agama kerana akal dianggap sebagai berautonomi dan mampu memikirkan
segala-galanya. Disamping itu, ia menanamkan bibit kekeliruan dan ketidakpastian
dengan menggunakan moto yang kelihatan baik dan mulus seperti “One God
Different Ways”, “Unity in Diversity” dan sebagainya. Ia juga mempunyai elemen-
elemen fahaman Islam liberal, sekularisme, rasionalisme, penolakan autoriti keagamaan,
longgar dalam perbahasan mengenai hakikat kebenaran sesuatu agama dan
sentiasa cuba menyamaratakan ajaran-ajaran agama yang berbagai.
Ciri-ciri pluralisme ini juga memisahkan nilai dalam agama dengan menyatakan nilai
sejagat atau universal mengatasi kebaikan nilai agama dan ini menidakkan peranan agama
dalam kehidupan seseorang. Seterusnya, ia memperjuangkan kebebasan mengeluarkan
pendapat dalam beragama kononnya setiap orang berhak untuk memberikan
pandangan walaupun pandangan itu sebenarnya bertentangan dengan agama atau
pandangan itu boleh menyakiti penganut-penganut agama lain. Metodologi yang
digunakan mereka iaitu relativisme iaitu dengan menyatakan bahawa kebenaran
adalah relatif dan tidak boleh didakwa mana-mana pihak, yang bertujuan kononnya
memberi kebebasan yang mutlak dalam mengeluarkan pendapat masing masing.
8
KESAN NEGATIF PLURALISME KEPADA KEFAHAMAN DAN AMALAN ISLAM
Pluralisme agama adalah sebuah falsafah yang cuba menjustifikasikan kewujudan
pelbagai agama dan dakwaan yang dibuat oleh setiap agama terhadap kebenaran agamanya
(religious truth claim) dan perkembangan ideologi ini membawa kepada teknologi maklumat
dan komunikasi yang canggih dan menyebabkan masyarakat menerima sesuatu perkara
yang dinilai dengan hanya deria dan bukan dari segi sentimental. Pada masa yang sama,
ideologi ini juga membawa kepada percanggahan dan pertembungan pemikiran yang berbeza
yang menjadikan pelbagai cabang pemikiran sendiri tanpa bersumberkan hukum yang telah
ditetapkan.
Terdapat kesan-kesan negatif pluralisme kepada kefahaman dan amalan Islam antaranya
ialah fahaman pluralisme cenderung ke arah fahaman yang singkat yang membawa maksud
berkefahaman mudah terhadap semua perkara agama tanpa melalui peringkat-peringkat
yang sepatutnya serta mengamalkan Islam tanpa asas ilmu yang mantap. Sebagai
contohnya, menghukum secara melulu apabila seseorang itu melakukan kesalahan. Amalan
seperti ini amatlah tidak digalakkan dalam Islam kerana ia boleh dikategorikan fitnah kerana
tiada bukti dan saksi yang kukuh. Hal seperti ini banyak terjadi di negara Malaysia pada zaman
hari ini akibat terikut dengan amalan dan kepercayaan yang tidak benar.
Pluralisme juga boleh memberi impak yang besar terhadap aqidah seseorang individu itu.
Aqidah dapat didefinisikan sebagai suatu kepercayaan. Ideologi ini mampu meruntuhkan
akidah seseorang umat Islam yang murni secara langsung atau tidak langsung. Hal ini adalah
kerana kepercayaan pluralisme telah membuka jalan kepada seseorang itu ke arah kekufuran
dan kesyirikan terhadap Allah SWT. Apabila perkara seperti ini terjadi, maka akan berlakunya
keruntuhan iman dan akhlak yang menjurus ke arah murtad atau keluar dari agama Islam.
Menurut Islam, akhlak dan aqidah seseorang itu seharusnya berlandaskan keimanan yang
9
ada pada dirinya. Oleh itu, seseorang Islam perlu menitikberatkan tentang hal sebegini kerana
aqidah merupakan asas dan landasan untuk semua perbuatan.
Selain itu, fahaman pluralisme juga dapat menjejaskan keutuhan masyarakat yang
beragama dan mampu memecahbelahkan kaum masyarakat. Hal ini adalah disebabkan oleh
wujudnya fahaman pluralisme yang mengundang krisis antara dua belah pihak iaitu pihak
masyarakat yang berpegang teguh dengan fahaman Islam dan masyarakat yang mengikut
fahaman pluralisme. Apabila wujudnya dua pihak yang berlainan fahaman, maka akan
berlakunya perbalahan dan pergaduhan yang boleh menyebabkan pertumpahan darah antara
satu sama lain kerapa tidak sependapat. Hal seperti ini juga dikatakan sebagai salah satu
punca berlakunya kemunduran umat sejagat.
Kesan yang terakhir ialah ideologi pluralisme juga menjurus kepada Islamophobia iaitu
perasaan takut dan prejudis terhadap Islam. Dalam Islam, terdapat perkara yang dilarang
tetapi dibolehkan dalam agama lain seperti sesuka hati keluar dan masuk agama lain pada
bila-bila masa. Hal seperti ini amatlah tidak digalakkan dalam Islam kerana seseorang umat
Islam akan jatuh murtad apabila melakukannya dan ia amatlah dikeji oleh Tuhan. Apabila
fahaman pluralisme ini menguasai minda dan diri seseorang itu, ia akan menampakkan larang
ini seperti perkara yang negatif kerana mereka menganggap bahawa Islam tidak memberi hak
kebebasan untuk memilih agama sendiri.
10
KAEDAH MENANGANI IDEOLOGI PLURALISME
Walau bagaimanapun, isu ideologi muslim pluralisme ini boleh ditangani kerana hal ini
berkaitan dengan faktor kesalahfahaman terhadap Islam dari segi dalaman iaitu kejahilan,
perpecahan, kepentingan kelompokan dan lemah penghayatan terhadap agama Islam.
Bahagian ini adalah bertujuan untuk memberi pencerahan secara terperinci berkenanaan
dengan kaedah yang menjadi benteng kepada aqidah umat Islam bagi memastikan mereka
tidak terpesong dan sesat dari agama Islam.
Berikut merupakan kaedah yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini antaranya
ialah masyarakat Malaysia yang beragama Islam hendaklah menjalankan tanggungjawab
sebagai umat Islam dengan memperjuangkan penegakan Islam atau kembali kepada Islam.
Umat Islam yang telah terpesong jauh daripada jalan yang benar hendaklah mengembalikan
dirinya kepada ajaran Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta mengikut Manhaj Ahli
Sunnah Wal Jamaah. Mereka juga perlu mengukuhkan lagi kefahaman dan penghayatan al-
Quran dan al-Sunnah mengikut jalan yang benar.
Seterusnya, kita juga hendaklah menerapkan amalan menghormati perbezaan dalam
perkara yang dibolehkan dalam Islam. Tambahan pula kita sebagai umat Islam mestilah
mengurus perbezaan dengan bijaksana kerana suatu perbezaan tidak boleh dijadikan asbab
untuk menjadikan umat berpecah belah namun sebaliknya, jadikan perbezaan ini membentuk
Islam yang lebih dinamik dan kontemporari.
Tambahan pula, pihak-pihak berwajib seperti JAKIM, Mahkamah Syariah, Jabatan Mufti
dan sebagainya perlu memainkan peranan dalam memperkasakan pemantauan dan
penguatkuasaan undang-undang dalam menepis cabaran pluralisme. Hal ini perlulah selaras
dengan peruntukan perlembagaan yang menetapkan Islam sebagai agama persekutuan di
Malaysia. Tindakan yang terancang dan sistematik perlu dilaksanakan secara bekerjasama
dan menyeluruh dengan mengeluarkan kenyataan pengharaman pluralisme di Malaysia.
11
Pihak berkuasa juga perlulah mana-mana individu, pertubuhan dan institusi yang terjerumus
ke arah fahaman pluralisme agama yang bertentangan dengan prinsip Ahli Sunnah Wal
Jamaah.
Di samping itu, kaedah untuk menangani ideologi ini yang seterusnya adalah melalui
program pendekatan seperti sesi forum, majlis ilmu, dan seminar yang mendalami agama
Islam. Hal ini merupakan satu strategi dakwah yang boleh dilakukan oleh agensi-agensi
keagamaan. Di Malaysia, terdapat agensi keagamaan seperti Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia (YADIM) yang boleh berperanan untuk menganjurkan program-program seperti
yang disebut itu mengenai isu-isu semasa seperti ancaman pluralisme kepada Islam.
Program-program seperti ini dapat memberi kesedaran mengenai perkara-perkara yang boleh
meruntuhkan syariat Islam.
Akhir sekali, umat Islam seharusnya menolak pendekatan amalan Islam yang melampau
atau terlalu meringankan ajaran Islam di samping mempertingkatkan lagi kemampuan dalam
pelbagai bidang seperti penguasaan ilmu, ekonomi, budaya dan pendidikan. Dalam agama
Islam, semua perkara yang diwujudkan perlulah difahamkan dan didalami secara
bersederhana supaya tidak melampaui batas sebagai umat Islam. Sebagai contohnya,
golongan yang terlalu mendalami amalan Islam secara melampau menghukum orang-orang
yang kurang berpengetahuan tentang agama. Hal ini kerana mereka menganggap bahawa
mereka mengetahui semua perkara mengenai Islam sehinggakan mereka layak untuk
menghukum orang yang kurang berpengetahun. Selain itu, terdapat golongan yang terlalu
meringankan ajaran Islam dengan mereka mengambil kesempatan apabila mengetahui
bahawa Tuhan itu Maha Pengampun segala dosa yang dilakukan. Hal ini menyebabkan
mereka mudah untuk melakukan kesalahan yang mensyirikkan Allah kerana mereka
mengetahui bahawa mereka akan diampunkan apabila mereka bertaubat dan meminta
keampunan. Oleh itu, hal sedemikian tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan umat Islam.
12
KESIMPULAN
Secara tuntasnya, kefahaman mengenai ideologi pluralisme ini dapat dijelaskan dalam
kajian ini. Hasil daripada kajian ini juga dapat menunjukkan bahawa ancaman ideologi ini
sangat berkait rapat dengan keadaan umat Islam pada zaman sekarang yang kurang
berpengetahuan mengenai ajaran agama yang telah menyebabkan umat Islam mudah untuk
dipengaruhi oleh ajaran-ajaran sesat seperti ajaran pluralisme. Hal ini kerana mereka telah
menganggap bahawa ajaran ini lebih sesuai dan tepat kepada agama disamping
mementingkan kebebasan dalam hak individu.
Tambahan pula, perkara seperti ini boleh mengelirukan umat Islam terutamanya
golongan muda yang tidak mendalami ajaran agama yang benar dan mengambil mudah
dalam setiap hal agama. Perkara dan isu-isu dalam pegangan atau ajaran pluralisme jelas
menunjukkan bahawa ajaran ini jauh terpseong dari sumber utama agama Islam iaitu al-Quran
dan al-Sunnah. Pluralisme juga berpendapata bahawa agama Islam merupakan agama yang
merumitkan dan tidak memberi hak yang sepatutnya kepada penganutnya. Penganut ajaran
pluralisme ini berjaya dihasut kerana ajaran ini membawa bukti dan isu semasa yang dapat
dikaitkan dengan agama Islam. Hal ini dapat dilihat apabila Islam tidak membenarkan
penganutnya sesuka hati keluar dan masuk agama lain. Namun sebaliknya, penganut yang
berpegang kepada ajaran pluralisme itu mahukan hak kebebasan dalam segala hal agama
sepeeti yang diamal dalam ajaran itu termasuklah hak kebebasan untuk memeluk mana-mana
agama sekalipun.
Semua perkara yang dilakukan dalam ajaran pluralisme merupakan satu tujuan untuk
memesongkan aqidah dan mendorong umat Islam ke arah murtad terutamanya di suatu
tempat yang dipenuhi umat Islam seperti di Malaysia. Oleh itu, umat Islam hendaklah
berusaha dalam mencegah segala dakyah dan agenda yang bertujuan untuk menyebarkan
ideologi ini dengan lebih meluas. Hal ini adalah bertujuan untuk melindungi umat Islam dari
perangkap ideologi ini.
13
Akhir kata, kajian seperti ini dapat dikait rapatkan dengan isu-isu dan perkara yang telah
berlaku dalam masyarakat di Malaysia pada zaman sekarang. Oleh itu, berharap perkara-
perkara yang dihuraikan tentang kefahaman ideologi pluralisme sedikit sebanyak dapat
menyedarkan umat Islam daripada leka dengan bahayanya fahaman yang berasakan
keterbukaan secara berlebihan dalam agama.
14
BIBLIOGRAFI
1. Hick John. (1991). An Interpretation of Religion: Human Responses to the Trancendent.
London: Macmillan.
2. Ismail Mina Ahmad (2012). Konsep Pluralisme Agama, Pluralisme Agama: Satu Gerakan
Iblis Memurtadkan Ummah. Kuala Lumpur: Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat
Malaysia.
3. Khalif Muammar A. Harris (2015). Islam dan Pluralisme agama: Memperkukuhkan tahwid
di zaman kekeliruan. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.
4. Wan Adli Wan Ramli (2012). Bahaya liberalisme dan pluralisme agama terhadao akidah
belia Muslim. Johor Bharu: Sekretariat menangani isu-isu akidah dan Syariah Majlis
Agama Islam Negeri Johor.
5. Prof. Madya Dr. Idris bin Zakaria (2015). Lberalisme Pluralisme. Pulau Pinang: Jabatan
Mufti Negeri Pulau Pinang.
6. Abidin, A. Z. Z. (2015, Disember 1). PLURALISME DALAM KONTEKS NEGARA, POLITK
DAN MASYARAKAT DI MALAYSIA. Academia.edu:
https://www.academia.edu/19304402/PLURALISME_DALAM_KONTEKS_POLITIK_
DAN_MASYARAKAT_DI_MALAYSIA.
7. Zin, A. M. (2018, March 10). Pluralisme, liberal ancam institusi Islam. Berita Harian:
https://www.bharian.com.my/amp/rencana/muka10/2018/03/397782/pluralisme_anca
man_liberal_ancam_institusi_islam.
8. Mohd Aizam bin Mas’od (2012). Jurnal Penyelidikan Islam: Serangan ideologi barat
terhadap pemikiran umat Islam dan implikasinya kepada iman. Myjurnal:
https://myjurnal.mohe.gov.my/filebank/published_article/34227/Article_6.PDF.
9. Muhammad Faisal Ashaari (2020). Idea Pemikiran Plralisme Agama dalam penulisan
Buku Indie. Journal article:
http://journalarticle.ukm.my/16210/1/44609-143599-1-PB.pdf.
15
SEKIAN TERIMA KASIH
ALHAMDULILLAH
,
16