The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU BAB 14 DAN BAB 15

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d093429, 2022-06-04 10:27:27

SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU BAB 14 DAN BAB 15

SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU BAB 14 DAN BAB 15

SULALATUS
SALATIN SEJARAH

MELAYU

Bab 14 & Bab 15

BSS 3173

PROSA MELAYU

KUMPULAN 8

Profesor M
adya Dr.
Norazimah bt Zakaria

AHLI KUMPULAN

AMIRAHD2D0RA2AM0HI1AM

09BA3INN30TI1 ABDUL NURDDZ2UM0L2MA0SA10E

SH9H3AA4NT2A7 BINTI

MUHAMMAD KHAIRUL AZHAR BIN NUR ALYAD2A0Q2I0LA10
H9B3I3N9T9I ROSLAN
MANAPON
MUHAMSDAA2DM0I2SK0UH1LM0

B9AA3LH4B2AI9RNI MOHD
D20201093399

PENGENALAN

LATAR BELAKANG
SULALATUS SALATIN

Sulalatus Salatin adalah sebuah karya agung dalam bidang sastera
yang berunsurkan sejarah untuk meriwayatkan mengenai Empayar
Kesultanan Melaka pada abad ke-15 (1400-1511) menggambarkan
keadaan kehidupan Melayu yang terdiri daripada golongan Raja-Raja
Melayu yang memerintah, adat-istiadat, kepahlawanan dan kesetiaan
rakyat, perhubungan diplomatik serumpun dan antarabangsa. Perkara
ini telah diterjemahkan dalam bentuk mitos dan berunsurkan sejarah.
Teks Sulalatus Salatin dikatakan telah ditulis sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka dan telah dirombak semula oleh Tun Sri Lanang di Johor
pada awal abad ke-17 (1612).

BAB 14

DI SAAT AKHIR
KESULTANAN MELAYU MELAKA (267)

Alfonso d’ Albuquerque setelah turun daripada wizurai Goa telah kembali ke Portugal
meminta armada untuk menyerang Melaka. Dari Goa, dia telah meyerang Melaka dengan
43 buah kapal. Cubaan pertama Alfonso dapat dipatahkan oleh angkatan Melaka yang
diketuai sendiri oleh Sultan Ahmad, Seri Udani dan Tun Ali Hati juga ikut berperag bersama-
sama Sultan Ahmad. Sementara itu, Sultan Ahmad juga membawa Maulana Sadar Jahan
kerana baginda berguru/belajar ilmu tauhid dengan Maulana Sadar Jahan. Tentera
Melaka berjaya mematahkan serangan Peringgi pada hari itu. Pada waktu malam,
dibacakan Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Hanafiah untuk membangkitkan
semangat perang. Dalam perang keesokan harinya, tangan Sultan Ahmad terluka dan
Melaka berjaya ditawan oleh Peringgi.

SULTAN MAHMUD, SULTAN AHMAD
BERLEPAS DIRI (270)

Angkatan perang Peringgi telah berjaya menewaskan angkatan Melaka. Sultan Ahmad
berundur ke Muar dan tinggal di Pagoh. Sultan Mahmud berundur serta tinggal di batu
Hampar, manakala Bendahara ke Lubuk Batu. Beliau meninggal di sana dan digelar
Bendahara Lubuk Batu. Sultan Ahmad kemudiannya membina kota di Bentayan. Portugis
sekali lagi menyerang Pagoh menyebabkan Sultan lari lagi ke Pahang dan seterusnya ke
Johor dan menetap di Pekan Tua. Kemudian, baginda ke Bentan dan menetap di sungai
Bukit Batu Pelabuhan. Bagaimanapun, nasib Sultan Ahmad mati muda. Dia tidak
menghormati pembesar-pembesar tua menyebabkan dia akhirnya disuruh bunuh oleh
Sultan Mahmud. Dimakamkan di Bukit batu dan disebut orang “Marhum di Bukit Batu”.

MELANTIK ORANG
BESAR-BESAR KERAJAAN (271)

Selepas kemangkatan Sultan Ahmad, Sultan Mahmud Syah bercadang melantik Raja
Muzaffar sebagai sultan. Sultan Mahmud Syah kemudiannya berbuat negeri di Kopak.
Pada masa itu, Raja Muzaffar masih lagi kanak-kanak. Baginda telah diserahkan
kepada seorang mualim untuk mengaji bersama-sama dengan anak pembesar yang
lain. Dalam pada itu, Tun Khoja Ahmad, anak Bendahara Lubuk Batu dijadikan
Bendahara bergelar Paduka Tuan. Tun Abu Ishak dijadikan Perdana Menteri bergelar
Seri Amar Bangsa. Tun Hamzah anak Seri Nara Diraja dijadikan Bendahari. Tun Abdul
Karim dan Tun Jenal juga diberikan gelaran. Bila Laksamana Khoja Hassan mati, dia
ditanamkan di Bukit Pantar dan digantikan pula oleh Hang Nadim.

ANAK RAJA BAKAL KERAJAAN (273)

Sewaktu Sultan Mahmud berada di Kopak, Tun Fatimah hamil dan melahirkan anak lelaki. Sultan
Mahmud sangat gembira. Anak itu dinamakan Raja Ali dengan timangannya Raja Kecil Besar.
Kelahiran Raja Ali disambut dengan penuh adat istiadat. Baginda menyuruh orang memalu
gendang kesukaan, dan bedil pun dipasang orang. Raja Ali kemudiannya dimandikan dan
diazankan oleh Kadi. Setelah tujuh hari adat bercukur diadakan, Bendahara mencukur rambut
Raja Ali. Raja Ali ditimbang oleh Bendahara perempuan degan emas dan perak, lalu didermakan
kepada fakir miskin. Peterana dan permaidani Sultan Muzaffar diambil untuk digunakan oleh Raja
Ali. Setelah genap 40 hari, acara pertabalan dijalankan. Sultan Muzaffar diturunkan takhta dan
Raja Ali ditabalkan sebagai Sultan Alau’d-Din Ri’ayat Syah dan digelar juga Sultan Muda. Sultan
Mahmud sendiri memangku kerajaan. Raja Muzaffar dikahwinkan dengan anak Tun Fatimah
dengan Tun Ali. Baginda kemudiannya dikuniakan seorang putera yang bernama Raja Mansur.

TUN ALI HATI LEBIH
RELA MATI (274)

Selepas kemangkatan Sultan Ahmad Syah, kawan-kawan
Sultan Ahmad Syah dikumpulkan oleh Sultan Mahmud dan
mereka meminta taat setia pada Alau’d-Din Ri’ayat Syah.
Semua orang lain datang kecuali Tun Ali Hati. Dia tidak
datang dan minta dibunuh sahaja. Walaupun pada
mulanya Sultan Mahmud enggan tetapi akhirnya dia
dibunuh juga oleh Sultan Mahmud.

RAJA ABDULLAH
DITAWAN PERINGGI (275)

Raja Abdullah adalah pemerintah Kampar iaitu
saudara kepada Sultan Mahmud. Apabila Sultan
Mahmud kalah, Raja Abdullah cuba berbaik-baik
dengan Portugis dengan harapan dia akan diangkat
menjadi sultan baru di Melaka. Beliau telah
ditangkap, dibawa ke Melaka dan seterusnya
dibawa ke Goa.

ANGKATAN PERINGGI
MENYERANG BINTAN (277)

Peringgi mendapat tahu bahawa Sultan Mahmud Syah membina negeri di Bentan.
Semasa dalam perjalanan menyerang Bintan, angkatan perang Peringgi menyerang
dan membakar Bengkalis. Setelah terdengar angkatan perang Peringgi menyerang
Bengkalis, baginda menitahkan orang memanggil Temenggung Seri Udani. Hal ini
kerana angkatan perang Sultan Mahmud tidak ramai di Bintan. Temenggung Seri
Udani melengah-lengahkan diri untuk turun menentang Portugis. Dia sebenarnya
kecewa kerana hidup miskin. Dia dilantik menjadi temenggung tetapi tidak diberikan
sebarang mesara (gaji). Dia hanya turun berperang setelah Portugis sudah berada di
kuala Kota Kara. Senjata dan ubat bedil hanya sedikit, ada empat tempayan sahaja.
Akhirnya, Temenggung Seri Udani mati terbunuh. Kota Kopak dibakar Peringgi dan
Sultan Mahmud Syah dibawa Seri Nara Diraja lari ke Kampar.

MEMBALAS KASIH

RAJA (280)

Sultan Mahmud Syah berangkat ke jambatan untuk berperang dengan Peringgi, lalu
ditegur oleh Seri Nara Diraja dengan katanya, “Hendak ke mana tuanku berdiri di
sini?” Maka kata Sultan Mahmud Syah, “Kita hendak berperang dengan Peringgi,
kerana istiadat raja-raja negeri itu, negeri alah rajanya mati.” Akhirnya baginda
sekeluarga bersama pembesar dan rakyat jelata berundur menyusuri kaki Gunung
Bintan. Semasa dalam pelarian hanya Seri Nara Diraja yang rapat dengan keluarga
Sultan Mahmud. Satu hari sultan sekeluarga kelaparan. Seri Nara Diraja telah
meminta tolong Seri Wak Raja untuk mencari makanan. Beliau sempat
mengingatkan Seri Wak Raja supaya mencari makanan untuk membalas budi Raja
yang telah membunuh ahli keluarga mereka. Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir,
Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung dan Tun Ali (suami Tun Fatimah dulu).
Apabila Sultan Mahmud mendengar sindiran Seri Nara Diraja, baginda pun “tunduk
dengan sesalnya akan pekerjaan baginda yang telah lalu itu.”

DARI BINTAN PINDAH KE

KAMPAR (283)

Setelah Peringgi balik ke Melaka, Sultan Mahmud Syah Pulang ke
Kopak. Dari Kopak Sultan Mahmud Syah dan rombongannya
pergi ke Kampar. Kota Kopak di Pulau Bintan telah musnah
dibakar oleh Peringgi. Bila sampai di sana baginda terkejut
mendengar berita adinda baginda iaitu Raja Abdullah, yang
ditangkap Peringgi itu. Sultan Mahmud Syah bersemayam di
istana Raja Abdullah di Kampar. Malangnya permaisuri telah
meninggal dunia di Kampar. 40 hari Sultan tiada nobat.

MASALAH TIADA MEMPUNYAI

PUTERA LELAKI (284)

Sultan Abdul Jamal (Pahang) telah mangkat di Lubuk Pelang. Sultan Mansur Syah pula menggantikan ayahandanya.
Dia hanya mempunyai dua anak perempuan iaitu Raja Puspa Dewi dan Raja Kesuma Dewi. Tiada anak lelaki. Ini
bermakna Sultan tiada putera yang akan menggantikannya bila mangkat kelak. Satu ketika, Raja Muhamad, raja
Terengganu yang berasal dari anak raja Kelantan telah datang ke Pahang. Dia didudukkan dengan dua pupu Sultan.
Dapat seorang anak lelaki. Dinamai Raja Ahmad dan dijadikan anak angkat Sultan. Sultan Pahang ingin menyunatkan
Raja Ahmad dan bertindik Raja Kesuma Dewi serta Raja Puspa Dewi. Baginda mengadakan "adat berjaga-jaga
selama tujuh hari tujuh malam, dengan segala bunyi bunyian, minum makan, dan tepuk tari." Setelah disunatkan Raja
Ahmad disuruh mengaji. Raja Ahmad dikatakan memiliki akhlak yang terpuji; kelakuannya tertib, baik tutur katanya,
pandai mengambil hati pembesar, merendah diri, dan patuh kepada orang yang lebih tua. Hal ini menyebabkan
baginda disayangi oleh semua orang termasuklah Raja Pahang. Oleh kerana Raja Pahang tidak mempunyai putera
lelaki, maka setelah bermuafakat dengan segala pembesar negeri Raja Ahmad dilantik menggantikan Raja Pahang.
Bila sudah dewasa, Raja Ahmad dikahwinkan dengan anakanda baginda Raja Pahang iaitu Raja Puspa Dewi dengan
penuh adat istiadat. Baginda mendapat seorang anak yang bernama Raja Omar.

BAB 15

SULTAN MAHMUD SYAH

MANGKAT DI KAMPAR (287)

Sultan Mahmud semasa sakit hendak mati telah mewasiatkan Bendahara dan segala
Orang Kaya menjaga anaknya Sultan Muda. Sultan Mahmud juga sempat berpesan
kepada Sultan Muda supaya bersabar, jangan tinggalkan Bendahara, menteri, dan
hulubalang dalam sebarang urusan. Hendaklah berlaku adil terhadap rakyat dan
tentera. Jangan mudah mendengar fitnah (sembah orang). Siasat dahulu kerana
rakyat sangat mengharapkan keadilan dan kemurahan raja. Kemangkatan Sultan
Mahmud Syah disempurnakan dengan penuh adat istiadat diraja. Sultan Alau'd-Din Ri’
ayat Syah (Sultan Muda) tidak bernobat selama 40 hari. Setelah 40 hari maka
Bendahara persembahkan nobat seperti adatnya. Setelah Sultan Mahmud mangkat,
Sultan Alau 'd-Din Ri'ayat Syah pun pindah ke Pahang semula.

BERBUAT NEGERI DI KUALA
JOHOR (291)




Di Johor, Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah membina istana dan membuat negeri di Kuala Johor.
Negeri berkenaan terentang dari Sungai Kerting di hilir dan Sungai Johor di hulu. Kampung-
kampung juga banyak dibina, dari Beladung di hilir hinggalah ke Bukit Piatu di hulu. Laksamana
Hang Nadim ditugaskan membangunkan dan memerintah Bintan. Rocoh dijadikan pusat
pemerintahannya. Kedua-dua tempat membangun dan makmur, Selama berada di Johor, Sultan
Alau'd-Din Ri'ayat I Syah dikurniakan dua orang anak, iaitu Raja Muzafar dan Raja Fatimah. Raja
Muzaffar dan Raja Fatima dititahkan oleh Sultan Alau'd Din Ri'ayat Syah mengaji pada Tun
Kamal Wangsa. Apabila Sultan Mansur Syah mandapat khabar bahawa Sultan Alau'-Din Ri'ayat
Syah (menantunya) mempunyai seorang puteri, baginda berhasrat untuk menjodohkan
cucundanya, Raja Omar dengan Raja Fatimah. Lalu baginda menghantar utusan peminangan ke
Johor yang diketuai oleh Seri Akar Raja dan Seri Nara Wangsa.

SURAT MEMINANG DARI

PAHANG (293)

Utusan peminangan dari Pahang yang diketuai oleh Seri Nara Wangsa
disambut dengan penuh adat istiadat diraja. Kedua mereka adalah
saudara sepupu. Raja Eatimah anak Baja Kesuma Devi. Raja Omar anak
Raja Puspa Dewi. Raja Kesuma Dewi dan Raja Pupa Dewi adalah adik
beradik, anak Sultan Mansur (Pahang). Baginda Sultan Alau'd-Din Ri'ayat
Syah kemudiannya bermesyuarat dengan para pembesar baginda
tentang peminangan tersebut. Semua pembesar menerima peminangan
itu.

HASRAT SULTAN PAHANG

TERCAPAI (296)

Seri Akar Raja dan Seri Nara Wangsa membawa surat
persetujuan daripada Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah lalu
dibaca kepada baginda. Sultan Pahang, iaitu Sultan Mansur
berasa sukacita mendengar khabar tersebut. Sultan Mansur
kemudiannya berangkat ke Johor bersama-sama dengan Raja
Omar. Ketibaan mereka disambut dengan penuh adat istiadat.

ISTIADAT PERKAHWINAN DIRAJA
JOHOR-PAHANG (299)

Adat dimulai dengan upacara meminang. Seri Akar Raja dan Seri Nara Wangsa telah dititahkan Sultan Mansur ke
Johor untuk meminang Raja Fatimah. Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah mesyuaratkan pinangan itu dengan
Bendahara. Bendahara menyetujuinya. Pinangan diterima. Sultan Mansur pun bertolak ke Johor untuk
mengahwinkan kedua cucunya itu. Apabila sampai di Johor, Sultan Mansur telah menghantar sirih dengan emas
belanja, untuk pekerjaan berjaga-jaga, 40 hari 40 malam. Makanan dihantar kepada keluarga bakal pengantin
lelaki. Majlis perkahwinan dimulai dengan adat berjaga- jaga. Pelbagai permainan dimainkan. Setelah cukup 40
hari, Raja Omar dan Raja Fatimah dihiasi dengan pakaian kerajaan. Kemudian Raja Omar diarak dengan gajah
ke istana Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah. Perarakan lengkap dengan segala alat kebesaran kerajaan. Di iringi
dengan pelbagai alat muzik seperti gendang, serunai, nafiri, nagara dan madeli. Tuan Kadhi menikahkan ayam
disembelih untuk dihidangkan kepda para tetamu, Upacara makan nasi adap-adapan dilangsungkan, Raja
Fatimah dan Raja Omar dipimpin dan didudukan atas pelamin. Jamuan makan untuk tetamu diadakan dan
diawasi olceh Temenggung dan bentara.

SELEPAS MANGKAT SULTAN

ALAU’D-DIN (303)

Tidak lama selepas perkahwinan Raja Omar dengan Raja Fatimah, dikahwinkan pula Raja Muzaffar Syah
dengan cucu Bendahara, Tun Emas Jiwa, iaitu anak Tun Hassan Terenggung. Kemudian Sultan Alaw'd-Din Ri'ayat
Syah pun mangkat dan disebut orang “Marhum di Johor Lama. " Raja Muzaffar dilantik menjadi raja dengan
gelaran Sultan Muzaffar Syah. Ketika itu baru berusia 19 tahun. Sultan Mansur di Pahang pun mangkat dan
diganti oleh Raja Ismail (anakanda ke-3, selepas Raja Puspa Dewi dan raja Kesuma Dewi) dan bergelar Sultan
Jamal Syah. Ketangkasan Laksamana Hang Nadim mengawal perairan menyebabkan Peringgi tidak berani
menjengah ke kawasan perairan tersebut. Akhirnya Sultan Muzaffar Syah berbuat negeri di Seluyud. Segala
Orang Besar-besar dan isi negeri pun berpindah ke Seluyud. Rakyatnya mendiami sepanjang Sungai Seluyud
hinggalah ke Padang Riang-riang. Pesara (pekan) besarnya terletak di Ganggang. Sebelum Raja Omar
berkahwin dengan Raja Fatimah, baginda sudah pun berkahwin dengan anak Seri Nara Diraja (Pahang).
Baginda dikurniakan seorang anak yang bernama Raja Mangsur. Walau bagaimanapun setelah baginda
mengetahui Raja Fatimah hamil, baginda menceraikan isteri pertama baginda. Bekas isteri baginda diserahkan
kepada Seri Nara Diraja (Johor).

NIKAH DALAM
SUNYI (304)

Satu hari Sultan Muzaffar pergi ke rumah Seri Nara Diraja dan dia terpandang akan
bonda Raja Mansur dan terus jatuh berahi. Setelah muafakat dengan bendahara dan Seri
Nara Diraja, Sultan Muzaffar pun nikahla dengan bonda Sultan Sultan Mangsur secara
senyap-senyap. Tidak lama kemudian bonda Raja Mangsur yang dikahwininya telah hamil.
Sultan Muzaffar Syah bimbang akan hal itu, tetapi Seri Nara Diraja, dengan menggunakan
kebijaksanaannya, telah memberitahu hal itu kepada Raja Omar. Raja Omar menyangka
anak yang dikandung oleh bekas isterinya itu adalah zuriatnya, lalu membenarkan bekas
isterinya tinggal bersama-sama dengan Raja Fatimah. Tidak lama kemudian Raja Fatimah
pun melahirkan seorang putera yang diberi nama Raja Abdul Jalal. Sepuluh bulan
kemudian, bonda Raja Mangsur melahirkan seorang putera yang dinamai Raja Abdullah.

WASIAT SULTAN

MUZAFFAR SYAH (307)




Sebelum Sultan Muzaffar Syah mangkat, baginda mewasiatkan agar Raja
Abdul Jalil dijadikan Sultan Johor. Setelah baginda mangkat, baginda
kemudiannya dimakamkan di Bukit Seluyud, dan bagindalah yang disebut
orang “Marhum di Seluyud”. Apabila ditabalkan menjadi raja, Raja Abdul
Jalil memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Syah. Oleh kerana baginda masih
lagi kecil, tugas baginda sebagai sultan dipangku oleh bendahara. Raja
Fatimah berasa iri hati kerana yang meriba Sultan Abdul Jalal Syah di atas
peterana ialah Bendahara dan bukannya Raja Omar.

SURAT WASIAT SULTAN ABDUL

WASIAT JALIL DIKETEPIKAN (307)








Raja Abdul Jalil setelah berusia 9 tahun telah jatuh sakit dan meninggal
dunia. Sebelum mangkat, baginda sempat mewasiatkan agar takhta
diperturunkan kepada Raja Abdullah. Ianya dibantah oleh emaknya, Raja
Fatimah tetapi tidak diendahkan. Bila Raja Abdullah hendak dinobatkan
Raja Fatimah mengancam mahu melarikan diri. Ini menyebabkan
Bendahara terpaksa tunduk kepada permintaannya. Dia juga takut
dianggap mahu berkuasa, memangku raja. Raja Omar dinobatkan dengan
gelaran Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri’ayat Syah. Terlalu kasihkan pula pada
Bendahara.

TUN SERI LANANG JADI

BENDAHARA (309)






Bendahara Paduka Raja gering dan
meninggal dunia. Tun Seri Lanang pula
diangkat menjadi Bendahara dan bergelar
sebagai Bendahara Paduka Raja juga.

KESIMPULAN

KESIMPULAN

Sulalatus Salatin dikenali sebagai Sejarah Melayu. Karya ini telah dikarang oleh Tun Sri Lanang
ketika beliau menjadi Bendahara Paduka Johor bermula tahun 1580 hingga 1615. Beliau telah
dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565. Karya ini bergenre sejarah yang
mengandungi lima belas bab kesemuanya. Namun, pengkaji hanya mengkaji dua bab iaitu Bab
14 dan Bab 15.

Karya agung ini menceritakan tentang perihal zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga
ke saat kejatuhannya. Karya ini dihasilkan agar keturunan yang akan datang dapat belajar
daripada kesilapan leluhur mereka. Sejujurnya, riak-riak penentangan masyarakat peribumi
terhadap penjajah telah wujud sejak awal lagi, seperti yang terakam dalam Sulalatus Salatin.
Pengarangnya dengan cara yang amat kreatif telah menggembleng teknik penceritaan yang
sebaik mungkin untuk menyampaikan pesanan leluhur kepada generasi baharu. Pengarang
dilihat berusaha mengembalikan imej orang Melayu sebagai bangsa yang berani, gagah dan
tidak gentar untuk berhadapan dengan pihak musuh.

HARAPAN

Kajian ini telah mendapati karya Sulalatus Salatin merupakan
suatu karya yang kaya dengan nilai-nilai murni. Oleh yang
demikian, pengkaji berharap semoga karya sastera Sulalatus
Salatin ini dapat disebarkan lagi kepada masyarakat kerana
karya ini dapat membangunkan modal insan dalam kalangan
generasi muda. Tuntasnya, teks ini wajar dipertengahkan semula
sebagai rujukan panduan adab dan tingkah laku untuk
membentuk akhlak dan peribadi insan kamil.

SEKIAN, TERIMA

KASIH !


Click to View FlipBook Version