The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERJUANGAN TOKOH-TOKOH TEMPATAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMMAD SAUFI HARIZ BIN NOOR HYSHAM, 2022-02-10 04:13:03

BUKU SKRAP SEJARAH TAHUN 5

PERJUANGAN TOKOH-TOKOH TEMPATAN

Keywords: TOKOH-TOKOH TEMPATAN

BUKU SKRAP SEJARAH
TAHUN 5

PERJUANGAN TOKOH-TOKOH TEMPATAN

BUKU SKRAP SEJARAH

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA : MUHAMMAD SAUFI HARIZ BIN NOOR HYSHAM
KELAS : 5 BERLIAN
SEKOLAH : SK ULU TIRAM , JOHOR
GURU : CIKGU KADISHAH KADER

1

KANDUNGAN

BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 MUKA HADAPAN 0
2 TAJUK 1
3 ISI KANDUNGAN 2
4 PENGHARGAAN 3
5 PENDAHULUAN 4
6 HASIL KAJIAN
7 KESIMPULAN 5 - 16
8 RUJUKAN 17
18

2

PENGHARGAAN

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, saya telah Berjaya menyiapkan tugasan
kajian perjuangan tokoh-tokoh tempatan bagi subjhek
Sejarah Tahun 5.
Terima kasih kepada Cikgu Kadishah Kader di atas segala
tunjuk ajar.
Terima kasih tak terhingga kepada keluarga saya yang
banyak memberi semangat dan membantu dalam
pengumpulan bahan, menyusun dan membuat buku skrap
kajian ini.

3

PENDAHULUAN

Kajian ini bertajuk Perjuangan Tokoh-Tokoh Tempatan.
Seramai 11 orang Tokoh- Tokoh Tempatan yang
dihuraikan secara ringkas di dalam buku skrap ini.
Semoga jasa dan perjuangan Tokoh-Tokoh Tempatan ini
akan dikenali dan dikenang oleh generasi-generasi akan
datang.

4

HASIL KAJIAN

5

1. TOK JANGGUT

• Nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas. Dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau
menyimpan janggut hingga ke paras dada. Dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir
Puteh, Kelantan. Mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah.

• Tok Janggut menentang British disebabkan cukai dan peraturan tanah baharu yang
membebankan.

• Pada tahun 1915, Tok Janggut telah melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh.
• Pihak British bertindak menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampumg Saring.
• Tok Janggut terkorban dalam pertempuran itu.

6

2. HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG

• Haji Abdul Rahman Limbong atau nama lengkapnya, Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Haji 7
Abdul Qadir (1868 - 1929), merupakan seorang pendakwah dan pejuang yang berasal dari
Terengganu.Beliau mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah. Antara gurunya ialah
Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya. Ketika pulang ke Terengganu, beliau mendapat
pendidikan daripada Haji Ya’qub dan Haji Musa yang tinggal di Paya Bunga dan seterusnya daripada Tok
Ku Paloh. Haji Abdul Rahman Limbong juga, seperti gurunya Tok Ku Paloh, ialah seorang pengamal Tarikat
Sammaniyah.

• Menentang British kerana penguatkuasaan undang-undang binatang buas,peraturan tanah baharu dan
pas kebenaran untuk menjalankan aktiviti pertanian.

• Pada tahun 1922, Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam untuk membela petani di Kuala
Telemong yang ditangkap kerana menentang peraturan baharu. Mereka telah membersihkan tanah
tanpa mengambil pas kebenaran.

• Pihak British juga telah mengancam akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang
enggan membayar cukai.

• Ancaman British untuk mengambil tindakan undang-undang menyebabkan para petani telah menduduki
balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang.

• Pihak British telah melancarkan serangan dan Haji Abdul Rahman Limbong telah ditangkap dan beliau
dijatuhi hukuman buang negeri ke Mekah.

3. DATO’ MAHARAJA LELA

• Menetang British kerana British memperkenalkan sistem cukai baharu dan
campur tangan dalam adat resam orang Melayu.

• Sultan Abdullah,Dato” Maharaja Lela dan pembesar-pembesar lain telah
mengambil keputusan untuk membunuh J.W.W. Birch.

• Dato’ Maharaja Lela dan Seputum telah membunuh J.W.W. Birch.

• Dato’ Maharaja Lela telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada
tahun 1877.

8

4. DATO’ BAHAMAN

• Menentang British disebabkan kehilangan hak mengutip cukai dan dilucutkan gelaran
sebagai pembesar.

• Pada tahun 1891, Dato’ Bahaman menyerang Balai Polis Lubuk Terua dan menawan
kembali Lubuk Terua dengan bantuan Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau.

• Pada Tahun 1894, Dato’ Bahaman menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.
• Dato’ Bahaman terpaksa berundur ke Kelantan dan mendapat perlindungan di Chiengmai,

Thailand.

9

5. DOL SAID

•Dato' Abdul Said bin Omar, atau Dol Said (1773 – Ogos 1849),ialah Penghulu Naning yang kesembilan.
Perang Naning yang berlaku pada tahun 1831 menjadikan beliau seorang pahlawan yang telah mengukir
tempat di sejarah Melaka. Daripada suku Semelenggang, Dol Said mewarisi Penghulu Anjak sebagai
Penghulu Naning pada tahun 1799 ketika hanya berumur 26 tahun.
•Menentang British bagi mempertahankan kedaulatan Naning.
•Menentang pelaksanaan undang-undang British dan bayaran cukai.
•Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang untuk
menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831
iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan
dan sebab utama kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu serta
sokongan orang Melayu di wilayah yang lain.
•Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang Naning kedua pada
Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832. Naning
kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.

10

6. YAMTUAN ANTAH

• Nama penuhnya ialah Yamtuan Antah Ibni Almarhum Tuanku Radin.
Dilahirkan pada tahun 1812. Meninggal pada tahun 1888 di Seri
Menanti, Negeri Sembilan.

• Menentang British kerana tidak bersetuju dengan perjanjian antara
British dengan Dato’ Kelana Sungai Ujong.

• Tidak bersetuju dengan tindakan British menyokong tindakan Dato’
Kelana yang mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya.

• Yamtuan Antah telah menawan Paroi dan membina kubu
pertahanan. Pihak British telah mengalahkan pasukan Yamtuan
Antah. Yamtuan Antah terpaksa berundur ke Bukit Putus.

• Yamtuan Antah dan British telah mengadakan rundingan
pendamaian. Yamtuan Antah telah diiktirafkan sebagai Yamtuan
Besar Seri Menanti.

11

7. DATU MAT SALLEH

• Datu Mat Salleh, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh, merupakan
pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan yang hebat terhadap
penjajahan British di Sabah.

• Mat Salleh membantah cukai yang dikenakan serta peraturan baharu yang
membebankan. Pada tahun 1897, Mat Salleh telah mendirikan kubu di Ranau
dan menyerang Pulau Gaya dan Ambong.

• Mat Salleh telah ditewaskan di Tambunan dan dikatakan telah terkorban.
• Menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) kerana kehilangan kawasan

pengaruh.
• Datu Paduka Mohammad Salleh bin Datu Balu dilahirkan di Inanam, Sabah

dan berketurunan Bajau-Suluk. Beliau memang terkenal dengan sifat
kepahlawanan dan keberanian berperang.

12

8. SHARIF MASAHOR

• Menentang James Brooke yang meluaskan kuasa ke
atas wilayah Sarikei dan mengambil alih kuasa
pentadbir.

• Pada tahun 1855, Sharif Masahor telah menyerang
Mukah. Beliau berjaya mengusir keluar pembesar
tempatan yang menyokong James Brooke.

• Sharif Masahor bersama-sama dengan Datu Patinggi
Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim telah
mengadakan kerjasama untuk menyerang Kuching.

• Sharif Masahor tidak dapat mengalahkan pasukan
tentera Charles Brooke,anak saudara James Brooke
dan berundur ke Mukah.

• Pada tahun 1861, Sharif Masahor ditewaskan dan
dibuang negeri ke Singapura.

• Setelah dibebaskan, Sharif Masahor menuju ke
Selangor untuk membantu Raja Mahadi dalam perang
saudara yang dikenali sebagai Perang Klang.

13

9. RAJA MAHADI

• Raja Mahadi menentang campur tangan British dalam pentadbiran
Klang dan perusahaan bijih timah.

• Beliau juga tidak berpuas hati dengan perlantikan Tengku Kudin sebagai
Yam Tuan Selangor oleh British.

• Tengku Kudin & Raja Abdullah telah bekerjasam untuk menentang Raja
Mahadi.

• Raja Mahadi telah mengambil tindakan untuk menyerang Yap Ah Loy di
Kuala Lumpur kerana telah bekerjasama dengan Tengku Kudin.

• Beliau telah dapat dikalahan dan dihantar ke Johor.
• Beliau telah meninggal dunia disana.
• Perang Klang atau Perang Saudara Selangor berlaku di negeri Melayu

Selangor dan satu siri konflik yang berlangsung dari 1867 hingga 1874.
Ia pada mulanya berlaku antara Raja Abdullah bin Raja Jaafar,
pentadbir Klang, dan Raja Mahadi bin Raja Sulaiman . Ia disertai oleh
Tengku Kudin (Tengku Dhiauddin, juga dieja Ziauddin), serta kumpulan-
kumpulan saingan Cina. Peperangan ini akhirnya dimenangi oleh Tengku
Kudin dan anak Abdullah, Raja Ismail.

14

10. RENTAP

• Menentang James Brooke kerana menganggap orang Iban sebagai lanun dan
telah menghapuskan petempatan mereka.

• James Brooke telah menubuhkan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi
prgerakan orang Iban.

• Pada tahun 1853, Rentap menyerang James Brooke di Nanga Skrang dan
mencapai kejayaan.

• Rentap membina kubu pertahanan di Bukit Sadok.Ramai pahlawan Iban yang
menyokongnya.

• Pertempuran yang sengit berlaku antara Rentap dan James Brooke di Bukit
Sadok.

• Rentap telah berundur ke Sungai Entabai dan tidak dapat dikesan selepas itu.

15

11. ANTANOM 16

•Antanom adalah anak keturunan Suku Murut Tagol dari golongan
bermartabat mengikut adat istiadat kaum murut. Beliau dibesarkan
dalam zaman daerah kampungnya dilanda oleh persengketaan kaum dan
oleh ancaman pemburu kepala kaum Dayak dari kawasan perbatasan
atau dikenali dengan istilah ” Pengayau “.
•Didikan yang diterimanya ialah mengenal kehidupan rimbanya dan
bermain senjata.Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB
demi menebus maruah mereka.Menentang SBUB kerana kehilangan
kuasa dan pengaruh, menentang pembayaran cukai yang dikenakan,
menjadikan orang Murut sebagai buruh paksa dan menceroboh kawasan
hutang orang Murut yang membina jalan raya. Feb 1915 - Antanom
menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan .Kejayaan itu
menaikkan lagi semangat perjuangan orang Murut dan pengikut
Antanom bertambah menjadi 900 orang .
•Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang
mengandungi 7 rumah bawah tanah
•Mac 1915 - Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut menyerang
Rundum dan berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB .
•Apr 1915 - SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu
Antanom
•Antanom dan 400 pengikutnya terkorban dalam mempertahankan
Rundum dan terkorban dalam pertempuran di Sungai Selangit.
•Penentangan ini dikenali sebagai 'Kebangkitan Rundum’. Pertempuran
berlaku selama 6 minggu

KESIMPULAN

Dengan penyiapan buku skrap ini, saya telah mengenali dan
mengetahui Tokoh-Tokoh Tempatan seperti Tok Janggut , Haji Abdul
Rahman Limbong , Dato’ Maharaja Lela , Dato’ Bahaman , Dol said ,
Yamtuan Antah, Datu Mat Salleh , Sharif Masahor , Raja Mahadi ,
Rentap dan Antanom. Saya amat mengagumi dan menghargai
perjuangan serta pengorbanan setiap daripada mereka kerana
kegigihan mereka di dalam mempertahankan kedaulatan dan maruah
negara daripada ditakluki oleh penjajah.

17

RUJUKAN

Buku Teks Sejarah Tahun 5
http://online.anyflip.com/pnixz/btzn/mobile/index.html
https://patriotikblog.wordpress.com/2017/09/25/tokoh-tokoh-perjuangan-tempatan-menentang-british/
https://jamency960427.blogspot.com/2019/04/sejarah-tahun-5-tokoh-tokoh-tempatan.html

18


Click to View FlipBook Version